Mari Kita Cuba....!
Al-Quran adalah
peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi
Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita
semua amalkan. Berapa kali kita membaca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau
dalam solat sahaja? Ganjaran paling senang nak dapat adalah melalui
pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 ganjaran, tambahan pula Al-Quran
adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)
Tip yang akan kongsikan ni adalah cara untuk
menghafal / mencari muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya
dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap
juzuk Al-Quran.Jom sama2 kita belajar...
Contoh 1 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke
berapa: 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk
5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke
berapa: 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke
berapa: 23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 =
44 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan teman-teman.
Sama-sama kita kongsikan kepada kawan-kawan kita, adik-adik kita, famili kita
supaya kita sama-sama mendapat
manfaatnya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan