Khamis, 3 Mac 2011

Menu Sehat Amalan Nabi


Menu Sihat Nabi SAW

Bismillah, Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu, (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (QS Al-Ahzab; 33 : 21).

Segala sesuatu yang dicontohkan atau disuruh oleh Rasulullah SAW pasti mempunyai manfaat dan kebaikan yang banyak. Kerana sesuai dengan kedudukan beliau sebagai uswatun hasanah, tidaklah beliau berbuat atau berbicara melainkan atas petunjuk dan bimbingan Allah, bukan kerana nafsu ataupun keinginannya sendiri.
Salah suatu kebiasaan yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW yang mudah2an tidak sulit untuk kita amalkan adalah:
Tidur Miring ke Kanan
Posisi tidur Nabi SAW adalah miring kesebelah kanan, kemudian beliau berbalik bertumpu sedikit pada sisi kiri agar proses pencernaan lebih cepat kerana condongnya lambung di atas hati. Kemudian beliau kembali tidur bertumpu pada sisi kanan lagi, agar makanan segera larut dari lambung. Jadi posisi permulaan dan posisi terakhir tidur bertumpu pada sisi kanan. Selain bermanfaat bagi pencernaan, ada 3 manfaat lain yang dapat diambil dari posisi tidur miring kesebelah kanan.
Ibnu Qayyim berkata: “Barangsiapa yang memperhatikan pola tidur dan bangun beliau, niscaya mengetahui bahwa tidur beliau tersebut paling proporsional dan paling bermanfaat untuk badan, organ, dan kekuatan

Bangun di Sepertiga Malam 
Para pakar kesehatan menyatakan bahwa udara sepertiga malam terakhir sangat kaya dengan oksigen dan belum terkotori oleh zat-zat lain, sehingga sangat bermanfaat untuk optimalisasi metabolisme tubuh. Hal ini jelas sangat besar pengaruhnya terhadap vitaliti seseorang dalam aktivitasnya selama seharian penuh. 
Contohi Rasulullah, yang setiap subuh selalu mendapat usapan udara segar. Beliau bangun sebelum subuh dan melaksanakan qiyamul lail. Biasanya orang yang memulai kehidupan di pagi hari dengan bangun subuh, akan menjalani hari dengan penuh semangat dan optimis. Berbeza dengan orang yang tidak bangun di waktu subuh, biasanya lebih mudah diserang rasa malas untuk beraktiviti. 
Gosok Gigi dengan Siwak 
Untuk menjaga kesehatan mulut dan giginya pada pagi hari, Rasulullah SAW biasa memakai siwak. Siwak mengandung perasa yang sangat bermanfaat dalam menjaga kesehatan gigi dan gusi. Mulut dan gigi merupakan organ tubuh yang sangat berperanan dalam pengambilan makanan. Apabila mulut dan gigi sakit, maka biasanya proses pengambilan makanan menjadi terganggu. 
Menu Makan Nabi 
“Kita masyarakat Barat yang tidak mengamati dan tidak mencontohi adab makan yang diajarkan Islam, akhirnya menderita banyak penyakit. Mereka yang mematuhi kebiasaan makan menurut Islam akan sehat, dan mereka yang meniru cara makan Barat yang buruk akan sakit. Kebiasaan sehat dalam adab makan Islam seharusnya ditiru oleh masyarakat Barat” (Profesor Hans-Heinrich Reckeweg, M.D., ahli toksikologi, Biological Therapy Vol.1 No.2, 1983) 

“Sumber dari segala ubat adalah menjaga makanan” (Hadits Sohih) 

“1/3 perut untuk makanan, 1/3nya lagi untuk makanan, dan 1/3 sisanya untuk udara”. Kita mungkin sudah akrab dengan diet anjuran Rasul yang satu ini. Boleh jadi kita lakukan, atau kita abaikan. Namun sudah tahukah kita, kalau berbagai penelitian masa kini menemukan bahwa diet tersebut dapat memperpanjang umur seseorang? 
Memulakan Pagi dengan Minuman Madu 
Rasulullah saw membuka menu sarapannya dengan air sejuk yang dicampur dengan madu. Dalam Al Qur'an, madu merupakan syifaa (ubat) yang diungkapkan dengan isim nakiroh, menunjukkan erti umum dan menyeluruh. Pada dasarnya madu boleh menjadi ubat atas berbagai penyakit. Madu berfungsi untuk membersihkan lambung, mengaktifkan usus-usus, dan menyembuhkan sembelit, luka terbakar, dan peradangan. 
Pengambilan Snack Sehat 
Tujuh butir kurma ajwa (matang) menjadi kebiasaan Rasulullah saw menjelang siang. Beliau pernah bersabda, "Barang siapa yang makan tujuh butir kurma, maka akan terlindungi dari racun." Hal ini terbukti ketika seorang wanita Yahudi menaruh racun dalam makanan Rasulullah pada sebuah percubaan membunuh Baginda di perang Khaibar, racun yang tertelan oleh Baginda kemudian dineutralkan oleh zat-zat yang terkandung dalam kurma. Sementara itu Bisyir ibu al Barra', salah seorang sahabat yang ikut makan racun tersebut akhirnya meninggal, tetapi Rasulullah saw selamat dari racun tersebut. Rahasianya adalah tujuh butir kurma yang biasa dimakan Rasulullah saw. 
Menu Petang 
Menjelang petang hari, menu Rasulullah biasanya adalah cuka dan minyak zaitun. Tentu saja tidak hanya cuka dan minyak zaitun, tetapi diambil dengan makanan pokok seperti roti. Manfaatnya banyak sekali, diantara mencegah lemah tulang, nyanyuk, melancarkan sembelit, menghancurkan kolesterol, dan melancarkan pencernaan. 
Menu Malam 
Di malam hari, menu utama makan malam Rasulullah adalah sayur- sayuran. Secara umum, sayuran memiliki kandungan zat dan fungsi yang sama, yaitu menguatkan daya tahan tubuh dan melindunginya dari serangan penyakit. 
Aktiviti Sebelum Tidur 
Setelah makan malam Rasulullah tidak langsung tidur. Beliau beraktiviti terlebih dahulu supaya makanan yang diambil masuk lambung dengan cepat dan mudah dicerna. Caranya seperti mendirikan solat. Rasulullah saw bersabda: 
"Cairkan makanan kalian dengan berdzikir kepada Allah dan solat, serta janganlah kalian langsung tidur setelah makan, kerana dapat membuat hati kalian menjadi keras."[muslimdaily.net/bbs]


Rabu, 2 Mac 2011

Solat itu

Ya Allah mudah-mudahan Engkau menerima solatku yang serba cacat dan cela ini ... wahai Zat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Ya Allah berilah aku kekuatan untuk mentaati perintahMu, kekuatan zahir dan kekuatan batin, janganlah engkau hinakan aku apabila aku berbuat maksiat kepadaMu. ...

Isnin, 21 Februari 2011

Mari kita berselawat

Mari kita berselawat
Kita masih berada di bulan Rabiul Awwal perbanyakkanlah membaca selawat keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.

klik pada imej jika tidak jelas


Ahad, 20 Februari 2011

Kelebihan Surah Al Ikhlas




diambil dari you tube Ustaz Azhar Idrus, ceramah di Masjid Pulau Serai Dungun, Terengganu, Kitab Majmuk Salasa. Maklumat berkaitan Surah Al Ikhlas pernah diterbitkan dalam blog ini  sila klik disini

Ahad, 13 Februari 2011

Sempena Maulidur Rasul

Jenis-jenis Selawat
Tinggal beberapa hari lagi Maulidur Rasul akan menjelang, ini ole-ole dari saya sempena hari sambutan kelahiran Junjungan Mulia Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, semoga sambutan kali ini akan lebih bermakna.



Sempena sambutan Maulidurasul 1432H marilah sama-sama kita perbanyakkan membaca selawat keatas Nabi sallallahu alaihi wasallam. 
Firman Allah Swt dalam al-Quran: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya, berselawat atas Nabi, wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkan salam penghormatan kepadanya”. (QS. Al-Ahzab 56). 


Dalam slaid diatas terdapat 4 jenis selawat beserta terjemahan. Semoga bermanfaat. Kepada pengunjung   untuk membesarkan imej,  sila klik pada ikon "open in new window" sebelah (bilangan Slide 1/4)

Selasa, 8 Februari 2011

19 Keistimewaan

19 KEISTIMEWAAN WANITA
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3.Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli