Selasa, 9 November 2010

Membaca Ta'awudz

'A'uudzubillaahiminasysyaithoonirrajiim'

Allah SWT berifman yang artinya, "Jika kamu membaca Alquran, maka hendaklah kamu minta perlindungan kepada Allah dari setan yang terkutuk. sesungguhnya setan itu tidak ada kekuasaan atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Rabbnya. Sesungguhnya kekuasaannya (setan) itu hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya menjadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah." (An-Nahl: 98 -- 100).
Yang masyhur menurut jumhurul ulama bahwa isti'adzah dilakukan sebelum membaca Alquran guna mengusir godaan setan. Menurut mereka, ayat yang berbunyi, (yang artinya) "Jika kamu hendak membaca Alquran, maka hendaklah kamu minta perlindungan kepada Allah dari setan yang terkutuk," artinya jika kamu hendak membaca. Sebagaimana firman-Nya, (yang artinya) "Jika kamu hendak mendirikan salat, maka basuhlah wajah dari kedua tangnmu." (Al-Maidah: 6), artinya jika kalian bermaksud mendirikan salat.
Di antara manfaat ta'awudz adalah untuk menyucikan dan mengharumkan mulut dari kata-kata yang tidak mengandung faedah dan buruk. Ta'awudz ini digunakan untuk membaca firman-firman Allah. Artinya, memohon pertolongan kepada Allah sekaligus memberikan pengakuan atas kekuasann-Nya, kelemahan kita sebagai hamba, dan ketidakberdayaannya dalam melawan musuh yang sesungguhnya (setan), yang bersifat batiniyah, yang tidak ada orang yang mampu menolak dan mengusirnya kecuali Allah yang telah menciptakannya.
A'udzubillahiminasysyaithonirrajim berarti, aku memohon perlindungan kepada Allah dari setan yang terkutuk agar ia tidak membahayakan diriku dalam urusan agama dan duniaku, atau menghalangiku untuk mengerjakan apa yang Dia perintahkan. Atau agar ia tidak menyuruhku mengerjakan apa yang Dia larang, karena setan itu tidak ada yang boleh mencegahnya untuk menggoda kecuali Allah.
Oleh karena itu, Allah SWT menyuruh manusia agar menarik dan memujuk hati setan jenis manusia dengan cara menghulurkan suatu yang baik kepadanya supaya dengan demikian dia berubah tabiatnya dari kebiasannya mengganggu orang lain. Selain itu, Allah juga memerintahkan untuk memohon perlindungan kepada-Nya dari setan jenis jin, karena dia tidak menerima pemberian dan tidak dapat dipengaruhi dengan kebaikan, sebab tabiatnya jahat dan tidak ada yang dapat mencegahnya dari dirimu kecuali Rabb yang menciptakannya.

Isnin, 8 November 2010

Al Ikhlas

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya
sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
“Au zubillah himinashsyaitan nirrajim… bismillahirrahmannirrahim”
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan namaAllah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat tersebut, kemudian bacalah surah Al- Ikhlas sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang dirumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Kerjakanlah solat lima waktu tanpa henti kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w: “Barang siapa membaca Qul huwa”llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemerdekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka”.
Inilah yang dinamakan membaca Qulhua”llahuahad satu khatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Barangsiapa membaca surah Al- Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga”. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya “Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangkamasa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.
Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al- Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al- Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al- Ikhlas.”
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: “Wahai Allah kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan”.
Sabda Rasulullah SAW lagi: “Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu tertulis disayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s”.
Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq dan an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW “Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat”.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Khamis, 4 November 2010

Kewajipan Amalkan Tasawwuf

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF DAN BAHAYA MENINGGALKANNYA! 
1.0  MUQADDIMAH 
Berdasarkan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, menuntut Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf serta mengamalkannya adalah FARDHU AIN atas setiap mukallaf lelaki dan wanita. 
Ilmu Fiqh adalah berkaitan perlakuan serta ibadah serta muamalah zahir. Ilmu Tauhid adalah berkaitan keimanan dan kepercayaan kepada Allah dan segala yang Ghaib. Ilmu Tasawwuf adalah berkaitan penyucian hati, aqal dan ruh daripada segala kekotoran yang berunsur nafsu, dunia dan syaitan. 
Kebanyakan kita sedia maklum tentang ketiga-tiga Ilmu ini. Tetapi apa yang ingin kita paparkan didalam kesempatan ini adalah kelemahan Ummat Islam pada zaman ini yang kebanyakannya abaikan Ilmu Tasawwuf yang menjadi nadi kesucian dan kekuatan diri. Dalam ertikata penyempurnaan kepada kepada sifat2 Mu'min itu telah diabaikan. Mulai dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah dan akhirnya ke peringkat universiti kita diajar dengan berbagai bidang ibadah solat, puasa, zakat dll. Alhamdulillah. Tetapi malang sekali sangat sedikit atau tiada langsung diajar tentang Ilmu tentang sifat-sifat nafsu, kebinasaan yang dihasilkan oleh nafsu-nafu kejahatan, kaedah memerangi nafsu dan syaitan yang merosakkan jiwa. Sedangkan penyucian jiwa ini adalah yang paling penting didalam kehidupan seorang yang beriman kepada Allah Ta'ala berdasarkan Firman Allah Ta'ala : 
"Pada hari itu tiada berguna harta dan anak-pinak kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik)"; (Ash-Shuara 26; 89 ) 
Dan Sabda Nabi SAW : 
"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging apabila baik ia, nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan apabila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalb. (hati).(Riwayat Bukhari). 
Apa yang disebut didalam ayat-ayat diatas adalah berkenaan hati yang sejahtera, hati yang suci, hati yang bebas dari syirik dari semua bentuk mazmumah. Hanya hati yang suci ini selamat dunia dan akhirat. Hanya hati yang suci ini mampu menghadapi sakratul maut yang sangat dahsyat. Hanya hati yang sejahtera ini dapat ketenangan didalam kuburnya. Hanya hati yang tenang ini akan memperoleh keampunan dan Rahmat Ilahi di Perhimpunan Mahsyar nanti....!!! 
Untuk mendapat hati yang sejahtera daripada syirik khafi, bebas dari mazmumah - (sifat-sifat kekejian) dan memperoleh sifat-sifat mahmudah yang terpuji seseorang wajib menuntut Ilmu Tasawwuf dan mengamalkannya. 
2.0  PENTINGNYA TASAWWUF DIDALAM IBADAH DAN KEHIDUPAN 
Sebagaimana kita bicarakan sebelum ini bahawa menuntut Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf menjadi kewajipan ; Fardhu Ain atas setiap mukallaf lelaki dan wanita. Serta mengamalkannya didalam kehidupan tanpa memisah-misahkannya. Kerana semua hukum-hukum yang terkandung didalam Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf adalah bersumberkan Al-Qur’an Kitabullah dan Hadis Nabi 
Mari kita lihat satu contoh bagaimana hubungan ini berlaku. Iaitu Ibadah solat yang dikerjakan setiap hari. 
Apabila seseorang melakukan solat dengan mematuhi syarat-syarat dan rukun solat dengan sempurna sebagaimana terkandung didalam Ilmu Fiqh, maka sah solatnya dari sudut Fiqh dan terlepas dia dari taklif Syara’. Tetapi dia belum terlepas dari hukum-hukum yang menyentuh batinnya. Iaitu adakah dia khusyu’ didalam solatnya? Adakah dia riya’ ketika solatnya? Adakah dia ‘ujub selepas solatnya? Semua ini tidak diketahui oleh manusia lain, iaitu dari sudut fiqh dia selamat, tetapi pada pandangan Allah yang melihat pada hati dia belum selamat. 
Dalam ertikata lain seseorang wajib menyempurnakan syarat-syarat Fiqh dan pada yang sama wajib berusaha sedaya upaya memenuhi syarat-syarat batin. Mengapa kita kata “wajib berusaha sedaya upaya” ? Ini kerana kebanyakan kita akan menghadapi gangguan hati ketika solat. Gangguan ini adalah daripada nafsu dan syaitan. Maka wajib seseorang berusaha membenteras gangguan ini dengan berbagai cara yang diajarkan oleh Ulama-ulama Tasawwuf. Ini bermakna seseorang yang melakukan solat dengan sempurna pada fiqh tetapi pada masa yang sama riya’ ketika solatnya, iaitu perasaan riya’ yang dikekalkan didalam hati (ikhtiari) maka binasa solatnya. Kerana riya’ adalah syirik khafi (syirik yang tersembunyi) yang wajib disingkirkan / dibuang dari hati. 
Demikian juga seseorang yang mengerjakan solat wajib berusaha sedaya upaya khusyu didalam solatnya. Kerana khusyu didalam solat adalah isi kepada batin solat. Seseorang yang mengerjakan solat sedangkan hatinya lansung lalai dari awal sampai akhir, maka ini juga termasuk orang yang diancam dengan “neraka wail”. 
Sebagaimana kata Imam Hasan Basri “Orang yang mengerjakan solat dalam keadaan lalai adalah ia lebih dekat kepada neraka”. 
Maksudnya adalah seseorang wajib berusaha sungguh-sungguh agar tidak termasuk didalam golongan lalai didalam solat. Walaupun ia bukan perkara mudah, tetapi wajib berusaha sedaya upaya khusyu’ didalam solat. 
Disini kita lihat betapa pentingnya kita menuntut Ilmu Tasawwuf dan amalkannya disamping Ilmu Fiqh agar segala Ibadah kita tidak sia-sia. Jangan zahir kita nampak cantik sedangkan batin kita tercemar. Kerana Allah Ta’ala tidak memandang kepada kecantikan rupa paras zahir tetapi batin yang tersembunyi. Di sisi Allah tiada ertinya segala kecantikan rupa, tetapi kecantikan yang menjadi tempat jatuh pandangan Allah adalah hati mansusia. 
3.0  DALIL-DALIL  WAJIB AMALKAN TASAWWUF 
Kita dapati pada zaman ini kebanyakan Ummat Islam hanya mengambil Fiqh sedangkan Tasawwuf diabaikan. Apa puncanya? Sebahagian besar Ummat Islam masih keliru atau telah dikelirukan oleh fahaman bahawa Tasawwuf adalah untuk orang-orang tertentu. Ada juga yang mengatakan Tasawwuf adalah sebagai amalan sampingan untuk mendapat kelebihan bukan sebagai kewajipan. Berbagai pendapat ini dan banyak lagi pendapat lain adalah bertentangan sama sekali dengan apa yang dinyatakan oleh seluruh Ulama Mu'tabar. 
1) Kewajipan menyucikan hati dari berbagai penyakit syirik, nifaq dan sifat-sifat mazmumah serta menghiasinya dengan Iman, Taqwa dan sifat-sifat Mahmudah sebagaimana yang dihuraikan didalam Tasawwuf adalah berdasarkan banyak bukti didalam  Al-Qur'an dan Hadis Nabi. Diataranya : 
Firman Allah : 
"Pada hari itu tiada berguna harta dan anak-pinak kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik)"; (Ash-Shuara 26; 89 ) 
Dan Sabda Nabi SAW
"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging apabila baik ia, nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan apabila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalb. (hati).(Riwayat Bukhari). 
2) Ilmu Tasawwuf adalah sebahagian syariat Nabi yang dihimpunkan oleh Ulama-ulama berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah. Ianya mengandungi hukum-hukum haram dan halal yang menyentuh batin / kelakuan hati manusia. Contohnya : Hasad, jahat sangka, takabbur ujub, ria' adalah termasuk perkara yang diharamkan pada hati. Sesiapa yang ada sifat ini, WAJIB membuangnya segera.....bukan sebagai sunnat atau menuntut kelebihan. Hal ini didasarkan kepada perintah Allah dan Hadis Nabi yang soheh. Umpamanya TAKABBUR adalah antara sifat Iblis yang sangat tercela yang diharamkan. 
Rasulullah SAW bersabda: 
"Tidak akan masuk syurga barang siapa di dalam hatinya terdapat setitik kesombongan". (Muslim) 
Maka WAJIB setiap mukallaf menyucikan batinnya daripada sifat takabbur ini. Demikian halnya sifat kekejian yang lain wajiblah atas kita menyucikannya. Kerana semua sifat ini bukan saja merosakkan amal bahkan lebih buruk daripada itu menjadi sebab kemurkaan Allah Ta'ala serta menjadi sebab dicampakkan kedalam neraka. 
3) Seluruh Ulama-ulama Mu'tabar telah bersepakat bahawa menuntut dan mengamalkan Tasawwuf adalah Wajib Aini atas setiap mukallaf lelaki dan wanita. Di sini kita kemukakan beberapa keterangan Ulama-ulama Mu'tabar. 

Kata Imam Malik ra: 
" Fiqh tanpa Tasawwuf adalah Fasiq. Tasawwuf tanpa Fiqh adalah zindiq. Menghimpun antara keduanya itu yang haq"  Kata-kata ini telah disepakati oleh seluruh Ulama Arifin walaupun dengan makna yang berbeza-beza tetapi membawa kepada maksud yang sama. Iaitu wajib menghimpunkan kedua-dua Fiqh dan Tasawwuf. Mengamalkan Fiqh semata-mata tanpa disertai Tasawwuf membawa seseorang kepada menjadi Fasiq. Wal Iyazubillah. 
Berkata Imam Ghazali ra : 
“Sedangkan ilmu tentang qalbu dan mengenal penyakitnya, berupa iri dengki, ujub, dan riya’ serta semisalnya, “Adalah Fardlu ‘Ain”. 
Kata Ibnu Abidin dalam catatannya : 
“Mengenal Ikhlas, Ujub, Riya’, Dengki, adalah fardlu ‘ain, begitu juga mengenal penyakit-penyakit jiwa seperti sombong, dendam, menipu, marah, membuat permusuhan, dendam, tamak, bakhil, boros, pengkhianatan dan wah-wahan, sombong terhadap kebenaran, pengkhianatan, keras hati dan panjang angan-angan, dan sebagainya merupakan penyakit hati, yang dibedah dalam seperempat kitab bab perilaku yang menghancurkan, oleh Al-Ghazaly dalam kitab Al-Ihya’ disebutkan, “Sudah tidak ada alasan lagi untuk menolak, seharusnya siapa pun mempelajari penyakit-penyakit itu sebagai kewajipan.” (Hasyiyah Ibnu Abidin) 
Berkata Shaikh Abdul Wahab Asy-Sya'rani : 
"Telah diketahui bahwasanya tiap-tiap orang yang tidak mengambil daripada Shaikh ahli Sufi yang menunjukkan kepada jalan yang mengeluarkannya daripada segala sifat tercela, yakni segala maksiat yang batin seperti riya', ujub takbur, hasad, kasih kepada dunia, bakhil dan barang sebagainya, maka adalah dia melakukan ma'siat kepada Allah Ta'ala dan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam kerana dia tidak akan mendapat petunjuk bagi mengubati segala penyakit yang batin itu melainkan dengan Shaikh walaupun dia menghafaz kitab didalam ilmu yang lain daripada ilmu Tasawwuf itu sekalipun." (Masyariq Al-Anwar Al-Qudsiyyah) 
Banyak lagi kata-kata Ulama Mu'tabar yang semunya menunjukkan akan kewajipannya mengamalkan Tasawwuf dan larangan meninggalkannya, 
Wallahu A'lam
Susunan : Tok Kelana 


