Selasa, 8 Februari 2011

6 golongan wanita


6 JENIS WANITA MALANG
“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”
Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.
Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Beruntungnya Isteri


Beruntungnya seorang isteri disisi Allah…
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhiratkelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka…..
Beruntungnya seorang wanita yandg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Allah… sebagai pengeluar manusia.
Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh… 7 sehingga 15 hari sebulan dia tidak wajib solat  tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tidaak ada cuti dari solat… solat wajib baginya dari baligh sehingga dicabut nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat yang Allah beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut untuk melahirkan anak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap sebagai mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..... Subhanallah.
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat isteri  tak mahu  masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isterilah yang bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Pesanan kepada semua muslimah supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka kepadaNya.
Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.


Isnin, 7 Februari 2011

Di sebalik Bismillah


Di sebalik BISMILLAH
BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz “BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM” yang bermaksud “Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.” atau "Hakikatnya Allah hadir pada tiap sesuatu juga pada dirimu dengan sifat kasih dan sayangNya".

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2. “BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam.” (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL-Muddatsir:30) .Ibnu Mas’ud  berkata: “Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.”
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, “Siapa yang membaca BISMILLAH  maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. ”
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
Sabda Rasullulah, “siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada….”


Sabtu, 5 Februari 2011

Rabu, 2 Februari 2011

dari Allah kepada Allah

Wahai diri ingatlah asal usul mu 
Wahai diri yang lemah tidak berdaya, ingat selalu dunia ini bukan tempat asal mu, usah terpesona dengan keindahan dan tipu dayanya. Di sini kita hanya pengembara yang singgah sebentar, di sini kita kena sediakan bekal, di sini kita mencari modal untuk suatu perjalann yang jauh. 
Jangan silau dunia dan perhiasanya menghalang tujuan dan misi kita. Berlindunglah kepadaNya dari cinta dan tarikan dunia. Wahai diri ingatlah selalu kau dulu datang dan lahir dengan keadaan  bersih suci, hingga kau akhir baligh.
Wahai diri apa khabar diri mu sekarang? semakin keruh atau semakin bersih, jernih, bening, semakin tenang atau semakin celaru? Jika masih celaru bersegeralah mencari guru. Mohon kepada yang Maha Kuasa untuk memberi hati yang baru.
anak yatim, disini kita dagang, 


Khamis, 27 Januari 2011

Pembacaan Al Quran



Kita di tangga yang mana?

MASA YANG DIUTAMAKAN MEMBACA AL- QURAN
 i.  Sesudah Solat Subuh
ii.  Antara Maghrib dan Isyak
iii. Pada waktu tengah malam adalah paling utama.

SURAH YANG DIGALAKKAN PADA SETIAP MALAM
1. Surah Yasin: Untuk kebaikan dan perlindungan dunia akhirat.
2. Surah al- Mulk: Untukperlindungan semasa alam kubur.
3. Surah al- Waqiah: Mohon dijauhi kepapan.
4. Surah al- Dukhan:Untuk kesejahteraan.
5. Surah Ali 'Imran, Surah Hud dan lain- lain.

SURAH- SURAH YANG DIGALAKKAN PADA MALAM DAN HARI JUMAAT
1. Surah Yasin: Diampunkan dosa pada siangnya.
2. Surah al- Dukhan
3. Surah al- Kahfi: Diampunkan dosa di antara dua jumaat.
4. Surah al- Sajdah
5. Surah Ali 'Imran, Surah Hud dan lain- lain.


Rabu, 26 Januari 2011

Hidayah dan Taufik



Asbab Hati Manusia Dikurniakan Hidayah


Terdapat 1001 sebab untuk mendapat hidayah, ada bermacam-macam jalan atau ada berbagai-bagai cara yang di antara satu sama lain tidak sama. 

Di antara sebab seseorang itu mendapat hidayah adalah seperti berikut:

1. Dia lahir di dalam keluarga yang beragama, maka dia mendapat didikan secara langsung dan praktikal daripada suasana berkeluarga. Orang ini agak bernasib baik.
2. Dia yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepada kebaikan dan kebenaran. Dia terus mencari dan mengamalkan. Orang seperti ini amat sedikit. Ini adalah pemberian Allah secara wahbiah (secara anugerah).
3. Orang yang dalam perjalanan hidupnya terjumpa golongan atau kelompok yang beragama Islam dan mengamalkan syariat. Manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu.
4. Orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta melihat-lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan ideologi serta bergaul dengan golongan-golongan itu maka akhirnya bertemu dengan kebenaran.
5. Orang yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis-majlis agama maka dia mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.
6. Orang yang diuji Allah, mungkin selepas kaya jatuh miskin atau mendapat sakit teruk, atau ditimpa bencana alam dan lain-lain lagi maka di situ dia sedar dan insaf. Lantaran itu dia kembali mendekati diri kepada Allah SWT.

7. Orang yang mendapat kebenaran, kerana Allah mengizinkannya mengalami alam kerohanian seperti melihat di dalam mimpi alam Barzakh, melihat orang kena azab atau dia sendiri yang kena azab atau melihat gambaran Qiamat atau Allah perlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih danlain-lain kejadian yang ajaib. Selepas itu dia pun kembali kepada kebenaran.
8. Orang yang sedar setelah melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah besar, kaya raya, kenderaan yang mewah, harta banyak tetapi kehidupan keluarga itu sentiasa porak peranda, krisis sering berlaku, kasih sayang dan ukhwah tidak ada, masing-masing membawa haluan sendiri maka dari peristiwa itu dia sedar dan insaf bahawa kemewahan hidup tidak menjamin kebahagian di dunia apatah lagi di Akhirat kelak.
9. Orang yang dia sendiri mengalami kehidupan mewah, serba ada, apa hendak semua dapat, pangkat ada, duit banyak, namun kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan keluarga porak-peranda lantas dia insaf dan sedar akhirnya mencari jalan kebenaran.
10. Orang yang dapat petunjuk kerana ada orang yang soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doa itu dikabulkan oleh Allah, maka Islamlah dia sepertimana Sayidina Umar Al Khattab r.a. dapat petunjuk kerana doa Rasulullah SAW.

Apabila Allah Taala dengan Rahmat dan Kasih Sayangnya ingin menolong dan memenangkan hambaNya dalam berhadapan dengan musuh atau seterunya yang licik dan bersiasah, maka dilimpahkan hati tersebut dengan segala tentera Anwar iaitu Taufiq dan Hidayah. Bermula makna hidayah ialah petunjuk-petunjuk ke arah jalan yang benar, manakala Taufiq itu bermaksud kekuatan atau keupayaan untuk melakukan sesuatu. Dengan Nur Taufiq dan Hidayah inilah, segala Zulumah yang terdiri dari kejahilan, kejahatan, kerakusan nafsu dan tipu daya syaitan akan dapat diluputkan dari terus menggoncang pintu hati seorang hamba. Bila Zulumah ini dapat disingkirkan, maka berhiasilah hati atau jiwa tersebut dengan Ilmu Tauhid yang teguh.
Sesungguhnya sesuatu ketaatan dan amalan baik yang boleh membawa seseorang itu kepada Allah Taala adalah dengan wasitah (pengantara) limpahan kurnia Nur Taufik dan Hidayah. Tanpa Nur Taufiq dan Hidayah ini, tidak mungkin seorang hamba akan mampu dan berupaya untuk mengerjakan ketaatan dan kepatuhan kepada Allah Taala. 
Tahu solat  malam itu adalah sesuatu yang dituntuti dan dikasihi Allah, tanpa Taufiq dan Hidayah tidak mungkin kita akan mampu untuk melaksanakannnya.
Tahu akan faedah sedikit makan dan banyak berpuasa dapat menjernihkan mata hati, namun kita tidak akan mampu melaksanakannya tanpa Taufiq dan HidayahNya. 
Tahu bahawa banyak berzikir itu dapat membersihkan hati dari karat-karat kelalaian, tapi tanpa Taufiq dan HidayahNya berat sekali lisan atau hati kita untuk melafazkan kalimah yang mulia itu. 
Dengan kerana itulah, biasanya seseorang hamba itu akan merasa suka dan gembira bila dapat dan mampu untuk mengerjakan amal ibadat taat yang banyak kerana sememangnya ia adalah sebagai satu anugerah rezeki yang besar dari Allah Taala. Dan adalah ia yang didatangkan daripada Alam Al-Hidayah dan menolong ia akan dikau atas mendirikan daripada fadholNya (limpah kurniaNya) daripada tiada haul (daya) daripadamu dan tiada wujud. Dengan sebab ianya adalah semata-mata limpah kurnia Taala dan bukannya daripada keupayaan dan kekuatan hamba.