Khamis, 27 Januari 2011

Pembacaan Al Quran



Kita di tangga yang mana?

MASA YANG DIUTAMAKAN MEMBACA AL- QURAN
 i.  Sesudah Solat Subuh
ii.  Antara Maghrib dan Isyak
iii. Pada waktu tengah malam adalah paling utama.

SURAH YANG DIGALAKKAN PADA SETIAP MALAM
1. Surah Yasin: Untuk kebaikan dan perlindungan dunia akhirat.
2. Surah al- Mulk: Untukperlindungan semasa alam kubur.
3. Surah al- Waqiah: Mohon dijauhi kepapan.
4. Surah al- Dukhan:Untuk kesejahteraan.
5. Surah Ali 'Imran, Surah Hud dan lain- lain.

SURAH- SURAH YANG DIGALAKKAN PADA MALAM DAN HARI JUMAAT
1. Surah Yasin: Diampunkan dosa pada siangnya.
2. Surah al- Dukhan
3. Surah al- Kahfi: Diampunkan dosa di antara dua jumaat.
4. Surah al- Sajdah
5. Surah Ali 'Imran, Surah Hud dan lain- lain.


Rabu, 26 Januari 2011

Hidayah dan Taufik



Asbab Hati Manusia Dikurniakan Hidayah


Terdapat 1001 sebab untuk mendapat hidayah, ada bermacam-macam jalan atau ada berbagai-bagai cara yang di antara satu sama lain tidak sama. 

Di antara sebab seseorang itu mendapat hidayah adalah seperti berikut:

1. Dia lahir di dalam keluarga yang beragama, maka dia mendapat didikan secara langsung dan praktikal daripada suasana berkeluarga. Orang ini agak bernasib baik.
2. Dia yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepada kebaikan dan kebenaran. Dia terus mencari dan mengamalkan. Orang seperti ini amat sedikit. Ini adalah pemberian Allah secara wahbiah (secara anugerah).
3. Orang yang dalam perjalanan hidupnya terjumpa golongan atau kelompok yang beragama Islam dan mengamalkan syariat. Manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu.
4. Orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta melihat-lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan ideologi serta bergaul dengan golongan-golongan itu maka akhirnya bertemu dengan kebenaran.
5. Orang yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis-majlis agama maka dia mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.
6. Orang yang diuji Allah, mungkin selepas kaya jatuh miskin atau mendapat sakit teruk, atau ditimpa bencana alam dan lain-lain lagi maka di situ dia sedar dan insaf. Lantaran itu dia kembali mendekati diri kepada Allah SWT.

7. Orang yang mendapat kebenaran, kerana Allah mengizinkannya mengalami alam kerohanian seperti melihat di dalam mimpi alam Barzakh, melihat orang kena azab atau dia sendiri yang kena azab atau melihat gambaran Qiamat atau Allah perlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih danlain-lain kejadian yang ajaib. Selepas itu dia pun kembali kepada kebenaran.
8. Orang yang sedar setelah melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah besar, kaya raya, kenderaan yang mewah, harta banyak tetapi kehidupan keluarga itu sentiasa porak peranda, krisis sering berlaku, kasih sayang dan ukhwah tidak ada, masing-masing membawa haluan sendiri maka dari peristiwa itu dia sedar dan insaf bahawa kemewahan hidup tidak menjamin kebahagian di dunia apatah lagi di Akhirat kelak.
9. Orang yang dia sendiri mengalami kehidupan mewah, serba ada, apa hendak semua dapat, pangkat ada, duit banyak, namun kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan keluarga porak-peranda lantas dia insaf dan sedar akhirnya mencari jalan kebenaran.
10. Orang yang dapat petunjuk kerana ada orang yang soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doa itu dikabulkan oleh Allah, maka Islamlah dia sepertimana Sayidina Umar Al Khattab r.a. dapat petunjuk kerana doa Rasulullah SAW.

Apabila Allah Taala dengan Rahmat dan Kasih Sayangnya ingin menolong dan memenangkan hambaNya dalam berhadapan dengan musuh atau seterunya yang licik dan bersiasah, maka dilimpahkan hati tersebut dengan segala tentera Anwar iaitu Taufiq dan Hidayah. Bermula makna hidayah ialah petunjuk-petunjuk ke arah jalan yang benar, manakala Taufiq itu bermaksud kekuatan atau keupayaan untuk melakukan sesuatu. Dengan Nur Taufiq dan Hidayah inilah, segala Zulumah yang terdiri dari kejahilan, kejahatan, kerakusan nafsu dan tipu daya syaitan akan dapat diluputkan dari terus menggoncang pintu hati seorang hamba. Bila Zulumah ini dapat disingkirkan, maka berhiasilah hati atau jiwa tersebut dengan Ilmu Tauhid yang teguh.
Sesungguhnya sesuatu ketaatan dan amalan baik yang boleh membawa seseorang itu kepada Allah Taala adalah dengan wasitah (pengantara) limpahan kurnia Nur Taufik dan Hidayah. Tanpa Nur Taufiq dan Hidayah ini, tidak mungkin seorang hamba akan mampu dan berupaya untuk mengerjakan ketaatan dan kepatuhan kepada Allah Taala. 
Tahu solat  malam itu adalah sesuatu yang dituntuti dan dikasihi Allah, tanpa Taufiq dan Hidayah tidak mungkin kita akan mampu untuk melaksanakannnya.
Tahu akan faedah sedikit makan dan banyak berpuasa dapat menjernihkan mata hati, namun kita tidak akan mampu melaksanakannya tanpa Taufiq dan HidayahNya. 
Tahu bahawa banyak berzikir itu dapat membersihkan hati dari karat-karat kelalaian, tapi tanpa Taufiq dan HidayahNya berat sekali lisan atau hati kita untuk melafazkan kalimah yang mulia itu. 
Dengan kerana itulah, biasanya seseorang hamba itu akan merasa suka dan gembira bila dapat dan mampu untuk mengerjakan amal ibadat taat yang banyak kerana sememangnya ia adalah sebagai satu anugerah rezeki yang besar dari Allah Taala. Dan adalah ia yang didatangkan daripada Alam Al-Hidayah dan menolong ia akan dikau atas mendirikan daripada fadholNya (limpah kurniaNya) daripada tiada haul (daya) daripadamu dan tiada wujud. Dengan sebab ianya adalah semata-mata limpah kurnia Taala dan bukannya daripada keupayaan dan kekuatan hamba.



Selasa, 25 Januari 2011

Aku Mahu


HADIS MUTHAHHARAH
Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radhiallahu'anhu telah berkata: Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam yang mana dia telah menyatakan tujuannya: "Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat."
Maka baginda sollallahu `alaihi wasallam telah berkata kepadanya: "Tanyalah apa yang engkau kehendaki."
Dia berkata: Aku mahu menjadi seorang yang alim
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim
Dia berkata: Aku mahu menjadi orang paling kaya
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya
Dia berkata: Aku mahu menjadi orang yang adil
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia
Dia berkata: Aku mahu menjadi orang yang paling baik
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia
Dia berkata: Aku mahu menjadi orang yang istimewa disisi Allah
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah
Dia berkata: Aku mahu disempurnakan imanku
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna
Dia berkata: Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik)
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin
Dia berkata: Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat
Dia berkata: Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa
Dia berkata: Aku mahu dihimpun pada hari qiamat dibawah cahaya
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya
Dia berkata: Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat
Dia berkata: Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu
Dia berkata: Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia
Dia berkata: Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia
Dia berkata: Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Sentiasa berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu
Dia berkata: Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan RasulNya
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka
Dia berkata: Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya
Dia berkata: Aku mahu diterima segala permohonanku
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya
Dia berkata: Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat
Dia berkata: Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan
Dia berkata: Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala)
Dia berkata: Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Buruk akhlak dan sedikit ketaatan
Dia berkata: Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang
Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: sabar di dunia dengan bala dan musibah


Telah berkata Imam Mustaghfirin: aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat selain hadis ini....


Mengingati Allah, Bersyukur, dan MemujiNya

Kewajipan Mengingati Allah, Bersyukur, Bertasbih, Bertakbir dan MemujiNya

 

Mengingati Allah selalu akan menghilangkan rasa cemas, ragu-ragu dan tidak percaya diri. Mengingati Allah dapat melindungi hati dari kesesatan. Mengingati Allah merupakan ubat yang mujarab, makanan yang diberkati, ubat yang bermanfaat dan makanan yang baik.

Dengan mengingati Allah bererti mengesakanNya dari sekutu-sekutuNya, menjadikan orang-orang yang ditimpa musibah menjadi sabar, dan menyejukkan hati mereka yang gundah gulana. Mengingati Allah dapat memberikan ketenteraman pada saat-saat yang menggoncangkan dan pada saat-saat terjadinya fitnah. 
Allah telah menyuruh hamba-Nya agar selalu mengingati-Nya dan bersyukur kepada-Nya. Allah subhanahu wa ta`ala telah mengkhabarkan segala makhluk telah bertasbih kepada-Nya dan mereka semua tunduk patuh kepada-Nya. Allah subhanahu wa ta`ala berfirman:
"Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun." ( al-Israa', ayat 44)
"Lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah."  (surah al-Ahzaab, ayat 35)
"Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Rabbmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam Penglihatan Kami, dan bertasbihlah dengan memuji Rabbmu ketika kamu bangun berdiri, dan bertasbihlah kepada-Nya pada beberapa saat di malam hari dan di waktu terbenam bintang-bintang (di waktu fajar).  ( at-Tuur, ayat 48-49)
Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah bersabda mengenai anjuran untuk mengingat dan bertasbih kepada Allah:
"Perumpamaan bagi orang yang mengingati Rabbnya dan orang-orang yang tidak mengingat adalah seperti orang hidup dan orang yang mati."  (sahih Bukhari wa Muslim)
"Perkataan Subhanallah, Walhamdulillah, Wa Lailaha illallah, Wallahu Akbar lebih aku sukai daripada terbitnya matahari."  (hadith riwayat Abu Hurairah)
Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam bersabda kepada salah seorang sahabatnya yang bermaksud:
"Mahukah kamu akau tunjukkan tentang perkataan yang berasal dari gudang syurga, iaitu kamu berkata: La haula wa laa quwwata illa billah."  (sahih Bukhari wa Muslim)
Orang yang suka mengingati Allah, dialah yang paling bahagia. Dialah yang paling banyak bertasbih, bertakbir, bertahmid dan bertahlil. Sesiapa yang menyibukkan diri dengan mengingati Allah maka Allah akan menjadikan hati orang tersebut hanya sibuk dengan ketaatan kepada-Nya. Dan sesiapa yang menyibukkan diri dengan perkara selain Allah maka Allah akan membuat orang tersebut menjadi sibuk dengan dirinya sendiri dan memenuhi hatinya dengan kesibukan serta mengekalkan kefakirannya dan menyia-nyiakan umurnya. Allah juga akan membuat orang tersebut kesukaran untuk mencapai apa yang diingininya dan Allah akan menutup pintu kebaikan dan pintu rahmat kepada orang tersebut.
Oleh kerana itu, sebaiknya kita selalu ingat kepada Allah. Ini disebabkan kerana Allah adalah pemilik nikmat, kebaikan dan keutamaan. Allah subhanahu wa ta`ala adalah Zat yang paling berhak untuk disembah, ditaati, diingati dan disyukuri. Allah Maha Agung dan Maha Tinggi.
petikan dari buku Al-`Azhamah: KEAGUNGAN - Kebesaran Ilahi Pada Tiap Sesuatu karangan Dr `Aidh Abdullah Al-Qarni

Ahad, 23 Januari 2011

Surah Al Ikhlas


Surah Al Ikhlas
Surah Al-Ikhlas adalah surah ke 112 dalam Al Quran, ayat pendek 4-versa deklarasi yang berkesatuan mutlak dari Allah (tauhid), menolak fahaman politheisme dan trinitarianisme. Al-Ikhlas bermaksud “ketulenan” atau “menghalusikan”, bermakna untuk tetap suci dan beriman atau dalam keadaan menangkis ketidaksucian.


Maksud ayat
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Rabbku) ialah Allah Yang Maha Esa.
2. Sesungguhnya Allah kekal.
3. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”  Dari Al-Muwatta’, diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata, “Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya RasulaLlah?” Baginda menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).

Sabda-Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur’an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).  Dari Abu Hurairah r.a. 

Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa membaca ‘Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur’an”. “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-quran seluruhnya”. (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy)

“Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga..” (Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras). Dari Ubay Ibn Ka’ab 

Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya – dari – pahala seperti pahala syuhada” “Ketika aku (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka aku telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur ke barat (masyrik ke maghrib) Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka “Wahai Rabb kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan” (Riwayat Ibnu Abbas)

“Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya ‘Qul Huwallahu Ahad” itu tertulis di sayap malaikat Jibrail A.S., ‘Allahus Somad’ itu tertulis di sayap Mikail A.S., ‘Lam Yalid Walam Yuulad’ tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. ‘Walam Yakullahu Kufwan Ahad’ tertulis pada sayap Israfil a.s.”

Rabu, 19 Januari 2011

Syirik Pengaruh Bintang dan Planet

Syirik Pengaruh Bintang dan Planet 
Syirik dalam Hal Percaya Adanya Pengaruh Bintang dan Planet terhadap Berbagai Kejadian dan Kehidupan Manusia.
Dari Zaid bin Khalid Al Juhani, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda (yang terjemahannya): Allah berfirman: “Pagi ini di antara hambaku ada yang beriman kepada-Ku dan ada pula yang kafir. Adapun orang yang berkata, kami diberi hujan dengan karunia Allah dan rahmat-Nya, maka dia beriman kepada-Ku dan kafir terhadap bintang. Adapun orang yang berkata: Hujan itu turun karena bintang ini dan bintang itu maka dia telah kufur kepada-Ku dan beriman kepada bintang”. (HR, Bukhari).

Termasuk dalam hal ini adalah mempercayai astrologi (ramalan bintang) seperti yang banyak kita temui di surat khabar dan majalah. Jika ia mempercayai adanya pengaruh bintang dan planet-planet tersebut maka dia telah musyrik. Jika ia membacanya sekadar untuk hiburan maka ia telah melakukan perbuatan maksiat dan dosa. Sebab tidak dibolehkan mencari hiburan dengan membaca hal-hal syirik. Disamping syaitan terkadang bejaya menggoda jiwa manusia sehingga ia percaya kepada hal-hal syirik tersebut. Maka, membacanya termasuk perbuatan dan jalan menuju kemusyrikan.


Ahad, 16 Januari 2011

Bagaimana syaitan masuk

Bagaimana Syaitan Memasuki Hati Manusia ..

  • Terlalu cintakan kepada dunia sedangkan kehidupan di akhirat tiada langsung di dalam hatinya, baginya kehidupan hanya sekali sahaja iaitu di dunia.
  • Terlalu melayan perasaan dan panjang angan-angan kerana sifat ini akan mengeraskan hati.
  • Terlalu rakus kepada kehidupan dunia kerana ia akan membuahkan sifat tamak.
  • Bakhil dengan apa yang dimiliki dan yang diperolehinya kerana ia merupakan pintu kepada kesombongan.
  • Riya, besar diri dan anggkuh kerana ia merupakan punca kepada sifat kemunafikan.
  • Ujub dan sombong.
  • Sentiasa menyimpan perasaan buruk sangka terhadap orang lain dan berdendam.
  • Memandang remeh akan dosa-dosa kecil kerana ia akan mendorongkan lagi manusia berterusan dalam melakukan dosa kecil dikira sebagai melakukan dosa besar.
  • Merasa dukacita  apabila mendapat sesuatu musibah atau azab dari Allah.
  • Memandang rendah kepada orang lain kerana sifat ini merupakan tapak bercambahnya sifat dengki dan membuka pintu kebencian.
  • Bodoh diatas setiap tindakan dan perbuatan tetapi tidak pula menyedari akan kebodohannya itu sebaliknya merasakan dirinya sentiasa betul.
  • Suka kepada pujian dan sanjungan kerana ia merupakan punca timbulnya sifat besar diri dan sombong.
  • Ketika sedang marah kerana marah itu merupakan bara api dari neraka.
  • Putus asa dengan rahmat Allah, sifat ini akan membuatkan seseorang merasakan dunia yang begitu luas ini terlalu sempit baginya, oleh kerana terlalu kecewa ia sanggup melakukan apa saja.