Selasa, 11 Oktober 2011

Keagungan Al-Quran

Mari Kita Cuba....!


Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali kita membaca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Ganjaran paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 ganjaran, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)


Tip yang akan kongsikan ni adalah cara untuk menghafal / mencari  muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa: 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa: 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa: 23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan teman-teman. Sama-sama kita kongsikan kepada kawan-kawan kita, adik-adik kita, famili kita supaya kita sama-sama mendapat  manfaatnya..


Sabtu, 1 Oktober 2011

Siapa oRg yang BErilMU ?


Siapa oRg yang BErilMU ?

Siapakah orang yang paling alim (berilmu) setelah para Nabi dan Imam?
 Rasulullah Saw:                          
"Orang yang menggabungkan ilmu sekalian manusia dengan ilmunya".

Dengan apakah ilmu dapat terbuka?
 Rasulullah Saw:
"Ilmu adalah harta simpanan dan kuncinya adalah bertanya".

Apakah zakat ilmu?
 Rasulullah Saw:
"Mengajarkannya pada mereka yang belum mengetahui".

Bagaimana adab belajar ilmu?
 Rasulullah Saw:
"Menyerapnya, menyemaknya, menjaganya lalu mengamalkan dan menyebarkannya".

Berkenaan dengan ilmu, ada empat golongan yang mendapatkan ganjarannya? Siapa saja mereka?
 Imam Baqir as:
"Mereka yang bertanya, yang menjadi pembicara, pendengar dan yang mencintai mereka".


Apa cara mengikat ilmu?
 Rasulullah Saw:
"Dengan menuliskannya".

Apakah pangkal ilmu?
 Rasulullah Saw:
"Makrifat Allah (mengenal Allah) dengan sesungguhnya".

Apakah penyakit ilmu?
 Rasulullah Saw:
"Kelupaan".

Apakah penyakit ulama?
 Imam Ja'far ash-Shadiq as:
"Tamak,  pamer (riya), fanatik, suka pujian, memperpanjang pembicaraan namun tak sampai pada inti, memaksa diri untuk memperindah tutur-kata dengan melebih-lebihkan kosa kata, kurang malu kepada Allah, membanggakan diri dan meninggalkan amal yang dia ajarkan".

Bila seorang alim wajib untuk mengajarkan ilmunya?
 Rasulullah Saw:
"Jika timbul bi'dah dalam umatku, maka orang-orang alim harus mengajarkan ilmunya".

Para ahli fikih akan menjadi penerus para Rasul sepanjang mereka tidak "memasuki dunia". Apa maksudnya?
 Rasulullah Saw:
"Mengikuti penguasa".

Ada dua golongan umat jika mereka baik, maka baiklah semuanya dan jika mereka rosak, maka rosaklah semuanya. Siapakah mereka?
 Rasulullah Saw:
"Fuqaha (para ahli hukum agama) dan umara' (para pejabat pemerintahan)".

Ahli hukum agama manakah yang selayaknya kita ikuti (taqlid)?
 Imam Ja'far ash-Shadiq as:
"Fuqaha yang menjaga diri dan agamanya, melawan nafsunya dan tunduk pada perintah Tuhannya, maka wajiblah bagi orang-orang awam untuk bertaklid kepadanya".

By Encik Sepai  




Isnin, 12 September 2011

Fadhilat Al Fatehah


Fadhilat Al Fatehah

Sabda Rasulullah s.a.w. :

Ertinya: "Sesiapa membaca fatihah nescaya mendapat pahala baginya seumpama pahala orang yang membaca tujuh kali At Taurat, Al Injil, Az Zabur, Al Quran dan Suhuf (Idris dan Ibrahim)"


Dan tiap-tiap satu huruf yang dibacanya itu dikurniakan kepadanya satu darjah didalam syurga yang luasnya seumpama perantaraan Bumi dengan Langit.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya: "Demi Allah bahawasanya Fatihah itu ialah 'Al Sab'ul masyaani ' dan Quran yang maha besar yang dikurniakan Allah SWT kepada aku dan tidak ada dalam At Taurat, Al Injil, Az-Zabur dan Al-Quran yang serupa denganya."

Fatihah sunat dibaca pada tiap-tiap kali hadir ke masjid dan sebelum keluar daripadanya, Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya: " Barang-barang yang dikeluarkan daripada harta perbendaharaan 'Arasy ialah empat perkara iaitu: Fatihah, Ayat Kursi, dua ayat yang penghabisan surah Al Baqarah (285-286) dan surah Al Kauthar."

Pahala orang yang membaca Fatihah sepadan dengan pahala orang yang membaca dua pertiga (2/3) Al- Quran.

Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya:
"Yang terlebih afdal dalam Al Quran ialah 'ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ'

Sesiapa membaca fatihah dan "قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ",

nescaya sejahteralah daripada sekelian bencana yang lain selain daripada mati.

Sunat melafazkan 'Amin' ketika selepas membaca fatihah samaada fatihah yang kita baca sendiri atau Fatihah yang iman baca.

Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya: " Apabila selesai iman daripada membaca Fatihah hendaklah kamu baca amin nescaya diperkenan permintaan kamu."

Hadith Rasulullah s.a.w.:

"Pada suatu masa sedang Rasulullah s.a.w. bersama dengan Abu Zaid berjalan pada suatu jalan di Madinah tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki sedang membaca Fatihah lalu Nabi s.a.w. bersabda: "Kita berhenti dengarkan Fatihah ini hingga sempurna bacaannya."

Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya: "Sesiapa membaca Fatihah maka mendapat pahala baginya seumpama pahala orang yang membaca Al Injil, Az-Zabur, At Taurat, Al-Quran dan tiap-tiap satu ayat yang dibacanya itu baginya pahala seumpama mensedekahkan beberapa banyak emas kerana fiisabilillah dan terpelihara tubuhnya daripada masuk kedalam api neraka dan kemudiannya daripada Nabi ialah orang yang terlebih kaya daripada orang-orang yang masuk kedalam syurga."

Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya: "Pada malam dibawaku daripada Baitullah ke Baitulmaqdis, ketika aku berhenti di'Arasy dan aku nampak Fatihah dan sekelian Quran tertulis pada Luh mutiara dan yaqut, kemudian aku pohon daripada Allah SWT akan dua perkara yang tersebut, supaya dikurniakan kepada umatku,

Firman Allah SWT:

"Dua perkara yang tersebut Aku berikanlah kepada engkau dan umat engkau."


Kemudian aku bertanya pulak:
"Apa pahala orang yang membaca Fatihah dan apa pahala orang yang membaca Quran."

Berfirman Allah SWT:
"Wahai Muhammad, Fatihah itu ada mengandungi tujuh ayat, maka aku haramkan-tutupkan atas orang yang membacanya tujuh pintu api neraka jahanam, dan orang yang membaca Al-Quran aku berikan kepadanya pahala dengan tiap-tiap satu huruf yang dibacanya itu, satu pohon kayu daripada tanaman syurga yang mempunyai beberapa banyak nikmat."

Sesiapa yang membaca Fatihah, nescaya adalah tiap-tiap satu ayat daripada Fatihah itu mendinding baginya daripada neraka jahanam.

Sesiapa yang didalam bilangan masuk neraka,
jika anaknya ada membaca " ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ'" nescaya diberhentikan azabnya selama 40 hari.

Sesiapa membaca sepuluh perkara yang disebut dibawah ini nescaya sejahtera daripada sepuluh perkara iaitu:

1. Surah Al-Fatihah-Menegahkan daripada kemurkaan Allah.
2. Surah Yaasin-Menegahkan dahaga pada hari kiamat.
3. Surah Ad Dhukhan-menegahkan huru-hara pada hari kiamat.
4. surah Al Waqi'ah-menegahkan daripada fakir.
5. Surah Al Mulk-Menegahkan daripada seksa kubur.
6. Surah Al Kauthar-menegahkan daripada perkelahian.
7. Surah Al-Kafirun-menegahkan daripada mati kafir.
8. Surah Al-Ikhlas-menegahkan daripada menjadi munafiq.
9. Surah Al-Falaq-menegahkan daripada kena penjara.
10.Surah An-nisaa'-menegahkan daripada was-was.

Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya: "sesiapa membaca Fatihah dan surah Al-ikhlas, ketika kembali kerumah, nescaya terjauh dari pada fakir-papa dan dapat kebajikan rumahnya beberapa banyak."
Jika dibaca Fatihah empat puluh satu kali (41) dengan mewasalkan (menyambungkan) ' بِسۡمِ ٱللهِ' dan dihembuskan kepada orang sakit nescaya sembuh penyakitnya itu.

Sesiapa sentiasa membaca Fatihah empat puluh satu kali (41) pada masa antara solat sunat subuh dengan solat subuh nescaya terlepas daripada hutang, sihat tubuhnya dan dikurniakan Allah SWT akan dia kekayaan dan kemuliaan.

Sesiapa sentiasa membaca Fatihah empat puluh satu kali (41) pada mata orang yang sakit ketika antara solat sunat subuh dengan solat subuh selama 40 hari berturut-turut akan sembuh sakit matanya itu.

Sesiapa membaca Fatihah tujuh kali (7) pada suatu penyakit dengan meletakkan tangan keatas tempat sakit itu dan berdoa: 7 Kali nescaya sembuh penyakitnya.


Khamis, 8 September 2011

Kenapa menadahkan tangan ke Langit


Kenapa Menadahkan Tangan Ke Langit Ketika Berdoa ?

Salah satu ulama Al Azhar, Al Muhaddits Syeikh Ahmad bin Shiddiq Al Ghumari Al Maghribi (1380 H) telah menyebutkan alasan kenapa disyariatkan menengadahkan tangan ke langit saat berdoa. Dalam beliau, Al Manhu Al Mathlubah fi Istihbabi Raf’i Al Yadaini fi Ad Du’a` ba’da As Shalawati Al Maktubah (hal.61), beliau mengatakan,

"Jika ada yang mengatakan, 'kalau Allah Ta’ala terbebas dari arah, lantas kenapa menengadahkan tangan ke langit saat berdoa?"




Beliau menjawab pertanyaan itu dengan jawaban Imam At Thurthusi (529 H), ulama Malikiyah dari Iskandariyah, yang termaktub dalam Ithaf As Sadah Al Muttaqin, syarah Ihya Ulum Ad Din (5/34,35). Dalam jawaban itu, At Thurthusi memberikan dua jawaban:


Pertama:
Hal itu berkenaan dengan masalah ubudiyah, seperti menghadap kiblat ketika melaksanakan solat, dan meletakkan kening ke bumi ketika sujud, yang juga mensucikan Allah dari tempat, baik itu Ka’bah maupun tempat sujud. Sehingga, seakan-akan langit merupakan kiblat ketika berdoa.


Kedua :
Kerana langit adalah tempat turunnya rezeki, rahmat dan keberkatan, sebagaimana hujan turun dari langit ke bumi. Demikian pula, langit merupakan tempat para malaikat, di mana Allah memutuskan maka perintah itu tertuju kepada mereka, hingga mereka menurunkannya ke penduduk bumi. Ringkasnya, langit adalah tempat pelaksanaan keputusan, maka doa ditujukan ke langit.
Jawapan At Thurtusi di atas sebenarnya merujuk kepada jawapan Al Qadhi Ibnu Qurai’ah (367 H), saat ditanya oleh Al Wazir Al Muhallabi (352 H), seorang menteri Baghdad yang amat dekat dengan para ulama. Dimana suatu saat Al Muhallabi menanyakan,

"Saya melihatmu menengadahkan tangan ke langit dan merendahkan kening ke bumi, di mana sebenarnya Dia (Allah Ta’ala)?
Ibnu Qurai’ah menjawab,

“Sesungguhnya kami menengadahkan tangan ke tempat-tempat turunnya rezki. Dan merendahkan kening-kening kami ke tempat berakhirnya jasad-jasad kami. Yang pertama untuk meminta rezki, yang ke dua untuk menghindari keburukan tempat kematian. Tidakkah engkau mendengar firman Allah Ta’ala (yang maknanya), "Dan di langit rezki kalian dan apa-apa yang dijanjikan" (Ad Dzariayat: 22). Dan Allah Ta’ala berfirman (yang maknya), "Darinya Kami ciptakan kalian, dan padanya Kami kembalikan kalian."

(Thaha: 55).
Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam kitab beliau berjudul Fathul Bari,jilid 2, m/s 233, cetakan Dar Ma’rifah Beirut :

Katanya: Langit merupakan kiblat bagi doa sebagaimana kaabah kiblat bagi solat. Allah Taala telah sedia ada tanpa tempat, tanpa arah dan Allah telah sedia wujud sebelum Dia menciptakan segala makhluk.






Rabu, 7 September 2011

Dunia dan seisinya terlaknat

Dunia dan seisinya .... terlaknat













Kini, ramai orang sibuk memperkatakan soal diet, makanan seimbang, sakit2 kronik pada sarung tubuh (diri zahir). Namun, bagaimana pula dengan roh dan jiwa?


Ketika sakaratulmaut tiba, tiada lagi bermanfaat segala kebendaan dunia.. anggota tubuh jasad, ilmu pengetahuan, harta, orang tersayang di sekeliling.. saat itu hanyalah roh yang akan bertarung untuk menghadap Rabbul Jalil.. begitulah juga saat berada di alam selepas dunia, iaitu alam barzakh. Seluruh jasad terkunci, hanya roh yang benar akan bersoal jawab dengan malaikat dengan tenang dan sejahtera.


Pastinya saat itulah baru akan hadirnya sesalan.. kenapalah tidak aku mempersiapkan diri untuk menghadapi hari yang dijanjikan.. barulah akan terasa betapa tiada harganya dunia yang hanya sementara ini hendak dibandingkan dengan kehidupan abadi selepasnya.

Umat Islam kini telah menjadi seperti sabda Baginda iaitu ibarat buih di lautan dijangkiti penyakit ‘waham’ (cintakan dunia dan takutkan mati). Itulah tanda-tanda orang yang sakit hati dan rohnya.. menitikberatkan sarung jasad berbanding hati yang dinilai Allah.

Menurut kata orang hakikat "ramai manusia kini tertipu pada zahirnya tidak kiralah siapa pun mereka, pemimpin terhormatkah, kasta terendahkah, malah ulamak termasyhur sekalipun. Pakaian hakikatnya adalah sekadar menjadi simbol semata yang menjadi alat perlindungan sarung jasad.. hati inilah yang sebenarnya menjadi nilaian darjat manusia di sisi Allah. Namun, ramai manusia yang mementingkan simbol lahiriyah agar dilihat gah dan hebat di sisi manusia walaupun hati mereka busuk dan kotor".

Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13:
“…Sungguh yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa, Sungguh Allah maha Mengetahui,maha Teliti”.

Kata orang hakikat lagi "lazimnya kita pada hari ini menjadikan ayat 1000 dinar sebagai zikir amalan untuk kemurahan rezeki. Namun, hanya sebilangan sahaja yang benar-benar menghayati dan meresapi firman Allah dalam ayat tersebut.. bagaimana Allah menjanjikan kepada orang yang bertaqwa akan diadakan baginya jalan keluar daripada setiap masalah dan diberikan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka.. kesimpulanya, ‘barangsiapa yang mengejar akhirat, maka dunia akan mengejarnya’.




Ahad, 4 September 2011

Mencari khusyuk di dalam solat

Mencari khusyuk di dalam solat



SEORANG sufi ahli ibadah bernama Isham bin Yusuf dikenal khusyu’ dalam solatnya. Tetapi, dia masih ragu dengan kekhusu’an ibadah yang telah dilakukannya. Ia selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih khusu’ ibadahnya, agar ia dapat memperbaiki mutu solatnya agar lebih khusu’ lagi.

Suatu ketika, Isham pergi menghadiri majlis Hatim Al-Isham dan ia bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman,bagaimanakah caranya tuan khusu’ dalam solat?” Hatim menjawab, “Apabila masuk waktu solat aku berwudhu lahir dan batin” Isham bertanya lagi, 

“Bagaimana yang tuan maksudkan dengan wudhu lahir dan batin itu?”

“Wudhu lahir sebagaimana biasa, yaitu membasuh semua anggota wudhu dengan air. Sedangkan wudhu batin membasuh anggota dengan tujuh perkara, yaitu dengan bertaubat, menyesali dosa yang dilakukan, tidak tergoda oleh dunia, tidak mengharap pujian orang (riya’), meninggalkan sifat sombong dan berbangga diri, membuang sifat khianat dan menipu, serta menjauhkan diri dari sifat dengki..”

Selanjutnya Hatim berkata “kemudian aku pergi ke masjid, aku fokuskan semua anggotaku kepada Allah dan menghadap ke kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, surga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula seolah-olah aku sedang berdiri di atas Shirathal Mustaqim dan aku menganggap solatku kali ini adalah solat yang terakhir, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat aku fahami maknanya, kemudian aku ruku’ dan sujud dengan tawadhuk, aku ber-tasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. begitulah solatku selama 30 tahun.”
Mendengar penerangan Hatim, Isham pun menangis tersedu-sedu kerana ia merasa solatnya belum sempurna. 

Saudara, apabila Isham boleh menangis hanya karena mengingat solatnya yang belum khusyu’, apakah kita dapat melakukan seperti yang dilakukan Isham?  Kita, langsung tidak menangisi solat yang belum khusyu’, bahkan meninggalkan solat lima waktu saja mungkin merasa bukan suatu dosa besar. 



