Selasa, 30 November 2010

4 Halangan



4 godaan bersifat tetap


4 Halangan
Dari keempat-empat perkara di atas, memerangi dan mengendalikan hawa nafsu adalah yang paling sukar sebab kita tidak dapat mengikisnya sampai habis, sehingga terpisah dari nafsu.  Ini kerana, nafsu juga mempunyai manfaat selagi mana nafsu tersebut tidak mengalahkan dan menguasai akal kita.
Kita tidak mungkin dapat mematikan hawa nafsu, tetapi jangan membiarkannya hingga ia menguasainya.  Sebab, manusia tidak mungkin hidup tanpa hawa nafsu!
lain halnya dengan syaitan. Syaitan dapat kita kuasai secara mutlak. Ini terbukti apabila Nabi Muhammad s.a.w. berjaya menguasai syaitan yang menggodanya sehingga syaitan itu akhirnya memeluk islam.
Walaupun kita mampu mengalahkan syaitan dengan mutlak, namun kita tidak mungkin mengalahkan hawa nafsu hingga mematikannya, melainkan menguasainya.  Ini kerana, hawa nafsu tidak akan memimpin kita kearah kebaikan, sebaliknya membawa kita ke jalan kesesatan.
Hawa nafsu sangat sukar diajak kompromi untuk membulatkan hati hanya beribadat kepada Allah, sebab hawa nafsu akan sentiasa menjauhkan kita dari Allah SWT.  Untuk itu, kita memerlukan sesuatu untuk mengendalikan hawa nafsu iaitu takwa.
Seumpama mengendalikan kuda liar / degil, kita juga harus mampu untuk mengendalikan hawa nafsu kearah kebaikan dan kebenaran, jangan sampai ke dalam perkara-perkara yang merosakkan dan menyesatkan.
Marilah kita kawal peringkat ini dengan memohon pertolongan Allah. Kemudian kita kembali menjalankan ibadat kepada Allah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan