Bonggol Unta
Salam, penulis berkesempatan menghadiri kuliah "Sirah Nabawi" antara lain penceramah telah menyentuh fesyen tudung kaum hawa masa kini yang tanpa disedari telah terpesong dari tuntutan menutup aurat wanita. "Tudung sepatutnya labuh dan menutupi bahagian dada, labuhnya dah ok tapi rambutnya menyerupai bonggol"
Mungkin kerana kurang pengetahuan ramai wanita muslim yang bertudung terikut-ikut memakai tudung seumpama "bonggol unta". Untuk pengetahuan pembaca penceramah telah menerangkan pemakaian tudung bonggol unta adalah menyerupai imej pelacur dizaman jahiliah. Dari itu kepada para suami, ibubapa, penjaga dan kaum hawa berhati-hatilah elakkan orang-orang dibawah jagaan kita memakai fesyen ini.
Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :
2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.
Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.
* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.
Hanya Allah yang Maha mengetahui
Tiada ulasan:
Catat Ulasan