Seruan Iktibar dari kematian
- Seruan Bumi kepada Manusia
Setiap hari bumi sentiasa menyeru kepada manusia, katanya:
1.1 Hai anak Adam ! ... ketahuilah kamu sekarang, berlari kesana kemari dibelakangku, tetapi kamu akan kembali ke dalam perutku?
1.2 Hai anak Adam ! ... ketahuilah kamu sekarang sewenang-wenangnya membuat derhaka kepada Rabbmu diatas belakangku, tetapi kamu akan diseksa diazab bila berada dalam perutku?
1.3 Hai anak Adam ! ... ketahuilah kamu sekarang bersukaria dibelakangku, tepapi kamu akan menangis bila berada dalam perutku?
1.4 Hai anak Adam ! ... ketahuilah kamu sekarang makan minum yang haram dibelakangku, tetapi kamu akan dimakan oleh ulat dan cacing bila berada dalam perutku?
1.5 Hai anak Adam ! ... ketahuilah kamu sekarang mengumpul harta yang haram dibelakangku, tetapi kamu akan hancur luluh bila berada dalm perutku?
1.6 Hai anak Adam ! ... ketahuilah kamu sekarang bangga dengan pangkat dan darjat dibelakangku, tetapi kamu akan hina dina bila berada dalam perutku?
- Seruan Kubur kepada Manusia
Patut diingat bahawa kubur setiap hari menyeru kepada manusia, katanya:
2.1 Hai anak Adam ! ... Akulah rumah tanpa teman, maka carilah dengan membaca Al Quran.
2.2 Hai anakAdam ! ... Akulah rumah gelap gelita, maka carilah penerang dengan solat malam.
2.3 Hai anak Adam ! ... Akulah rumah tanpa hamparan, maka carilah tikar dengan amalan soleh.
2.4 Hai anak Adam ! ... Akulah rumah tempat haiwan berbisa, maka carilah ubat dengan membaca Basmallah (Bismillahir Rohmanir Rohim) dan air mata taubat
2.5 Hai anak Adam ! ... Akulah rumah tempat kamu disoal Munkar Nankir, maka sediakanlah jawapan dengan membaca kalimah Thyoyyibah (Laa ilaha illal-lah Muhammadur Rasulullah; “Tiada Rabb yang layak disembah melainkan ALLAH, nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH”)
- Seruan ketika Roh Berpisah dari Badan
Diriwayatkan bahawa tatkala roh berpisah dari jasad itu dipanggil mayat. Lantas datanglah 3 seruan dari arah langit dengan laungan yang teramat kuat, katanya:
3.1 Hai anak Adam ! ... Hai mayat ! ... Adakah engkau tinggalkan dunia atau dunia meninggalkan engkau?
3.2 Hai anak Adam ! ... Hai mayat ! ... Adakah engkau menghimpunkan dunia atau dunia mengumpulkan engkau?
3.3 Hai anak Adam ! ... Hai mayat ... Adakah engkau mematikan dunia atau dunia membunuh engkau?
- Seruan ketika Mayat Dimandikan
Ketika mayat diletakkan di tempat permandiannya, maka diapun dipanggil dengan 3 seruan dari arah langit dengan laungan yang teramat kuat, katanya:
4.1 Wahai anak Adam ! ... dimanakah tubuhmu yang kuat? Bukankah sekarang kamu telah menjadi lemah?
4.2 Wahai anak Adam ! ... dimanakah mulutmu yang berkata-kata? Bukankah kamu sekarang telah menjadi bisu?
4.3 Wahai anak Adam ! ... dimanakah kekasih taulan kamu semua? Bukankah sekarang mereka menyisihmu?
dipetik dari buku : tip petua jangan takut mayat | ustazdin |
dipetik dari buku : tip petua jangan takut mayat | ustazdin |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan