Isnin, 23 Ogos 2010

Tazkirah Ramadan

Tazkirah Ramadan Masjid Batu 10
Alhamdulillah malam (13 ramadan)  tadi penulis telah digerakkan untuk mendirikan solat isyak dan tarawih di Masjid Jamiul Hasanat, Batu 10. Suasana nyaman dan sejuk (Air Cond) menyambut kedatangan para tetamu Allah ke Masjid ini. Kedatangan jemaah hampir memenuhi ruang solat dan bilangannya semakin bertambah setelah solat sunat tarawih (8 rakaat). Pentazkirah jemputan pada malam itu seorang personel yang terkenal Ustaz Kamal Asyari.
Ustaz Kamal membawa tajuk puasa ramadan dan menyentuh dari sudut yang sering diabaikan oleh sebahagian umat islam ketika berada di bulan yang penuh dengan maghfiroh ini. Tazkirahnya amat menepati kerana pendengar / jemaah berpeluang untuk membuat pembetulan  pada amalan puasa yang sedang mereka jalani di bulan yang mulia ini
Pertamanya beliau mengucapkan alhamdulillah kerana kita telah ditemukan dengan bulam ramadan yang mulia, ini semua adalah kerana Rahmat Allah kasih sayang Allah kepada hamba-hamba. Kedua kita ditemukan dengan bulan yang awalnya rahmat, pertengahan keampunan dan akhirnya pembebasan dari api neraka. Persoalannya kenapa Allah letakkan pengampunan di tengah-tengah bulan ramadan? itu semua adalah kasih dan sayang Allah kepada makhluknya. Pintu sentiasa dibuka kepada hamba-hambanya yang mahu bertaubat dan memohon amounanNya.
Amalan bersahur banyak ditinggalkan oleh sebahagian umat islam ketika menjalani ibadat puasa ini mungkin ketiadaan ilmu atau ia hanya anggapan setakat makan dan tak lebih dari itu.  Sebenar bersahurlah yang membezakan puasa orang mukmin berbanding puasa ahlul kitab. Seterunya beliau menjelaskan "Allah dan para malaikatnya berselawat kepada orang yang bersahur". Sahur membawa makna sepertiga malam. Puasa tanpa sahur menyerupai amalan ahlul kitab. Bangunlah saudara walau mengantuk, walau perut masih kenyang sekurang-kurangnya untuk meneguk segelas air untuk mendapatkan selawat dari Allah dan malaikat yang hanya terdapat pada waktu sahur.

Lima Syarat Allah temukan kita dengan Malam Lailatul Qadar
Menurut ustaz Kamal Asyari  beliau telah mengariskan 5 syarat yang perlu ada agar Allah temukan kita dengan malam yang lebih baik dari 83 tahun (1000 bulan)
  1. Tetap dan terus mengerjakan perintah Allah, disamping meninggalkan segala laranganNya. Berpuasa tetapi tidak solat  serupa tidak beriman kepadaNya.
  2. Memperbanyak dan menggandakan amalan-amalan yang hanya terdapat pada bulan ramadan, ini merupakan salah satu cara kita mensyukuri terhadap Rahmat Allah kepada kita.
  3. Banyakkan berdoa semasa kita sedang puasa ambilah kesempatan dan yang inipun hanya terdapat di bulan ramadan. "Allah tidak akan menolak doa orang-orang yang sedang berpuasa". Satu lagi perbanyakkan doa bila menghadap rezeki (makanan)
  4. Tidak membazir : masyarakat sering lupakan yang ini. Berapa banyak pembaziran yang telah kita lakukan selama ini. Pembazir adalah saudara Syaitan. Banyak makanan kita buang gara-gara melayan kehendak (nafsu). Bulan puasa menjadi bulan pesta makan, karnival membeli makanan. Membazir itu  dalam bahasa yang mudah sesuatu yang diguna / beli bukan bukan kerana keperluan. Bertaubatlah dan mohon ampunan diatas segala pembaziran yang telah kita lakukan selama ini. Cuba fikir berapa banyak air yang kita buang semasa mengambil wudhu?
  5. Bersedekah, menderma dan menolong :  maka perbanyakanlah - memang cabarannya  banyak syaitan selalu membisikan ragu-ragu dan kefakiran bila kita berderma, tetapi yakinlah dengan janji Allah setiap harta yang diinfaqkan akan di balas minima 700 kali ganda banyaknya. Akhirnya jika segala syarat telah terpenuhi semoga Allah temukan kita dengan malam Lailatul Qadar - malam yang lebih baik dari 1000 bulan. .. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan