Jumaat, 18 Jun 2010

Niat

Niat
Niat, iaitu mengkasadkan (mencita-citakan) dan berazam untuk berbuat sesuatu, sedang tempatnya di dalam hati, tidak bergantung sama sekali dengan lisan. Sebab itu tidak pernah ditemui keterangan baik daripada Rasulullah s.a.w. mahupun dari para sahabatnya lafaz niat dalam apa cara sekalipun, dan juga tidak pernah didengar daripada mereka menyebutkannya.

Sebutan-sebutan niat inilah yang telah diada-adakan ketika hendak memulakan taharah (pensucian) dan solat, yang mana ia telah membuka pintu bagi syaitan untuk menghembuskan waswasnya. Melaluinya syaitan mendapat peluang untuk menguasai dan menyiksa mereka ketika hendak mengucapkannya. Acapkali syaitan menuntut agar niat itu harus diperbaiki lagi. Lantaran itulah, maka anda lihat di antara mereka ada orang yang mengulang-ulangi niatnya serta memberatkan dirinya untuk menyebutkannya dengan jelas.

Akan tetapi sebutan niat itu tidak termasuk solat. Dia hanyalah satu kasad atau cita-cita untuk melakukan sesuatu saja. Setiap orang yang mahu melakukan sesuatu, maka tentulah terlebih dahulu dia meniatkanya. Tidak tergambar sesuatu perbuatan itu dilakukan tanpa terlebih dahulu ada niatnya, kerana yang tersebut itu adalah hakikatnya. Tidak mungkin ditiadakan niat padahal perbuatannya ada. Jelasnya, siapa duduk untuk berwudhuk, maka sudah tentulah dia sudah terlebih dahulu meniatkan wudhuk. Begitu pula siapa berdiri untuk bersolat, pastilah sudah ada niatnya untuk mengerjakan solat itu.

Tiada seorang yang waras akalnya ketika mengerjakan sesuatu dari perkara-perkara ibadat, ataupun selain ibadat, tanpa sama sekali dikasadkan niat di dalam hatinya. Kalau begitu niat itu adalah seperkara yang pasti dan lazim pada semua perbuatan manusia yang dimaksudkan. Tidak perlu susah payah atau mencari-carinya. Andaikata seseorang itu ingin mengosongkan semua perbuatan-perbuatan yang dibuatnya daripada niat, niscaya dia tidak akan mampu melakukan yang demikian itu. Andaikata Allah Ta’ala mewajibkan manusia mengerjakan wudhuk dan solat tanpa niat, niscaya Dia telah memberatkannya sesuatu yang tidak sanggup dilakukannya, dan tidak termasuk di bawah kuasanya.


Selasa, 15 Jun 2010

Raja segala Ubat


Shaum penawar

Puasa merupakan ubat ajaib semulajadi yang tertua sekali, yang diketahui dan diamalkan oleh manusia. Hampir semua agama menganjurkan penganutnya supaya berpuasa menurut kaedah masing-masing.

Puasa adalah antara rahsia cendiakawan Islam silam yang terulung memperolehi kecemerlangan daya ingatan dan kehebatan daya kecerdasan.

Kekenyangan itu menumpulkan fikiran, kelaparan menajamkan fikiran.

Imam Syafie terkenal dengan kepintaran dan kekuatan hafazan. Ketika berusia 15 tahun, beliau sudah bertaraf ulama’ besar dan layak memberi fatwa. Beliau sentiasa mengamalkan puasa sunat. Pada suatu hari, beliau menceritakan bahawa beliau sudah 16 tahun tidak pernah kenyang. Dengan mengamalkan ‘rahsia ajaib’ inilah, para cerdik pandai Islam pada era kegemilangan Islam dahulu menjadi terlalu pintar dan ‘genius’. Kebanyakan mereka mula berpuasa sunat sebelum mencecah usia ‘baligh’ dan diteruskan sehingga ke akhir hayat mereka.

Puasa merupakan ‘keajaiban dari langit’ kerana mempunyai kuasa yang menakjubkan, bukan sahaja ia mampu menguatkan mental bahkan fizikal, jiwa dan perasaan. Puasa digunakan oleh ahli-ahli kerohanian Islam yang dikenali sebagai sufi dan ahli-ahli kebatinan untuk memperkuatkan jiwa dan kerohanian mereka. Bahkan seorang tokoh kebatinan berkata, “Jika seseorang ingin mendapat keramat atau melakukan perkara-perkara yang ajaib, maka hendaklah dia berpuasa selama satu tahun dan enam bulan secara terus-menerus. Hasilnya rohnya akan menjadi terlalu kuat sama seperti roh-roh di langit dan dia boleh membebaskan diri seperti berjalan di atas air, terbang di udara, tak lut dibakar api dan sebagainya.”

Anda tidak digalakkan melakukannya. Saya cuma memetik kesimpulannya, ” Bahawa di dalam puasa, terdapat keajaiban yang luar biasa yang tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia. Ia mampu melahirkan kekuatan fizikal, mental dan kerohanian yang luar biasa.”

Tahukah anda bahawa pada setiap hari, lebih enam juta penduduk Amerika Syarikat berpuasa untuk pelbagai tujuan !! Antaranya ialah untuk mendapat awet muda, mengurangkan berat badan, mendapat tubuh badan yang menarik, MENINGGIKAN KECERDASAN MENTAL, berjimat, kesihatan tubuh badan, selaku ‘overhaul tubuh’, menurunkan tekanan darah, mengurangkan ketegangan, menurunkan kadar kolestrol, meningkatkan tenaga batin dan ghairah seksual, mengurangkan stress, tidur lebih nyenyak, memberi kesempatan kepada tubuh untuk menyembuhkan penyakit dan mengurangi kebergantungan terhadap ubat-ubat bius, pil tidur, narkotik dan segala jenis dadah.

Jadi, terbuktilah kebenaran hadis nabi s.a.w., “Berpuasalah kamu agar kamu menjadi sihat.” (Hadis riwayat Ibnu Sunni dan Abu Nuaim daripada Abu Hurairah ra.). Tabib-tabib Islam juga menegaskan bahawa perut (ma’idah) merupakan punca dan sumber segala penyakit. Kalau sihat ma’idah, sihatlah badan keseluruhannya. Puasa adalah cara yang terbaik untuk merehatkan beban kerja ma’idah dan beberapa organ di dalam tubuh badan seperti jantung, buah pinggang, hati dan lain-lain. Kerehatan ini amat perlu untuk memulihkan prestasi organ-organ tersebut. Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah bersabda, “Perut itu rumah segala penyakit manakala puasa adalah raja segala ubat. Oleh itu, jadikanlah ia kebiasaan kamu.”

Ahli-ahli perubatan Islam, Timur dan Barat berjaya membuktikan bahawa puasa boleh menyihatkan tubuh badan, mental dan rohani. Terdapat ahli-ahli perubatan Barat menggalakkan setiap orang, sama ada sihat atau sakit supaya berpuasa dua hari pada setiap minggu. Ini sangat bertepatan dengan agama Islam yang menganjurkan supaya umatnya berpuasa pada hari Isnin dan Khamis pada setiap minggu. Institut Rawatan Kesihatan di India pula menganjurkan supaya rakyatnya berpuasa sekali seminggu untuk mempertingkatkan kesihatan. Melalui amalan tersebut, ia dapat merangsang pertumbuhan hormon, memberikan daya tahan penyakit, merehatkan sistem penghadaman selama sehari dan membantu MENAJAMKAN FIKIRAN.

Penyelidik-penyelidik perubatan menemui bahawa puasa merupakan satu kaedah yang terbaik dalam merawat penyakit dan sebagai penjagaan dari penyakit. Ia dibuktikan dapat membersihkan tubuh badan dari toksid-toksid atau racun-racun. Ia juga membersihkan sisa-sisa makanan yang tidak berguna di dalam perut dan usus di mana sekiranya dibiarkan maka ia akan menjadi sarang kepada kuman yang membawa pelbagai penyakit serius. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.”

Menurut ilmu biologi, sewaktu perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat melakukan tugasnya dengan baik. Ini disebabkan tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti yang menggunakan otak seperti berfikir atau membaca ketika kenyang, kita menjadi mengantuk dan lemah daya fikiran. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Atau dengan kata lain, ketika kita sedang berpuasa, aliran darah kepada organ-organ pencernaan berkurangan kerana ianya kurang diperlukan. Dengan demikian, darah dari organ-organ pencernaan akan mengalir serta tertumpu ke otak. Ini menjadikan otak lebih ‘pick-up’, bertenaga dan daya fikiran menjadi tajam.

Sebab itulah para ulama’, sami, paderi dan pendita dari agama Islam, Buddha, Kristian, Hindu dan lain-lainnya kebanyakan mengamalkan makan sedikit sahaja. Amalan sedemikian menyebabkan mereka dapat memberikan tumpuan yang baik terhadap pembelajaran dan pengajaran agama mereka.

Luqman Al-Hakim menasihati anaknya, “Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah.”. sewaktu bersekolah, ustaz saya selalu berkata, “Tegang urat perut, kendur urat mata.” Maksudnya apabila perut dalam kekenyangan, mata pun mula mengantuk dan kita menjadi malas.


Sahabat Nabi s.a.w., Abdullah b. Mas’ud berkata, “Empat perkara yang mengelapkan hati atau melembapkan otak : perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan orang yang suka membuat maksiat, tidak insaf terhadap dosa-dosa yang lalu dan panjang angan-angan.”

Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempergaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

Sekiranya anda mempunyai impian untuk menjadi manusia yang bijak, amalkan ‘rahsia’ ini. Namun begitu, sebelum anda dapat memetik hasilnya, ianya perlulah menjadi amalan rutin anda terlebih dahulu. Nah, mulai sekarang amalkan berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis setiap minggu.

Itulah anugerah ALLAH kepada hamba-hambanya bagi kita berfikir. Setiap kejadian Allah Ada saujana hikmah...nya.

Oleh: HambaAllah

Isnin, 14 Jun 2010

Rasulullah SAW dan seorang pengemis

Rasulullah SAW dan seorang pengemis..

Menurut riwayat sebulan sebelum Rasulullah SAW wafat inilah yang selalu baginda lakukan.

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati  Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya".

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya  kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat. Setelah wafatnya Rasulullah SAW lantas tidak ada lagi orang yang membawakan makanan  setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abu Bakar RA berkunjung ke rumah  anaknya  Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan istri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?". Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja". Apakah Itu?", tanya Abu Bakar RA. "Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi keujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana", kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan  kepada pengemis itu. Abu Bakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu ?". Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa." "Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", bantah sipengemis buta itu. "Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut  ini mengunyah.

Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu  dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu  melanjutkan perkataannya. Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang  padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada.  Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan  kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya,  memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....

" Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA saat  itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Ahad, 13 Jun 2010

Malaikat tunjuk gambaran syurga

Malaikat tunjuk gambaran syurga kepada Asiah
Dalam sejarah tokoh kekafiran yang paling dahsyat adalah Firaun. Ia bukan sahaja  tidak mengakui adanya Tuhan malah ia mengangkat dirinya sebagai tuhan yang berhak  disembah sehingga tergamak ia menyatakan di hadapan rakyat jelata, “Akulah tuhan kamu yang maha tinggi.”

Orang-orang kafir seperti Raja Namrud, Abu Jahal, Abu Lahab dan beberapa orang lagi yang terkenal dalam sejarah, mereka tetap mengakui adanya Tuhan. Hanya sahaja mereka tidak mengakui tuhan mereka adalah Allah Yang Maha Esa.

Segala seruan Nabi Musa dan Harun sedikitpun tidak pernah ia hiraukan, malah pernah suatu ketika Firaun naik ke puncak sebuah bangunan yang tinggi dan melepaskan anak panah ke langit. Kebetulan anak panah itu jatuh di hadapannya dengan bersimbahan darah, lalu ia isytiharkan pada rakyat jelata bahawa ia telah membunuh Tuhan Nabi Musa sedangkan darah tersebut hanyalah darah burung yang Allah tetapkan mengenai sasaran anak panahnya supaya ia bertambah kufur dengan kesombongan dan kekafirannya.

Seluruh rakyatnya dipaksa untuk menyembah dan sujud padanya. Sesiapa yang ingkar, pasti dibunuhnya sehingga seluruh rakyatnya merasa takut dan tidak mempunyai pilihan kecuali menyembahnya. Walaupun seluruh rakyat telah menyembahnya sebagai tuhan, ada seorang yang paling dekat hubungan dengan dirinya berani mengingkarkan dirinya sebagai tuhan iaitu isterinya sendiri, Asiah. Dialah satu-satunya orang yang beriman kepada Allah di istana Firaun. 

Rahsia keimanannya yang disembunyikan selama ini telah terbongkar berpunca dari ucapan perkataan “Allah” yang terbit dan mulutnya secara tidak sengaja. Firaun berusaha memujuk supaya ia kembali kepada kekafirannya. Ia berkata: “Wahai isteriku, tahukah engkau akibat orang yang mengingkari diriku sebagai tuhan? Sebelum engkau menyesal, ubahlah pendirianmu!” Jawab Asiah dengan tegas: “Wahai Firaun, pendirianku tidak akan berubah walau apapun  yang akan menimpa diriku dan perlu engkau ingat bahawa engkau dan aku adalah sama-sama manusia biasa. Tuhanmu dan Tuhanku adalah Allah.”

Firaun berusaha memujuknya dengan kata-kata lemah lembut tetapi tetap tidak berhasil, lalu digunakan kekerasan. Kata Firaun: “Hai Asiah, jika engkau tidak mahu mengubah pendirianmu, pastilah engkau akan aku pancung!” Jawab Asiah: “Wahai Firaun, lakukanlah apa yang engkau mahu tetapi sedikitpun engkau tidak akan dapat menguasai pendirianku dan dengarkanlah sekali lagi aku nyatakan bahawa Tuhanmu dan Tuhanku adalah Allah.”

Setelah usaha mempengaruhinya secara lemah lembut mahupun secara keras juga tidak berhasil, lalu Firaun membuat pengumuman pada sekelian rakyatnya bahawa seorang perempuan akan dipancung kepalanya akibat keengganannya untuk mengakui Firaun sebagai tuhan iaitu Asiah, isterinya sendiri. Semoga hukuman ini akan menjadi pengajaran bagi sesiapa yang ingkar akan ketuhanan Firaun.

Pada masa yang telah ditentukan, berkumpullah sekalian rakyat di suatu tempat di mana Asiah diikat pada sebatang pokok kurma. Firaun masih tidak berputus asa dan cuba memujuknya. Katanya: “Wahai Asiah, ubahlah pendirianmu. Engkau akan kumaafkan.” Berulang kali pula Asiah menjawab: “Tidak, janganlah engkau cuba mempengaruhiku lagi. Sia-sia sahaja perbuatanmu.”

Lalu Asiah memohon pada Allah sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam Al-Quran surah At-Tahrim ayat 11 yang bermaksud: “Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan bagi orang-orang yang beriman iaitu perihal isteri Firaun ketika ia berkata: Tuhanku, binalah untukku sebuah istana di sisiMu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya serta selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.”

Permohonan Asiah diperkenankan oleh Allah, lalu Allah perintahkan pada malaikat: “Sesungguhnya hambaKu memohon padaKu dan Aku perkenankan permohonannya. Maka perlihatkanlah padanya gambarannya kerana suaminya yang di dunia akan Aku ganti dengan suami yang lebih baik di dalam syurga, istananya yang ada di dunia akan Aku ganti dengan istana yang lebih baik di dalam syurga.”

Maka malaikat pun menunjukkan gambaran keindahan syurga sebagaimana permohonan Asiah. Pada ketika itu Asiah tersenyum seolah-olah ia mencabar kematiannya. Asiah menghadapi kematian tidak dalam keadaan bersedih, juga tidak menangis malah tersenyum.

Petikan kisah-kisah Malaikat

Menyingkap alam barzakh

Menyingkap Alam Barzakh
Dipetik dari “Menyingkap Alam Barzakh” karangan Imam Al-Ghazali:

Tiupan Terompet:
Berkata Abu Hurairah ra: Apakah terompet itu ya Rasulullah? Dijawab oleh Rasulullah saw: Terompet itu ialah sebuah tanduk raksasa terdiri dari cahaya. Besar tiap lingkaran dalam tanduk itu selebar langit dan bumi. Akan ditiupkan tiga kali.

Tiupan Pertama:
Yaitu, ketika malaikat israfil  diperintahkan melaksanakan tiupan yang menakutkan, maka seluruh makhluk menjadi terkejut semua Sebagaimana firman Allah Swt di dalam Al-Quran:
Artinya: Dan ingatlah ketika ditiup sang kakala, maka terkejutlah segala yang di langit maupun di bumi.

