Memaparkan catatan dengan label Puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puasa. Papar semua catatan

Selasa, 2 Ogos 2011

Doa Sepanjang Bulan Ramadhan



Bulan Ramadhan bulan keberkatan, saat paling mustajab untuk memanjatkan doa dan permohonan kepada Allah  Rabb seru sekelian alam.  Ambil peluang yang datang setahun sekali.


Isnin, 1 Ogos 2011

Raihlah kesempatan yang datang

Ini waktunya carilah


Dalam rangkaian ayat Al-Qur’an mengenai puasa di bulan Ramadhan terselit suatu ayat yang secara khusus membicarakan soal berdoa. Di dalamnya Allah subhaanahu wa ta’aala memerintahkan orang beriman untuk berdoa kepadaNya. Dan Allah subhaanahu wa ta’aala berjanji untuk mengabulkan doa siapapun asalkan memenuhi tiga syarat: (1) Memohon hanya kepada Allah subhaanahu wa ta’aala, bukan selainNya. (2) Memenuhi segala perintahNya dan (3) Beriman kepada Allah subhaanahu wa ta’aala sebagai Rabb yang Maha Kuasa mengabulkan permintaan dan menetapkan takdir segalanya.

"Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo`a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (QS Al-Baqarah ayat 186)

Bulan Ramadhan merupakan bulan di mana orang beriman mempunyai kesempatan begitu luas untuk berdoa kepada Allah subhaanahu wa ta’aala. Dan waktu-waktu mustajab (ketika doa berpeluang besar dikabulkan Allah) tersebar dalam beberapa keadaan  khusus sepanjang Ramadhan.

“Ada tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak: (1) orang yang berpuasa hingga ia berbuka, (2) imam yang adil dan (3) doa orang yang dizalimi.” (HR Tirmidzi 3522)

Subhanallah…! Dalam hal berdoa orang berpuasa disetarakan dengan pemimpin yang adil dan orang terzalimi. Doa orang berpuasa mustajab. Didengar, tidak ditolak Allah subhaanahu wa ta’aala. Bahkan dikabulkan insyaAllah. Setiap orang yang faham hadits ini sangat bergembira menyambut Ramadhan. Sebab itu bererti selama 29 atau 30 hari selama ia berpuasa peluang doanya dikabulkan Allah subhaanahu wa ta’aala sangatlah luas…!

Dan terlebih lagi ketika menjelang berbuka ketika menanti tibanya azan Magrib. Kita harus memanfaatkan waktu sebaiknya untuk berdoa waktu itu. Maka, diriku, saudaraku, manfaatkan kesempatan keemasan menjelang berbuka dengan memanjatkan berbagai doa dan permintaan kepada Allah ta'aala. Sebab sebahagian masyarakat kita suka menghabiskan waktu dengan berbual kosong sambil menunggu  waktu  magrib di bulan Ramadhan.  Cuba perhatikan hadits berikut:
“Sesungguhnya orang yang berpuasa memiliki doa yang tidak tertolak pada saat berbuka.” (HR Ibnu Majah 1743)
Lalu apakah lafaz khusus Nabi shollallahu ’alaih wa sallam menjelang ifthor berbuka puasa? Beliau membaca sebagaimana dijelaskan dalam hadits di bawah ini:

“Jika Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam berbuka, ia berdoa: Dhahabazh-zhoma-u wab tallatil-'uruq wa tsabbatal-ajru insyaa Allah “Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat dan semoga ganjaran didapatkan, insya Allah.” (HR Abu Dawud 2010)

Mengapa di dalam doa berbuka Nabi shollallahu ’alaih wa sallam mengatakan: ”...dan semoga ganjaran didapatkan, insya Allah.”? Kerana sesungguhnya yang sangat diharapkan bukan sekadar  kegembiraan pertama sewaktu berbuka di dunia, melainkan yang lebih diharapkan orang beriman ialah kegembiraan kedua iaitu saat bertemu Allah ta’aala di hari berbangkit kelak. Orang beriman ketika itu bergembira berjumpa Allah ta’aala kerana puasanya sewaktu di dunia diterima olehNya. Demikianlah Nabi shollallahu ’alaih wa sallam bersabda dalam hadits sebagai berikut:

Bagi orang yang berpuasa terdapat dua kegembiraan. Kegembiraan saat berbuka dan kegembiraan saat kelak perjumpaannya dengan Allah ta’aala kerana ibadah puasanya.” (HR Bukhary 1771)

Hidup manusia di dunia adalah pertukaran antara susah dan senang. Maka selama bulan Ramadhan khususnya, marilah kita membaca yang Nabi shollallahu ’alaih wa sallam biasa baca ketika menghadapi keadaan susah maupun menerima kurnia. Untuk menghadapi kesusahan Nabi shollallahu ’alaih wa sallam melazimkan kalimat istighfar sebagaimana hadits berikut:

“Barangsiapa yang tetap melakukan istighfar, maka Allah subhaanahu wa ta’aala akan membebaskannya dari segala kesusahan dan melapangkannya dari setiap kesempitan serta akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak diduganya.” (HR Abu Dawud 1297)
Sedangkan ketika menerima kurnia, Nabi shollallahu ’alaih wa sallam menganjurkan kita membaca sebagaimana hadits berikut:

“Setiap orang yang diberi kurnia Allah ta'aala lalu ia membaca ‘Alhamdulillah’, maka Allah ta’aala akan berikan yang lebih utama daripada apa yang telah ia terima.” (HR Ibnu Majah 3795)

Ya Allah, basahi lidah kami dengan mengingatMu selalu. Cerdaskan kami dalam mengajukan doa-doa kepada Engkau sesuai situasi dan keadaan  kami masing-masing mengikuti teladan NabiMu Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam. Ya Allah, berkatilah kami di bulan Ramadhan. Amin ya Rabb...



Ahad, 31 Julai 2011

Apa kahabar puasaku?


Apa khabar puasaku? Merah atau Hijau

Salam untuk semua, tinggal beberapa jam umat islam disini bakal ditemukan dengan satu bulan yang mulia dan penuh dengan keberkatan. Penulis mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Marhaban Ya Ramadhan" dan selamat berpuasa kepada pengunjung blog ini. Penulis mendoakan agar kita semua memperoleh Ramadhan yang terbaik pada tahun ini. Amin, InsyaAllah.

Lumrahnya kita manusia mahukan sesuatu yang lengkap, cukup, baik, tidak cacat dan cantik atau dengan bahasa mudahnya dipanggil sempurna.  Pembaca mungkin bersetuju dengan saya dalam kes membeli baju contohnya. Baju yang koyak, jahitan tidak rapi dan nilai yang kita anggap tidak sempurna tentu kita akan tolak tepi dari senarai pilihan. Begitu juga jika surirumah kepasar untuk membeli ikan, pilihan pertama tentu mencari ikan yang segar "fresh" insang yang merah jika boleh yang masih hidup- tidak pada ikan yang mempunyai sifat-sitat berikut - bermata merah, daging yang tidak pejal, kepala ikan yang telah digigit sesuatu dan seterusnya.

Sebagai pengguna atau peniaga sudah tentu sudah tentu faktor untung dan rugi menjadi perkiraan utama. Pilihan ditangan kita mau untung atau rugi. Kita telah diberitahu mana jalan yang membawa keuntungan atau sebaliknya. Jika begitu sebelum bertindak atau melalukan sesuatu tanyalah pada diri kita untung ruginya.

Bagaimana pula dengan puasa yang kita lakukan selama hidup ini. Pernahkah kita bertanya bagaimana? apa khabar puasa kita yang lepas-lepas apakah ia telah melepasi dan menepati ciri-ciri puasa yang dianggap sempurna? atau hanya dapat lapar dan dahaga? Hanya kita yang mampu menjawabnya. Sempena dengan kedatangan bulan Ramadahan Al Bubarak ini marilah kita panjatkan doa semoga Allah memberikan kekuatan, melorongkan, membimbing kita kearah ciri-ciri puasa yang sempurna zahir dan batin. InsyaAllah jika kita pilih, jaga dan mepati ciri-ciri di awal di tengah dan di akhirnya Allah kurniakan kesempurnaan atau hampir sempurna pada apa yang kita lakukan. 

Rabu, 27 Julai 2011

Marhaban Ya Ramadhan


Marilah kita rebut peluang yang Allah kurniakan setahun sekali dalam bulan Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari lagi..

Kelebihan Ramadan 
* Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini. 

* Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping solatnya yang sunat , istighfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya. 

* Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan Ramadhan maka 
bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah : 
(Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan : 

(Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Rabbku dan Rabb engkau Allah.)

