Memaparkan catatan dengan label Iman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Iman. Papar semua catatan
Sabtu, 8 Januari 2011
Selasa, 26 Oktober 2010
Lagi pembatal Syahadah
PEMBATAL SYAHADAH
Terdapat 10 perkara yang jika dilakukan oleh seseorang maka dia dianggap kafir dan murtad:
1- Syirik Akbar
Iaitulah mensyirikkan Allah dalam perkara ibadat atau dalam ertikata yang lain menjadikan sembahan selain Allah S.W.T seperti berdoa kepada orang mati, menyembah berhala, bertawakkal kepada jin dengan berkorban padanya atau memberi makan hantu. Dalilnya firman Allah (maksudnya):
“Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, Maka Sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.” [an-Nisaa;:116]
2- Menjadikan perantaraan antara dia dengan Allah seperti berdoa kepada wali-wali dan memohon hajat kepada mereka. Dalilnya firman Allah S.W.T (maksudnya): “Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik). dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat- dekatnya”. Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar (pada perintah-Nya)”. [az-Zumar:3]
3- Tidak mengkafirkan orang yang telah dikafirkan Allah S.W.T dan Rasul-Nya seperti Yahudi, Kristian, Hindu dan semua agama selain Islam atau syak pada kekufuran mereka atau mensahihkan aqidah mereka yang batil seperti berkata: “Semua agama sama”. Dalilnya firman Allah Taala (maksudnya): “Sesungguhnya agama (yang diredhai) d isisi Allah hanyalah Islam. tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah Maka Sesungguhnya Allah sangat cepat perhitungan-Nya (terhadap amalan hamba-Nya)”. [Ali-Imran:19]
4- Mendakwa bahawa ada undang-undang yang lebih baik daripada undang-undang Islam atau petunjuk yang lebih baik dari petunjuk Rasulullah S.A.W. Firman Allah (maksudnya): “Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ?”. [al-Maidah:50]
5- Membenci apa yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W walaupun dia beramal dengannya. Jika dia menzahirkan hukum-hukum Islam tetapi membencinya maka dia adalah munafiq, tidak disolatkan jenazahnya dan tidak ditanam di kuburan muslimin. Firman Allah S.W.T (maksudnya): “Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah (Al Quran) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka”. [Muhammad:9]
6- Mengejek ajaran Islam seperti berkata: “Menyimpan janggut itu kolot” atau menggelar wanita yang betudung itu wanita kampung dan sebagainya. Firman Allah Taala (maksudnya): “Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja.” Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman. jika kami memaafkan segolongan kamu (lantaran mereka bertaubat), nescaya kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa”. [at-Taubah:65&66]
7- Sihir. Sesiapa yang mengamalkan sihir maka dia kufur terhadap Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah S.W.T (maksudnya): “Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kufur”. [al-Baqarah:102].
8- Membantu orang-orang kafir menguasai kaum muslimin dan memerangi mereka. Dalilnya firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 51 (maksudnya): “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka Sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim”.
9- Beriktiqad adanya sebahagian manusia yang boleh keluar dari sempadan syariat seperti percaya jika sampai kepada maqam zikir tertentu kewajipan solat gugur daripadanya. Ini berdasarkan firman Allah Taala dalam surah Ali-Imran ayat 85 (maksudnya): “Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, Maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”
10- Mengabaikan ajaran Islam sehingga tidak mengamalkan satu pun ajarannya dan tidak langsung belajar berkenaannya. Ini berdasarkan firman Allah Taala dalam surah as-Sajdah ayat 22 (ertinya): “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, Kemudian ia berpaling daripadanya? Sesungguhnya kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa”.
Seorang Muslim yang melakukan 10 perkara ini akan menjadi kufur apabila:
- Dia melakukannya dalam keadaan tahu bukan jahil
- Sengaja bukan terpaksa atau tersalah
- Telah ditegakkan atasnya hujjah jika perkara yang dia ingkari itu bukan perkara asas dalam agama yang telah diketahui masyarakat umum Islam.
Rujukan:
1- Syeikhul Islam Muhammad Bin Abdil Wahab, Nawaqidh al-Islam.
2- Al-Allamah Abdul Aziz ar-Rajihi, Asilah al-Iman wal Kufr.
20 perkara pembatal Syahadah
Dua Puluh Perkara yang Membatalkan Syahadah
01. Bertawakkal dan bergantung kepada selain Allah
02. Mengingkari nikmat Allah sama ada nikmat yang kelihatan atau tidak, mudah difikirkan atau memerlukan penelitian khusus.
03. Berkerja atau berkhidmat dengan tujuan selain Allah.
04. Membuat undang-undang menurut kemahuan manusia, bukan menurut kehendak dan ketentuan yang telah digariskan oleh Allah.
05. Mentaati selain Allah tanpa keredhaannya.
06. Menjalankan hukum selain dari hukum Allah atau tidak menggunakan hukum Allah sebagai rujukan dalam semua masaalah.
07. Benci kepada salah satu dari ajaran Islam atau keseluruhannya.
08. Mencintai kehidupan dunia melebihi kecintaan terhadap akhirat atau menjadikan dunia sebagai tujuan utamanya.
09. Menghina salah satu dari ajaran Al Quran atau Sunnah, mempersendakan orang-orang alim atau orang-orang yang memperjuangkan islam atau memperolok hukum-hukum Allah.
10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalNya.
11. Tidak beriman sepenuhnya kepada sumber hukum iaitu Al quran dan Sunnah.
12 .Mengangkat orang-orang kafir dan munafiqin sebagai pemimpin serta tidak mencintai orang-orang islam dan orang-orang mukmin.
13. Tidak beradap dalam bergaul dengan Rasulullah saw.
14. Rasa takut dan lemah hati dalam menegakkan tauhid dan merasa senang dan terbuka di dalam menegakkan syirik.
15. Menyatakan bahawa al Quran terdapat pertentangan antara ayat yang zahir dengan isi yang terkandung didalamnya.
16. Tidak mengetahui makrifat Allah dengan pengenalan yang benar dan jelas, serta mengingkari sifat-sifat keilahianNya atau mengingkari nama-namaNya.
17. Tidak mengetahui Rasulullah secara benar atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat-sifat yang terpuji tersebut atau tidak menyakini bahawa Rasulullah adalah contoh tauladan yang baik bagi seluruh umat manusia.
18. Mengkafir orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah, tidak mahu mengkafirkan orang yang ingkar syahadah dan tidak menghalalkan perang dengan mereka.
19. Mengerjakan sesuatau ibadah bukan kerana Allah, seperti menyembelih bukan kerana Allah, sujud atau ruku' bukan bukan kepada Allah, atau tawaf di sekeliling lain dari Kaabah dengan niat mendekatkan diri kepada Allah.
20. Berperasaan riya'.
Dari buku."Al- Islam" karya as-Syeikh Sa'id Hawwa.
Isnin, 18 Oktober 2010
Mengenal Allah S.W.T
Mengenal Allah S.W.T.
1. Mengenal Allah s.w.t adalah fardhu Ain atas tiap-tiap mukallaf dengan mengetahui namaNya dan sifat-sifatNya yang bertepatan dengan syarak yang berlandaskan ajaran para Nabi dan Rasul.
2. Nama-nama Allah s.w.t (Al-Asma ‘ul-Husna) dan sifat-sifat yang Maha Besar dan Maha Tinggi. Nama Allah s.w.t yang lebih masyhur di antara segala nama-namaNya ialah Allah, disebut lafaz Al-Jalalah (Lafaz yang Maha Besar) dan yang lain daripada ini diketahui melalui Al-Quran dan Al-Hadith. Semuanya sentiasa menjadi sebutan umat Islam contohnya Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Quddus, As-Salam, Al-Mukmin.
3. Sifat-sifat yang diketahui oleh mukallaf terbahagi kepada dua bahagian :
a) Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan Ijmali (Ringkas) iaitu bahawa beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus (jazam) bahawa wajib bagi Allah s.w.t bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan yang layak dengan keadaan ketuhanan dan mustahil atasNya bersifat dengan apa-apa jua sifat kekurangan.
b) Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan jalan tafsili (satu persatu) iaitu bahawa beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli (dengan akal) dan dalil naqli (dengan Al-Quran dan Hadith) bahawa wajib dan beriktiqad dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli dan naqli. Maka mustahil atas Allah s.w.t bersifat dengan segala lawan sifat yang wajib tersebut.
4. Mengenal Allah s.w.t wajib melalui tiga perkara :
a) Iktiqad yang putus (jazam) iaitu tiada syak, dzan dan waham. Jika iktiqadnya ada salah satu daripada tiga tadi maka tidak dinamakan mengenal Allah s.w.t.
b) Muafakat (bersetuju) iktiqad itu dengan yang sebenar (bertepatan dengan iktiqad Ahli Sunnah Wal-Jamaah), maka tidak dinamakan mengenal jika iktiqad tidak bertepatan dengan yang sebenar (Ahli Sunnah Wal-Jamaah) seperti iktiqad orang Nasrani dan Yahudi.
c) Dengan dalil sekalipun dengan dalil ijmali, jika iktiqadnya putus (jazam) serta bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah tetapi jika tidak dengan dalil maka dinamakan taqlid.
5. Iktiqad yang tidak terputus atau tidak bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah, maka para ulama membuat persetujuan bahawa menghukum orang itu kafir. Dan bagi iktiqad orang bertaqlid itu timbul perselisihan ulama padanya. Mengikut qaul yang muktamad orang yang bertaqlid itu tidak dihukumkan kafir jika taqlidnya putus dengan dihukum mukmin yang menderhaka (jika ia belajar maka tidak dihukumkan mukmin yang derhaka).
6. Makna taqlid ialah menerima perkataan orang lain dengan tidak mengetahui dalil dan keterangan.
7. Taqlid terbahagi kepada dua bahagian:
a) Taqlid Jazam (Putus) Iktiqad yang teguh dan tidak akan berubah walaupun orang yang diikuti itu berubah. Maka taqlid ini di sisi Ahli Sunnah Wal-Jamaah sah imannya kerana ada mempunyai iktiqad yang jazam (putus).
b) Taqlid yang tidak Jazam (Tidak Putus) Menerima perkataan orang lain dengan tidak teguh sekiranya orang yang diikuti seperti guru-gurunya, ibubapanya atau lainya. Iktiqad mereka berubah-ubah mangikut orang yang diikutinya. Maka taqlid ini dihukumkan tidak sah imannya kerana serupa imannya dengan syak, zhan atau waham (tiada putus).
8. Kesimpulannya iman orang yang bertaqlid sentiasa di dalam bahaya atau bimbang dan tergantung kebenarannya atas orang yang diikutinya. Jika benar perjalanan orang yang diikutinya seperti guru-gurunya maka mengikutnya selamat, tetapi jika sebaliknya binasalah mereka.
9. Hendaklah seseorang itu bersungguh-sungguh menuntut Ilmu Tauhid yang sahih supaya terlepas ia daripada syak dan waham dalam iman kerana di akhir zaman ini terdapat ramai ahli-ahli bida’ah.
10. Taqlid itu membawa mudharat kerana jalan membawa kepada sesat yang amat hina yang tiada layak pada seseorang manusia.
Khamis, 14 Oktober 2010
Umat Islam hanya perlu Yakin
Umat Isam tidak perlu diatur, mereka hanya perlu YAKIN
"Dalam satu program yang bertajuk ONE FAMILY dari channel online Islamik – MAJD. Speakernya ialah Dr.Yahya Alyahya (Ketua CALL to Islam Committee, Amerika Syarikat) Dia mengatakan bahawa umat Islam tidak pernah perlu diatur, mereka hanya perlu YAKIN.
![]() |
| klik imej untuk besarkan |
Dia menceritakan kisah berkenaan seorang bukan Islam Amerika yang sedang berbincang dengannya mengenai Islam, sambil Dr Yahya menonton secara live , broadcast dari Kaabah, di kaca TV.
Orang Amerika sangat kagum tentang bagaimana sebegitu ramai orang di dalam Masjidil Haram, lebih dari 3 juta umat Islam berada di sana pada malam terakhir bulan suci Ramadhan, begitu sesak sehingga tidak teratur.
Dr Yahya bertanyakan Non-Muslim tersebut : Berapa lama anda fikir mereka akan turun untuk menyusun dalam baris dan mula solat?
Dia menjawab: sekurang-kurangnya 2-3 jam
Sheikh mengatakan: tapi masjid (HARAM) dari Kaabah ada mempunyai 4 tingkat
Orang itu berkata: Oh, ini akan memakan masa 12 jam untuk organize.
Sheikh mengatakan: Anda mesti ingat bahawa mereka berasal dari negara-negara di seluruh dunia dengan bahasa yang berbeza.
Orang Amerika berkata: Ini sangat mustahil untuk mereka menyusun barisan DENGAN APA CARA SEKALIPUN!
Kemudian tiba waktu solat , dan Imam berdiri dan berkata ESTAWOO (tetapkan dirimu)
Dan dalam beberapa saat, seluruh pemandangan berubah dan kerumunan 3 juta umat Islam menetapkan diri sendiri dalam baris dengan teratur dengan baik dalam masa BEBERAPA SAAT sahaja!
Orang Amerika menatap kaca TV untuk beberapa saat, dan kemudian berkata:
ubahsuai dari isuhangat
Orang Amerika menatap kaca TV untuk beberapa saat, dan kemudian berkata:
ASH-HADU ALLAH ILAHA ILLA ALLAH WA ASH-HADU ANNA MOHAMMADAN RASULULLAH. (Aku bersaksi bahawa tidak ada yang patut disembah melainkan ALLAH, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah)
ubahsuai dari isuhangat
Selasa, 28 September 2010
Langgan:
Catatan (Atom)





