Pemuda beribu-bapakan babi
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SWT. Setiap kali baginda hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang yang akan berjiran dengannya di syurga nanti?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa pun turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan menuju tempat yang yelah diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ketempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ Baginda berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam Baginda dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak terus melayan Nabi Musa, dia masukke dakam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian
dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini? kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula kedalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang, Babi itu kemudian dihantar semula ke dalam bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?. Aku agama Tauhid", jawap pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis mengapa kamu membela babi? kita tidak boleh berbuat begitu". Kata Nabi Musa. "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua ekor babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Aku sebagi anaknya tetap melaksanakan kewajipan sebagai anak, hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku seperti mana tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan, Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi." tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu Allah menurunkan wahyu kepada nabi Musa as. "wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu disurga nanti, hasil baktinya yang sangant tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapa yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi kami. "Allah juga berfirman yang bermaksud: "Oleh kerana dia telah berada di makam anak yang soleh disisi Kami, maka kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan didalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak ..insyaAllah. Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibu bapa kita itu bukan urusan kita. urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah SWT. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah SWT.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapa mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Dipetik daripada : Kisah dan Teladan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan