Rabu, 12 Januari 2011

Rahsia Surah Yasiin

Rahsia disebalik Surah Yasiin

Surah Yasin -Pengertian Setiap Ayat
Ayat 1 – 9 – Untuk keselamatan diri
Ayat 9 – Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
Ayat 12 – Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 – 35 – Mengisahkan orang-orang yang mati syahid. 
Ayat 22 – 23 – Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 – Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 29 – Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca dihembuskan ke muka orang tsbt.
Ayat 30 – Untuk keinsafan – Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati – beramal dengannya).
Ayat 32 – Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik… Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.
Ayat 33 – 35 – Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ayat 36 – Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 – Adalah untuk menetapkan hati – aqidah diri sendiri… Hati yang kering akan hidup semula. 
Ayat 38 – Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39 – Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 – Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 – Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal . Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 – Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 – 48 – Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 – Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.

Tiupan pertama – Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua – Hancur
Tiupan ke-tiga – Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padangMahsyar.

Ayat 50 – Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 – Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ayat 76 – Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
Ayat 76 – Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
Ayat 78 – 79 – Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?” (Ayat 78 dan 79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan pesakit  mereka dan Dr Fatimah berikan ayat ini.

Ayat 79 – Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”

Ayat 82 – Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari : boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Solat Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.

1. Selepas solat subuh
2. 3 pagi Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 – Yassin baca 7x
4. Ayat 38 – 12x
5. Ayat 58 – 7x
6. Ayat 82 – 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al-Fatihah.
9. Perlu yakin, insya-Allah dgn berkat Allah ianya termakbul.

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:
Yasin ialah jantung Al-Quran
Memahami maksud  ayat-ayat di dalam Al-Quran
Yasin memudahkan yang susah. As such read Yasin:
Anak yang sakit
Rasa susah.
Memudahkan urusan
Memudahkan perjalanan

Sebagai  air selusoh (memudahkan bersalin)
Baca Yasin (3x) hembuskan pada air
Baca 3 Qul (3x setiap satu)
Baca Al Fatihah

Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x)
Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati dalam tidur, dosa diampunkan.

Ayat 9 – “Waja’alna… .”
Lindungi rumah dari pencuri – baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah..
Lindungi diri dari dianiaya

Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur
Baca Ayat 9
Baca Al Fatihah
Baca 3 Qul (3x setiap satu)
Baca Ayat Kursi

Ayat 29 – “In kanat illa… .”
Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk / tidak menyenangkan kepada anda.

Ayat 36 – “subhanallazi..”
Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari
Ya Wadud (3x)

Ayat 58 – “Salamun… “
Jika sakit anggota
Tak tenang hati
Baca (7 x) dan gosok pada tempat sakit

Ayat 76 – “Falayahzun..”
Bila rasa sedih
Untuk menenangkan hati
Gosok jantung sambil baca

Ayat 78 – 79 “dari Yuhyil Wahiya… “
Tulang patah
Sakit sendi
Sakit lutut

Ayat 82 – “Innama amruhu..”
Jika mandul

Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan
Dry method
o Solat tahjud
o Solat hajat
o Doa minta hajat
o Baca ayat 100 x dengan yakin
o Amalkan 41 malam Wet method (untuk menyembuh penyakit dalam badan)

o Seperti di atas
o Bila baca ayat, tiup dalam air
o Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda lain
o Doa sambil minum
o Untuk 41 pagi

Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan .. innamalaa’maalu binniat.. dan ikhlas melakukannya.

Dalam YASSIN merangkumi:
Ilmu Pertanian
Ilmu Falak
Ilmu Laut
Ilmu Kiamat
Ilmu Ciptaan Manusia
Ilmu Binatang
Ilmu Kenabian

Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang sakit, tengah nazak  hampir mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka dan bukannya di kubur. (terutama ayat 12) — sebab kenapa kita perlu baca, agar orang yang sakit berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok, lusa kita akan menyusul jua.
Dikirim oleh pakcikli00 pada 11 Julai 2010

Khamis, 6 Januari 2011

3 Golongan

3 Golongan yang Nabi suka / sayang


Bulan Safar

Safar Bulan Sial?
Safar merupakan bulan kedua dalam kalender Islam atau kalender Hijriah. Safar artinya kosong atau kuningDinamakan demikian kerana pada bulan kedua ini dahulu semua laki-laki bangsa Arab meninggalkan rumah, ada yang pergi perang, berniaga, atau mengembara sehingga rumah-rumah kosong ditinggal kaum laki-laki.
Dalam menghadapi kehadiran Safar, di kalangan umat Islam masih ada yang terpengaruh tradisi paganisme jahiliah yakni menganggap sial waktu-waktu tertentu. Termasuk menganggap bahwa Safar merupakan bulan sial, bulan nahas, bulan diturunkannya bencana, dan bulan yang harus diwaspadai kedatangannya. Masyarakat Arab jahiliah menganggap Safar sebagai bulan penuh kesialan (Shahih Bukhori No. 2380 dan Abu Dawud No. 3915). Sehingga pada bulan ini mereka dilarang mengadakan hajat atau pekerjaan-pekerjaan penting lainnya karena akan mendatangkan bencana atau kegagalan. Untuk menolak kesialan di bulan ini, mereka melakukan ritual tolak bala dengan cara memanjatkan doa dan mandi di pantai, sungai, atau tempat-tempat keramat tertentu.

Sikap dan perbuatan seperti itu tidak sesuai dengan ajaran Islam dan bertentangan dengan misi yang dibawa Nabi dan Rasul, yakni berdakwah kepada tauhid. Rasulullah SAW. bersabda, "Tidak ada penularan penyakit (dengan sendirinya), tidak ada thiyarah, tidak ada kesialan karena burung hantu, dan tidak ada kesialan pada bulan Safar." (HR. Bukhori, Muslim, Abu Dawud, dan Ahmad)

Sebagai seorang Muslim sudah selayaknya mengikis kepercayaan terhadap kesialan pada bulan Safar ini karena bertentangan dengan akidah dan tauhid. Orang yang menganggap Safar adalah bulan sial sama dengan mencela waktu. Rasulullah SAW. bersabda, "Beranggapan sial termasuk kesyirikan (beliau menyebutnya tiga kali)." Lalu beliau bersabda, "Tidak ada di antara kita yang selamat dari beranggapan sial. Menghilangkan anggapan sial tersebut adalah dengan bertawakal." (HR. Abu Dawud)

Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyah rahimahullahu berkata dalam kitabZaadul Ma’aad (II/354-255), "Memaki masa (waktu) termasuk perbuatan syirik. Sebab, ia memaki masa karena anggapannya bahawa masa dapat memberi manfaat dan mudarat. Di samping anggapan bahwa masa itu zalim kerana telah merugikan orang yang tidak patut dirugikan, memberi orang yang tidak layak diberi, mengangkat darjat orang yang tidak layak diangkat darjatnya, menahan orang yang tidak patut ditahan haknya."

Selanjutnya beliau berkata, "Padahal, hakikatnya Allah yang menciptakan masa itu, Dialah yang memberi dan menahan yang mengangkat dan menurunkan yang memuliakan dan menghinakan, masa sama sekali tidak punya kuasa atas hal tersebut. Jadi, memaki masa sama halnya dengan mencaci Allah. Oleh karena itu, (dia) dianggap telah menyakiti Allah SWT dalam kitab ash-Shahihain, dari hadis Abu Hurairah RA.Rasulullah SAW. bersabda, "Allah Ta’ala berfirman, ’Anak Adam telah menyakiti-Ku, ia memaki masa, padahal Aku-lah (yang menciptakan) masa’."

Sikap yang harus kita tumbuhkan dalam mengisi Safar ini, antara lain :
Pertama, meyakini bahwa Safar sama dengan bulan-bulan lainnya yang telah Allah SWT. jadikan sebagai kesempatan untuk melakukan amal-amal yang bermanfaat. Menganggap Safar sebagai bulan pembawa sial merupakan perbuatan haram dan syirik karena tidak ada yang mampu memberikan manfaat dan menimpakan mudarat kecuali Allah SWT., sebagaimana firmannya, 

وَإِنْ يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ ۖ وَإِنْ يُرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلَا رَادَّ لِفَضْلِهِ ۚ يُصِيبُ بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ ۚ وَهُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
"Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, tak ada yang dapat menolak karunia-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS Yunus :107)
Kedua, bila musibah menimpa kepada diri kita di bulan ini, harus diyakini semua itu merupakan ketetapan Allah SWT. yang penuh dengan keadilan dan hikmah-Nya. Allah SWT. berfirman,

قُلْ لَنْ يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا ۚ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
"Katakanlah, ’Sekali-kali tidak akan menimpa kami, melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal." (QS. At-Taubah : 51)
Ketiga, jika kita membatalkan pekerjaan atau hajat pada bulan ini, alasannya bukan kerana Safar, melainkan karena alasan logik yang tidak bertentangan dengan nilai ketauhidan. Rasulullah SAW. bersabda, "Barangsiapa yang keperluannya tidak dilaksanakan disebabkan berbuat thiyarah, sungguh ia telah berbuat kesyirikan. Para sahabat bertanya, ’Bagaimanakah cara menghilangkan anggapan (thiyarah) seperti itu ?’ Beliau bersabda, ’Hendaklah engkau mengucapkan (doa), Ya Allah, tidak ada kebaikan kecuali itu datang dari Engkau, tidak ada kejelekan kecuali itu adalah ketetapan dari Engkau, dan tidak ada yang berhak diibadahi dengan benar selain Engkau’." (HR. Ahmad dan Ath-Thabrani)
Keempat, menumbuhkan sikap tawakal kepada Allah SWT. yang disertai usaha dan amal yang tidak bertentangan dengan syariat. Allah SWT. berfirman,

وَلِلَّهِ غَيْبُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَإِلَيْهِ يُرْجَعُ الْأَمْرُ كُلُّهُ فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيْهِ ۚ وَمَا رَبُّكَ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
"Dan kepunyaan Allah-lah apa yang gaib di langit dan di bumi dan kepada-Nya-lah dikembalikan urusan-urusan semuanya, sembahlah Dia dan bertawakallah kepada-Nya. Dan sekali-kali Tuhanmu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan." (QS. Huud : 123)
Kelima, meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. dengan melakukan berbagai ketaatan, baik dalam melaksanakan perintah-Nya maupun menjauhi larangannya. Dengan ketakwaan, akan menjadi sarana untuk mendapatkan kebahagiaan, keselamatan, dan mampu membedakan yang benar dan batil (furqan).

Akhirnya, marilah kita perkuatkan asas tauhid dengan ilmu dan amal dan bermohon kepada Allah SWT. agar membimbing dan melindungi diri kita dari perbuatan syirik yang akan merugikan  kita di dunia maupun akhirat.

Wallahu’alam bishawab.
Oleh H. MOCH. HISYAM, Ketua DKM Al-Hikmah RW 07 Sarijadi Bandung, anggota Komisi Pendidikan dan Dakwah MUI Kel. Sarijadi, Kec. Sukasari, Kota Bandung. 

Selasa, 4 Januari 2011

Al-Gazali dan Ihya

Al-Ghazali dan Ihyâ’-nya

"Hampir sahaja kedudukan Ihyâ’ menandingi al-Qur’an.”
Sanjungan tersebut disampaikan oleh tokoh karismatik `Ulamâ’ul-Islâm al-Imâm al-Faqîh al-Hâfizh Abû Zakariya Muhyiddîn an-Nawawi atau lebih dikenali dengan panggilan Imâm Nawawi Shâhibul-Majmû`, yang hidup dua abad selepas Imâm Al-Ghâzali.
Qutbil-’auliyâ’ as-Sayyid Abdullâh al-`Aydrus berpesan kepada umat Islam supaya tetap berpegang teguh pada al-Qur’an dan Sunnah. Sedangkan penjelasan kedua-duanya, menurut beliau, telah termaktub dalam kitab Ihyâ’ Ulûmiddîn karya Imâm Al-Ghâzali.
Dua komentar ulama tadi telah membuktikan keagungan kitab ini dan besarnya anugerah yang dicapai oleh Imâm Al-Ghâzali. Hinggakan pengkritik dan peneliti Hadis Ihyâ’, al-Imâm al-Faqîh al-Hâfîzh Abûl Fadhl al-`Irâqi, turut memberi apresiasi positif terhadap kitab yang ditakhrîjnya itu. Beliau menempatkan Ihyâ’ sebagai salah satu kitab teragung di tengah-tengah khazanah keilmuan Islam yang lain.
Begitu juga al-Faqîh al-`Allâmah Ismâ`il bin Muhammad al-Hadhrami al-Yamani ketika ditanya tentang karya-karya Imâm Al-Ghâzali; beliau menjawab “Muhammad bin Abdillâh adalah sayyidul-’anbiyâ’, Muhammad bin Idris as-Syâfi’i sayyidul-a’immah (penghulu ulama), sedangkan Muhammad bin Muhammad bin Muhammad al-Ghâzali adalah sayyidul-mushannifîn (penghulu penulis/pengarang)“.
Sungguh agung sanjungan ulama-ulama tersebut terhadap kitab Ihyâ’ dan al-Ghâzali. Oleh itu, tidak berlebihan bila Syârih (komentator) kitab tersebut, Murtadhâ az-Zabîdi, memunculkan sebuah ungkapan, “andaikan masih ada Nabi setelah Muhammad nescaya al-Ghâzalilah orangnya”.
Mengenal Ihyâ’ Ulûmiddîn
Di samping kerana cakupan kandungan yang tersaji di dalamnya, kitab ini juga disokong oleh ilmu jurnalistik yang sistematik. Sistematik penulisan yang begitu rapi menjadikan Ihyâ’ lebih menarik dan mudah dibaca oleh setiap kalangan; sederhana, berkualiti, dan tidak terlalu meluas dalam penyajian. Malah istilah-istilah rumit pun jarang ditemui dalam perbendaharaan kata yang digunakan.
Imâm Al-Ghâzali telah mengkonsep bahan yang ditulisnya dalam empat klasifikasi kajian dasar. Dari setiap klasifikasi tersebut terdapat sepuluh entri pembahasan utama (kitab). Secara umum, isi keseluruhan kitabnya sudah mencakupi tiga sendi utama pengetahuan Islam, yakni Syarî`at, Tarîqat, dan Haqîqat. Imâm Al-Ghâzali juga telah menghubungkaitkan ketiga-tiganya secara praktis dan mudah ditangkap oleh akal pembaca. Sehingga, as-Sayyid Abdullâh al-`Aydrus memberi satu kesimpulan bahawa dengan memahami kitab Ihyâ’ seseorang telah cukup untuk menguasai tiga sendi agama Islam tersebut.
Inilah dibeberapa alasan mengapa kitab ini sangat digemari oleh banyak kalangan. Oleh fuqaha, Ihyâ’ dijadikan sebagai rujukan standard dalam bidang fiqh. Oleh para sufi, kitab ini menjadi bahan pokok yang tidak boleh ditinggalkan. Kedua-dua kajian ilmu tersebut telah tercakup dalam karya momumental Imâm Al-Ghâzali ini. Oleh itu, al-Habîb Muhammad Lutfy bin Yahya, pemimpin Jam`iyah Tarîqah Mu`tabarah Nahdiyah yang sekaligus mursyid Tarîqah Naqsabandi, menyebut Ihyâ’ sebagai panduan utama tasawuf bagi pemula, atau dalam dunia tasawuf dikenal dengan istilah tasawwuful-fuqahâ’.
Sebenarnya, tidak hanya dua kelompok ini yang banyak merujuk Ihyâ’, Para teolog Islam juga menganggap penting untuk menempatkan Ihyâ’ sebagai bahan dasar kajian. Paradigma bertauhid yang disajikan Imâm Al-Ghâzali di awal pembahasan kitab Ihyâ’ sangat membantu dalam pencerahan akal dalam proses pengesaan Allah s.w.t. Imâm Al-Ghâzali mampu mengarahkan logik pembaca kepada satu kesimpulan yang benar dalam bertauhid dengan cara berfikir yang tepat dan berdiri kukuh di atas dalil-dalil naqli.