Ahad, 14 November 2010

Puasa Arafah / Puasa Wukuf

Kelebihan puasa Arafah

tarikh di Malaysia
Kelebihan berpuasa dalam bulan Zulhijjah? Apa pula kelebihan puasa hari Arafah? Jawapan; Dari Hafsah r.a. menceritakan;
“Empat amalan yang tidak ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu; puasa ‘Asyura, puasa al-‘ashyr (yakni hari-hari sepuluh awal Dzulhijjah), puasa tiga hari pada setiap bulan dan solat dua rakaat sebelum subuh”. (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, at-Thabrani dan an-Nasai) Maksud al-‘Ashyr dalam hadis di atas ialah hari pertama Dzulhijjah hingga hari ke sembilannya. Disunatkan puasa pada hari-hari tersebut terutamaya pada hari ke sembilan iaitu hari Arafah. Malah terdapat hadis lain yang menegaskan bahawa sepuluh hari awal Dzulhijjah adalah hari-hari paling baik untuk beramal dengan apa sahaja amal kebaikan, tidak tertumpu kepada puasa sahaja, iaitu sabda Rasulullah s.a.w.;
“Tidak ada hari-hari di mana mengerjakan amal soleh padanya paling disukai oleh Allah dari hari-hari ini; yakni hari-hari sepuluh awal Dzulhijjah”. (Riwayat Imam Bukhari dari Ibnu ‘Abbas r.a.)
Adapun fadhilat puasa hari ‘Arafah iaitu hari ke 9 Dzulhijjah, Abu Qatadah r.a. menceritakan;
“Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang”. (Riwayat Imam Muslim)
Hari ‘Arafah adalah hari yang paling afdhal dari segala hari. Ini kerana Rasulullah bersabda;
“Tidak ada satu hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari api neraka dari hari ‘Arafah”. (Riwayat Imam Muslim)
Namun demikian puasa pada hari ‘Arafah itu hanya disunatkan kepada yang bukan jamaah Haji. Adapun jemaah Haji, mereka tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut, akan tetapi disunatkan berbuka sebagai mengikuti Rasulullah s.a.w. dan untuk memperolehi kekuatan bagi memperbanyakkan berdoa pada hari tersebut. Abu Hurairah r.a. menceritakan;
“Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah”. (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim)
Maimunah isteri Rasulullah s.a.w. menceritakan; “Orang ramai ragu-ragu apakah Rasulullah s.a.w, berpuasa atau tidak pada hari ‘Arafah”. Lalu ia (yakni Maimunah) menghantar kepada baginda satu bekas berisi susu tatkala baginda sedang berwukuf di Padang ‘Arafah itu. Lalu baginda meminum susu tersebut dengan dilihat oleh orang ramai kepadanya. (Riwayat Imam Muslim).

Wallahu A’lam.

Sabtu, 18 September 2010

Puasa 6

“Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun.” – Hadith Riwayat Muslim
Mengapa dikatakan begitu? Ini kerana, orang yang melakukan 1 kebaikan akan mendapat 10 kebaikan yang setara. Berpuasa selama 1 bulan di bulan Ramadhan bererti puasanya adalah sama dengan puasa selama 10 bulan. Berpuasa selama 6 hari di bulan Syawal pula sama dengan 60 hari (2 bulan) berpuasa. Oleh sebab itulah, mereka yang berpuasa 1 bulan di bulan Ramadhan, kemudian berpuasa selama 6 hari di bulan Syawal akan mendapat pahala puasa seperti setahun penuh. Subhanallah.
“Maukah aku tunjukkan padamu pintu-pintu kebaikan? Puasa adalah perisai,…” – Hadith Riwayat Tirmidzi
Seperti yang kita tahu, puasa juga adalah perisai seorang muslim dari maksiat semasa dia di dunia, dan merupakan perisainya dari api neraka di akhirat nanti.




Antara hikmah2 berpuasa 6 hari di bulan Syawal;
Pelengkap dari puasa Ramadhan



Puasa sunat 6 hari di bulan Syawal selepas Ramadhan adalah pelengkap dan penyempurna pahala dari puasa setahun penuh. Penyempurna dari kekurangan, membawa maksud, walaupun hukumnya sunat, pada hari Kiamat nanti perbuatan2 fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan2 sunat ini. Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis Qudsi – “Dan senantiasa hamba Ku mendekatkan diri kepada Ku dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya.” (Hadith Riwayat Bukhari)

Menyediakan sistem pencernaan



Selama sebulan sistem pencernaan kita berehat pada waktu siang. Kedatangan bulan Syawal boleh mendatangkan kejutan bagi sistem pencernaan kita, tambahan apabila disajikan dengan pelbagai juadah di dalam pelbagai majlis yang biasa masyarakat kita lakukan di bulan Syawal ini. Maka, puasa 6 ini memberi peluang kepada sistem pencernaan kita yang telah direhatkan tadi untuk bertugas secara beransur-ansur.

Amalan Ramadhan tidak terputus



Antara manfaat lain berpuasa 6 adalah segala amal yang dilakukan oleh seseorang itu di dalam bulan Ramadhan, untuk mendekatkan diri-Nya dengan Allah, tidak akan terputus setelah berlalunya bulan Ramadhan yang mulia ini, selama seseorang itu masih hidup. Ini juga mengajar kita untuk beribadat secara istiqamah dan berpanjangan. Menyusuri daripada kata2 para cerdik pandai – “Pahala amal kebaikan adalah kebaikan yang ada sesudahnya.”

Tanda syukur rahmat bulan Ramadhan



Berpuasa di bulan Ramadhan mendatangkan maghrifah atas dosa-dosa masa lalu. Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan akan menerima ‘ganjaran’ di bulan Syawal – maka berpuasa di bulan Syawal adalah seperti tanda mensyukuri ganjaran yang diterima ini. Ia juga sebagai tanda syukur atas segala nikmat, pertolongan dan pengampunan yang telah diberikan oleh-Nya dalam bulan Ramadhan. Dan atas rasa cintanya terhadap ibadah puasa di bulan Ramadhan, ia tidak merasa bosan, berat atau jenuh apalagi benci berpuasa Ramadhan – lantas meneruskannya dengan berpuasa lagi selama 6 hari di bulan Syawal.





Namun, bagi mereka yang mempunyai hutang berpuasa di bulan Ramadhan, haruslah menyudahkannya dahulu sebelum memulakan berpuasa 6 ini. Ini kerana barangsiapa yang berpuasa Syawal terlebih dahulu dan masih ada tanggungan puasa Ramadhan, maka puasanya itu hanya dianggap puasa sunat muthlaq (puasa sunnah biasa) dan tidak mendapatkan ganjaran puasa Syawal. Ini kerana berbalik kepada sabda Rasulullah s.a.w tadi, “Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan…”



Membiasakan puasa setelah Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan, karena apabila Allah Ta'ala menerima amal seseorang hamba, pasti Dia menolongnya dalam meningkatkan perbuatan baik setelahnya. Sebagian orang bijak mengatakan, "Pahala amal kebaikan adalah kebaikan yang ada sesudahnya." Oleh karena itu barangsiapa mengerjakan kebaikan kemudian melanjutkannya dengan kebaikan lain, maka hal itu merupakan tanda atas terkabulnya amal pertama. Demikian pula sebaliknya, jika seseorang melakukan sesuatu kebaikan lalu diikuti dengan yang buruk, maka hal itu merupakan tanda tertolaknya amal yang pertama. 


Isnin, 23 Ogos 2010

Tazkirah Ramadan

Tazkirah Ramadan Masjid Batu 10
Alhamdulillah malam (13 ramadan)  tadi penulis telah digerakkan untuk mendirikan solat isyak dan tarawih di Masjid Jamiul Hasanat, Batu 10. Suasana nyaman dan sejuk (Air Cond) menyambut kedatangan para tetamu Allah ke Masjid ini. Kedatangan jemaah hampir memenuhi ruang solat dan bilangannya semakin bertambah setelah solat sunat tarawih (8 rakaat). Pentazkirah jemputan pada malam itu seorang personel yang terkenal Ustaz Kamal Asyari.
Ustaz Kamal membawa tajuk puasa ramadan dan menyentuh dari sudut yang sering diabaikan oleh sebahagian umat islam ketika berada di bulan yang penuh dengan maghfiroh ini. Tazkirahnya amat menepati kerana pendengar / jemaah berpeluang untuk membuat pembetulan  pada amalan puasa yang sedang mereka jalani di bulan yang mulia ini
Pertamanya beliau mengucapkan alhamdulillah kerana kita telah ditemukan dengan bulam ramadan yang mulia, ini semua adalah kerana Rahmat Allah kasih sayang Allah kepada hamba-hamba. Kedua kita ditemukan dengan bulan yang awalnya rahmat, pertengahan keampunan dan akhirnya pembebasan dari api neraka. Persoalannya kenapa Allah letakkan pengampunan di tengah-tengah bulan ramadan? itu semua adalah kasih dan sayang Allah kepada makhluknya. Pintu sentiasa dibuka kepada hamba-hambanya yang mahu bertaubat dan memohon amounanNya.
Amalan bersahur banyak ditinggalkan oleh sebahagian umat islam ketika menjalani ibadat puasa ini mungkin ketiadaan ilmu atau ia hanya anggapan setakat makan dan tak lebih dari itu.  Sebenar bersahurlah yang membezakan puasa orang mukmin berbanding puasa ahlul kitab. Seterunya beliau menjelaskan "Allah dan para malaikatnya berselawat kepada orang yang bersahur". Sahur membawa makna sepertiga malam. Puasa tanpa sahur menyerupai amalan ahlul kitab. Bangunlah saudara walau mengantuk, walau perut masih kenyang sekurang-kurangnya untuk meneguk segelas air untuk mendapatkan selawat dari Allah dan malaikat yang hanya terdapat pada waktu sahur.

Lima Syarat Allah temukan kita dengan Malam Lailatul Qadar
Menurut ustaz Kamal Asyari  beliau telah mengariskan 5 syarat yang perlu ada agar Allah temukan kita dengan malam yang lebih baik dari 83 tahun (1000 bulan)
  1. Tetap dan terus mengerjakan perintah Allah, disamping meninggalkan segala laranganNya. Berpuasa tetapi tidak solat  serupa tidak beriman kepadaNya.
  2. Memperbanyak dan menggandakan amalan-amalan yang hanya terdapat pada bulan ramadan, ini merupakan salah satu cara kita mensyukuri terhadap Rahmat Allah kepada kita.
  3. Banyakkan berdoa semasa kita sedang puasa ambilah kesempatan dan yang inipun hanya terdapat di bulan ramadan. "Allah tidak akan menolak doa orang-orang yang sedang berpuasa". Satu lagi perbanyakkan doa bila menghadap rezeki (makanan)
  4. Tidak membazir : masyarakat sering lupakan yang ini. Berapa banyak pembaziran yang telah kita lakukan selama ini. Pembazir adalah saudara Syaitan. Banyak makanan kita buang gara-gara melayan kehendak (nafsu). Bulan puasa menjadi bulan pesta makan, karnival membeli makanan. Membazir itu  dalam bahasa yang mudah sesuatu yang diguna / beli bukan bukan kerana keperluan. Bertaubatlah dan mohon ampunan diatas segala pembaziran yang telah kita lakukan selama ini. Cuba fikir berapa banyak air yang kita buang semasa mengambil wudhu?
  5. Bersedekah, menderma dan menolong :  maka perbanyakanlah - memang cabarannya  banyak syaitan selalu membisikan ragu-ragu dan kefakiran bila kita berderma, tetapi yakinlah dengan janji Allah setiap harta yang diinfaqkan akan di balas minima 700 kali ganda banyaknya. Akhirnya jika segala syarat telah terpenuhi semoga Allah temukan kita dengan malam Lailatul Qadar - malam yang lebih baik dari 1000 bulan. .. Amin

Sabtu, 21 Ogos 2010

Hikmah Bersahur

Hikmah Bersahur
Selama menjalani ibadah puasa ramai diantara kalangan kita yang meninggalkan sunaah makan sahur atas berbagai alasan. Pertama mungkin ramai yang tidak mengetahui di dalam bersahur itu terdapat keberkatan, kedua mereka telah makan dulu sebelum tidur (pada anggapan mereka telah bersahur)- jadi tidak perlu bangun untuk bersahur
1. Hikmah Sahur
Allah telah mewajibkan kita semua berpuasa sebagaimana Ia telah mewajibkan kepada orang-orang sebelum kita dari kalangan  Ahlul Kitab, seperti dalam firmanNya: "Hai orang2 yang beriman, diwajibkan atas kamu sekalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas oarng2 sebelum kamu, agar kamu bertakwa." [Al Baqarah: 183]
Pada awalnya, hukum puasa adalah sama dengan apa yang ditetapkan bagi Ahlul kitab, yaitu tidak makan, minum, dan berhubungan badan setelah tidur (diwaktu malam). Ertinya jika salah seorang diantara mereka tidur, maka dia tidak makan sampai malam berikutnya.
Dan setelah di nasakh, Rasulullah Shalallahu'alaihi wa sallam memerintahkan untuk sahur sebagai upaya untuk membedakan antara puasa kita dengan puasa Ahlul Kitab.Dari Amr' bin al 'Ash Radhiallahu'anhu, Rasulullah Shalallahu'alaihi wa sallam bersabda: "Perbedaan antara puasa kita dengan puasa Ahlul kitab terletak pada makan sahur." [1]

2. Keutamaan Sahur
Sahur adalah berkah Dari Salman Radhiallahu'anhu, Rasulullah Shalallahu'alaihi wa sallam bersabda: "Berkah itu terdapat pada 3 hal, jama'ah, sayur, dan makan sahur." [2]
Dari Abu Hurairah Radhiallahu'anhu, Rasulullah Shalallahu'alaihi wa sallam bersabda: "Sesungguhnya Allah telah memberikan berkah melalui sahur dan takaran." [3]
Dari 'Abdullah bin Harits, dari seorang sahabat Nabi Shalallahu'alaihi wa sallam, dia bercerita: "Aku pernah masuk menemui 
Nabi Salallahu'alaihi wa sallam, sedang beliau tengah sahur seraya berucap: 'Sesungguhnya sahur itu berkah yang diberikan oleh Allah kepada kalian, keranannya janganlah kalian meninggalkannya.' " [4]
Rasulullah menyebut sahur sebagai al ghadaa' al mubaarak (makanan penuh berkah), sebagaimana disebutkan dalam dua hadis al 'Irbadh bin Sariyah dan Abu Darda' Radhiallahu'anhumaa: "Mari makan al gadhaa' al mubaarak (makanan penuh berkah) yakni sahur." [5]

Allah dan para malaikatNya berselawat kepada orang  yang makan sahur. Berkah sahur yang paling agung adalah bahwa Allah Subhanahu wa Ta'ala telah melimpahkan ampunan kepada orang-orang yang makan sahur serta menuangkan rahmatNya kepada mereka. Malaikat juga memohonkan ampunan bagi mereka seraya berdoa agar Dia memberikan maaf kepada mereka, agar mereka termasuk orang-orang yang dibebaskan dari api neraka.
Dari Abu Sa'id Al Kudri Radhiallahu'anhu, Rasulullah Salallahu'alaihi wa sallam bersabda: "Sahur adalah makanan penuh berkah. Oleh karena itu janganlah kalian meninggalkannya sekalipun salah seorang dari kalian hanya minum seteguk air karena sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada orang yang makan sahur." [6]
Sebaik-baik makan sahur bagi orang mukmin adalah kurma, Rasulullah Salallahu'alaihi wa sallam bersabda: "Sebaik-baik makan sahur oarng mukmin adalah kurma." [7]

3. Mengakhirkan waktu sahur
Dari Anas Radhiallahu'anhu, dari Zaid bin Tsabit Radhiallahu'anhu, bahwasannya ia pernah berkata: "Kami pernah makan sahur bersama Rasulullah Salallahu'alaihi wa sallam. Setelah itu beliau langsung berangkat solat." Kutanyakan: "Berapa lama jarak antara azan dan sahur?", dia menjawab: "Kira-kira sama seperti bacaan 50 ayat." [8]

4. Hukum sahur
Rasulullah Shalallahu'alaihi wa sallam bersabda: "Barang siapa hendak berpuasa, maka hendaklah ia makan sahur dengan sesuatu." [9]
Beliau juga bersabda: "Makan sahurlah kalian, karena sesungguhnya pada sahur itu terdapat berkah." [10]
Rasulullah Salallahu'alaihi wa sallam juga melarang untuk meninggalkannya seperti telah disebutkan pada hadist diatas [6].
Sehingga dapat di rangkum bahwa perintah makan sahur dari Rasulullah Salallahu'alaihi wa sallam ini bersifat penekanan sekaligus anjuran, dilihat dari 3 sisi:
  • Hal tersebut memang diperintahkan
  • Sahur sebagai syi'ar puasa kaum Muslimin sekaligus sebagai pembeza puasa mereka dengan puasa pemeluk agama lain
  • Larangan untuk meninggalkannya
Rujukan:
[1] HR Muslim no. 1096
[2] HR At Tabrani, sanad hadist ini hasan
[3] HR Asy Syirazi, hadist ini hasan
[4] HR An Nasa'i, sanadnya sahih
[5] HR Ahmad, Abu Dawud, dan An Nasa'i, sanadnya shahih
[7] HR Abu Dawud, Ibnu Majah, An Nasa'i, sanadnya sahih
[8] HR Bukhori dan Muslim
[9] HR Ibnu Abi Syaibah, Ahmad, Abu Ya'la, dan Al Bazzar
[10] HR Bukhori dan Muslim

Meneladani Puasa Rasulullah
Oleh: Syaikh Salim bin Ied Al Hilali dan Syaikh Ali Hasan Ali Abdul Hamid

Khamis, 19 Ogos 2010

Simbol Ramadan

Simbol Ramadan
Di dalam menelusuri  liku-liku dan ranjau Ramadan perhatikan  awasi  simbol mudah-mudahan  ianya boleh dijadikan sebagai panduan agar selamat sampai ke penghujung  Ramadan yang serba berkat ini.





Imej ubah suai dari : Ramadhaan highway code



Selasa, 17 Ogos 2010

Sunat Berbuka dengan

Kelebihan Kurma
Kandungan gula di dalam kurma  telah ditukar menjadi Glukosa secara semulajadi, maka apabila kita memakan kurma, tenaga dapat diserap oleh tubuh dengan serta-merta. 

Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan lain, dikenali sebagai Fraktosa dan Gula Tebu atau Gula Pasir yang biasa mengandungi Sukrosa. Gula jenis ini tidak boleh menyerap terus ke dalam tubuh.Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi Glukosa.Glukosa inilah yang diserap oleh tubuh sebagai tenaga.
Kerana itu kita sangat-sangat disunatkan untuk berbuka dengan kurma. Kurma dapat memberikan tenaga tenaga segera kepada si pemakan. Ini membolehkan kita beribadat dan menunaikan solat maghrib atau tarawih dengan lebih bertenaga walaupun kita telah berpuasa di siang harinya. Adalah sangat digalakkan untuk kita makan buah kurma tanpa buang kulitnya. Ini kerana buah kurma kaya dengan serat. Serat ini melawaskan makanan dan dapat mencegah barah usus.



Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t. dalam surah al-Mukminah ayat 19, "Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak, dan sebahagiaannya kamu makan."
Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan." Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. di bawah pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran Nabi Isa a.s. 



Isnin, 16 Ogos 2010

Di tingkat mana puasa kita

Di tingkat mana puasa kita
Pembaca budiman tanpa disedari 5 hari telah berlalu bulan ramadan yang berkat ini dan hari ini kita berada di 6 ramadan, bagaimana keadaan puasa kita. Semuga Allah menyampaikan kita hingga keakhir ramadan Insyaallah  Cuba imbas kembali puasa kita beberapa hari yang  lepas, apakah kita masih di tahap mendapat lapar dan dahaga sahaja atau ...


Rasanya masih belum terlambat untuk kita membuat koreksi pada kualiti puasa kita tahun ini. Mohonlah pada Zat yang Maha Kuasa agar kita dapat menjaga kualiti puasa kita dan mencapai kessempurnaan puasa, puasa yang bukan hanya meninggalkan dari makan minum, tetapi juga dapat menjaga mata, telinga, lidah seterusnya yang paling susah menjaga (puasa) hati. Akhirnya mohonlah pada Allah agar kita diberikan hijau dan berlindung denganNya dari diletakkan pada kedudukan merah .. Amin

Ahad, 15 Ogos 2010

Amalan yang disunatkan Bulan Ramadan

Amalan-amalan yang disunatkan pada bulan Ramadan.
1- Membaca Al-Quran.
Bulan Ramadan adalah bulan al-Quran sesuai dengan sunnah Nabi s.a.w. Ibnu Abbas RA berkata; "Nabi (Muhammad SAW) adalah orang yang paling dermawan diantara manusia. Kedermawaanya meningkat di saat malaikat Jibril menemuinya setiap malam hingga berakhirnya bulan Ramadan, lalu Nabi membacakan al-Quran dihadapan Jibril. Pada saat itu kedermawaan Nabi melebihi angin yang berhembus."

Hadist tersebut menganjurkan kepada setiap muslim agar bertadarus al-Quran, dan mengadakan ijtima`/ berkumpul dalam majlis al-Quran dalam bulan Ramadan. Membaca dan belajar al-Qur'an boleh dilakukan di dihadapan orang yang lebih mengerti atau lebih hafal al-Quran. Dianjurkan pula untuk memperbanyak membaca al-Quran di malam hari. Dalam hadist di atas, modarosah antara Nabi Muhammad saw dan Malaikat Jibril terjadi pada malam hari, kerana malam tidak terganggu oleh pekerjaan seharian. Di malam hari, hati seseorang juga lebih mudah meresapi dan merenungi amalan dan ibadah yang dilakukannya.

Puasa dan al-Quran mempunyai hubungan yang sangat dalam. Kerana itu Rasulullah s.a.w memperbanyak membaca Al-Quran dalam bulan Ramadan. Tidak ada yang melebihi al-Quran. Allah menurunkannya lain pada kitab-kitab terdahulu, di dalamnya terdapat hukum-hukum Allah yang tegas, dari al-Qur'an mengalir petunjuk-petunjuk Allah untuk manusia, tidak ada kedustaan, tidak ada penyesatan, ia memberi syafaat kepada orang yang membaca dan mengamalkannya. Rasulullah menegaskan "Barang siapa mendapatkan syafaat al-Qur'an, maka ia akan mendapatkan syafa'at di hari Kiamat",  "Barangsiapa duduk demi al-Qur'an, maka ia tidak akan berdiri keculai dengan mendapatkan kelebihan dan kekurangan, iaitu kelebihan mendapatkan hidayah dan kekurangan dari kebutaan hatinya". Dengan selalu membaca al-Quran, iman seseorang akan bertambah dan terus bertambah, dan tidak akan luntur apa yang telah ia yakini, hinggga berkuranglah keraguan-keraguan yang ada dalam jiwanya. Tidak ada satu pun penyembuh hati selain al-Quran, kerana sebesar-besarnya penyakit hati adalah kekafiran dan kemunafikan serta jauh dari jalan Allah. Dan tiada penawar atas penyakit-penyakit tersebut kecuali al-Quran.

Alim Rabbany Syaikh Ahmad bin Abdul-Ahmad as-Sarhindy berkata: "Sesungguhnya di dalam bulan ini (puasa) ada kaitan yang sangat erat dengan al-Quran, dimana pada bulan tersebut al-Quran di turunkan, di dalam bulan tersebut juga dipenuhi segala kebajikan dan berkat dari Allah s.w.t. Setiap kebajikan dan keberkatan yang diterima oleh umat manusia selama setahun penuh, tidak lain hanyalah setetes dari lautan rahmat Allah selama satu bulan ini. Maka sangat beruntunglah mereka yang menyambut dan menghidupkan bulan tersebut dengan melakukan amal soleh dan beribadah, dan merugilah mereka yang tidak meramaikan bulan tersebut dengan beribadah, iaitu mereka yang berpaling dari keberkatan dan kebaikan."

Dengan demikian, Ramadan merupakan pesta ibadah, bulan tilawah bagi ummat Islam. Ia ibarat musim menuai orang-orang yang mulia dan bertaqwa, hari raya bagi hamba-hamba yang saleh, diramaikan dengan mendirikan ajaran-ajaran agama, kebeningan hati dalam ibadah dan berlumba-lumba dalam kebaikan. Seluruh umat muslim dari segala penjuru dunia serentak berbondong-bondong menyambut kedatangan bulan suci tersebut dengan menghidupkan suasana yang penuh rahmat dan berkat. Allah telah menganugerahkan rahmat dan pertolongan-Nya kepada hambanya yang beramal saleh, mereka yang tidak segan-segan melaksanakan ajaran-ajaran Allah dan selalu asyik tanpa rasa jemu dalam mengamalkan perintah-Nya. Hati mereka selalu bergantung kepada Allah dan setiap hembusan nafas mereka terarah kepada kebaikan.

2. Menahan hawa nafsu dan kesenangan duniawi.
Iaitu dengan mengurangkan makan ketika berbuka serta tidak berlebih-lebihan. Dalam sebuah hadis dikatakan "Tidak ada perkara yang lebih buruk dari pada memenuhi isi perut dengan makanan secara berlebihan". Ruh puasa terletak pada memperlemah sahwat, mengurangi keinginan dan mengekang nafsu.

Dari Sahal bin Sa'ad  r.a Rasulullah s.a.w. bersabda: " Sesungguhnya di surga ada salah satu pintu yang dinamakan Rayyan: masuk dari pintu tersebut ahli puasa di hari kiamat, tidak ada yang masuk dari pintu itu selain ahli puasa, lalu dipanggil "Manakah para ahli puasa?", maka berdirilah para ahli puasa dan tak ada seorangpun yang masuk dari pintu itu kecuali mereka yang tergolong para ahli puasa, dan apabila mereka sudah masuk, maka pintu sorga tersebut segera ditutup, dan tidak ada satu pun yang diperbolehkan masuk setelah mereka". (Bukhari Muslim).

3. Berdo'a ketika berbuka puasa.
Abu Hurairah r.a berkata: bersabda Rasulullah s.a.w: Ada tiga golongan yang tidak akan ditolak do'anya, mereka itu adalah: orang puasa ketika berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang teraniaya". 
Untuk itu, hendaklah kita semua tidak melupakan saudara-saudara kita yang menderita di Palestin, Afghanistan, Kashmir dan Chechnya dan belahan bumi lainnya dalam doa kita. Betapa banyak do'a yang ihlas dan tulus, lebih berguna berbanding ribuan anak panah.
4. Qiyamullail (Tahajjud )
Solat Tarawih hukumnya sunat menurut kesepakan para ulama juga disunatkan untuk meng-khatamkan al-Qur'an selama solat tarawih. Hadits-hadits yang menerangkan tentang qiyamullail adalah : Sabda Rasulullah s.a.w: "Barang siapa menghidupan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan harapan mendapatkan redho Allah s.w.t semata, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lampau".
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. senang menghidupkan bulan Ramadan dengan melaksanakan qiyamullail dengan tidak memaksakannya kepada para sahabat untuk melaksanakannya dan bersabda :" Barangsiapa yang melaksanakan Qiyamullail pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan harapan niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lampau. 

Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah mewajibkan atasmu puasa Ramadan dan disunatkan melakukan Qiyamullail pada bulan suci ini, barang siapa berpuasa dan melaksanakan Qiyamullail dengan penuh keimanan dan harapan maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lampau".
Dari Abu Hurairah r.a: "Kemuliaan seorang mu'min terletak pada solatnya yang  didirikan di tengah malam dan kehormatannya terletak pada ketidak  bergantungann terhadap orang lain". Dari Mughirah r.a, Rasulullah s.a.w selalu bangun tengah malam melaksanakan solat malam hingga bengkak kedua telapak kakinya".

Para ulama salaf selalu mencari kesempatan untuk menghidupkan malamnya dengan solat dan membaca Al-Quran sehingga tersentuh jiwanya. Dan apabila membaca ayat yang menerangkan khabar gembira, hatinya terselip harapan yang menggebu-gebu seolah apa yang di janjikan itu ada di pelupuk matanya. Sebaliknya, apabila membaca ayat Al-Qur'an yang menerangkan ancaman maka hati dan kedua telinganya terasa terbius, seolah dahsyatnya suara api neraka berada di ujung telinganya, lalu mereka pun meletakkan keningnya di atas bumi sambil memohon kepada Allah agar dijauhkan dari pedihnya api neraka dan meminta pertolongan agar diberi kemenangan atas musuh-musuhnya. 

5. Berlumba-lumba dalam bersedekah.
Hendaknya berusaha untuk selalu memberikan ifthar (berbuka) bagi mereka yang berpuasa walaupun hanya seteguk air ataupun sebutir kurma sebagaimana sabda Rasulullah yang berbunyi: " Barang siapa yang memberi ifthar (untuk berbuka) orang-orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa dikurangi sedikitpun". (Bukhari Muslim) 

Anjuran untuk berlumba-lumba dalam bersedekah dan membiasakan diri untuk berderma dengan sebanyak-banyaknya  mungkin memberikan apa yang kita punya sesuai dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan Ibnu Abbas yang artinya: " Rasulullah orang yang paling dermawan terlebih ketika berjumpa denga malaikat Jibril dan malaikat Jibril selalu menemuinya setiap malam dibulan Ramadan hingga akhir bulan itu." (HR Bukhari)

Dan pada hadis yang lain disebutkan bahwasanya Rasulullah orang yang paling sempurna akhlaknya, paling dermawan dan kedermawanannya mencakup semua segi, di antaranya memberikan ilmu, harta, dan jiwanya kepada Allah demi menegakkan agama dan memberi petunjuk kepada hamba-Nya, berbakti untuk ummat dalam segala aspek dan semua kedermawanannya semua hanya demi Allah. Rasulullah lebih mementingkan orang lain daripada diri sendiri, keluarga dan anak-anaknya, beliau memberikan apa yang para raja-raja tidak mampu memberikannya, lebih suka hidup sederhana, sehingga tidak jarang dalam sebulan atau dua bulan dapurnya tidak mengepulkan asap. Kedermawanan beliau semakin bertambah ketika masuk bulan Ramadan, kerana keutamaan waktu mengartikan keutamaan beramal di dalamnya, dan menjadikan pahala berlipat ganda di dalamnya. 

Membantu orang berpuasa dan orang yang menjalankan ketaatan, berhak mendapatkan pahala seperti pahala orang yg melakukannya, tanpa mengurangi sedikit pun pahalanya, kerana Allah adalah Maha Dermawan terhadap hamba-Nya dengan rahmat dan maghfiroh-Nya dalam bulan Ramadan ini. Maka sepatutnya bagi seorang hamba harus boleh membalas kebaikan-Nya dengan mendermakan harta dan jiwanya sehingga ia berhak mamperoleh rahmat Allah.

Di antara keutamaan sedekah adalah meredam murka Allah dan terhindar dari suu'ul khatimah, iaitu meninggal dalam keadaan sesat. Sedekah juga mempunyai pengaruh yang sangat luar biasa untuk menolak bermacam cubaan dan malapetaka, melebur kesalahan, meredamnya sebagaimana air mematikan api, sedekah boleh membuat hati menjadi senang dan dada terasa lapang. Untuk itulah kita dilarang bakhil. Abdurrahman bin Auf setiap kali bertawaf di Makkah selalu berkata: "Ya Allah lindungilah aku dari jiwa yang bakhil."

6. I`tikaf di Sepuluh Hari Terakhir Bulan Ramadan.
I`tikaf di sepuluh terakhir bulan Ramadan merupakan penyempurna ibadah puasa. Ini kerana I'tikaf artinya menumpukan diri menghadap Allah, mendekatkan diri kepada-Nya, dan menyibukkan diri dengan beribadah kepada-Nya. Hingga kecintaannya semata hanya kepada Allah, mengalahkan kecintaannya kepada selain Allah. Inilah tujuan I'tikaf di hari-hari terakhir bulan Ramadan, hari yang paling utama selama bulan tersebut. Sepuluh hari terakhir bulan Ramadan merupakan keutamaan yang dipilih oleh Allah SWT. 
Diriwayatkan dari `Aisyah r.a. bahwasanya Nabi Muhammad saw selalu beri`tikaf di malam sepuluh terakhir bulan Ramadan hingga ajal menjemputnya, kemudian sunnah ini dihidupkan lagi oleh isteri-isteri Rasulullah selepas kewafatannya" (Bukhari Muslim). Ini merupakan gambaran akan kesungguhan dalam beribadah dan kesediaan Rasulullah dalam menyambut Ramadan.
Dari `Aisyah r.a berkata: bahwa Rasulullah s.a.w. apabila memasuki sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, beliau menghidupkan malam dan membangunkan anggota keluarganya dan beliau kencangkan pakaiannya" (Bukhari Muslim).

Saudaraku!
Ingatlah bahwa pintu menuju kebaikan itu bermacam-macam. Oleh kerana itu kita sayugianya memasuki salah satu pintu tersebut. Imam Ahmad Bin Hanbal menegaskan : "Tidaklah dikatakan seorang itu berilmu sebelum ilmunya mencerminkan perkataannya dan ahlaknya". Dan sebagian dari pintu kebaikan adalah berdo`a kerana do`a adalah penggerak dari ibadah dan sebaik-baik do`a dan dzikir adalah yang diajarkan oleh Rasulullah saw kerana beliau adalah hamba yang paling tahu akan Rabb Yang Maha Mengabulkan do`a kita.

7. Menjauhi Larangan Agama:
Hal yang perlu diperhatikan oleh seorang mu`min adalah menjaga lisan dari mengumpat dalam keadaan berpuasa sebagaimana yang dipesankan Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan dusta dan ghibah maka tiada artinya di sisi Allah baginya berpuasa dari makan dan minum" (HR: Bukhari). 

Berkata Ibnu Battal: Bukan berarti kemudian ia meninggalkan puasa, tapi ini merupakan peringatan agar meninggalkan perkataan dusta dan ghibah. Adapun makna perkataan Rasul: "Tiada erti di sisi Allah s.w.t." menurut Ibnu Munir adalah: tamsil dari ditolaknya puasa yang bercampur dengan dusta. Adapun puasa yang bersih dari pekerjaan tercela tersebut, insya Allah akan tetap diterima. 
Ibnu Arabi berkata: Umat-umat sebelum kita cara berpuasanya hanya menahan diri dari berkata-kata namun diperbolehkan makan dan minum, begitupun mereka tidak sanggup, sehingga Allah meringankan dengan dihapusnya setengah hari iaitu malam dan dihapusnya setengah puasa iaitu puasa dari berkata, namun mereka tetap tidak sanggup, mereka bahkan melakukan tindakan-tindakan yang diharamkan agama. Kemudian Allah meringankan lagi untuk meningkatkan darjat manusia dengan meninggalkan perkataan dusta dan munkar. Allah pun mewahyukan kepada Rasulullah s.a.w. "Barangsiapa yang berkata dusta atau berbuat munkar maka Allah s.w.t. tidak menerima puasanya dari makanan dan minuman. Maka beruntunglah mereka yang menyibukkan diri dengan aibnya hingga tidak memikirkan aib orang lain dan beruntunglah mereka yang tinggal di rumah, sibuk dengan ibadah kepada Allah, menangisi kesalahannya di saat manusia sedang terlelap tidur.
Selain itu, selayaknya kita tidak ikut campur urusan orang lain sehingga kita terseret dalam kemungkaran atau menjerumuskan orang lain dalam kemungkaran. Kalau ada orang yang mengganggu kita, hendaklah kita ingatkan bahwa kita sedang berpuasa, sebagaimana diajarkan Rasulullah saw: Apabila dihina oleh seseorang hendaklah ia ucapkan saya sedang berpuasa. Demi Allah yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, mulut seorang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah dibanding minyak wangi misik". 
Maka seorang mu`min yang menguasai syahwatnya dan menahan dirinya dari makanan dan minuman yang halal, menahan dirinya dari menggauli isterinya yang halal, sayugianya ia juga menjaga dirinya dari hal yang jelas diharamkan di luar bulan puasa. Mulut ini, dijadikan Allah swt tidak untuk mengumpat. Mulut yang dijadikan Allah lebih harum dibanding aroma minyak misik, janganlah sengaja dikotori dengan perkataan dusta atau menghina meskipun dalam keadaan terpaksa. Hendaklah ia berkata pada dirinya: "Saya sedang berpuasa dan tidak dihalalkan bagiku berbuat hal tersebut" 

Oleh Kerana Itu saudaraku hendaklah engkau membuat jadual untukmu. Aturlah waktumu dan tetapkan waktu untuk beribadah, jangan sampai engkau kehilangan berkat serta keutamaan Ramadan, sesungguhnya bulan Ramadahan terlalu singkat untuk meraih seluruh keutamaannya, maka persiapkanlah dirimu sekarang untuk menghadapi bulan penuh berkah, rahmah dan maghfirah ini.
Tiada kata yang sesuai untuk mengakhiri tulisan ini, selain firman Allah s.w.t. dalam surat Fatir ayat 32-34: "Kemudian kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang kami pilih diantara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang zalim pada diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang biasa saja dan diantara mereka ada yang lebih banyak berbuat kebaikan. Yang demikian itu adalah kurnia yang amat besar. Bagi mereka surga Adnin yang mereka masuki dengan dihiasi gelang-gelang emas dan mutiara dan pakaian mereka di dalamnya adalah sutera. Mereka berkata: Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kesedihan kami, sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan penerima Syukur".

KULLU AAM WA ANTUM BI KHAIR
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadan

Selasa, 10 Ogos 2010

Hakikat kesempurnaan Puasa

Hakikat Kesempurnaan Puasa
Puji dan syukur kita panjatkan kepada Allah swt yang telah memberikan kesempatan kita untuk bertemu dengan bulan suci Ramadan untuk yang kesekian kalinya. Namun harus kita ketahui bahwa Ramadan yang menemui kita kali ini bukanlah Ramadan yang datang pada tahun-tahun sebelumnya. Bulan Ramadan merupakan bulan yang mempunyai banyak keistimewaan yang tidak dimiliki oleh sebelas bulan lainnya. Salah satu keistimewaan bulan Ramadan adalah diwajibkannya puasa di bulan ini bagi orang-orang yang beriman.

Puasa yang secara sederhana dapat kita ertikan “menahan diri”. Iaitu menahan diri dari hal-hal yang membatalkannya dari terbit fajar sampai terbenamnya matahari. Yang dimaksud membatalkan puasa di sini bukan hanya membatalkan ibadahnya secara hukum, akan tetapi  juga mencakup hal-hal yang membatalkan hakekat, tujuan dan membatalkan pahalanya. Kalau puasa dimaknai hanya menahan diri dari yang membatalkan  ibadahnya secara hukum, maka hal ini tidak seberat ketika dimaknai menahan diri segala yang membatalkan hakikat, tujuan dan pahala puasa.

Puasa bukan hanya menahan diri dari makan dan minum serta memasukkan benda ke dalam salah satu lubang angggota tubuh kita, akan tetapi lebih dari itu, puasa bererti menahan diri dari segala yang membatalkannya secara hukum juga menahan diri dari segala sesuatu yang dibenci oleh Allah baik lahir maupun batin, Nabi Muhammad saw bersabda ”Betapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapatkan apa-apa kecuali rasa lapar daan dahaga”. Hal inilah yang menunjukkan bahwa hakikat puasa bukan hanya menahan diri dari lapar, dahaga dan bersetubuh. 

Imam al-Ghazali dalam buku yang berjudul Cahaya di Atas Cahaya  menyatakan “Kesempurnaan puasa adalah dengan mencegah segenap anggota badan dari segala hal yang tidak disenangi oleh Allah. Seharusnya kita juga menjaga mata dari melihat hal-hal yang tidak disenangi oleh Allah, menjaga lisan dari mengucapkan hal-hal yang tidak bermakna, menjaga telinga dari mendengarkan, hal-hal yang diharamkan Allah Ta’ala. Orang yang mendengar adalah teman si pembicara, yang kerananya dia juga dikategorikan sebagai orang yang mengumpat. Begitu juga kita harus mengawal seluruh anggota badan sebagaimana engkau menjaga perut dan kemaluan”.

Berkaitan dengan hal di atas banyak sekali hadits Rasulullah yang menerangkan diantaranya: ”Lima hal dapat membatalakan puasa, yaitu berbohong, mengadu domba, bersumpah palsu, dan memandang dengan syahwat.” Nabi juga bersabda”Puasa adalah perisai, maka jika salah seorang dari engkau berpuasa janganlah dia berkata buruk, melakukan maksiat, dan berpura-pura bodoh. Jika ada orang yang mahu membunuh atau mencercanya, maka dia harus mengatakan bahwa aku sedang berpuasa.” Dalam hadits lain Rasulullah bersabda ”Barang siapa tidak meninggalkan kata-klata kotor dan perbuatan keji, maka usahanya meninggalkan makan dan minum tidak berarti bagi Allah.”

Dari hadis-hadis di atas Imam Al- Nawawi dalam kitab Syarah Bidayatul Hidayah Al-Ghazali memberikan kesimpulan bahwa kesempurnaan puasa adalah dengan mencegah segenap anggota badan dari segala hal yang tidak di senangi oleh Allah, iaitu dosa. Itulah puasa orang-orang saleh yang kemudian disebut dengan puasa khusus. Kesempuranaan puasa akan tercapai dengan lima hal. 

  • Pertama, menjaga mata dari melihat hal-hal yang tidak disenangi Allah dan segala hal yang dapat melengahkan diri dari mengingat-Nya. Rasulullah bersabda: ”Pandangan adalah salah satu panah beracun iblis terkutuk”. Barang siapa yang tidak melihat hal-hal tersebut karena takut kepada Allah niscaya Allah akan memberinya keimanan yang manisnya dapat dirasakan dalam hatinya. 
  • Kedua, menjaga lisan dari mengucapkan hal-hal yang tidak bermakna. Hal-hal yang bermakna adalah segala hal yang berkitan dengan keselamatan manusia di akhirat dan keperluan hidupnya yang dapat menyenangkannya dari rasa lapar, menghapus dahaga, menutup aurat dan kepeperluan-keperluan pokok lainnya. 
  • Ketiga, menjaga telinga dari hal-hal yang diharamkan Allah swt. Orang yang mendengar adalah teman si pembicara. Sebab segala hal yang haram diucapkan, juga haram untuk di dengar. 
  • Keempat, berbuka puasa dengan makanan yang halal. Puasa yang berfungsi menahan diri dari barang yang halal tidak akan bermakna bila ditutup dengan berbuka makanan yang haram. Orang yang melakukan hal demikian seperti orang yang membangun sebuah istana kemudian menghancurkannya. 
  • Kelima, ketika berbuka tidak makan terlalu banyak jika kita hanya memindahkan makan kita pada pagi atau siang hari ke malam hari, maka puasa kita tidak bermanfaat. Artinya, di antara etika puasa adalah tidak makan terlalu kenyang, terutama pada waktu berbuka. Hal ini berkaitan dengan sisi pengaruh puasa, yaitu melemahkan (baca; mengendalikan) syahwat yang merupakan tempat berjalannya syaitan di dalam tubuh sejalan dengan aliran darah kita.  Oleh karena itu barang siapa yang berbuka dengan kadar yang berlebihan dihukumkan seperti orang yang tidak berpuasa, karena ia belum mampu mengendalikan sahwatnya untuk makan.
Untuk mendapatkan kesempurnaan puasa kita tidak cukup hanya dengan menjaga anggota badan bagian luar (zahir)  dari hal-hal yang tidak disenangi Allah, kita juga harus menjaga anggota batin, yaitu hati. Maksiat batin juga harus kita nyahkan, karena juga akan merusak kesucian makna puasa. Sumber utama maksiat ini adalah hati. Kita harus membersihkan penyakit-penyakit hati seperti, sombong, ujub, congkak, iri, dengki, riya’ (pamer) dan berbagai penyakit hati lainnya yang dapat mengurangi atau bahkan membatalkan tujuan puasa. Penyakit-penyakit ini nampaknya sangat sederhana, padahal sangat berbahaya karena dapat membakar amal baik kita sebagaimana bara api yang memakan kayu yang sudah kering. Jadi untuk mendapat kesempurnaan puasa marilah kita hindari penyakit-penyakit ini dengan cara dengan mencari sebab-sebab penyaki itu dan menyedari akibat-akibat negatif yang akan ditimbulkanya. Terapinya harus dilakukan dengan latihan terus-menerus untuk membersihkan dan mengembalikan manusia kepada fitrahnya yaitu suci. Karena pada hakekatnya kewajiban kita hanyalah mempertahankan kesucian yang telah dianugerahkan Allah kepada kita sejak kita dilahirkan. Ubat penyakit-penyakit itu tidak dijual di kedai atau doktor praktek. Penyakit-penyakit ini berasal dari dalam diri kita, dan ubatnya pun berada dalam diri kita.