Selasa, 26 Oktober 2010

Lagi pembatal Syahadah

PEMBATAL SYAHADAH
Terdapat 10 perkara yang jika dilakukan oleh seseorang maka dia dianggap kafir dan murtad:
1- Syirik Akbar
Iaitulah mensyirikkan Allah dalam perkara ibadat atau dalam ertikata yang lain menjadikan sembahan selain Allah S.W.T seperti berdoa kepada orang mati, menyembah berhala, bertawakkal kepada jin dengan berkorban padanya atau memberi makan hantu. Dalilnya firman Allah (maksudnya):
“Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, Maka Sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.” [an-Nisaa;:116]
2- Menjadikan perantaraan antara dia dengan Allah seperti berdoa kepada wali-wali dan memohon hajat kepada mereka. Dalilnya firman Allah S.W.T (maksudnya): “Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik). dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat- dekatnya”. Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar (pada perintah-Nya)”. [az-Zumar:3]
3- Tidak mengkafirkan orang yang telah dikafirkan Allah S.W.T dan Rasul-Nya seperti Yahudi, Kristian, Hindu dan semua agama selain Islam atau syak pada kekufuran mereka atau mensahihkan aqidah mereka yang batil seperti berkata: “Semua agama sama”. Dalilnya firman Allah Taala (maksudnya): “Sesungguhnya agama (yang diredhai) d isisi Allah hanyalah Islam. tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah Maka Sesungguhnya Allah sangat cepat perhitungan-Nya (terhadap amalan hamba-Nya)”. [Ali-Imran:19]
4- Mendakwa bahawa ada undang-undang yang lebih baik daripada undang-undang Islam atau petunjuk yang lebih baik dari petunjuk Rasulullah S.A.W. Firman Allah (maksudnya): “Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ?”. [al-Maidah:50]
5- Membenci apa yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W walaupun dia beramal dengannya. Jika dia menzahirkan hukum-hukum Islam tetapi membencinya maka dia adalah munafiq, tidak disolatkan jenazahnya dan tidak ditanam di kuburan muslimin. Firman Allah S.W.T (maksudnya): “Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah (Al Quran) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka”. [Muhammad:9]
6- Mengejek ajaran Islam seperti berkata: “Menyimpan janggut itu kolot” atau menggelar wanita yang betudung itu wanita kampung dan sebagainya. Firman Allah Taala (maksudnya): “Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja.” Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman. jika kami memaafkan segolongan kamu (lantaran mereka bertaubat), nescaya kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa”. [at-Taubah:65&66]
7- Sihir. Sesiapa yang mengamalkan sihir maka dia kufur terhadap Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah S.W.T (maksudnya):  “Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kufur”. [al-Baqarah:102].
8- Membantu orang-orang kafir menguasai kaum muslimin dan memerangi mereka. Dalilnya firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 51 (maksudnya): “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka Sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim”.
9- Beriktiqad adanya sebahagian manusia yang boleh keluar dari sempadan syariat seperti percaya jika sampai kepada maqam zikir tertentu kewajipan solat gugur daripadanya. Ini berdasarkan firman Allah Taala dalam surah Ali-Imran ayat 85 (maksudnya): “Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, Maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”
10- Mengabaikan ajaran Islam sehingga tidak mengamalkan satu pun ajarannya dan tidak langsung belajar berkenaannya. Ini berdasarkan firman Allah Taala dalam surah as-Sajdah ayat 22 (ertinya): “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, Kemudian ia berpaling daripadanya? Sesungguhnya kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa”.

Seorang Muslim yang melakukan 10 perkara ini akan menjadi kufur apabila:
  • Dia melakukannya dalam keadaan tahu bukan jahil
  • Sengaja bukan terpaksa atau tersalah
  • Telah ditegakkan atasnya hujjah jika perkara yang dia ingkari itu bukan perkara asas dalam agama yang telah diketahui masyarakat umum Islam.

Rujukan:
1- Syeikhul Islam Muhammad Bin Abdil Wahab, Nawaqidh al-Islam.
2- Al-Allamah Abdul Aziz ar-Rajihi, Asilah al-Iman wal Kufr.

20 perkara pembatal Syahadah

Dua Puluh Perkara yang Membatalkan Syahadah 
01. Bertawakkal dan bergantung kepada selain Allah 
02. Mengingkari nikmat Allah sama ada nikmat yang kelihatan atau tidak, mudah difikirkan atau memerlukan penelitian khusus. 
03. Berkerja atau berkhidmat dengan tujuan selain Allah. 
04. Membuat undang-undang menurut kemahuan manusia, bukan menurut kehendak dan ketentuan yang telah digariskan oleh Allah. 
05. Mentaati selain Allah tanpa keredhaannya. 
06. Menjalankan hukum selain dari hukum Allah atau tidak menggunakan hukum Allah sebagai rujukan dalam semua masaalah. 
07. Benci kepada salah satu dari ajaran Islam atau keseluruhannya. 
08. Mencintai kehidupan dunia melebihi kecintaan terhadap akhirat atau menjadikan dunia sebagai tujuan utamanya. 
09. Menghina salah satu dari ajaran Al Quran atau Sunnah, mempersendakan orang-orang alim atau orang-orang yang memperjuangkan islam atau memperolok hukum-hukum  Allah. 
10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalNya. 
11. Tidak beriman sepenuhnya kepada sumber hukum iaitu Al quran dan Sunnah. 
12 .Mengangkat orang-orang kafir dan munafiqin sebagai pemimpin serta tidak mencintai orang-orang islam dan orang-orang mukmin. 
13. Tidak beradap dalam bergaul dengan Rasulullah saw. 
14. Rasa takut dan lemah hati dalam menegakkan tauhid dan merasa senang dan terbuka di dalam menegakkan syirik. 
15. Menyatakan bahawa al Quran terdapat pertentangan antara ayat yang zahir dengan isi yang terkandung didalamnya. 
16. Tidak mengetahui makrifat Allah dengan pengenalan yang benar dan jelas, serta mengingkari sifat-sifat keilahianNya atau mengingkari nama-namaNya. 
17. Tidak mengetahui Rasulullah secara benar atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat-sifat yang terpuji tersebut atau tidak menyakini bahawa Rasulullah adalah contoh tauladan yang baik bagi seluruh umat manusia. 
18. Mengkafir orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah, tidak mahu mengkafirkan orang yang ingkar  syahadah dan tidak menghalalkan perang dengan mereka. 
19. Mengerjakan sesuatau ibadah bukan kerana Allah, seperti menyembelih bukan kerana Allah, sujud atau ruku' bukan bukan kepada Allah, atau tawaf di sekeliling lain dari Kaabah dengan niat mendekatkan diri kepada Allah. 
20. Berperasaan riya'. 
Dari buku."Al- Islam" karya as-Syeikh Sa'id Hawwa.