Isnin, 27 Jun 2011

Saudara kembar Ilmu Fekah

Saudara kembar Ilmu Fekah
sila klik pada grafik untuk imej yang lebih besar
"Yaa ayyuhal ladziina aamanud khuluu fissilmi kaaffah"( QS.Al Baqarah : 208 ),
Ertinya : " Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu dalam lslam itu secara keseluruhan ". 
Memang benar sekali firman ALLAH itu, kerana sebenarnya ilmu Tasauf dan Sufi itu adalah ilmu yang sangat halus dan sangat dalam, yang mampu secara vertikal menembus sedalam-dalamnya dan sehalus-halusnya, terus masuk ke dalam lapisan terdalam dari AI Quranul Karim.

Ia ternyata mampu dan berhasil dengan gilang-gemilang secara teori dan praktikal, bersama-sama dengan penerangan dari ilmu Sains Fakta, membukakan TABIR RAHSIA dan kekuatan KALIMAH ALLAH yang Mahasakti, yang terpendam dalam Al Qur’an, sesuai dengan firman-firman ALLAH Yang Maha Suci dan Yang Maha Perkasa, antara lain sebagai senjata Metafizika Mukmin yang Maha Berkesan, Yang Abadi, yang tak dapat luntur dan tak terkalahkan sepanjang masa, di alam mana sajapun, di dunia dan di akhirat; kerana ilmu Rahsia yang dahsyat ini sebenarnya, adalah Pusaka ALLAH dan Rasulullah bagi para Mukmin sejati, sebagai modal segala-galanya baginya, yang semestinya harus telah dapat diterimanya di dunia langsung dari ALLAH SWT via Rasulullah SAW, disamping segala macam ilmu Hukum Islam, untuk kesempurnaan hidup di dunia sampai ke akhirat, sehingga terujud kesempurnaan HABLUM MIN ANNAS dan HABLUM MINALLAH.


Ilmu Fiqih dan ilmu Tasauf adalah sama-sama sangat penting, kedua-duanya adalah " saudara kembar ", yang tak terpisahkan satu sama lain,dan kedua-duanya tak boleh diabaikan dan harus dibina bersama-sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan