Memaparkan catatan dengan label peringatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peringatan. Papar semua catatan

Rabu, 13 April 2011

10 Pesanan Imam Syafei


10 Pesanan Imam Syafei
Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: 

Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

Hak kepada diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yang ada.

Hak kepada malaikat maut: mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH 

Hak kepada kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yang dizalimi.

Hak kepada Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

Hak kepada mizan (neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan. 

Hak kepada sirat (titian yang merintangi neraka pada hari kiamat): membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah. 

Hak kepada Malik (malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak. 

Hak kepada Ridhzuan (malaiakt penjaga syurga): merasa redha kepada qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dari melakukan maksiat. 

Hak kepada Nabi Mohammad SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH. 

Hak kepada ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan


Selasa, 12 April 2011

10 Amalan Sia-sia


10 amalan yang sia-sia

Sufyan ats-Tsauri, seorang sufi dan ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-


1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul-masjid.

4. Orang-orang yang melalui tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.

6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya


Isnin, 21 Mac 2011

Seruan Iktibar



  1. Seruan Ketika Mayat Dikafankan
Ketika mayat dikafankan, maka diapun dipanggil dengan 3 seruan dari arah langit dengan panggilan yang teramat kuat, katanya :
5.1   Wahai anak Adam ! ... hai mayat ! pergilah kamu di tempat yang jauh tanpa membawa bekalan selama-lamanya ?
5.2   Setelah mayat siap dikafankan, dan dibawa keluar dari rumahnya, maka ianya diseru lagi :
Wahai anak Adam ! ... hai mayat! keluarlah kamu dari rumah ini dan kamu tidak akan kembali buat             selama-lamanya ?
5.3   Ketika mayat diangkat kepengusungan, maka ia diseru lagi :                                          
      Wahai anak Adam ! ... hai mayat ! naiklah kenderaan ini, dan kamu tidak akan merasai seperti ini buat selama-lamanya ?


  1. Seruan Ketika Mayat  Diusung ke Kuburan
Ketika mayat berada diatas usungan, maka diapun dipanggil dengan 3 seruan dari arah langit dengan jeritan yang amat kuat, katanya : 
6.1   Wahai anak Adam ! ... Hai mayat ! Berbahagialah kamu, jika kamu termasuk orang yang bertaubat.
6.2   Wahai anak Adam ! ... Hai mayat ! Berbahagialah kamu, jika amal kamu baik.
6.3   Wahai anak Adam ! ... Hai mayat ! Berbahagialah kamu, jika sahabat kamu dalam keredhaan Allah SWT, dan celakalah kamu jika sahabat kamu orang yang dimurkai Allah SWT.

  1. Ketika Mayat Berada Disisi Kubur
Ketika mayat di sisi kiburnya, maka diapun dipanggil dengan 3 seruan dari arah langit dengan jeritan yang teramat kuat, katanya : 
7.1   Wahai anak Adam ! ... Hai mayat ! ... Bukankah kamu menambah damai di tempat yang sempit ini ?
7.2   Wahai anak Adam ! ... Hai mayat ! ... Sukakah kamu kami bawa ketempat kefakiran ini ?
7.3   Wahai anak Adam ! ... Hai mayat ... Bukankah kamu membawa cahaya di tempat yang gelap ini ?

  1. Seruan ketika Mayat Dimasukkan Ke Liang Kubur
Ketika mayat diletakkan di liang kubur, maka diapun dipanggil dengan 3 seruan dari arah langit dengan jeritan yang teramat kuat, katanya : 
8.1   Wahai anak Adam ! ... Hai mayat ! kamu di atas punggungku (di atas muka bumi) bergurau senda, tetapi kamu dalam perutku akan menangis ?
8.2   Wahai anak Adam ! ... Hai mayat ! kamu di atas punggungku bergembira, tetapi kamu dalam perutku menjadi cemas dan berduka ?
8.3   Wahai anak Adam ! ... Hai mayat ! kamu di atas punggungku dapat berbicara, tetapi kamu dalam perutku menjadi diam ?


Ahad, 20 Mac 2011

Seruan Iktibar

Seruan Iktibar dari kematian


  1. Seruan Bumi kepada Manusia
Setiap hari bumi sentiasa menyeru kepada manusia, katanya:
1.1   Hai anak Adam ! ... ketahuilah kamu sekarang, berlari kesana kemari dibelakangku, tetapi kamu akan kembali ke dalam perutku?
1.2   Hai anak Adam ! ... ketahuilah kamu sekarang sewenang-wenangnya membuat derhaka kepada Rabbmu diatas belakangku, tetapi kamu akan diseksa diazab bila berada dalam perutku?
1.3   Hai anak Adam ! ... ketahuilah kamu sekarang bersukaria dibelakangku, tepapi kamu akan menangis bila berada dalam perutku?
1.4   Hai anak Adam ! ... ketahuilah kamu sekarang makan minum yang haram dibelakangku, tetapi kamu akan dimakan oleh ulat dan cacing bila berada dalam perutku?
1.5   Hai anak Adam ! ... ketahuilah kamu sekarang mengumpul harta yang haram dibelakangku, tetapi kamu akan hancur luluh bila berada dalm perutku?
1.6   Hai anak Adam ! ... ketahuilah kamu sekarang bangga dengan pangkat dan darjat dibelakangku, tetapi kamu akan hina dina bila berada dalam perutku?

  1. Seruan Kubur kepada Manusia
Patut diingat bahawa kubur setiap hari menyeru kepada manusia, katanya:
2.1   Hai anak Adam ! ... Akulah rumah tanpa teman, maka carilah dengan membaca Al Quran.
2.2   Hai anakAdam ! ... Akulah rumah gelap gelita, maka carilah penerang dengan solat malam.
2.3   Hai anak Adam ! ... Akulah rumah tanpa hamparan, maka carilah tikar dengan amalan soleh.
2.4   Hai anak Adam ! ... Akulah rumah tempat haiwan berbisa, maka carilah ubat dengan membaca Basmallah (Bismillahir Rohmanir Rohim) dan air mata taubat
2.5   Hai anak Adam ! ... Akulah rumah tempat kamu disoal Munkar Nankir, maka sediakanlah jawapan dengan membaca kalimah Thyoyyibah (Laa ilaha illal-lah Muhammadur Rasulullah; “Tiada Rabb yang layak disembah melainkan ALLAH, nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH”)

  1. Seruan ketika Roh Berpisah dari Badan
Diriwayatkan bahawa tatkala roh berpisah dari jasad itu dipanggil mayat. Lantas datanglah 3 seruan dari arah langit dengan laungan yang teramat kuat, katanya:

3.1   Hai anak Adam ! ... Hai mayat ! ... Adakah engkau tinggalkan dunia atau dunia meninggalkan engkau?
3.2   Hai anak Adam ! ... Hai mayat ! ... Adakah engkau menghimpunkan dunia atau dunia mengumpulkan engkau?
3.3   Hai anak Adam ! ... Hai mayat ... Adakah engkau mematikan dunia atau dunia membunuh engkau?

  1. Seruan ketika Mayat Dimandikan
Ketika mayat diletakkan di tempat permandiannya, maka diapun dipanggil dengan 3 seruan dari arah langit dengan laungan yang teramat kuat, katanya:

4.1   Wahai anak Adam ! ... dimanakah tubuhmu yang kuat? Bukankah sekarang kamu telah menjadi lemah?
4.2   Wahai anak Adam ! ... dimanakah mulutmu yang berkata-kata? Bukankah kamu sekarang telah menjadi bisu?
4.3   Wahai anak Adam ! ... dimanakah kekasih taulan kamu semua? Bukankah sekarang mereka menyisihmu?

dipetik dari buku :  tip petua jangan takut mayat | ustazdin |


Selasa, 8 Februari 2011

19 Keistimewaan

19 KEISTIMEWAAN WANITA
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3.Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli 

6 golongan wanita


6 JENIS WANITA MALANG
“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”
Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.
Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Beruntungnya Isteri


Beruntungnya seorang isteri disisi Allah…
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhiratkelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka…..
Beruntungnya seorang wanita yandg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Allah… sebagai pengeluar manusia.
Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh… 7 sehingga 15 hari sebulan dia tidak wajib solat  tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tidaak ada cuti dari solat… solat wajib baginya dari baligh sehingga dicabut nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat yang Allah beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut untuk melahirkan anak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap sebagai mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..... Subhanallah.
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat isteri  tak mahu  masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isterilah yang bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Pesanan kepada semua muslimah supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka kepadaNya.
Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.