RAHSIA METAMATIK KALAM ALLAHUAKBAR
Kalam Allahuakbar terbina (dalam huruf arab) dari 8 huruf iaitu; Alif, Lam, Lam, Ha, Alif, Kaf, Ba & Ra. Nilai gematrikal (nilai berangka yang ditugaskan kepada huruf) untuk Alif adalah 1, nilai huruf Lam adalah 30, nilai huruf Ha adalah 5, nilai huruf Kaf adalah 20, nilai huruf Ba adalah 2 manakala nilai huruf Ra adalah 200. Nilai gematrikal keseluruhan (dicampurkan kesemua nilai gematrikal huruf-huruf yang terbina pada kalam Allahuakbar) adalah 289. Seterusnya nilai 289 ini dikecilkan; 2+8+9 = 19. Seterusnya jika dikecilkan lagi; 1+9 = 1.
Maka, ringkasnya – kalam ALLAHUAKHBAR memiliki nilai 289 >> 19 >> 1
NILAI 19 umpama SEBUAH FENOMENA RAHSIA NOMBOR & METAMATIK di dalam ALQURAN. Contoh yang paling JELAS adalah SUSUNAN 19 HURUF yang mendirikan ayat PERTAMA di dalam susunan ALQURAN iaitu “BISMILLAHIRRAHMAN NIRRAHEEM”. Ayat ini merupakan ayat 1 bagi surah AL-FATIHAH (UMMUL AL-QURAN). Tanpanya gugurlah surah, yang seterusnya bakal membatalkan ibadah.
KALAM BISMILLAH ADALAH AYAT PERTAMA (dalam susunan al Quran) terbina dari 19 HURUF (19 >> 1) . Manakala KALAM ALLAHUAKBAR (miskipun tidak terbina dari 19 huruf) MEMILIKI NILAI gematrikal (nilai berangka yang ditugaskan kepada huruf) 289 >> 19 >> 1.
Al-Fatihah mengawali SURAH-SURAH, dan ia di awali dengan BISMILLAH.
ALLAHUAKBAR mengawali laungan AZAN, qamad, TAKBIR RAYA, KHUTBAH RAYA dan TAKBIRATUL IHRAM. Ia juga MENGAWALI PERGERAKAN-PERGERAKAN (peralihan posisi) DI DALAM SOLAT.
KEKUNCI METAMATIK KALAM ALLAHUAKBAR DI DALAM SOLAT
Sebelum MULA SOLAT, kita sebut ALLAHUAKBAR (Takbiratul Ihram)
Sebelum RUKU, kita sebut ALLAHUAKBAR
Sebelum SUJUD, kita sebut ALLAHUAKBAR
Sebelum duduk antara dua sujud, kita sebut ALLAHUAKBAR
Sebelum SUJUD ke 2, kita sebut ALLAHUAKBAR
dan SEBELUM DUDUK TAHAYAT AWAL atau AKHIR, kita sebut ALLAHUAKBAR
Makanya ada 5 TAKBIR ALLAHUAKBAR dalam SATU RAKAAT yang tiada tahayat. Manakala bagi rakaat yang ada tahayat awal atau akhir jumlah TAKBIR ALLAHUAKBAR ada 6.
SOLAT FARDHU
Seharian kita SOLAT FARDHU 5 KALI SEHARI SEMALAM. Ia terbina dengan 17 RAKAAT. Maka, bacaan takbir ALLAHUAKBAR secara keseluruhannya adalah:
SUBUH >> 2 rakaat (ada 1 tahayat) >> 5 + 6 = 11
ZUHUR >> 4 rakaat (ada 2 tahayat) >> 5 + 6 + 5 + 6 = 22
ASAR >> 4 rakaat (ada 2 tahayat) >> 5 + 6 + 5 + 6 = 22
MAGHRIB >> 3 rakaat (ada 2 tahayat) >> 5 + 6 + 6 = 17
ISYA’ >> 4 rakaat (ada 2 tahayat) >> 5 + 6 + 5 + 6 = 22
JUMLAH BESAR >>> 11 + 22 + 22 + 17 + 22 = 94
SOLAT SUNAT RAWATIB
Selain SOLAT FARDHU, kita juga dituntut (digalakan) untuk melakukan SOLAT SUNAT TATHAWWU atau SUNAT RAWATIB, iaitu solat yang mengiringi (sebelum atau sesudah) solat fardhu. Ada 7 solat sunat yang digalakkan iaitu:
SEBELUM SUBUH >> 2 Rakaat (1tahayat) >> 5 + 6 = 11
SEBELUM ZUHUR >> 2 Rakaat (1tahayat) >> 5 + 6 = 11
SELEPAS ZUHUR >> 2 Rakaat (1tahayat) >> 5 + 6 = 11
SEBELUM ASAR >> 2 Rakaat (1tahayat) >> 5 + 6 = 11
SELEPAS MAGHRIB >> 2 Rakaat (1tahayat) >> 5 + 6 = 11
SEBELUM ISYA’ >> 2 Rakaat (1tahayat) >> 5 + 6 = 11
SELEPAS ISYA’ >> 2 Rakaat (1tahayat) >> 5 + 6 = 11
JUMLAH BESAR >> 11 X 7 = 77
JIKA DIJUMLAH KESEMUA BILANGAN BAGI 5 SOLAT FARDHU dan 7 SOLAT SUNAT di atas, JUMLAHNYA ADALAH >> 94 + 77 = 171
(JUMLAH 171 ADALAH BERSAMAAN DENGAN 19 x 9 !!)
(fakta: angka 19 digunakan sebagai pembahagi)
BUKANKAH ANGKA 9 ADALAH JUMLAH BILANGAN SYAHADAH YANG DIUCAPKAN SEHARI-SEMALAM DI DALAM 17 RAKAAT SOLAT??
Fikir-fikirkan dan renung-renungkan…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan