Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan

Khamis, 21 Julai 2011

Air Mata Menangis

Wahai Mata Menangislah

“Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.”
(QS Al Israa 17:109)


Seringkali, terjadi di luar perancangan, harapan-impian dan keinginan berlalu tidak tercapai, di waktu itu barulah kita (manusia) teringatkan Dia. Sedar dirinya tidak mampu untuk berbuat apa-apa, jika Allah sudah berkehendak. Ketika itu biasanya manusia menangis atau berkeinginan untuk menangis. Namun, tidak lama bila ada harapan dan keinginan yang datang, maka tertawalah ia dan lupa lagi kepada Sang Pemberi Harapan.

Menjadi lumrah, manusia menangis, mengalirkan airmatanya, ketika merasa hancur, tujuannya gagal, harapannya kabur, dan cita-citanya berkecai. Atau, apabila yang telah dilakukannya mengalami kebuntuan, halangan dan rintangan.

Menangis adalah cara Allah menunjukkan kekuasaan dan keMahaBesaranNya. Air mata itu mungkin saja diciptakan untuk menyedarkan manusia agar senantiasa mengingatiNya. Titik-titik air bening dari kelopak mata itu boleh jadi adalah teguran Allah terhadap riak kenistaan yang kerap mewarnai kehidupan ini.

Seperti Allah menurunkan air hujan dari gumpalan awan untuk membahasahi bumi dari kekeringan hingga tumbuh segar dan masak ranum. Seperti itulah barangkali tangis manusia akan membahasahi kekeringan hati dan mengalirkan kerak kegersangan agar menghadirkan kembali wajah Dia yang mengiringi setiap langkah.

Seharusnya, tangisan meluluhkan bongkah bongkah keangkuhan dalam hati, hingga timbul kesedaran hanya Dia yang berhak berlaku sombong. Air mata itu akan menghalang pandangan mata dari meremehkan orang lain dan semakin menjernihkan mata untuk lebih mudah melihat keMahaBesaran dan kekuasaan Alah. Titik titik bening itu akan membersihkan debu debu pengingkaran yang memenuhi kelopak mata yang menjadikan seringkali lupa bersyukur atas nikmat pemberianNya.

Seharusnya pula, mengalirkankan air mata membuat hati tetap basah oleh ke tawadukan, qana’ah, dan juga cinta terhadap sesama insan. Air mata menjadi penyedar bahawa apa pun yang kita usahakan semua tergantung padaNya. Tidak ada yang patut disombongkan pada diri di hadapan sesama manusia apalagi di hadapan Nya. Air mata akan menghantarkan kita pada kekhusyukan.

Bersyukurlah bila masih dapat menitikan air mata. Namun, air mata menjadi tidak bererti jika setelah titik terakhir, tidak ada perubahan apapun dalam langkah kita. Tidak akan ada hikmahnya, bila kesombongan masih menjadi baju utama kita. Wallahu a’lam bissawab.

Selasa, 28 Jun 2011

Ketika Ibadah ...

Ketika Ibadah Hilang Kemanisan

Sebahagian besar di antara kita mungkin pernah merasakan saat melakukan ibadah terasa hambar, tidak terasa nikmatnya beribadah. Ibadah seperti ini merupakan tanda sakitnya qalbu seseorang, Persoalannya sekarang, Bagaimana kalau  begini? apa yang harus kita dilakukan? Apakah kita tinggalkan ibadah-ibadah yang terasa hambar, yang hasilnya juga terasa hambar, tidak ada nikmatnya ibadah?

Terasa hambarnya ibadah, itu tanda bahawa qalbu kita sedang  sakit. Biasa diilustrasikan ketika badan sakit (tidak fit), walaupun diberi makanan yang enak-enak, tetap saja tidak selera makan, tidak dapat merasakan lazatnya makanan tersebut. Terasa tidak lazatnya makanan tersebut bukan kerana makanannya yang tidak "enak", tetapi memang badan yang sedang sakit, nah kalau keadaannya demikian, apakah  tidak perlu  makan? Kalau tidak makan, justeru boleh mengakibatkan sakitnya tambah parah, yang harus dilakukan adalah tetap makan walaupun tidak terasa lazat, dan yang paling utama adalah berjumpa doktor untuk diubati.

Demikian juga qalbu, apabila qalbu sakit, maka menurut para ulama, di dalam qalbu yang sakit, pasti ada penyakitnya, seperti sombong, riak, sum'ah, ujub, iri, dengki dan lain-lain 
Bagaimana menyembuhkannya.


"Setiap segala sesuatu ada alat pembersihnya. Dan alat untuk membersihkan qalbu adalah zikrullah "
lantas timbul soalan, zikrullah yang mana yang boleh mengubati qalbu.
"... Maka bertanyalah kepada ahli  zikir (bukan ahli fikir!), jika kamu tidak mengetahui." 
(QS. 16:43).


Maka, ketika kita telah bertemu dengan ahli zikir, qalbu kita akan diubatinya, sehingga setelah diubati qalbu kita akan bersinar kembali, sehingga kenikmatan beribadah insyaAlloh akan dapat kita rasakan.

Wallahu a'lam

Selasa, 14 Jun 2011

24 jam Ibadah


Sebaik-baik Ibadah


Berkata Ibnul Qayyim Rahimahullah:
"Sebaik-baik ibadah itu adalah untuk keredhaan Allah dalam setiap masa, sesuai untuk waktu yang tertentu, iaitu boleh kita fahami di sini :

Sebaik-baik ibadah ketika waktu jihad adalah jihad, sehingga walaupun meninggalkan bacaan wirid dan solat malam serta puasa sunnah siangnya. Dan sebaik-baik ibadah waktu kedatangan tetamu ialah melayan mereka dengan sebaiknya, sebagaimana yang disuruh  oleh Islam, begitu juga layanan kepada isteri dan keluarganya.

Dan sebaik-baik ibadah sewaktu mendidik dan mengajar ialah menumpukan sepenuhnya pada pengajaran dan pendidikan. Dan sebaik-baik ibadah pada waktu Azan ialah menjawab bacaan Azan serta meninggalkan bacaan wirid ketika itu. Dan sebaik-baik ibadah pada waktu Solat Fardhu ialah bersungguh-sungguh melaksananya dengan sebaiknya dan khusyuk, dan mengerjakannya pada awal waktu.

Sebaik-baik ibadah waktu membaca Al Quran ialah memusatkan perhatian kepada memahaminya seolah-olah Allah Ta'ala berbicara kepadanya dan berazam melaksanakan suruhannya. Dan sebaik-baik ibadah waktu wuquf di Arafah ialah berusaha dengan memperbanyakkan doa, dan zikir dan bukan dengan puasa yang melemahkan tugas ini. Dan sebaik-baik ibadah pada 10 hari pertama Zulhijjah ialah memperbanyakkan ibadah terutama bertasbih, bertakbir dan bertahmid, dan ianya lebih afdhal dari berjihad yang bukan fardhu.

Sebaik-baik ibadah pula pada 10 malam terakhir Ramadhan ialah beriktikaf di masjid tanpa mencampuri hal urusan manusia, dan ianya lebih baik daripada mengajar pada pendapat sesetengan ulama. Dan sebaik-baik ibadah ketika saudaranya sakit atau meninggal ialah menziarahinya atau mengusung jenazahnya.

Maka sebaik-baik ibadah pada setiap waktu ialah menginginkan keredhaan Allah Ta'ala pada situasi waktu itu sendiri dan menjalankan kewajipan pada waktu itu. Sesungguhnya orang begini ialah golongan ahli ibadah yang bebas, dan bukan golongan ahli ibadah yang terkongkong dengan ibadah tertentu sahaja.

Maka golongan ahli ibadah yang bebas ini jika kita berada pada golongan ulama, kita akan melihatnya ada di sana. Jika kita melihat golongan ahli ibadah pula, kita akan melihatnya ada di sana, dan jika kita melihat golongan mujahid, dianya juga ada berada di sana bersama mereka. Jika kita melihat golongan ahli zikir, dia juga ada bersama mereka, dan jika kita melihat para dermawan, kita akan dapati dianya ada di sana. Maka manusia yang begini dinamakan ahli ibadah yang tidak terikat, iaitu yang tidak hanya ada pada golongan tertentu sahaja."

Berkata Ibnul Qayyim Rahimahullah:

"Sesiapa yang berbaik dengan orang lain, Allah akan berbaik dengannya, dan sesiapa yang bersifat rahmat kepada orang lain, Allah akan akan bersifat rahmat kepadanya, dan sesiapa yang memberi manfaat kepada orang lain, Allah akan memberi manfaat kepadanya, dan sesiapa menutup keaiban orang lain, Allah akan menutup keaibannya, dan sesiapa yang menegah kebaikan orang lain, Allah akan menegah kebaikan kepadanya, dan sesiapa yang bermuamalah kepada orang lain dengan sifat tertentu, Allah akan bermuamalah dengannya sama dengan sifat itu di dunia dan di akhirat. Maka Allah Ta'ala dengan hambanya berdasarkan kelakuan hambanya kepada makhluk yang lain."

Sumber
Kitab Bagaimana Mendapat Pahala Hidup 7000 Tahun : Ustaz Haji Ahmad Haris Suhaimi


Khamis, 9 Jun 2011

Peperangan Akhir Zaman

Peperangan yang terjadi di akhir zaman


Mungkin ada yang pernah terbaca mengenai habis di bawah dan ada juga yang mungkin tidak pernah tahu. Bagi yang tak pernah tahu, kini anda semua akan tahu. Kemungkinan hadis ini akan buatkan anda mengeletar dan rasa seram sejuk. 
Hadis ini dipetik dari sahabat Rasulullah SAW yang mulia iaitu Abu Hurairah R.A
"Aku telah menghafal dua karung ilmu daripada Rasulullah SAW adapun salah satunya telah aku sebar luaskan, sedangkan yang satu lagi andaikata aku sebar luaskan maka (pasti) leher ini akan dipenggal."{1}

Imam Ibn Hajar menulis di dalam Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah mengetahui nama-nama para amir, raja dan ayah mereka. Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu. Ini adalah atsar yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina Ibn Abbas, dan Sayydina Ali bin Abi Thalib. Dia berkata pada orang-orang disekelilingnya : 

"Aku mempunyai maklumat mengenai peperangan-peperangan yang terjadi di akhir zaman." Maka orang-orang berkata : "Beritahukanlah kepada kami, tidak mengapa semoga ALLAH memberikan pahala yang lebih baik." Maka beliau pun berkata : "Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun dan hendaklah kalian menghitung beberapa dekad kemudian, Raja Romawi berpendapat bahawa Perang Dunia yang melibatkan seluruh dunia pasti terjadi maka ALLAH mengkehendaki peperangan baginya. 

Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi berkuasalah seorang lelaki dari negara bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri bersalju dan kaya, maka ia berada di dalam murka ALLAH. Setelah berlangsung tahun-tahun api, dia dibunuh secara hina oleh rahsia Rusy atau Rus." "Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun, hitunglah lima atau enam, Mesir akan diperintah oleh seorang lelaki yang digelar sebagai Nashir, oran-orang Arab menyebutnya sebagai 'syuja' ul arab' (Pemberani Orang Arab), ALLAH menghinakannya dalam sebuah peperangan dan sebuah peperangan lagi; dia tidak mendapat kemenangan. ALLAH mengkehendaki untuk memberikan kemenangan bagi Mesir, kemenangan sejati bagi-Nya, pada bulan yang paling dicintai-Nya dan milik-Nya, maka Pemilik Rumah dan Bangsa Arab menyenangkan Mesir dengan Asmar Sada, ayahnya Anwaru Minhu - lebih bercahaya daripada dia, akan tetapi dia membuat perjanjian damai dengan pencuri-pencuri Masjidil Haram di negeri yang penuh duka. Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam...dan...Sufyani, pada salah satu daripada kedua matanya ada kasal, 'kelopak mata yang turun' sedikit. Namanya diambil daripada pecahan kata shidam dan dia 'shaddam liman aradhahu' (penghancur bagi siapa saja yang menentangnya, dunia berkumpul menyerangnya di (Kut) kecil yang dimasukinya dan dia tertipu. Tidak ada kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali dengan Islam. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin." "Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... akan muncul al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia, bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai (Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri Isra' dan Mi'raj dekat gunung Mageddon. Akan keluar menghadapinya Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika). Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran. Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci. Seluruh negeri datang dari laut dan udara kecuali kecuali negeri-negeri salju yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas. Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit. Dia yakin bahawa seluruh alam adalah milik ALLAH, kepada ALLAH saja semua akan kembali. Seluruh dunia adalah pohon baginya yang akan dikuasai dari ranting hingga akarnya (...) maka ALLAH melempari mereka dengan anak panah yang paling dahsyat, yang membakar bumi, laut dan langit mereka. langit pun menurunkan hujan yang buruk dan seluruh penduduk bumi mengutuk semua orang kafir di bumi dan ALLAH mengizinkan hilangnya semua kekufuran."{2}

Huraiannya adalah seperti berikut : 
Perang Dunia Pertama : Disebutkan - Pada dekad-dekad Hijriyah setelah 1300 tahun dan hitunglah beberapa dekad... yakni kita menghitung beberapa dekad setelah tahun 1300 H. Demikianlah jumlah dekadnya masih kabur. Satu dekad adalah 10 tahun. Dan benar, pada tahun 1914 Masihi atau sekitar tahun 1332 H, terjadilah peperangan. Bererti, jumlah dekad yang masih kabur itu adalah tiga dekad ditambah kira-kira dua tahun lagi. 

Perang Dunia Kedua : Disebutkan - Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi, berkuasalah seorang lelaki dari negara yang bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri... dan benar, hanya 20 tahun kemudian (2 dekad bersamaan sebutan Abu Hurairah, satu dekad dan satu dekad lagi) meletuslah Perang Dunia Kedua yang digerakkan oleh as-Sayyid al-Kabir (pemimpin besar atau Hitler). Di Jerman orang memanggilnya Hitler. 

Perang Dunia Ketiga : Disebutkan - Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... bermaksud peperangan akan terjadi diantara tahun 1420 H hingga 1430 H. Kita sekarang berada pada tahun 1431 H, maka peperangan itu sudah berada diambang pintu, boleh meletus pada bila-bila masa saja.{3} Jika anda rasa ianya bermanfaat untuk anda dan keluarga anda, sebarkanlah.. Wallahualam... 

Sumber: 1.Hadith riwayat Bukhari di dalam Sahihnya, kitab al-'Ilm, bab: Menghafal Ilmu, hlm 213 2.Al-Fitan, hlm 216. Tempat yang bertitik (...) adalah tulisan yang terhapus pada manuskrip asal. Lihat Huru-Hara Akhir Zaman, hlm 47-50 3.Huru-Hara Akhir Zaman, hlm 49-51


Menangis Hanya Kerana Allah


Menangis Hanya Kerana Allah
Sufyan berkata: “Menangis itu ada 10 macam, iaitu 9 kerana selain Allah dan satu kerana Allah. Bila menangis kerana Allah itu datang sekali dalam setahun, maka itu sudah terbilang banyak.” [Hilyatul Auliya' 7/11]
Anjuran Menangis Kerana Allah
Qasamah bin Zuhair berkata, “Abu Musa pernah berkutbah di kota Bashrah. Ia berkata, “Wahai manusia, menangislah. Jika kalian tidak boleh menangis, maka berusahalah untuk menangis. Kerana penghuni Neraka akan menangis dengan mengeluarkan air mata sampai habis. Kemudian mereka akan menangis dengan mengeluarkan air mata darah. Bahkan seandainya di situ dilepaskan beberapa perahu, pastilah akan berjalan.” [Hilyatul Auliya' 1/261]

Keutamaan Menangis Kerana Allah
Ka’bul Ahbar berkata, “Sungguh, aku lebih suka menangis kerana Allah, lalu air mataku mengalir diatas pipiku, daripada bersedekah dengan emas seberat timbanganku.” [Hilyatul Auliya' 5/366]
Buah Dari Menangis Kerana Allah
Wuhaib bin Ward berkata, “Yahya bin Zakariya ‘alaihis salam memiliki dua garis dipipinya akibat menangis.” Kemudian ayahnya, Zakariya ‘alaihis salam berkata, “Sungguh, aku hanya meminta kepada Allahs seorang anak yang boleh menjadi penyejuk mataku.” Yahya ‘alaihis salam berkata, “Ayah, sesungguhnya Jibril ‘alaihis salam memberitahuku bahwa diantara Surga dan Neraka ada sebuah gurun yang hanya boleh dilalui oleh orang yang rajin menangis.” [Hilyatul Auliya' 8/149]
Macam-Macam Tangisan
Yazid bin Maisaroh berkata, “Tangisan itu berasal dari tujuh hal: gembira, sedih, cemas, sakit, riya’, syukur, dan tangisan kerana takut kepada Allah. Inilah tangisan yang tetesan air matanya dapat memadamkan api sebesar gunung.” [Hilyatul Auliya' 5/235]

Cara Mengundang Tangisan
Shalih al-Murri berkata, “Tangisan itu dapat diundang dengan cara memikirkan dosa, jika direspons positif oleh hati. Jika tidak, maka alihkan kepada kengerian dan kedahsyatan hari Kiamat, jika direspons positif. Jika tidak, maka tawarkanlah kepadanya untuk berguling-guling di antara dulang-dulang api (Neraka).” Kemudian ia pun menangis dan pengsan. Dan orang-orang pun berteriak histeria. [Hilyatul Auliya' 6/167]
Orang-Orang Shalih Terdahulu Yang Menangis Kerana Takut Kepada Allah
1. Abdussalam (bekas budak Maslamah bin Abdul Malik) berkata, “Umar bin Abdul Aziz pernah menangis, lalu Fathimah ikut menangis. Namun mereka tidak tahu apa yang membuat mereka menangis. Ketika mereka selesai menangis, Fathimah bertanya, “Ya Amirul Mukminin, mengapa anda menangis?” Umar menjawab, “Fathimah, aku teringat hari di mana manusia dipisahkan dari hadapan Allah; satu kelompok ke dalam Surga dan kelompok lainnya ke dalam Neraka.” Kemudian ia berteriak dan pengsan. [Hilyatul Auliya' 5/269]
2. Apabila Umar bin Abdul Aziz mendengar pembicaraan tentang kematian, maka tubuhnya menggelepar seperti burung dan menangis sampai air matanya mengalir di janggutnya.” [Hilyatul Auliya' 3/316]
3. Hani’ (bekas budak Utsman bin Affan) berkata, “Apabila Utsman bin Affan berdiri di atas kuburan, ia menangis hingga janggutnya basah oleh air mata.” [Hilyatul Auliya' 1/61]
4. Malik bin Anas berkata, “Muhammad bin Munkadir adalah penghulu para pembaca. Hampir setiap kali ada orang yang bertanya kepadanya tentang hadits, ia selalu menangis.” [Hilyatul Auliya' 2/147]
5. Abu Ayyub al-A’raj berkata, “Sa’id bin Jubair selalu menangis di malam hari sampai rabun.” [Hilyatul Auliya' 4/272]
6. Sa’id bin Jubair berkata, “Aku tidak pernah melihat orang yang lebih perhatian terhadap kemuliaan Baitullah ini daripada orang Bashrah. Pada suatu malam aku pernah melihat seorang wanita muda bergelayutan pada tirai Ka’bah. Ia memanjatkan doa, menangis dan menghiba sampai meninggal dunia.” [Hilyatul Auliya' 4/276]
7. Ali bin Abdillah berkata, Kami pernah bersama Yahya bin Sa’id al-Qaththan. Ketika ia keluar dari masjid, kami pun keluar bersamanya. Tatkala tiba di pintu rumahnya ia berdiri, dan kami pun berdiri. Lalu ia berkata kepada seorang pria, “Bacalah!” Pria itu pun membaca surah ad-Dukhan. Ketika ia mulai membaca aku melihat Yahya bin Sa’id berubah, hingga ketika sampai pada ayat,
“Sesungguhnya hari keputusan itu adalah waktu yang dijanjikan bagi mereka semuanya.” [QS.ad Dukhan:40]
Tiba-tiba Yahya menjerit dan pengsan. Ia baru sedar setelah sekian lama. Kemudian kami menemuinya. Ternyata ia tengah tertidur di atas pembaringannya seraya membaca, “Sesungguhnya hari keputusan itu adalah waktu yang dijanjikan bagi mereka semuanya.” [QS.ad Dukhan:40]. Maka keadaan itu terus berlangsung sampai ia meninggal dunia. [Hilyatul Auliya' 8/383]
Sumber: 1000 Hikmah Ulama Salaf, Bab. Menangis Kerana Allah, Hal. 335 dst, Penerbit Elba.

Isnin, 23 Mei 2011

Kesabaran Nabi dan para sahabat


Kesabaran Nabi dan para sahabat menahan lapar

Abu Nuaim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra katanya, pernah pada suatu hari aku lihat Nabi saw sedang solat duduk maka aku bertanya pada beliau, "Apakah sebabnya engkau solat duduk ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Aku tak kúat berdiri karena lapar." Mendengar jawapan Nabi saw ini, Abu Hurairah ra menangis dan Nabi saw berkata, "Hai AbuHurairah janganlah kamu menangis, sesungguhnya sulitnya hisab di hari kiamat tidak sebanding dengan kesulitan lapar di atas dunia."

Pada suatu hari Nabi saw pernah merasa lapar maka beliau meletakkan batu pada perut beliau seraya berkata, "Adakalanya seorang yang kenyang dan hidup mewah di dunia ini kelak akan lapar dan telanjang di hari kiamat, dan adakalanya pula orang yang hina di dunia ini kelak akan mulia di hari kiamat."

Sa'ad bin Abi Waqas berkata, "Ketika kami masih di Mekah bersama Nabi saw, kami telah biasa menghadapi lapar, karena itu setiap kali mendapatkan ujian kami akan bersabar."

Dari Abu Hurairah dia menceritakan: Pada suatu hari aku merasa sangat lapar sehingga terpaksa mengalas perutku dengan batu. Aku diajak oleh Rasulullah saw masuk ke rumahnya. Di sana terdapat segelas susu, Rasulullah saw bertanya kepada orang yang di rumah, "Dari manakah segelas susu ini?" Kata mereka, "Susu ini adalah pemberian seseorang." Kemudian Nabi menyuruhku untuk memanggil para ahli Suffa yang tinggal di serambi masjid (mereka adalah tamu Islam yang tidak punya harta dan keluarga. Jika Nabi mendapat hadiah dari seseorang maka beliau mengambil sebagian sedang sebagian yang lain diberikan kepada mereka . Dan jika ada sedekah maka Nabi saw mengirimkan semuanya kepada para ahli Suffa karena Nabi tidak makan sedekah). Dalam hatiku berkata, "Kalau aku panggil mereka dan mereka ikut minum pasti aku tak kebagian susu, sedangkan bila tak kupanggil berarti aku tidak taat pada Rasulullah saw, pada hal taat kepada kepada Allah dan Rasul-Nya adalah wajib dan aku ingin minum susu itu semua agar dapat kuat." Setelah mereka datang maka Nabi saw menyuruhku untuk memberikan gelas itu kepada mereka terlebih dahulu secara bergantian dan mereka semua minum susu itu sampai puas.

Setelah selesai semuanya baru gelas itu diberikan kepada Nabi saw. Kemudian Nabi saw melihat wajahku sambil berkata, "Hai Abu Hurairah sekarang tinggal untukku dan kamu saja." Jawabku, "Benar ya Rasulullah." Kemudian beliau menyuruhku duduk dan minum dari sisa susu itu sampai aku merasa kenyang lalu kuberikan kepada Rasulullah dan beliau tetap menyuruhku minum sampai aku sendiri tidak mahu, barulah Rasulullah minum sisa susu yang masih ada.

Berbaik sangka kepada Allah



Isnin, 16 Mei 2011

Pelihara Ruh


Pelihara Roh Anda
Pada suatu hari Abu Bashir berada di Masjid A-Haram. la terpesona rnenyaksikan ribuan orang yang bergerak mengelilingi Kabah, mendengarkan gemuruh tahlil, tasbih, dan takbir mereka. Ia membayangkan betapa beruntungnya orang-orang itu. Mereka tentu akan mendapat pahala dan ampunan Tuhan. Imam Ja’far Al-Shadiq, tokoh spiritual yang terkenal dan salah seorang ulama besar dari keluarga Rasulullah saw, menyuruh Abu Bashir menutup matanya. Imam Ja’far mengusap wajahnya. Ketika ia membuka lagi matanya, ia terkejut. Di sekitar Ka’bah ia melihat banyak sekali binatang dalam berbagai jenisnya- mendengus, melolong, mengaum. Imam Ja’far berkata, “Betapa banyaknya lolongan atau teriakan; betapa sedikitnya yang haji.”

Apa yang disaksikan Abu Bashir pada kali yang pertama adalah tubuh-tubuh manusia. Apa yang dilihat kedua kalinya adalah bentuk-bentuk roh mereka. Kita adalah makhluk yang hidup di dua alam sekaligus. Tubuh kita hidup di alam nyata, terikat dengan ruang dan waktu. Para ulama menyebut alam nyata ini sebagai alam nasut, alam yang boleh kita lihat dan kita rasa, Kita dapat menggunakan pancaindera kita untuk mencerapnya. Sementara itu, roh kita hidup di alam  metanyata, tidak terikat dalam ruang dan waktu. Para ulama menyebut alam ini alam malakut. Menurut Al-Quran, bukan hanya manusia, tetapi segala sesuatu mempunyai malakut-nya. “Maka Mahasuci (Allah) yang di tangan-Nya malakut segala sesuatu. Dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.’ (QS. Yasin 83); ‘Dan demikianlah kami perlihatkan kepada Ibrahim, malakut langit dan bumi.” (QS. Al-An’arn 75)
Roh kita, kerana berada di alam malakut, tidak dapat dilihat oleh mata zahir kita. Roh adalah bagian batiniah dari diri kita. Ia hanya dapat dilihat oleh mata batin. Ada sebahagian di antara manusia yang dapat melihat roh dirinya atau orang lain. Mereka dapat melihat ke alam malakut. Kemampuan itu diperoleh kerana mereka sudah melatih mata batinya dengan riyadah kerohanian atau kerana anugerah Allah (al-mawahib al-rabbaniyyah). Para Nabi, para walli, dan orang-orang saleh seringkali mendapat kesempatan melihat ke alam rnalakut itu.

Makanan Roh
Roh seperti tubuh-juga dapat berada dalam berbagai keadaan. Imam Ali kw berkata, ‘Sesungguhnya tubuh mengalami enam keadaan; sehat, sakit, mati, hidup, tidur, dan bangun. Demikian pula roh. Hidupnya adalah ilmunya, matinya adalah kebodohannya., sakitnya adalah keraguannya, dan sehatnya adalah keyakinannya, tidurnya adalah kelalaiannya, dan bangunnya ialah penjagaannya.’ (BiharAl-Anwar 61:40)

Seperti tubuh, roh pun memerlukan makanan. Mulla Shadra tidak menyebutnya makanan. Ia menyebutnya rezeki. Ia berkata, ‘Setiap yang hidup perlu rezeki, dan rezeki arwah adalah  cahaya-cahaya ilahiah dan ilmu-ilmu rabbaniah.’ (Mafatih AI-Ghaib 545)

Untuk meningkatkan kualiti roh, supaya ia sehat dan kuat, kita perlu memberikan kepadanya  cahaya-cahaya ilahiah dalam bentuk zikir, doa, dan ibadat-ibadat lainnya seperti solat, puasa, dan haji. Pada Bulan Ramadhan, kita berusaha menerangi roh kita dengan berbagai makanan rohani. Kita mandikan roh kita dengan proses penyucian batin, seperti istighfar, mengendalikan hawa nafsu, dan menjauhi kemaksiatan. Kerana itu Nabi saw bersabda, ‘Bulan Ramadhan adalah bulan yang diwajibkan atas kamu berpuasa dan disunnahkan bagimu bangun malamnya. Barangsiapa yang berpuasa dan melakukan solat malamnya dengan iman dan ikhlas, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang terdahulu. (Dalam riwayat lain) la akan keluar dari dosa-dosanya seperti ketika ia keluar dari perut ibunya.’

Kita menghidupkan roh dengan ilmu-ilmu rabbaniah. Inilah yang kita maksud dengan dimensi intelektual dari keberagamaan kita. Ada ilmu-ilmu yang membantu kita untuk memelihara kesehatan tubuh kita seperti ilmu nutrisi, kedoktoran, ekologi, dan sebagainya. Di samping itu, ada ilmu-ilmu yang menolong kita untuk menyehatkan roh kita: ilmu-ilmu tentang Al-Quran dan Sunnah (syariat), ilmu-ilmu tentang cara mendekatkan diri kita kepada Allah (tarekat), dan ilmu-ilmu berkenaan dengan pengalaman rohaniah (haqiqat).

Seperti tubuh, roh yang tidak diperhatikan dan dipelihara, roh yang kekurangan makanan akan menjadi roh yang lemah, sakit-sakit, dan akan dikuasai syaitan. Roh yang sakit tampak dalam gejala-gejala seperti kegelisahan, keresahan, kebingungan, hidup yang tidak bermakna, hidup tanpa tujuan, kekosongan eksistensial (existential vacuum). Pendeknya, roh yang sakit tampak dalam hidup yang tidak tenteram. Al-Quran melukiskannya, ‘Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kami menghimpunkannya pada Hari Kiamat dalam keadaan buta.” (QS. Thaha 124); “Barangsiapa yang Allah menghendaki akan diberikan kepadanya petunjuk, nescaya dia melapangkan dadanya untuk Islam. Dan barangsiapa dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman.’ (QS. Al-An’am 120).

Keindahan Roh
Seperti tubuh, arwah mempunyai rupa yang bermacam-macam: buruk atau indah; juga mempunyai bau yang berbeza: busuk atau harum. Rupa roh jauh lebih beragam dari rupa tubuh. Berkenaan dengan wajah lahiriah, kita dapat saja menyebut wajahnya mirip binatang, tapi pasti ia bukan binatang. Roh dapat betul-betul berupa binatang babi atau kera. Allah berfirman, ‘Katakanlah: apakah akan Aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk kedudukannya di sisi Allah, yaitu orang-orang yang dikutuk dan dimurkai Allah, di antara mereka ada yang dijadikan kera dan babi dan penyembah Thagut? Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus. (Al-Maidah 60)

Al-Ghazali menulis: ‘Al-Khuluq dan Al-Khalq kedua-duanya digunakan. Misalnya si Fulan mempunyai khuluq dan khalq yang indah iaitu indah zahir dan batin. Yang dimaksud dengan khalq adalah bentuk lahir, yang dimaksud dengan khuluq adalah bentuk batin. Kerana manusia terdiri dari tubuh yang mencerap dengan mata lahir dan roh yang mencerap dengan mata batin. Keduanya mempunyai rupa dan bentuk yang buruk ataupun yang indah. Roh yang mencerap dengan mata batin memiliki kemampuan yang lebih besar dari tubuh yang mencerap dengan  mata lahir. Kerana itulah Allah memuliakan roh dengan menisbahkan kepada diri-Nya. Ia bersabda, ‘Ingatlah ketika Rabbmu berfirman kepada malaikat, Aku menjadikan manusia dari tanah. Maka apabila telah kusempurna kan kejadiannya dan kutiupkan kepadanya rohku; maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya.’ (QS. Shad 71-72). Allah menunjukkan bahwa jasad berasal dari tanah dan roh dari Rabb semesta alam. (Ihya Ulum Al-Din, 3:58).

Khuluq  dalam bahasa Arab berarti akhlak. Roh kita menjadi indah dengan akhlak yang baik dan menjadi buruk dengan akhlak yang buruk. Dalam teori akhlak dari Al-Ghazali, orang yang selalu mengikuti hawa nafsunya, akan memiliki roh yang berbentuk babi; orang yang pendengki dan pendendam akan memiliki roh yang berbentuk binatang buas; orang yang selalu mencari dalih buat membenarkan kemaksiatannya akan mempunyai roh yang berbentuk syaitan (monster) dan seterusnya.

Ketika turun ke bumi, kerana berasal dari Yang Mahasuci, roh kita dalam keadaan suci. Ketika kita kembali kepadanya, roh kita datang dalam bentuk bermacam-macam. Ketika pohon pisang lahir ke dunia, ia lahir sebagai pohon pisang. Ketika mati, ia kembali sebagai pohon pisang lagi. Ketika manusia lahir, ia lahir sebagai manusia. Ketika mati, ia kembali kepada Rabbnya  dalam berbagai bentuk, tidak hanya dalam bentuk manusia saja. Ia dapat kembali dalam bentuk binatang, syaitan, atau cahaya.

Walhasil, untuk memperindah bentuk roh kita, kita harus melatihkan akhlak yang baik. Meningkatkan kualiti spiritual, berarti memperindah akhlak kita. Kita menyimpulkan prinsip ini dalam doa ketika bercermin. “Allahumma kama ahsanta khalqi fa hassin khuluqi.’ (Ya Allah, sebagaimana Engkau indahkan tubuhku, indahkan juga akhlakku).

Roh dalam Maut
Kita kutipkan di sini hadits yang panjang;
“Kami sedang menghantar jenazah di Baqi. Kemudian datanglah Nabi dan duduk bersama kami dekat jenazah. Kami tundukkan kepala kami seakan-akan burung hinggap di atasnya. Ia berkata: Aku berlindung dari siksa kubur, 3X. Sesungguhnya manusia mukmin ketika hendak memasuki akhirat dan meninggalkan dunia, turunlah malaikat kepadanya dengan wajah yang bersinar seperti cahaya matahari. Mereka duduk dekat mayat sepanjang mata memandang. Lalu datanglah malaikat maut dan duduk dekat kepalanya dan berkata: Hai roh yang baik, keluarlah menuju ampunan Allah dan keredhaannya. Maka keluarlah roh itu mengalir seperti rnengalirnya tetesan air dari mulut cerek. Malaikat maut mengambilnya. Apabila ia sudah mengambilnya, ia tidak membiarkannya berada di tangannya sekejap mata pun sampai ia menyimpannya di dalam kafan. Dari roh itu keluarlah bau harum semerbak memenuhi permukaan bumi. Para malaikat naik membawa roh itu. Setiap kali mereka rnelewati kelompok malaikat yang lain, mereka ditanya, ‘Siapa roh yang baik ini?’ Mereka menyebut Fulan bin Fulan dengan nama-nama yang indah yang diperolehnya di dunia. Ketika sampai di langit dunia, dibukakanlah pintu baginya. Pada setiap langit, malaikat mengantarkannya sampai ke langit berikutnya dan seterusnya sampai ke Allah Ta’ala.
Allah berfirman: ‘Tuliskan kitab hamba-Ku di tempat yang tinggi. Kembalikan dia ke bumi kerana aku menciptakannya dari bumi, mengembalikannya ke bumi, dan mengeluarkannya dari bumi sekali lagi. Lalu rohnya dikembalikan ke jasadnya. Dua malaikat datang dan duduk bersamanya seraya berkata: Siapa Rabbmu? Ia berkata: Rabbku Allah. Apa agamamu? Agamaku Islam. Siapa laki-laki yang diutus kepadamu? Rasulullah. Darimana kamu mengetahui hal ini? Aku membaca Kitabullah, beriman kepadanya, dan membenarkannya. Seorang penyeru berseru dari langit:  Benar hambaku. Hamparkan baginya tikar dari surga. Bukakan baginya pintu dari surga. Lalu angin dan semerbak surga datang kepadanya. Kuburan dilapangkan seluas pandangan mata. Seseorang yang berwajah cantik datang kepadanya dengan baju yang indah dan bau yang harum. Ia berkata: Bergembiralah dengan apa-apa yang akan membahagiakan kamu. Inilah hari yang dijanjikan kepadamu. Mayat bertanya: siapakah kamu? Wajahmu wajah yang membawa kebaikan. Ia berkata: Saya. amal salehmu. Ia berkata: Rabbku, tegakkanlah hari kiamat supaya aku kembali kepada keluargaku dan kekayaanku.

Bila seorang kafir meninggal dunia dan memasuki akhirat, dari langit turunlah mialaikat berwajah buruk dan membawa kain yang buruk. Mereka duduk dekat mayat sepanjang mata memandang. Lalu datanglah malaikat maut dan duduk dekat kepalanya dan berkata: Hai roh yang buruk, keluarlah menuju kemurkaan Allah dan kemarahan-Nya.. Malaikat maut mencabut nyawanya seperti sikat besi mencabut bulu yang basah. Malaikat maut mengambilnya. Apabila ia sudah mengambilnya, ia tidak membiarkannya berada di tangannya sekejap mata pun sampai ia menyimpannya di dalam kain buruk itu. Dari roh itu keluar bau yang lebih busuk dari bau bangkai dan memenuhi permukaan bumi. Para malaikat naik mernbawa roh itu. Setiap kali mereka melewati kelompok malaikat yang lain mereka ditanya. “Siapa roh yang buruk ini”? Mereka menjawab; Fulan bin Fulan dan menyebutnya dengan nama-nama yang buruk yang diperolehnya dari dunia. Ketika ia sampai ke langit dunia, ia minta dibukakan pintu langit, tetapi tidak dibukakan kepadanya. Kemudian. Rasulullah saw membaca ayat Al-Quran, “Sesingguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan kepada mereka pintu-pintu langit dan tidak pula mereka masuk surga, seperti tidak mungkinnya unta masuk ke lubang jarum. (QS. Al-A’raf 40)

Allah berfirman, ‘Tuliskan kitabnya di bumi yang paling rendah.’ Maka dilemparkanlah rohnya. Kemudian Nabi membaca ayat Al-Quran, ‘Dan barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh. (QS. AI-Haj 31) Lalu rohnya dikembalikan ke jasadnya. Dua malaikat datang dan duduk bersamanya, seraya berkata: Siapa Tuhanmu? Ia berkata: Ah, aku tidak tahu. Seorang penyeru berteriak dari langit: Bohong hambaku. Hamparkan kepadanya tikar dari api neraka. Bukakan baginya pintu neraka. Panas dan keringnya neraka mendatanginya. Kuburannya disempitkan sampai pecah tulang-tulangnya. Seseorang yang berwajah buruk, berpakaian buruk, berbau busuk datang kepadanya dan berkata: Terimalah berita yang menyusahkan kamu. Inilah hari yang telah dijanjikan kepadamu. Mayat bertanya, ‘Siapakah kamu? Wajahmu wajah yang membawa keburukan.’ Ia menjawab, ‘Aku amalmu yang buruk.’ Mayat itu berkata: Rabbku jangan datangkan hari kiamat. (Ibn Qayyim Al-Jawziyyah, Al-Roh hal 44-45).

Wallahu’alambishawab
Oleh : Prof.Dr.KH. Jalaluddin Rakhmat

Khamis, 5 Mei 2011

Sifat mulia pada anjing


Apa yang boleh diteladani dari anjing?

Umum apabila kita menggelar seseorang itu anjing, maka akan marahlah orang tu kerana baginya tidak ada haiwan yang lebih hina dari anjing. Tetapi benarkah haiwan ini layak dilaknat dan dihina? Apakah jenis haiwan yang pernah menjadi teman ashabul kahfi ini perlu dihalau dan dan diusir andai kita melihatnya? apakah haiwan yang pernah diberi minum oleh Rasulullah s.a.w ini perlu diletak dalam kedudukan paling hina sekali diantara sekalian makhluk Allah? 

Hassan Al-Basri r.a mengatakan bahwa pada anjing ada sifat mulia yang perlu diteladani oleh setiap orang mukmin. 

Pertama : 
Anjing itu sentiasa lapar, dia jarang makan sampai kenyang. Sifat ini adalah sifat orang-orang soleh. 
 
Kedua : 
Anjing tidak mempunyai tempat yang tetap.Dia selalu berpindah randah mengikut keperluannya. Sifat ini adalah sifat orang-orang yang bertawakkal kepada Allah. 
 
Ketiga : 
Anjing tidak tidur pada waktu malam, melainkan sedikit sahaja. Dia selalu berjaga-jaga. 
Sifat ini sama seperti sifat orang-orang yang cintakan Allah, sentiasa renggang punggungnya dari tempat tidur kerana bermunajat kepada Allah. 
 
Keempat : 
Jika anjing mati, dia tiada barang yang diwariskan dan tidak ada pula yang mewaris. 
Sifat ini adalah sifat hamba-hamba Allah yang zuhud. 

Kelima : 
Anjing tidak suka meninggalkan tuannya, tidak merajuk atau melarikan dirinya daripada tuannya sekalipun dipukul dan dimarah. Sifat inilah tanda-tanda yang dimiliki oleh para murid yang siddiqin yang sedang belajar dengan Gurunya. Tidak marah dan tidak merajuk walaupun dia diuji dengan berbagai-bagai ujian. 
 
Keenam : 
Dia lebih redha dan lebih suka bertempat di tanah, tidur di tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah daripada tempat manusia. Ini adalah tanda-tanda orang yang tawadu’, orang-orang yang suka merendah diri dan tidak menyombong. 
 
Ketujuh : 
Jika tempatnya diambil alih oleh orang lain atau ditempati oleh benda lain, dia pindah ke tempat lain tanpa merasa marah atau berdendam. Inilah tanda-tanda hamba Allah yang redha akan bahagiannya. 

Kelapan : 
Jika ia dipukul, dihalau atau dibaling dengan benda-benda yang menyakitkan, dia menerimanya. Tidak ada perasaan dendam kesumat terhadap perkara-perkara yang lepas. Inilah tanda-tanda hamba Allah yang kusyuk. 
 
Kesembilan : 
Jika anjing melihat orang makan,dia melihat saja dari jauh, tidak meminta-minta atau menganggu.Jika diberi makan atau tidak diberi,dia diam sahaja. Inilah sifat orang miskin yang redha akan pemberian Allah s.w.t. 
 
Kesepuluh : 
Jika dia berjalan atau pergi dari tempat asalnya, tidak menoleh-noleh ke belakang. Inilah tanda-tanda orang yang susah.


dari tranungkite