Khamis, 10 Jun 2010

Awas Saudaraku


Makanan tidak halal

SENARAI NAMA MAKANAN YANG TIDAK HALAL PETIKAN DARIPADA LAMAN WEB JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) MENGENAI STATUS MAKANAN / PRODUK TIDAK HALAL (HARAM) DI MALAYSIA.FISHCAKE; FISHBALL; MEE & KOYTIAW BASAH Keluaran bukan Islam disahkan mengandugi ramuan campuran lemak babi supaya produk tahan lama.

ROTI HIGH 5 ( HIGH FIVE ) Roti High 5 HARAM dimakan kerana mengandugi/dicampur/diproses dari ragi babi. Suatu ketika dulu pernah tersebar luas berita/surat layang mengenai lemak babi dalam roti Gardenia. Ketika itu jualan Gardenia jatuh merosot dengan ketara sekali. Sebenarnya berita ini disebarkan oleh orang-orang dalaman High 5 sendiri yang irihati dengan pencapaian /kejayaan Gardenia. Punca iri hati ini disebabkan empat tokoh utama pengurusan Gardenia adalah orang Melayu yang amat peka dengan sensitivity umat Islam mengenai pemakanan halal/haram. Saham-saham besar Gardenia yang dikatakan bercampur dengan bisnes babi tidak membabitkan negara Malaysia. Produk keluaran Gardenia diproses berlandaskan prinsip Islam ISI 2020 yang digariskan Institut Penyelidikan Piawaian Islam (RISIS).

Ini disahkan oleh Setiausaha PPIM Dr. Maamor Osman. Roti Gardenia disahkan bebas dari campuran lemak babi.KENTUCKY FRIED CHICKEN Perkara yang meragukan dalam kes KFC ini ialah cara sembelihan ayam itu sendiri. Seorang petugas menyembelih di KFC mengakui bahawa bacaan semasa sembelih hanya dibaca pada permulaan/pertama sahaja manakala yang lain-lain nya tidak sempat kerana ribuan ekor lagi menunggu/berpusing untuk disembelih. Kita tidak dapat berbuat apa-apa dengan masalah KFC ini kerana ia mendapat kelulusan penuh pihak Pejabat Agama. Tetapi perkara yang mendatangkan was-was elok lah kita tinggalkan.

Keadaan ini sama lah juga dengan ayam yang kita beli dan lihat sendiri sembelihannya dimana-mana pasar ayam. Sekiranya kita beli 10 ekor ayam dan selepas disembelih ayam-ayam tadi dihumban kedalam sebuah bekas/raga. Persoalannya bagaimanakah cara 10 ekor ayam itu mati. SAH ayam itu mati akibat tertindih lemas sesama mereka dan bukan menggelupur sendirian. Mati lemas ini disahkan tidak halal.Dipasar raya umpamanya jenama-jenama seperti Safi, Shurah, Zaitun dan Aminah Hassan dikenalpasti barang-barang keluaran bukan Melayu/Islam.Bisnes ini sebenarnya telah bertukar tangan.
PERIHAL KICAP ELIZA Dibotol kicap ini tertulis alamat kilangnya ialah di Batu 3,Jalan Jelapang, Ipoh. Setahu saya diBatu 3, Jalan Jelapang cuma ada Kilang Kicap kepunyaan kaum cina, pekerjanya juga kaum cina. Lokasinya ialah dipersimpangan Jalan Jelapang dengan Highway ke Lumut (ditraffic light). Kepada yang biasa dengan bandar Jelapang, kilang tersebut berada di sebelah sungai sebelum memasuki ke Taman Meru 1A. Terdapat kilang kicap tanpa pagar dan bangunan kayu lama disitu. Dan dikawasan itulah letaknya batu 3, Jalan Jelapang dengan berposkod 30020 seperti yang tertera dibotol kicap. Gunalah kicap dan sos cap "HABHAL KIPAS UDANG". Yang ini taukehnya memang orang Islam seorang jutawan yang dermawan tinggal di Kampung Melayu Majidee JB. Produknya pun khabarnya dah sampai ke Timur Tengah sana .satu lagi cap "TAMIN" .... [Yusoff Yaacob] tapi yang warna hijau , bukan cover yang warna merah .yg merah, sudah dijual kpd tokey cina (sudah tentu bukan islam

PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA, MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI
1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
3. Sabun FAB berbuku
4. Ajinomoto ( Thailand )
5. Lobak Jeruk
6. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
7. Mee & Kueteow basah (buatan Cina)
8. Semua tauhu buatan Orang Cina
9. Krim Muka Hazeline Snow
10. Sabun LUX & Losyen badan buatan Malaysia, Thailand & USA.

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI (KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)
1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
2. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
3. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
4. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
5. Daging Burger Import
6. Have Pearl Cream
7. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
8. Ramuan Kentucky Fried Chicken & McDonald
9. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
10. Ubat Kurap buatan Org Cina
11. Berus Gigi Jenis ' Reach'
12. Beehon Segera Siam13. Mee Kering (sanggol)
14. Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
15. Semua sabun mandi yang diimport
16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN (LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL)
1. Bosset Wine Gum
2. Share Extra Atrenght
3. Cake Mets Vilber Punch
4. Dairy Milk Coklat
5. Black Current Jelly
6. Coklat Cake
7. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
8. Royal Gulaman & Decart Oranges
9  Tepung Kastard Lady's Choice
10. Sugus Strawberry
11. Valvis Gelatin
12. Semua jenis Jelly
13. Passer Doily Mixture
14. Sarung Kapsul Ubat
15. Semua jenis gincu bibir
16. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
17. Ais Krim dalam bekas plastik
18. Keseluruhan Jenis Sheisedo
19. Scothes Vikmin
20. Gula-gula Fruities
21. Lady's Choice Jelly

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
1. BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
2. PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
3. MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
4. RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
5. SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
6. KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
7. TONIK BAYI GRIPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND


Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberitahu perkara di atas .Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sholat.TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KEPADA SEMUA SAUDARA SEISLAM KITA

petikan dari tranungkite.net

Ahad, 6 Jun 2010

Doa khatam Al-Quran


Doa khatam Al-Quran

Ya Allah, rahmatilah aku dengan al-Quran, jadikanlah ia sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagiku. Ya Allah, ingatkanlah apa yang aku lupa daripadanya, berikanlah ilmu apa yang belum aku ketahui mengenainya, anugerahkanlah kepadaku untuk membacanya di tengah malam dan penghujung siang, jadikanlah ia sebagai hujah bagiku wahai Rabb seru sekelian alam.

Ya Allah perbaikkilah bagiku agamaku kerana dialah penjaga urusanku, perbaikkilah bagiku akhiratku, kerana ia tempat kembaliku, jadikanlah kehidupan sebagai tambahan segala kebaikan bagiku dan jadikanlah kematian sebagai kerehatan dari segala kejahatan.

Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghabisannya, dan sebaik-baik amalku adalah penutupnya dan sebaik-baik hari bagiku adalah hari berjumpa dengan Mu. Ya Allah aku mohon kepada Mu kehidupan yang tenteram, kematian yang tenang dan tempat kembali yang tidak menyedihkan dan tidak membuka aib.

Ya Allah, aku mohon kepada Mu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik pahala, sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian, teguhkanlah aku, beratkanlah timbangan kebaikanku, teguhkanlah keimananku, tinggikanlah darjatku, terimalah solatku, ampuni segala kesalahanku, aku mohon ketinggian syurga.

Ya Allah, aku mohon kepada Mu keharusan mendapat rahmat Mu dan keteguhan pengampunan Mu, keselamatan dari segala dosa, kejayaan dari semua kebajikan, keuntungan syurga dan keselamatan dari neraka. Ya Allah perbaikkilah akhir hayat kami dalam segala perkara, selamatkanlah kami dari kenistaan hidup di dunia dan seksaan akhirat.

Ya Allah anugerahkanlah bagi kami ketakutan kepada Mu yang dapat menghindarkan kami dari berbuat maksiat kepada Mu, ketaatan yang dapat menyampaikan kami kepada syurga Mu, keyakinan yang dapat memperkecil musibah dunia yang menimpa kami, berilah kenikmatan kepada kami dengan pendengaran, penglihatan, dan kekuatan kami selama hidup kami, jadikanlah ia sebagai peninggalan kami, jadikanlah pembalasan kami kepada oarang yang menzalimi kami, tolonglah kami menghadapi orang-orang yang memusuhi kami, janganlah Engkau jadikan dunia sebagai kehendak kami yang paling besar, dan pengetahuan paling akhir kami, janganlah Engkau beri kekuasaan atas kami kepada orang yang tidak mengasihi kami.

Ya Allah, janganlah Engkau tinggalkan dosa-dosa pada kami melainkan Engkau telah mengampuninya, janganlah Engkau tinggalkan kesusahan kepada kami melainkan Engkau telah menggembirakannya, janganlah Engkau tinggalkan hutang-hutang kepada kami melainkan Engkau telah menunaikanya, dan janganlah Engkau tinggalkan sesuatu keperluan dunia dan akhirat pada kami melainkan Engkau telah menunaikannya wahai Zat Yang Maha Mengasihani.

Ya Rabb kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan selamatkanlah kami dari seksaan api neraka, semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Besar Muhammmad s.a.w dan kepada keluarga serta para sahabatnya yang baik.

Rabu, 2 Jun 2010

Percaya diri sendiri


 Percaya diri atau percaya Allah?

Banyak pakar motivasi ... yang mahukan khalayaknya percayakan diri sendiri...kata mereka percaya diri penting untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat yang penuh cabaran ini. ...tetapi benarkah mereka yang percayakan diri
itu akan mencapai kejayaan.  ...kerana sering dilihat mereka yang percayakan diri ...akhirnya kecundang mengharung hidup di dunia ini.

Bagaimana diri yang kosong ini ...yang tiada hakikatnya boleh dipercayai ...bagaimana mempercayai sesuatu yang tidak ada ...tidak mungkin dengan cara yang demikian mereka akan berjaya ...mustahil

Sudah pasti yang paling nyata ...yang paling ADA ...adalah Zat Yang Mesti Wujud (Allah), ...jikalau kita percaya kepada yang INI ... sudah pasti kita akan berjaya kerana DIA pasti dapat melaksanakan sesuatu, ...kerana IA memang ADA ...yang ADA pasti dapat menghasilkan sesuatu ... berbanding yang tidak ada ...yang kosong mustahil dapat berbuat sesuatu.

Apabila kita makan, ...yakinlah bukan makanan itu yang mengenyangkan ...tetapi Allah, ...apabila kita bekerja ...yakinlah Allahlah yang menyempurnakan ...kerja kita itu, ...apabila kita meminta kepada NYA, ...yakinlah DIA yang memberikan apa yang kita minta itu ..

Latihlah diri begini selalu ...agar ia menjadi kebiasaan, ...bahawa kita hanya yakin dan percaya kepada Allah, ...bukan yang lainnya...bukan kerajaan ...bukan pemimpin ...bukan ahli parlimen ...bukan manusia

Amalan sebelum tidur

Amalan sebelum tidur
Ingat sebelum tidur, buat macam mana Nabi syorkan. Jangan tidur selagi kita tak lakukan perkara berikut:

1.Kerjakan Umrah
2.Minta syufa’at dari Junjungan Besar kita
3.Minta ampun kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat
4.Khatam Al-Quran.


1. Kerjakan Umrah-baca subhanallah walhamdullillah wala illaha illallah..Allahuakbar… Laa haula wala quwwata illah billahi …baca 3 kali

2. Minta syufaat dari Junjungan Besar kita- Baca Selawat.. yang ringkas ke… yang panjang ke …baca 3 kali.


3. Minta ampun kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat…isytighfar...yang mudah sekali -astagfirullah ‘inallah alghafurul Rahiimm…banyak banyak kali dan minta ampun pada Allah akan dosa dosa kita,ibu bapa kita adik beradik kita, saudara saudara kita dan seluruh umat Islam

4. Khatam Al-Quran.: sekurang kurang nya baca surah Al fathihah sekali dan surah Al-Ikhlas 3 kali. Paling afdal sebaik baik nya baca 7 kali tiap tiap surah ini; Al Fathihah, Al -Ikhlas, Al-falaq, An–Nas dan Ayat Kursi, semua 7 kali. Sebelum itu bacalah Bismillahirrahmanirrahim - 21 kali supaya syaitan tak menganggu anda sepanjang malam.

Wallahuaklam.

Selasa, 1 Jun 2010

Hati tak bahagia



Sebab-Sebab Hati Tidak Bahagia

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah: Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang. Tatkala diri dalam kemarahan maka syaitan akan mula memainkan peranan dgn menghasut diri kita. Saat itu kalau kita tidak sabar maka akan mudah terpengaruh dengan hasutan syaitan.
 Cara untuk menghindar dari sifat ini :Saat kemarahan melanda, jika waktu itu kita tengah berdiri, maka cuba kita duduk tetapi kalau dgn cara duduk tak juga jalan, maka berbaringlah tapi kalau masih belum hilang, mandilah dan ambik wudlu, insyaAllah kalau selalu diamalkan, lama kelamaan sifat ini akan beransur hilang dari diri kita. Selamat mencuba.

2. Pendendam: Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini senantiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam secara kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau menempeleng orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. Mengalah dan memberi maaf bukan berarti kita kalah. Itu berarti mengutamakan kebaikan dan kasih sayang Allah.

3. Dengki: Amalanya hangus akibat dengkinya.

4. Bakhil: Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya senantiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Karena walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain karena kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak: Orang yang tidak puas dengan yang sedikit niscaya tidak akan puas dengan yang banyak, karena dunia ini ibarat meminum air lautan walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis juga... org tamak selalu rugi.. ** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak digunakan iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatanyaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar: Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. Perbanyakkanlah bersabar kerana sabar itu sebahagian daripada iman.

7. Ego: Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut .

8. Riak: Tersiksa sendiri kerana senantiasa mencari-cari peluang untuk dipuji. Senantiasa bersandiwara di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita punyai.

9. Cinta dunia: Tak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh/solehah. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah Allah itu di hati,akhirat di tangan kanan dan dunia itu di tangan kiri supaya dunia itu senang dibagi-bagi dan akhirat dibawa mati. Kesimpulannya: Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.Sampai bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia juga akhirnya.

hanya Allah yang tahu

Pangkal segalanya


Suatu hari Syeikh Abdul Wahid bin Zaid melihat seorang lelaki di tengah perjalanannya. Lelaki itu memakai baju kulit berbulu. Syeikh Abdul Wahid bin Zaid pun mengucapkan salam padanya. "Semoga Allah merahmati anda. Aku bertanya tentang suatu persoalan..." tanya Syeikh Abdul Wahid bin Zaid pada dia."Silakan. Hari-hari telah berlalu, nafas terhitung dan terbatas. Sedang Allah terus melihat dan mendengar..

" katanya."Apakah pangkal ketaqwaan itu?" tanya Syeikh Abdul Wahid bin Zaid "Sabar." Jawabnya

"Lalu pangkal kesabaran?" tanya Syeikh Abdul Wahid bin Zaid" Tawakkal pada Allah."

"Pangkal Tawakkal?" "Memutuskan diri hanya kepada Allah..
"Pangkal memutuskan diri pada Allah?" "Menyendiri bersama Allah..."

"Menyendiri dengan Allah itu pangkalnya apa?" "Tajrid (mengosongkan diri) selain Allah."

Rupa mayat di alam Barzakh

 





Rupa Mayat di Alam Barzakh 1 Minggu, 

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah Kiblat
Itulah petandanya semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik
kepada Allah . Syirik kepada Allah adalah dosa paling besar dalam
Islam & kekal dalam neraka selama-lamanya ..

2. Mayat yang mukanya berupa khinzir .
Petanda yang semasa hidupnya tidak melakukan solat 5 waktu , tidak
menjaga solat 5 waktunya ..

3. Mayat yang kepalanya menjadi batu hitam legam
Petanda mayatnya semasa hidupnya derhaka kepada ibubapa .

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup .
Semasa hidupnya makan duit haram .. harta yg haram .. mencuri ..
merompak .. rasuah ..

5. Mayat yang kukunya mencengkam dan melilit tubuhnya ..
Semasa hidupnya suka berkelahi , bergaduh , mengata orang ,
mengumpat , mencaci cela ..

6. Mayat yang keluar mata air dari kubor dan air itu baunya lebih busuk dari
bangkai ..Semasa hidupnya suka makan riba .

7. Mayat yang wajahnya tersenyum. Semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Dimana kita pada hari itu, semuga Allah sentiasa melindungi dan memelihara  kita  waktu itu