Memaparkan catatan dengan label kisah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kisah. Papar semua catatan

Isnin, 5 Julai 2010

Pemuda beribu-bapakan babi

Pemuda beribu-bapakan babi
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SWT. Setiap kali baginda hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina.  Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga.  Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang yang akan berjiran dengannya di syurga nanti?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.  Setelah mendapat jawapan, Nabi  Musa pun turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan menuju tempat yang yelah diberitahu.  Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ketempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ Baginda berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam Baginda dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.  Tuan rumah itu tidak terus melayan Nabi Musa, dia masukke dakam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian
dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar.  Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini? kata Nabi Musa  berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula kedalam bilik.  Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar.  Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan.  kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang, Babi itu kemudian dihantar semula ke dalam bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan nabi Musa.  "Wahai saudara! Apa agama kamu?. Aku agama Tauhid", jawap pemuda itu iaitu agama Islam.  "Habis mengapa kamu membela babi? kita tidak boleh berbuat begitu". Kata Nabi Musa. "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua ekor babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah  melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya.  Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain.  Aku sebagi anaknya tetap melaksanakan kewajipan sebagai anak, hari-hari aku berbakti kepada  kedua ibubapaku seperti mana tuan hamba lihat tadi.  Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan, Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka  menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi." tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu Allah  menurunkan wahyu kepada nabi Musa as. "wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu disurga nanti, hasil  baktinya yang sangant tinggi kepada kedua ibubapanya.  Ibubapa yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga.  oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi kami.  "Allah juga berfirman yang bermaksud: "Oleh kerana dia telah berada di makam anak yang soleh disisi Kami, maka kami angkat  doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan didalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah  ke syurga.  Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi.  Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak ..insyaAllah.  Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibu bapa kita itu bukan urusan kita. urusan kita ialah meminta ampun  kepada Allah SWT. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah SWT.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapa mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh  para ibubapa di alam kubur.

Dipetik daripada : Kisah dan Teladan

Air liur anjing

Kenapa air liur anjing najis?
Kenapa begitu? Bukankah anjing merupakan haiwan yang terdekat dengan bangsa manusia, amat setianya, bahkan bersedia mati untuk tuannya?”
“Walaupun ini tergolong sebagai sebuah ‘cerita’, kisah  ini terjadi sebelum masa malaikat dan iblis diperintahkan untuk sujud pada Adam as yang telah dihidupkan (ditiupkan roh), ketika itu iblis menolak untuk sujud.
Pada masa pra penciptaan Adam, Allah memerintahkan empat malaikat Muqarrabuun, iatu Jibril, Mikail, Izrail dan Israfil, untuk mengumpulkan empat unsur fizik bahan penciptaan alam material / alam mulk (tanah, api, air dan udara) dari tempat-tempat tersuci, untuk dijadikan sebagai Adam as. Lalu Allah membentuk ‘adunan’ jasad Adam dalam posisi terlentang, masih berbentuk tanah. Pada saat itu, karena belum ditiupkan ruh kepadanya, adunan berbentuk manusia ini belum hidup. Pada masa ini, sebagaimana adam adalah ‘prototaip’ manusia, semua haiwan dan tumbuhan sudah ada ‘prototaip’nya  di surga.
Melihat adunan tanah itu, Iblis membaca rencana Allah untuk menciptakan manusia. Dia demikian cemburu, dan didatangilah adunan tanah ini, iblis meludah kepadanya. Ludah iblis ini jatuh pada titik di mana terletak pusat kita sekarang.
Kerena hal ini, maka marahlah Allah (tetapi belum sampai ketahap murka, murkaNya ketika iblis menolak untuk sujud sehingga iblis dikutuk) kepada Iblis, dan diusir-Nya iblis dari ‘wilayah surga’, iblis tertahan dimuka gerbang surga. Lalu ia mencari akal, bagaimana untuk memasuki surga, kerana iblis, dalam rencananya, harus menghasut kuda. Ia menghasut raja burung yang pada saat itu (berbentuk seperti merak, tapi jauh lebih indah), minta diseludupkan ke dalam surga. Raja burung itu memanggil haiwan terindah di surga ketika itu, iaitu Ular. Ketika itu, ular masih haiwan yang sangat indah dan memiliki empat kaki. Ular menyediakan mulutnya kepada iblis, dan masuklah ular kembali ke surga dengan iblis di dalam mulutnya, membawa iblis menemui kuda.
Iblis menghasut kuda dengan mengatakan, “Jika makhluk itu (Adam) tercipta, maka hingga akhir zaman keturunannya akan menduduki punggung keturunanmu.” Kuda sangat marah mendengar hal ini, dan larilah ia ke adunan tanah Adam tadi, untuk memijaknya. Tapi pada saat kuda menghampiri, Allah mengambil secubit tanah, pada bahagian terkena ludah iblis tadi, dan dari tanah yang terkena ludah iblis tadi dijadikanlah seekor anjing. Anjing inilah yang mengusir kuda, dan ia sesuai perintah Allah, menjaga adunan tanah Adam sampai dihidupkan-Nya.
Dari sini dapat difahami, mengapa anjing adalah haiwan yang paling setia pada manusia: kerana ia tercipta dari ‘adunan tanah’ yang sama dengan Adam a.s., hanya setelah bercampur dengan air ludah iblis. Ini awal mula air liur anjing menjadi diharamkan. Demikian pula, ular ‘dikutuk’ membawa mulut yang beracun, karena menyediakan mulutnya sebagai tempat iblis menyeludup. Ia pun dikutuk dengan dibuang empat kakinya menjadi haiwan melata dan lambat, dan dihilangkan predikatnya sebagai haiwan terindah di surga yang pernah diciptakan.
Waullahuaklam.


Jumaat, 2 Julai 2010

Rela dimasukkan Neraka

Rela Dimasukkan ke Dalam Neraka


Nabi Musa a.s. suatu hari sedang berjalan-jalan melihat keadaan ummatnya. Nabi Musa a.s. melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa a.s. kemudian menyapa dan  mendekatinya. Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa a.s: "Wahai Musa a.s., aku telah beribadah kepada Allah s.w.t. selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah s.w.t. akan meletakkanku di Syurga-Nya?. Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah s.w.t.". Nabi Musa a.s. mengabulkan permintaan orang itu. Nabi Musa a.s. kemudian bermunajat memohon kepada Allah s.w.t. agar Allah s.w.t. Memberitahu kan kepadanya di mana ummatnya ini akan ditempatkan di akhirat kelak. 
Allah s.w.t. berfirman, "Wahai Musa sampaikanlah kepadanya bahawa Aku akan meletakkannya di dasar Neraka-Ku yang paling dalam". Nabi Musa a.s. kemudian mengkhabarkan kepada orang tersebut apa yang telah difirmankan Allah s.w.t. kepadanya. Ahli ibadah itu terkejut. Dengan perasaan sedih ia beranjak dari hadapan Nabi Musa a.s.. Malamnya ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan dirinya. Ia juga mulai terfikir bagaimana dengan keadaan saudara-saudaranya, temannya, dan orang lain yang mereka baru beribadah selama 200 tahun, 300 tahun, dan mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya, di mana lagi tempat mereka kelak di akhirat.

Keesokan harinya ia menjumpai Nabi Musa a.s. kembali. Ia kemudian berkata kepada Nabi Musa a.s., "Wahai Musa a.s., aku rela Allah s.w.t. memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta satu permohonan. Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya". Nabi Musa a.s. menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah s.w.t. Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa a.s. maka Allah s.w.t. berfirman, "Wahai Musa sampaikanlah kepada ummatmu itu bahawa sekarang Aku akan menempatkannya di Syurga-Ku yang paling tinggi". 

Khamis, 1 Julai 2010

Fathimah al-Zahrah dan batu giling

Fathimah al-Zahra rha dan batu giling 
Suatu hari masuklah Rasulullah s.a.w. menemui anakandanya Fathimah al-Zahra rha. Didapatinya anakandanya sedang menggiling syair (sejenis padi-padian) dengan menggunakan sebuah penggiling tangan dari batu sambil menangis. Rasulullah s.a.w. bertanya pada anakandanya, "Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fathimah?, semoga Rasulullah s.a.w. tidak menyebabkan matamu menangis". Fathimah rha. berkata, "Ayahanda, penggilingan dan urusan-urusan rumahtanggalah yang menyebabkan anakanda menangis". Lalu duduklah Rasulullah s.a.w. di sisi anakandanya. Fathimah rha. melanjutkan perkataannya, "Ayahanda sudikah kiranya ayahanda meminta 'Ali (suaminya) mencarikan anakanda seorang jariah untuk menolong anakanda menggiling gandum dan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di rumah". Mendengar perkataan anakandanya ini maka bangunlah Rasulullah s.a.w. mendekati penggiling itu. Beliau mengambil syair den gan tangannya yang diberkati lagi mulia dan diletakkannya di dalam penggiling tangan itu seraya diucapkannya "Bismillaahirrahmaanirrahiim". Penggilingan tersebut berputar dengan sendirinya dengan izin Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. meletakkan syair ke dalam penggiling tangan itu untuk anakdanya dengan tangannya sedangkan penggiling itu berputar dengan sendirinya seraya bertasbih kepada Allah s.w.t. dalam berbagai bahasa sehingga habislah butir-butir syair itu digilingnya. 

Rasulullah s.a.w. berkata kepada batu giling tersebut, "Berhentilah berputar dengan izin Allah s.w.t.", maka penggiling itu berhenti berputar lalu penggiling itu berkata-kata dengan izin Allah s.w.t. yang berkuasa menjadikan segala sesuatu dapat bertutur kata. Maka katanya dalam bahasa Arab yang fasih, "Ya Rasulullah s.a.w. , demi Allah s.w.t. Tuhan yang telah menjadikan Baginda s.a.w. dengan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul-Nya, kalaulah Baginda s.a.w. menyuruh hamba menggiling syair dari Masyriq dan Maghrib pun nescaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah s.w.t.suatu ayat yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang dititahkan-Nya kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang dititahkan". 

Maka hamba takut, ya Rasulullah s.a.w. kelak hamba menjadi batu yang masuk ke dalam neraka. Rasulullah s.a.w.  kemudian bersabda kepada batu penggiling itu, "Bergembiralah kerana engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fathimah al-Zahrah di dalam syurga". Maka bergembiralah batu penggiling  itu mendengar berita itu kemudian diamlah ia. 

Rasulullah s.a.w.  bersabda kepada anakandanya, "Jika Allah s.w.t. Menghendaki wahai Fathimah, nescaya penggiling itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah s.w.t. menghendaki dituliskan-Nya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan oleh-Nya beberapa kesalahanmu dan diangkat-Nya untukmu beberapa darjat. Ya Fathimah, perempuan mana yang menggiling tepung untuk suaminya dan anak-anaknya, maka Allah s.w.t. menuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu derajat". 

"Ya Fathimah perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah s.w.t. menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh buah parit. Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyakan rambut anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah s.w.t. akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang bertelanjang. Ya Fathimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetangganya maka Allah s.w.t. akan menghalanginya dari meminum air telaga Kautshar pada hari kiamat". 

"Ya Fathimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keredhoan suami terhadap istrinya. Jikalau suamimu tidak redho denganmu tidaklah akan aku doakan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fathimah bahawa redho suami itu dari pada Allah s.w.t. dan kemarahannya itu dari kemarahan Allah s.w.t.?. Ya Fathimah, apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah s.w.t. akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka Allah s.w.t. mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t. yakni berperang sabil. Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga, dan Allah s.w.t. akan mengkurniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat." 

Perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka Allah s.w.t. akan mengampuni dosa-dosanya semua &  Allah s.w.t. akan memakaikannya sepersalinan pakaian yang hijau & dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan dikurniakan  Allah s.w.t. untuknya seribu pahala haji dan umrah. Ya Fathimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka  Allah s.w.t. akan memandangnya dengan pandangan rahmat. Ya Fathimah perempuan mana yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau menata rumah untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat)," Teruskanlah 'amalmu maka  Allah s.w.t. telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang". Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menggunting kukunya maka  Allah s.w.t. akan memberinya minuman dari sungai-sungai syurga dan  Allah s.w.t. akan meringankan sakaratulmautnya, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta  Allah s.w.t. akan menyelamatkannya dari api neraka dan selamatlah ia melintas di atas titian Sirat".

Isnin, 14 Jun 2010

Rasulullah SAW dan seorang pengemis

Rasulullah SAW dan seorang pengemis..

Menurut riwayat sebulan sebelum Rasulullah SAW wafat inilah yang selalu baginda lakukan.

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati  Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya".

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya  kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat. Setelah wafatnya Rasulullah SAW lantas tidak ada lagi orang yang membawakan makanan  setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abu Bakar RA berkunjung ke rumah  anaknya  Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan istri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?". Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja". Apakah Itu?", tanya Abu Bakar RA. "Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi keujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana", kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan  kepada pengemis itu. Abu Bakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu ?". Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa." "Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", bantah sipengemis buta itu. "Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut  ini mengunyah.

Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu  dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu  melanjutkan perkataannya. Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang  padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada.  Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan  kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya,  memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....

" Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA saat  itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.