Jumaat, 19 Ogos 2011

Fasa ketiga Ramadhan

Fasa ketiga Ramadhan




Jika ditakdirkan kita berpuasa 29 hari pada tahun ini, maka malam ini bermula 10 malam terakhir bulan Ramadhan Al Mubarak.

Jumaat, 12 Ogos 2011

Fasa kedua Ramadhan

Pertengahan Ramadhan : Pengampunan



Tanpa kita sedari Ramadhan begitu pantas bergerak, kini kita masuk fasa kedua bulan Ramadhan.Di dalam fasa ini kita digalakkan dan dianjurkan untuk memperbanyakkan  membaca doa " Ya Alah, ampuni dosaku, dosa anak isteriku, dosa kedua orang ibubapaku, dosa guru-guruku, dosa saudara-saudaraku, dosa sahabat-sahabatku ... wahai Rabb seru sekelian alam". Mudah-mudahan Allah ampunkan segala dosa kita. Amin.


Selasa, 9 Ogos 2011

10 Sebab turunya ...

10 Sebab Turunnya Rahmat Allah Ta'ala

Sesungguhnya Allah Ta'ala Maha Pemberi rahmat (kasih sayang). Bahkan sayangNya terhadap hamba-hambaNya lebih dari sayangnya seorang ibu kepada anaknya. Dengan kasih sayangNya, Dia menciptakan kita. Dengan rahmatNya, Dia memberikan rezki kepada kita. Dengan rahmatNya, Dia memberikan kesehatan kepada kita. Dengan rahmatNya, Dia memberikan makan dan minum, pakaian serta tempat tinggal kepada kita. Dengan rahmatNya, Dia menunjukkan kita kepada Islam dan Iman serta amal soleh. Dengan rahmatNya, Dia mengajarkan kepada kita apa yang tidak kita ketahui. Dengan rahmatNya, Dia memalingkan kejahatan musuh-musuh dari diri kita. Allah Ta'ala berfirman, ertinya,  "Sesungguhnya Allah Ta'ala membela orang-orang yang telah beriman." (QS. al-Hajj: 38).


Dengan rahmatNya, Dia menurunkan hujan dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan,. Dengan rahmatNya, Dia memasukkan hamba-hambaNya yang beriman dan yang beramal soleh ke dalam surga. Dengan rahmatNya, Dia menyelamatkan mereka dari neraka.Segala sesuatu semuanya adalah berkat rahmat Allah Ta'ala. Oleh kerananya seorang muslim perlu mengetahui faktor penyebab, Allah Ta'ala memberikan rahmat kepada makhlukNya, iaitu:          
                                                                                                                          
1. Berbuat Ihsan dalam beribadah kepada Allah Ta'ala dengan menyempurnakan ibadah kepadaNya dan merasa diperhatikan (diawasi) oleh Allah Ta'ala, bahawasanya kamu beribadah kepada Allah Ta'ala, seolah-olah kamu melihatNya, maka jika kamu tidak melihatNya, sesungguhnya Dia melihatmu, dan berbuat baik kepada manusia semaksima mungkin, baik dengan ucapan, perbuatan, harta, dan kedudukan. Allah Ta'ala berfirman, ertinya, "Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik." (QS. al-A'raf: 56) 


2. Dan di antara sebab-sebab yang paling utama untuk mendapatkan rahmat Allah Ta'ala adalah bertakwa kepadaNya dan mentaatiNya dengan melaksanakan perintah-perintahNya dan menjauhi larangan-laranganNya, seperti mengeluarkan zakat kepada orang-orang yang berhak menerimanya (Mustahiq), beriman dengan ayat-ayat Allah swt, dan mengikuti RasulNya. Allah Ta'ala berfirman, ertinya, "Dan rahmatKu meliputi segala  sesuatu. Maka akan Aku tetapkan rahmatKu untuk orang-orang yang bertakwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami. (Iaitu) orang-orang yang mengikuti Rasul, Nabi yang ummi." (QS. al-A'raf: 156, 157)

3. Kasih sayang kepada makhluk-makhlukNya baik manusia maupun binatang. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,  "Orang-orang yang penyayang, maka Allah Ta'ala akan menyayangi mereka (memberikan rahmat kepada mereka), sayangilah / kasilah penduduk bumi, nescaya penduduk langit akan menyayangi kalian." (HR. Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Dan hal itu lebih ditekankan lagi kepada orang-orang fakir dan miskin yang sangat memerlukan. Sedangkan balasan (ganjarannya) sesuai dengan perbuatan, sebagaimana kita berbuat baik, maka kita akan mendapatkan balasan dari kebaikan tersebut.


4. Beriman, berhijrah, dan berjihad di jalan Allah Ta'ala. Allah Ta'ala berfirman, ertinya, "Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. al-Baqarah: 218). Maka orang-orang yang beriman selalu mengharapkan rahmat Allah Ta'ala setelah mereka melaksanakan sebab-sebab mendapatkan rahmat iaitu iman, hijrah, dan berjihad di jalan Allah Ta'ala. Adapun hijrah meliputi berpindah dari negri syirik ke negri Islam dan meninggalkan apa yang dilarang Allah Ta'ala dan RasulNya shallallahu 'alaihi wasallam, sebagaimana Rasululullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,"Orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah Ta'ala." (Muttafaq 'alaih).

Sedang jihad mencakup jihad melawan hawa nafsu dalam mentaati Allah Ta'ala, sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, "Orang yang berjihad adalah orang yang memerangi hawa nafsunya dalam menaati Allah Ta'ala." (HR. al-Baihaqi).  Sebagaimana jihad meliputi pula jihad melawan syaitan dengan menyelisihinya dan bersungguh-sungguh untuk mendurhakainya dan jihad dalam memerangi orang-orang kafir dan jihad terhadap orang-orang munafik dan pelaku-pelaku maksiat baik dengan tangan, kemudian (jika tidak mampu) dengan lisan, kemudian (jika tidak mampu juga), maka dengan hati.


5. Mendirikan solat, menunaikan zakat, dan menaati Rasulullah Ta'ala, sebagaimana Allah Ta'ala berfirman, ertinya, "Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan ta'atlah kepada Rasul, supaya kamu diberi rahmat." (QS. an-Nur: 56).


6. Berdo'a kepada Allah Ta'ala untuk mendapatkannya dengan bertawasul dengan nama-namaNya yang Maha Pengasih (ar-Rahman) lagi Maha Penyayang (ar-Rahim) atau yang lainnya dari nama-namaNya yang Agung / Indah, seperti kamu mengatakan, "Ya Rahman Wahai Yang Maha Penyayang), sayangilah aku (rahmatilah aku), ya Allah  sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan rahmatMu yang luas yang meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampuni dosaku dan menyayangiku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Allah Ta'ala berfirman, ertinya,"Wahai Rabb kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)." (QS. al-Kahfi: 10). Dan Allah Ta'ala juga berfirman, ertinya, "Hanya milik Allah asma`u al-Husna, maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asma`u al-Husna itu." (QS. al-A'raf: 180). Maka hendaklah seseorang memohon setiap permintaannya dengan nama yang sesuai dengan permintaannya itu untuk mendapatkannya. Allah Ta'ala berfirman, ertinya, "Dan Rabbmu berfirman, 'Berdo'alah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu'." (QS. al-Mu'min: 60). Dan firman Allah Ta'ala lainnya, ertinya, "Dan katakanlah, 'Ya Rabbku berilah ampun dan berilah rahmat, dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling baik." (QS. al-Mu'minun: 118). Sungguh Allah Ta'ala telah menyuruh (kita) berdo'a dan menjamin ijabah (mengabulkan do'a tersebut) dan Dia Maha Suci yang tidak pernah mengingkari janji.

7. Mengikuti al-Qur`an al-Karim dan mengamalkannya. Allah Ta'ala berfirman, ertinya, "Dan Al-Qur`an itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat." (QS. al-An'am: 155).


8. Menaati Allah Ta'ala dan RasulNya shallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana yang  telah dijelaskan sebelumnya. Allah Ta'ala berfirman, ertinya,"Dan taatilah Allah dan Rasul, supaya kamu diberi rahmat." (QS. Ali 'Imran: 132).


9. Mendengarkan dan memperhatikan dengan tenang ketika dibacakan al-Qur`an al-Karim. Allah Ta'ala berfirman, ertinya, "Dan apabila dibacakan Al-Qur`an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat." (QS. al-A'raf: 204).

10. Istighfar, memohon ampunan dari Allah Ta'ala. Allah Ta'ala berfirman, ertinya, "Hendaklah kamu meminta ampun kepada Allah, agarkamu mendapat rahmat." (QS. an-Naml: 46).  

Wallahu a'lam. 
Sumber: Diterjemahkan dari Kitab "An-Nuqath al-'Asyarah adz-Dzahabiyah", Syaikh Abdur Rahman ad-Dusari.