Begitu banyak rintangan yang dihindari oleh orang yang berpuasa agar ia benar-benar sampai tujuan puasa, yaitu membentuk peribadi yang bertaqwa. Taqwa yang secara lughawi (bahasa) mengacu pada pengertian tentang orang-orang yang memeliharanya. Jadi sangatlah wajar jika banyak hal yang harus dijauhi olah orang yang berpuasa, karena sesuai tujuannya iaitu agar menjadi orang yang memelihara dan terpelihara. Terpelihara dirinya, baik dirinya peribadi ataupun lingkungan dari tindakan-tindakan yang tidak sesuai dengan tuntutan dan ajaran agama ataupun terpelihara dirinya dalam kontek sosial, kontek yang lebih luas. 
Namun balasan yang disiapkan Allah bagi orang yang berpuasa lebih besar dan lebih banyak daripada rintangan dan godaan yang dihadapi ketika menjalankannya. Begitu besarnya balasan yang dijanjikan Allah, tiada seorangpun yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, hal ini sebagaimana yang disebutkan dalam hadits qudsi yang artinya ”Setiap satu kebaikan digandakan sepuluh hingga tuju ratus, kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untuk-Ku dan Aku akan mengganjarnya sendiri”. Hal ini berarti balasan  yang akan diberikan Allah tidak ditentukan ukurannya.
 Semuga kita dapat menjalankan puasa dengan sempurna agar puasa kita dapat diterima di sisi Allah,  sehingga kita mendapatkan predikat pribadi yang bertaqwa juga mendapatkan redho dan balasan yang telah disiapkan-Nya.
Dipetik dari: Imam Mustofa, Pondok Pesantren Univ. Islam Indonesia

Sabtu, 7 Ogos 2010

Sambutlah Ramadan dengan Cinta

Sambutlah Ramadan dengan Cinta 
Demi cintanya pada manusia, Allah SWT dengan rahmatNya akan membuka banyak saluran dan jalan untuk keselamatan hamba-hamba-Nya. Dan, salah satunya adalah menerusi kehadiran Ramadan, bulan di mana Allah SWT membuka selebar-lebarnya pintu cinta-Nya pada manusia.
Allah SWT adalah Zat pemilik cinta. Cinta Allah adalah cinta tak bersyarat; unconditional love. Dia mencintai semua hamba-Nya tanpa mengharap balasan apa pun. Cinta Allah adalah cinta “walaupun”, bukan cinta “kerana”. Allah selalu mencintai  hamba-Nya walaupun hamba itu berbuat zalim dan terus membangkang / menentang perintah-Nya. Sebaliknya, cinta manusia adalah cinta “kerana”. Manusia mencintai sesuatu kerana sesuatu itu ada manfaat bagi dirinya. Manusia beramal, kerana ingin mendapatkan balasan dan kebaikan.
Demi cinta-Nya tersebut, Allah SWT membuka jalan bagi keselamatan dan kebahagian manusia. Salah satunya adalah dengan dikurniakannya Ramadan sebagai bulan istimewa. Maka, tak berlebihan bila Ramadan dikatakan sebagai bulan cinta, bulan di mana Allah SWT membuka pintu-pintu kecintaan-Nya.
“Tanda cinta” dari Allah SWT ini, digambarkan dengan sangat tepat oleh Rasulullah SAW, “Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang semua hamba-Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya, dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.
Demikianlah, Ramadan adalah bulan di mana Allah SWT memanggil semua hamba-Nya untuk kembali menuju hakikat hidup sebenarnya. Ada perumpamaan menarik dari Jalaluddin Rakhmat, menurutnya, manusia adalah “anak-anak Allah” yang dikeluarkan dari rumah-Nya untuk bermain-main di halaman dunia ini. Dalam QS Al-An’am [6] ayat 32 Allah SWT berfirman, “Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa.” Kerana itu, Kaabah disebut rumah Allah (Baitullah), kerana ke sanalah para jamaah haji berangkat, meninggalkan segala urusan dunia mereka. Ramadan pun disebut bulan Allah, kerana pada bulan itulah kita pulang, kita meninggalkan halaman permainan kita.
Selama kita asyik bermain, kita sibuk membeli  “barangan” yang bermacam-macam: kekayaan, kekuasaan, kemashuran, atau kesenangan duniawi lainnya. Kita lupa bahawa ada makanan lain yang jauh lebih sihat dan lebih lazat. Pada bulan Ramadan itulah Allah menyeru kita untuk kembali kepada-Nya. Allah telah mempersiapkan jamuan makanan berupa rahmat dan kasih sayang-Nya bagi kita yang “bermain” terlalu jauh dari “rumah”.
Melalui syairnya, Jalaluddin Rumi mengungkapkan: “Bagaimana keadaan sang pencinta?,” tanya seorang lelaki. Aku jawab, ”Jangan bertanya seperti itu, sahabat: Bila engkau seperti aku, tentu engkau akan tahu; Ketika Dia memanggilmu, engkau pun akan memanggil-Nya.” Ramadan adalah bukti cinta Allah. Bahagia bertemu dengan Ramadan sama ertinya dengan bahagia bertemu Allah. Kerana sudah jelas, “Barangsiapa mencintai pertemuan dengan Allah, maka Allah pun mencintai pertemuan dengannya. Dan barangsiapa tidak mencintai pertemuan dengan Allah, maka Allah pun tidak mencintai pertemuan dengannya” (HR Bukhari).
Bila kita mencintai Allah, kita harus menyambut apa pun yang datang dan diserukan-Nya, termasuk Ramadan. Dalam Ihya Ulumuddin, Al-Ghazali menyatakan adalah sebuah kebohongan besar bila seseorang mencintai sesuatu tetapi ia tidak memiliki kecintaan kepada sesuatu yang berkaitan dengannya. Al-Ghazali menulis, “Bohonglah orang yang mengaku mencintai Allah SWT tetapi ia tidak mencintai Rasul-Nya; bohonglah orang yang mengaku mencintai Rasul-Nya tetapi ia tidak mencintai kaum fakir dan miskin; dan bohonglah orang yang mengaku mencintai surga tetapi ia tidak mahu menaati Allah SWT.”
Kerana cinta Rasulullah SAW dan para sahabat selalu menyambut Ramadan dengan sukacita. Bahkan sejak Rejab dan Sya’ban mereka telah mempersiapkan segala sesuatu untuk menyambutnya, termasuk dengan memperbanyak puasa dan amalan sunnat lainnya. Siti ‘Aisyah berkata, “Tidak pernah Rasulullah SAW berpuasa dalam satu bulan yang lebih banyak dari puasanya pada bulan Sya’ban, ada kalanya sebulan penuh. Dan adakalanya hampir penuh hanya sedikit yang tidak puasa” (HR Bukhari Muslim).
Tatkala cinta sudah berbicara, tidak ada lagi alasan bagi kita untuk tidak bahagia menyambut Ramadan. Tidak ada lagi keluh-kesah menahan lapar, haus, dan semua keletihan tatkala menjalani Ramadan. Justeru, lewat cintalah semua yang pahit  akan menjadi manis. Marhaban Yaa Ramadhan!
Dipetik dari : Ahmad Iqbal: Ummahonline


Jumaat, 6 Ogos 2010

PUASA DARI SUDUT KEROHANIAN

PUASA DARI SUDUT  KEROHANIAN SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI
Puasa yang ditentukan oleh syariat ialah menahan diri daripada makan, minum dan bersetubuh mulai masuk waktu Subuh hingga masuk waktu Maghrib. Puasa dari segi ruhaniah pula ialah membersihkan semua pancaindera dan fikiran dari semua yang haram di samping menahan diri yang ditetapkan dalam puasa syariat itu.
Zahir dan batin hendaklah diharmonikan. Puasa dari segi ruhaniah atau kebatinan ini akan batal sekiranya tergelincir niat dan minda terhadap perkara-perkara yang haram walaupun sedikit. Puasa syariat atau puasa zahir tertakluk kepada masa atau waktu tetapi puasa batin sentiasa terus menerus sepanjang hayat di dunia dan di akhirat. Inilah puasa hakiki.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Ada di kalangan manusia yang berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja." Orang berbuka apabila mereka makan tetapi ada pula yang terus menerus berpuasa walaupun mereka telah makan. Inilah orang yang membersihkan pancaindera dan fikiran mereka dari perkara-perkara yang maksiat dan dosa dan menahan tangan dan lidah daripada menyakiti hati orang. Untuk mereka itu, Allah menjanjikan: "Puasa itu ibadah yang dilakukan untuk-Ku. Maka Akulah yang memberi ganjaran kepadanya."
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan. Pertama tatkala berbuka dan kedua, tatkala melihat." Orang syariat berkata bahawa kegembiraan yang pertama itu ialah tatkala berbuka puasa kerana dapat makan dan minum setelah berpuasa sepanjang hari dan maksud kegembiraan yang kedua itu ialah apabila melihat anak bulan Syawal setelah berpuasa sebulan penuh dalam bulan Ramadhan dan akan menyambut hari raya pula.  Bagi pengertian orang keruhanian dengan maksud batin puasa itu ialah bahawa kegembiraan berbuka puasa itu ialah ketika si mukmin itu memasuki syurga dan menikmati segala-gala yang diperoleh dalam syurga itu. Maksud kegembiraan tatkala melihat itu ialah apabila mereka melihat Allah dengan mata hati yang batin.
Satu lagi puasa yang lebih tinggi martabatnya dari dua jenis puasa yang tersebut di atas ialah puasa hakiki atau puasa yang sebenar. Puasa ini ialah menahan hati dari menyembah apa sahaja selain zat Allah. Ianya diamalkan dengan menahan mata hati itu dari melihat ghairullah (selain Allah), baik yang zahir mahu pun yang batin. Hati itu dibutakan dari ghairullah dan dicelikkan hanya kepada Allah dan cinta kepada-Nya sahaja. Allah menjadikan sesuatu untuk insan dan insan itu Allah jadikan untuk diri-Nya sendiri.
Dalam hadis Qudsi Allah berfirman: "Insan itu rahsia-Ku dan Aku rahsianya." Rahsia itu ialah suatu nur (cahaya) dari nur Allah. Ianya ialah titik tengah (centre) hati yang dijadikan dari suatu yang seni dan ghaib. Ruh sahaja yang tahu semua rahsia itu. Ianya juga adalah perhubungan rahsia antara Khaliq dan makhluk. Rahsia itu tidak cinta dan tidak tertarik kepada apa jua kecuali Allah s.w.t.
Tidak ada apa dan siapa pun yang dipuja dan dipuji, yang dicintai dan yang dirindui kecuali Allah s.w.t. Tidak ada matlamat yang dituju kecuali Allah. Jika ada satu zarah pun cinta terhadap ghairullah masuk kedalam hati, maka batallah puasa hakiki ini. Jika telah batal, maka perlu diulang lagi berpuasa, menghidupkan niat dan harapan untuk kembali kepada cinta Allah, di dunia dan di akhirat kerana Allah berfirman: "Puasa itu untuk-Ku dan Akulah yang memberi ganjarannya."
Wallahu a'alam.
(kampungchat.net)

Isnin, 2 Ogos 2010

Marhaban Ya Ramadan

Marhaban Ya Ramadan
Tidak terasa, seiring dengan berjalannya waktu, bulan Ramadan 1431H akan segera tiba. Bulan yang paling dinanti kedatangannya oleh kaum Muslimin di seluruh dunia, bahkan oleh umat lain yang bekerja sebagai peniaga.

Sebagai Muslim, sudah selayaknya menyambut datangnya bulan Ramadan dengan penuh rasa suka cita karena tamu yang agung itu membawa beragam kebaikan yang tidak terdapat pada bulan-bulan lainnya. Rasulullah SAW. bersabda, "Seandainya setiap hamba mengetahui apa yang ada dalam bulan Ramadan, umatku akan berharap seandainya setahun itu bulan Ramadan." (HR. Ibnu Khuzaimah)

Bulan Ramadan adalah bulan agung, bulan yang penuh dengan kemuliaan, keberkatan, dan hikmah. Bulan Ramadan dikenal  juga sebagai Sayyidusy Syuhur (pemimpin segala bulan), Syahrul Quran (bulan diturankannya Al-Quran), Syahrush Shiyam  (bulan Puasa), Syahrun Najah (bulan keselamatan dari siksa neraka), Syahrut Tilawah (bulan untuk membaca dan menekuni  Alquran), Syahrush Shabri (bulan kesabaran), Syahrur Rahmah (bulan yang penuh rahmat), Syahrullah (bulannya Allah). Di hari-hari terakhir di bulan Syaaban, Rasulullah SAW. biasa mengumpulkan para sahabat serta kaum Muslimin dan Muslimat. Beliau pun berkhutbah di hadapan mereka, menjelaskan keistimewaan bulan Ramadan. Diriwayatkan dari Ibnu Khuzaimah, diterima dari Salman RA., beliau mengatakan, "Pada hari terakhir bulan Syaaban, Rasulullah berkhutbah kepada kami, "Wahai manusia, kini telah dekat kepadamu suatu bulan yang agung, bulan yang sarat  dengan berkat, yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik (nilainya) dari seribu bulan. Inilah bulan yang Allah  tetapkan puasa di siang harinya sebagai fardu, dan salat Tarawih di malam harinya sebagai sunat.

Barangsiapa ingin mendekatkan dirinya kepada Allah di bulan ini dengan suatu amalan sunat, pahalanya seolah-olah dia melakukan amalan fardu pada bulan-bulan lain. Barangsiapa melakukan amalan fardu pada bulan ini, dia akan dibalas dengan pahala seolah-olah telah melakukan tujuh puluh amalan fardu pada bulan yang lain. Inilah bulan kesabaran dan ganjaran bagi kesabaran yang sejati  adalah surga, bulan ini juga merupakan bulan simpati terhadap sesama. Pada bulan ini, rezeki orang-orang beriman ditambah. Barangsiapa memberi makan (untuk berbuka) kepada orang yang berpuasa, kepadanya dibalas dengan pengampunan terhadap dosa-dosanya dan dibebaskan dari api neraka Jahanam dan dia juga memperoleh ganjaran yang sama sebagaimana orang  yang berpuasa tadi tanpa sedikit pun mengurangi pahala orang yang berpuasa itu."

Kami pun berkata, "Ya Rasulullah! Tidak semua orang di antara kami mempunyai sesuatu yang dapat diberikan kepada yang berpuasa untuk berbuka." Rasulullah SAW. menjawab, "Allah akan mengurniakan balasan ini kepada seseorang yang memberi buka puasa walaupun hanya dengan sebiji kurma, atau seteguk air, atau seteguk susu. Inilah bulan yang pada sepuluh hari pertamanya Allah menurunkan rahmat, sepuluh hari pertengahannya Allah memberikan ampunan, dan pada  sepuluh hari yang terakhir Allah membebaskan hamba-Nva dari api neraka Jahanam. Barangsiapa yang meringankan beban hamba sahayanya pada bulan ini, Allah SWT. akan mengampuninya dan membebaskannya dari api neraka. 

Perbanyaklah di bulan ini empat perkara. Dua perkara dapat mendatangkan keridhaan Rabbmu dan dua lagi kamu pasti memerlukannya. Dua perkara yang mendatangkan keridhaan Allah yaitu, hendaklah kalian membaca kalimah toyibah dan istighfar sebanyak-banyaknya. Dua perkara yang kita pasti memerlukannya, yaitu hendaknya kamu memohon kepada-Nya untuk masuk  surga dan berlindung kepada-Nya dari api neraka Jahanam. Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berpuasa (untuk berbuka), Allah akan memberi minum dari telagaku yang sekali minum saja dia tidak akan merasakan dahaga lagi sehingga dia  memasuki surga." (HR. Ibnu Khuzaimah)

Berdasarkan hadits-hadits di atas serta didasari dengan keagungan bulan Ramadan sebagai bulan ibadah (Syahrul ibadah),  umat Islam selayaknya menyambut kedatangan bulan Ramadhan sebagai berikut :
  • Menyambutnya penuh dengan kegembiraan dan suka cita kerana akan kedatangan bulan yang penuh berkat, bulan penuh limpahan rezeki, bulan yang penuh rahmat, ampunan, dan yang akan membebaskan dari api neraka.
  • Mempersiapkan keadaan rohani dan jasmani karena berbagai ibadah yang ada di bulan Ramadan memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang kuat.
  • Menghayati dan memperdalam kembali petunjuk-petunjuk Al-Quran dan sunah yang berkaitan dengan berbagai amalan di bulan Ramadan karena amal ibadah akan diterima Allah bila sesuai dengan tuntunan Rasulullah SAW.
  • Memperbanyak takarub (aktiviti yang mendekat diri kepada Allah) dan doa agar kita senantiasa diberikan kekuatan dan kemampuan untuk menjalankan ibadah di bulan  Ramadan.
  • Menyelesaikan berbagai macam masalah (dosa) yang berkaitan dengan hubungan antara manusia dan saling memaafkan.
  • Bertekad dengan kuat akan mengisi waktu demi waktu di bulan Ramadan dengan berbagai macam amal kebaikan dan mempunyai tekad Ramadan kali ini adalah Ramadan yang terbaik dan terindah dalam hidup kita. Akhirnya, marilah kita  renungi firman Allah SWT.,

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan  mengerjakan amal saleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi  kesabaran." (QS. Al 'Ashr : 1-3)

Rasulullah SAW. bersabda, "Ketika aku menaiki tangga pertama, Jibril muncul di hadapanku dan berkata, "Celakalah orang  yang mendapati bulan Ramadan yang penuh berkat, tetapi tidak memperoleh ampunan." Maka aku berkata, "Amin." (HR. Hakim)

Wallahualam.

Sumber : H. MOCH. HISYAM, Ketua DKM Al Hikmah Sarijadi, anggota Komisi Pendidikan dan Dakwah MUI Kel. (edit pada ejaan sesuai untuk pembaca di Malaysia)