Tiupan Kedua:
Tiupan mematikan. Sebagaimana firman Allah Swt di dalam Al-Quran
Artinya: Dan ditiupkan sangkakala, maka matilah siapa yang dilangit dan bumi, kecuali yang dikehendaki Allah. Yakni malaikat Jibril, Israfil, Mika’il & Izra’il & malaikat pendukung Arasy. Yang kesemuanya atas perintah Allah, satu persatu dicabut oleh Allah. Kemudian Izra’il melakukan pencabutan untuk rohnya sendiri. Dengan matinya malaikat Izra’il, maka tidak tersisa satu makhluk pun. Setelah berlalu 40 tahun ,kemudian Allah mengirimkan angin yang pernah ditimpakan kepada kaum Ad, untuk menyapu segala yang ada dimuka bumi. Lalu diturunkan hujan  selama  40 hari, dan kembali bertumbuh segala yang ada di bumi seperti sediakala.

Lalu Allah menghidupkan kembali malaikat pendukung Arasy dan malaikat Israfil, Mika’il, Izra’il dan Jibril. Dan diberinya mereka oleh malaikat Ridhwan binatang Buraq, mahkota dan pakaian kebesaran, maka berdirilah mereka diantara langit dan bumi. Dan Jibril berkata: Hai Bumi, dimana kubur Muhammad? Bumi menja wab: Allah  telah menyapuku bersih dengan angin, sehingga tidak tahu lagi di mana kubur Muhammad. Tiba-tiba terlihat suatu cahaya yang memancar keluar dari bumi menjulang kelangit. Jibril lalu faham, bahawa disitulah kubur Muhammad saw.

Kemudian pergilah keempat malaikat itu, ke tempat dimana ada cahaya ke luar. Lalu mereka melihat tanah bergoyang & terbelah, lalu keluarlah Nabi Muhammad saw sambil melihat ke kiri dan ke kanan dan menyapu dengan tangannya debu yang melekat pada kepala dan tubuhnya. Kemudian beliau saw, menyaksikan keempat malaikat itu berdiri di depannya. Lalu beliau bertanya :
Hari apa ini ?  Mana  Ummatku?  Mana sahabat-sahabatku: Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali? Sementara beliau menungu sahabat-sahabatnya itu dengan memakai mahkota & pakaian kebesaran serta berkenderaan pula.

Kemudian bersujudlah Nabi saw sambil terisak-isak : Ummatku ! Ummatku ! Maka datanglah perintah kepada Israfil untuk meniup terompet yang ketiga kalinya, maka keluarlah roh-roh manusia seperti lebah, memenuhi ruang angkasa antara langit dan bumi, kemudian masuklah roh-roh itu ke dalam tubuh masing-masing. Sebagaimana firman Al-Quran:
Artinya: Kemudian ditiup kembali , tiba tiba mereka serentak berdiri melihat.

Kemudian berkumpullah para makhluk, termasuk jin & manusia di padang Mah syar, kecuali para malaikat.


Muqatil berkata:
Trompet yang berbentuk seperti tanduk itu telah siap ditiupkan ke dalam mulut malaikat Israfil. Sedang luas lingkarannya, seluas lingkaran langit dan bumi. Dan arah pandangan malaikat Israfil menuju Arasy, menunggu  perintah.

Dan jika telah ditiup maka matilah seluruh makhluk yang dilangit dan dibumi sebab kerasnya suara tiupan yang menakutkan itu, termasuklah seluruh binatang. Kecuali yang dikehendaki oleh Allah terlepas dari suara tiupan itu. Yaitu: Jibril, Mika’il, Israfil, dan Izra’il ke mudian Allah menyuruh malaikat Izra’il agar mencabut nyawa Jibril, kemudian nyawanya sendiri

Setelah tiupan yang pertama itu para makhluk berada di alam Barzakh selama empat puluh tahun.

Kemudian Allah menghidupkan lagi malaikat Israfil, untuk meniup trompet yang kedua kalinya. Sebagaimana firman Allah swt:
Artinya: Kemudian ditiupkan terompet sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menanti.

Yakni mereka berdiri atas kakinya, menunggu kepada kebangkitan. Kemudian pikirkanlah tentang keadaan makhluk dan manusia pada saat dibangkitkan itu. Mereka semuanya merasa takut kerana masing-masing dari mereka akan menunggu keputusan-keputusan yang menakutkan, dari kebaikan atau kesengsaraan.

Anda akan merasa kebingunggan pada saat itu, jika anda ketika di dunia dulu termasuk orang-orang yang mewah dan orang-orang kaya yang biasa bersenang-senang, maka raja-raja bumi pada hari itu adalah yang terhina bagi penduduk bumi sekalian, yang diinjak-injak dengan tapak kaki seperti semut yang halus.

Pada hari itu, anda juga akan menyaksikan binatang-binatang yang berasal dari dataran dan gunung telah bercampur aduk dengan makhluk-makhluk lainnya, setelah binatang tersebut telah hilang keganasannya dan liarnya.

Pada waktu itu mereka berusaha untuk melarikan diri, padahal mereka tiada punya kesalahan sedikitpun pada Allah.

Firman Allah swt:
Artinya: Dan ketika binatang-binatang liar dikumpulkan. ( ATTAKWIR:5 )

Demikian juga pada waktu itu anda juga akan menyaksikan setan-setan yang pada mulanya di dunia sebagai mahkluk yang paling membangkang, akan berubah menjadi tertunduk di hadapan Allah swt.

Firman Allah swt:
Artinya: Sebab itu, demi Rabbmu, sesungguhnya mereka dan setan akan kami kumpulkan, kemudian kami bawa/ datangkan mereka dikeliling jahannam dalam keadaan bertekuk lutut.

Dengan keterangan di atas berpikirlah tentang nasib kita dan perasaan kita pada waktu di sana itu. Semoga Allah melindungi semua umat muslimin.

Sabtu, 12 Jun 2010

Kelebihan Rejab

KELEBIHAN BULAN REJAB

1.  Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, niscaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
2.  Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3.  Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya dan Ramadhan dengan L AILATUL-QADARnya.
4.   Malam awal Rejab mustajab do'anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
5.   Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

6.   Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
7.   Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
8.   Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.
9.   Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
10. Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

11. Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
13. Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
14. Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
15. Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (pembaharuan umur).

16. Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

17. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.
18. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
19. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
20. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
21. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

22. Bulan Rejab Syahrullah ( Bulan Allah ). diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
     * Diampunkan dosanya yang lalu.
     * Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
     * Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

23. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
24. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
25. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.
26.  Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.
27. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

28. Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
29. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: `Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu'.Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau'.(dari kitab Raudatul Ifkar)
30.  Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

31. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
32.  Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa2 besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

33. Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). ( Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

34.  REJAB bulan menabur benih.
       SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
       RAMADHAN bulan menuai.

35.  REJAB menyucikan badannya.
       SYA'ABAN menyucikan hatinya.
       RAMADHAN menyucikan rohnya.

36.  REJAB bulan taubat.
       SYA'ABAN bulan muhibbah.
       RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
Pesanan bersama:
Beramalah kita menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalan 
semuanya.

Khamis, 10 Jun 2010

Penggemar bihun


AWAS
Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd. (KBBI)(Co. No.365216-T) telah beroperasi semula walaupun telah disita oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP), Putrajaya.

KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. (KBBI) KAMPUNG SELAMAT, TASEK GELUGOR SEBERANG PRAI

PERHATIAN KEPADA PENGGUNA-PENGGUNA ISLAM MALAYSIA TERHADAP BARANGAN DARI KILANG BIHUN BERAS INDAH (KBBI) YANG MASIH BEROPERASI DAN MENGGUNAKAN TANDA HALAL TIDAK SAH!!!!!!

Syarikat ini yang dahulunya memproses bihun CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT, CAP CABAI BURUNG, CAP BUNGA KANGKUNG, CAP CIK YATI dan CAP PHOENIX


Terkini, mereka telah menipu orang ramai dengan menukar alamat premis kepada yang baru dalam menjalankan perniagaan lama mereka iaitu perniagaan pemprosesan bihun walhal kawasan pemprosesan bihun tersebut masih di tempat yang lama iaitu bersebelahan kandang babi.

Keadaan dalam kandang babi yang bersebelahan kilang KBBI

Untuk mengaburi mata pengguna, mereka meletakkan alamat yang berlainan dari alamat kilang sebenarnya di Kampung Selamat pada bungkusan bihun. Kilang tersebut juga bertindak menutup mata pengguna dengan meletakkan nama dan alamat pengedar atau pendaftar yang tidak dikenali para pengguna sebagai salah satu anak syarikat KBBI.

Jenama baru KKBI :

CAP MASJID, CAP KRIS, CAP NYONYA , CAP LAKSA KAMPUNG, CAP LAKSA SILAT, CAP JATI, CAP KAPAL LAYAR dan CAP SYAIRIAH

Wasallam, dipetik dari tranungkite.net

Kalau ke kedai membeli bihun sila perhatikan nama kilang ini beserta jenamanya