Di tingkat mana puasa kita
Pembaca budiman tanpa disedari 5 hari telah berlalu bulan ramadan yang berkat ini dan hari ini kita berada di 6 ramadan, bagaimana keadaan puasa kita. Semuga Allah menyampaikan kita hingga keakhir ramadan Insyaallah Cuba imbas kembali puasa kita beberapa hari yang lepas, apakah kita masih di tahap mendapat lapar dan dahaga sahaja atau ...
Rasanya masih belum terlambat untuk kita membuat koreksi pada kualiti puasa kita tahun ini. Mohonlah pada Zat yang Maha Kuasa agar kita dapat menjaga kualiti puasa kita dan mencapai kessempurnaan puasa, puasa yang bukan hanya meninggalkan dari makan minum, tetapi juga dapat menjaga mata, telinga, lidah seterusnya yang paling susah menjaga (puasa) hati. Akhirnya mohonlah pada Allah agar kita diberikan hijau dan berlindung denganNya dari diletakkan pada kedudukan merah .. Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan