Salam kepada saudara pembaca yang budiman ini hasil carian menerusi pembacaan di internet yang saya rasa perlu disebarkan kepada umat islam mengenai dua sambutan yang telah seakan diterima sebagai sesuatu yang berasal dari islam
Kepada mereka yang berhujah membolehkan sambutan hari ibu dan bapa. Memang secara logiknya amat baik kerana mengingat jasa-jasa insan bernama ibu dan nampak bersesuaian dengan islam. Ingatlah saudara pada sebarang tindakan bila sesuatu itu (baik dari logik akal dan budaya) berhadapan dengan syarak, maka kita kena patuh dan tunduk pada syarak. Tiada sambutan hari ibu /bapa yang diajarkan oleh Junjungan kita Nabi Besar Muhammad SAW.
Sila renungkan perenggan yang berikut dan buatlah penilaian sendiri… semuga Allah memberi perlindungan kepada kita semua. Ada beberapa versi sambutan hari ibu - ada yang menyambut pada bulan Mac, Mei dan Disember. Sebahagian besar masyarakat dunia menyambut hari ibu termasuk negara kita pada bulan Mei.
Ini kisah tarikh sambutan hari ibu…
Hari Ibu versi kini yang diraikan pada setiap Ahad kedua bulan Mei ialah hasil kempen Anna M Jarvis dari Philadelphia pada 1907 supaya Hari Ibu menjadi sambutan nasional sempena ulang tahun kematian ibunya. Inspirasinya timbul dari mendiang ibunya, aktivis yang pernah mengadakan perhimpunan Mothers Friendship Day untuk mempersatukan pihak-pihak yang bermusuhan selepas Perang Saudara (Civil War) di bawah simbol ibu.
Sambutan Hari Bapa pada setiap Ahad ketiga bulan Jun pula ialah hasil kempen Sonora Smart Dodd dari Washington pada 1909 sempena ulang tahun kematian bapanya. Idea untuk menyambut Hari Bapa timbul semasa menyambut Hari Ibu apabila memperingati jasa bapanya membesarkan anak-anak sebagai duda.
Di sini jelaslah bahawa kebudayaan meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa dicedok dari pandangan hidup yang 180 darjah berpaling daripada Islam. Ukuran ikutan umat ketika ini berdasarkan kepada sekeliling dan logik akal yang telah ditanamkan oleh kaum penjajah yang tidak mahu melihat Islam bangkit semula. Umat ditidurkan dengan ubat bius (kebudayaan kuffar) yang terang lagi bersuluh diambil dan dialih bahasakan kepada kebudayaan Islam.
Sama-sama kita renungkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan