Selasa, 26 Oktober 2010

Lagi pembatal Syahadah

PEMBATAL SYAHADAH
Terdapat 10 perkara yang jika dilakukan oleh seseorang maka dia dianggap kafir dan murtad:
1- Syirik Akbar
Iaitulah mensyirikkan Allah dalam perkara ibadat atau dalam ertikata yang lain menjadikan sembahan selain Allah S.W.T seperti berdoa kepada orang mati, menyembah berhala, bertawakkal kepada jin dengan berkorban padanya atau memberi makan hantu. Dalilnya firman Allah (maksudnya):
“Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, Maka Sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.” [an-Nisaa;:116]
2- Menjadikan perantaraan antara dia dengan Allah seperti berdoa kepada wali-wali dan memohon hajat kepada mereka. Dalilnya firman Allah S.W.T (maksudnya): “Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik). dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat- dekatnya”. Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar (pada perintah-Nya)”. [az-Zumar:3]
3- Tidak mengkafirkan orang yang telah dikafirkan Allah S.W.T dan Rasul-Nya seperti Yahudi, Kristian, Hindu dan semua agama selain Islam atau syak pada kekufuran mereka atau mensahihkan aqidah mereka yang batil seperti berkata: “Semua agama sama”. Dalilnya firman Allah Taala (maksudnya): “Sesungguhnya agama (yang diredhai) d isisi Allah hanyalah Islam. tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah Maka Sesungguhnya Allah sangat cepat perhitungan-Nya (terhadap amalan hamba-Nya)”. [Ali-Imran:19]
4- Mendakwa bahawa ada undang-undang yang lebih baik daripada undang-undang Islam atau petunjuk yang lebih baik dari petunjuk Rasulullah S.A.W. Firman Allah (maksudnya): “Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ?”. [al-Maidah:50]
5- Membenci apa yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W walaupun dia beramal dengannya. Jika dia menzahirkan hukum-hukum Islam tetapi membencinya maka dia adalah munafiq, tidak disolatkan jenazahnya dan tidak ditanam di kuburan muslimin. Firman Allah S.W.T (maksudnya): “Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah (Al Quran) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka”. [Muhammad:9]
6- Mengejek ajaran Islam seperti berkata: “Menyimpan janggut itu kolot” atau menggelar wanita yang betudung itu wanita kampung dan sebagainya. Firman Allah Taala (maksudnya): “Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja.” Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman. jika kami memaafkan segolongan kamu (lantaran mereka bertaubat), nescaya kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa”. [at-Taubah:65&66]
7- Sihir. Sesiapa yang mengamalkan sihir maka dia kufur terhadap Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah S.W.T (maksudnya):  “Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kufur”. [al-Baqarah:102].
8- Membantu orang-orang kafir menguasai kaum muslimin dan memerangi mereka. Dalilnya firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 51 (maksudnya): “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka Sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim”.
9- Beriktiqad adanya sebahagian manusia yang boleh keluar dari sempadan syariat seperti percaya jika sampai kepada maqam zikir tertentu kewajipan solat gugur daripadanya. Ini berdasarkan firman Allah Taala dalam surah Ali-Imran ayat 85 (maksudnya): “Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, Maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”
10- Mengabaikan ajaran Islam sehingga tidak mengamalkan satu pun ajarannya dan tidak langsung belajar berkenaannya. Ini berdasarkan firman Allah Taala dalam surah as-Sajdah ayat 22 (ertinya): “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, Kemudian ia berpaling daripadanya? Sesungguhnya kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa”.

Seorang Muslim yang melakukan 10 perkara ini akan menjadi kufur apabila:
  • Dia melakukannya dalam keadaan tahu bukan jahil
  • Sengaja bukan terpaksa atau tersalah
  • Telah ditegakkan atasnya hujjah jika perkara yang dia ingkari itu bukan perkara asas dalam agama yang telah diketahui masyarakat umum Islam.

Rujukan:
1- Syeikhul Islam Muhammad Bin Abdil Wahab, Nawaqidh al-Islam.
2- Al-Allamah Abdul Aziz ar-Rajihi, Asilah al-Iman wal Kufr.

20 perkara pembatal Syahadah

Dua Puluh Perkara yang Membatalkan Syahadah 
01. Bertawakkal dan bergantung kepada selain Allah 
02. Mengingkari nikmat Allah sama ada nikmat yang kelihatan atau tidak, mudah difikirkan atau memerlukan penelitian khusus. 
03. Berkerja atau berkhidmat dengan tujuan selain Allah. 
04. Membuat undang-undang menurut kemahuan manusia, bukan menurut kehendak dan ketentuan yang telah digariskan oleh Allah. 
05. Mentaati selain Allah tanpa keredhaannya. 
06. Menjalankan hukum selain dari hukum Allah atau tidak menggunakan hukum Allah sebagai rujukan dalam semua masaalah. 
07. Benci kepada salah satu dari ajaran Islam atau keseluruhannya. 
08. Mencintai kehidupan dunia melebihi kecintaan terhadap akhirat atau menjadikan dunia sebagai tujuan utamanya. 
09. Menghina salah satu dari ajaran Al Quran atau Sunnah, mempersendakan orang-orang alim atau orang-orang yang memperjuangkan islam atau memperolok hukum-hukum  Allah. 
10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalNya. 
11. Tidak beriman sepenuhnya kepada sumber hukum iaitu Al quran dan Sunnah. 
12 .Mengangkat orang-orang kafir dan munafiqin sebagai pemimpin serta tidak mencintai orang-orang islam dan orang-orang mukmin. 
13. Tidak beradap dalam bergaul dengan Rasulullah saw. 
14. Rasa takut dan lemah hati dalam menegakkan tauhid dan merasa senang dan terbuka di dalam menegakkan syirik. 
15. Menyatakan bahawa al Quran terdapat pertentangan antara ayat yang zahir dengan isi yang terkandung didalamnya. 
16. Tidak mengetahui makrifat Allah dengan pengenalan yang benar dan jelas, serta mengingkari sifat-sifat keilahianNya atau mengingkari nama-namaNya. 
17. Tidak mengetahui Rasulullah secara benar atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat-sifat yang terpuji tersebut atau tidak menyakini bahawa Rasulullah adalah contoh tauladan yang baik bagi seluruh umat manusia. 
18. Mengkafir orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah, tidak mahu mengkafirkan orang yang ingkar  syahadah dan tidak menghalalkan perang dengan mereka. 
19. Mengerjakan sesuatau ibadah bukan kerana Allah, seperti menyembelih bukan kerana Allah, sujud atau ruku' bukan bukan kepada Allah, atau tawaf di sekeliling lain dari Kaabah dengan niat mendekatkan diri kepada Allah. 
20. Berperasaan riya'. 
Dari buku."Al- Islam" karya as-Syeikh Sa'id Hawwa.

Isnin, 25 Oktober 2010

Hikmah Haji



HIKMAH HAJI
Seorang murid Imam Ali Zainal Abidin as bernama asy-Syibli, setelah selesai melaksanakan ibadah haji, pergi menemuinya untuk menyampaikan padanya apa-apa yang dialaminya selama itu. Maka terjadilah percakapan di antara keduanya.
"Wahai Syibli, bukankah anda telah selesai mengerjakan ibadah haji?"
"Benar, wahai putera Rasulullah".
"Apakah anda telah berhenti di Miqat lalu menanggalkan semua pakaian yang terjahit yang terlarang bagi orang yang sedang mengerjakan haji dan kemudian mandi.. ?" "Ya, benar ...?"
"Adakah anda ketika berhenti di Miqat juga meneguhkan niat untuk berhenti dan menanggalkan semua pakaian maksiat dan, sebagai gantinya, mengenakan pakaian taat?" "Tidak .. . ."
"Dan pada saat menanggalkan semua pakaian yang terlarang itu, adakah anda menanggalkan dari diri anda semua sifat riya', nifaq, serta segala yang diliputi syubhat ....?" "Tidak ..."
"Dan ketika mandi dan membersihkan diri sebelum memulai ihram, adakah anda bemiat mandi dan membersihkan diri dari segala pelanggaran dan dosa-dosa?" "Tidak ...."
"Kalau begitu, anda tidak berhenti di Miqat, tidak menanggalkan pakaian yang terjahit dan tidak pula mandi membersihkan diri ..!"


Info : Al Imam Ali Zainal Abidin Beliau adalah Al-Imam Ali Zainal Abidin bin Hussein bin Ali bin Abi Thalib (semoga Allah meridhoi mereka semua). Beliau dipanggil dengan julukan Abal Hasan atau Abal Husain. Beliau juga dipanggil dengan As-Sajjad (ahli sujud). Beliau adalah seorang yang ahli ibadah dan panutan penghambaan dan ketaatan kepada Allah. Beliau meninggalkan segala sesuatu kecuali Tuhannya dan berpaling dari yang selain-Nya, serta yang selalu menghadap-Nya. Hati dan anggota tubuhnya diliputi ketenangan karena ketinggian makrifahnya kepada Allah, rasa hormatnya dan rasa takutnya kepada-Nya. Itulah sifat-sifat beliau, Al-Imam Ali Zainal Abidin. Kelahiran beliau dan Az-Zuhri terjadi pada hari yang sama. Sebelum kelahirannya, Nabi SAW sudah menyebutkannya. Beliau solat 1000 rakaat setiap hari dan malamnya. Beliau jika berwudhu, pucat wajahnya. Ketika ditanya kenapa demikian, beliau menjawab, “Tahukah engkau kepada siapa aku akan menghadap?.” Beliau tidak suka seseorang membantunya untuk mencurahkan air ketika berwudhu. Beliau tidak pernah meninggalkan qiyamul lail, baik dalam keadaan di rumah ataupun bepergian. Beliau memuji Abu Bakar, Umar dan Utsman (semoga Allah meredhoi mereka semua). Ketika berhaji dan terdengar kalimat, “Labbaikallah…,” beliau pengsan. Beliau jika meminjamkan duit, tak pernah meminta kembali duitnya. Beliau jika meminjamkan pakaian, tak pernah meminta kembali pakaiannya. Beliau jika sudah berjanji, tak mahu makan dan minum, sampai beliau dapat memenuhi janjinya. Ketika beliau megerjakan haji atau berperang mengendarai tunggangannya, beliau tak pernah memukul tunggangannya itu. Manaqib dan keutamaan-keutamaan beliau tak dapat dihitung, selalu dikenal dan dikenang.


Kemudian Ali Zainal Abidin melanjutkan:
"Dan ketika mandi dan berihram serta mengucap niat untuk memasuki ibadah haji, adakah anda menetapkan niat untuk membersihkan diri dengan cahaya taubat yang tulus kepada Allah swt.... ?" "Tidak ...."
"Dan pada saat niat berihram, adakah anda berniat mengharamkan atas diri anda segala yang diharamkan oleh Allah Azza wa Jalla...?" "Tidak ...."  Dan ketika mulai mengikat diri dalam haji, adakah anda, pada waktu yang sama, melepaskan juga segala ikatan selain bagi Allah?" “Tidak ...." "Kalau begitu, anda tidak membersihkan diri, tidak berihram, dan tidak pula mengikat diri dalam Haji... .!" 
Kemudian Ali Zainal Abidin melanjutkan:
Bukankah anda telah memasuki Miqat, lalu solat Ihram dua rakaat, dan setelah itu mulai rukun talbiah? Ya,…benar..."
Apakah ketika memasuki Miqat anda meniatkannya sebagai ziarah menuju keridhaan Allah . . ?" "Tidak .. ."
“Dan ketika solat Ihram dua rakaat, adakah anda berniat mendekatkan diri, bertaqarrub kepada Allah dengan mengerjakan suatu amal yang paling utama di antara segala macam amal, solat yang juga merupakan kebaikan yang di antara kebaikan-kebaikan yang dikerjakan hamba-hamba Allah swt......?" Tidak...."
“Kalau begitu, anda tidak memasuki Miqat, tidak bertalbiah, dan tidak solat Ihram dua rakaat!"
Ali Zainal Abidin bertanya lagi:
"Apakah anda telah memasuki Masjidil Haram, dan memandang Ka'bah, serta solat di sana ... ?" "Ya ..., benar..."
"Ketika memasuki Masjidil Haram, adakah anda berniat mengharamkan atas diri anda, segala macam pergunjingan terhadap diri kaum muslimin .. . ?" "Tidak ..."
"Dan ketika sampai di kota Makkah, adakah anda mengukuhkan niat untuk menjadikan Allah swt. sebagai satu-satunya tujuan ... ?"  "Tidak . . .."
"Kalau begitu, anda tidak memasuki Masjidi Haram, tidak memandang Ka'bah, dan tidak pun bersolat di sana ..!"
Dan beliau melanjutkan lagi:
"Apakah anda telah bertawaf mengeliling Ka'bah. Baitullah, dan telah menyentuh rukun rukunnya?"  "Ya..."
"Pada saat bertawaf, adakah anda berniat berjalan dan berlari menuju keredhaan Allah Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib dan tersembunyi?" “Tidak .. ." "Kalau begitu ..., anda tidak bertawaf mengelilingi Baitullah, dan tidak menyentuh rukun-rukunnya.
Dan beliau melanjutkan pertanyaannya:
"Dan apakah anda telah berjabat (bersalam) dengan Hajar Aswad, dan berdiri bersolat di tempat Maqam Ibrahim?"  "Ya !"
Mendengar jawaban itu, Ali Zainal Abidin tiba-tiba berteriak, menangis dan meratap, dengan suara merawankan hati seperti hendak meninggalkan hidup ini, seraya berucap:
"Oh,  oh  Barangsiapa berjabat tangan dengan Hajar Aswad, seakan-akan ia berjabatan tangan dengan Allah swt.! Oleh karena itu, ingatlah baik-baik, wahai insan yang merana dan sengsara, janganlah sekali-kali berbuat sesuatu yang menyebabkan engkau kehilangan kemuliaan-agung yang telah kaucapai, dan membatalkan kehormatan itu dengan penentanganmu terhadap Allah dan mengerjakan yang diharamkanNya, sebagaimana dilakukan oleh mereka yang bergelomang dalam dosa-dosa ....!"
Kemudian beliau berkata lagi:
"Ketika berdiri di Maqam Ibrahim, adakah anda mengukuhkan niat untuk tetap berdiri di atas jalan ketaatan kepada Allah dan meninggalkan jauh-jauh segala maksiat. ..?" "Tidak . . ."
"Dan ketika solat dua rakaat di Maqam Ibrahim adakah anda berniat mengikuti jejak Nabi Ibrahim as. dalam solat beliau, serta menentang segala bisikan syaitan?" "Tidak..."
"Kalau begitu . . . , anda tidak berjabat tangan dengan Hajar Aswad, tidak berdiri di Maqam Ibrahim, dan tidak pula solat dua rakaa di dalamnya..."
Dan beliau melanjutkan lagi:
"Apakah anda telah mendatangi dan memandang telaga Zamzam dan minum airnya ...?' "Ya...."
"Apakah anda, pada saat memandangnya berniat menujukan pandangan anda kepada semua bentuk kepatuhan kepada Allah, serta memejamkan mata terhadap setiap maksiat kepadaNya? "Tidak ..."
"Kalau begitu ..., anda tidak memandanginya dan tidak pula minum airnya ...!"
Selanjutnya beliau bertanya lagi:
"Apakah anda telah mengerjakan Sa'i antara Shafa dan Marwah, dan berjalan pulang pergi antara kedua bukit itu?" "Ya, benar."
"Dan pada saat-saat itu, anda menempatkan diri anda di antara harapan akan rahmat Allah dan ketakutan menghadapi azabNya ...?" "Tidak..."
"Kalau begitu ..., anda tidak mengerjakan Sa'i dan tidak berjalan pulang-pergi antara keduanya!"
Lalu beliau bertanya:
"Anda telah pergi ke Mina ... ?"  "Ya..."
"Ketika itu, adakah anda menguatkan niat akan berusaha sungguh-sungguh agar semua orang selalu merasa aman dari gangguan lidah, hati, serta tangan anda sendiri ... ?" "Tidak ...."
"Kalau begitu, anda belum pergi ke Mina! Dan ..., anda telah berwuquf di Arafat. .. ? Mendaki Jabal Rahmah, mengunjungi Wadi Namirah, serta menghadapkan doa-doa kepada Allah swt. di bukit-bukit as-Shakharaat... ?"  “Ya,.,benar..."
"Ketika berdiri — wuquf di Arafat, adakah anda dalam kesempatan itu, benar-benar menghayati ma'rifat akan kebesaran Allah swt. serta mendalami pengetahuan tentang hakikat ilmu yang akan menghantarkanmu kepadaNya? Dan apakah ketika itu anda menyedari benar-benar betapa Allah Yang Maha Mengetahui meliputi segala perbuatan, perasaan, serta kata-kata hati sanubari anda?  "Tidak ..."
"Dan .... ketika mendaki Jabal Rahmah, adakah anda sepenuhnya mendambakan rahmah Allah bagi setiap orang mukmin, serta mengharapkan bimbinganNya atas setiap orang muslim?"  "Tidak ..."
"Dan ketika berada di Wadi Namirah, adakah anda berketetapan hati untuk tidak mengamarkan (memerintahkan) sesuatu yang ma'ruf, sebelum anda mengamarkannya pada diri anda sendiri? Dan tidak melarang seseorang melakukan sesuatu, sebelum anda melarang diri sendiri ....?" "Tidak ...."
"Dan ketika berdiri di bukit-bukit di sana, adakah anda menyedarkan diri bahwa tempat itu menjadi saksi atas segala kepaRabb pada Allah, dan mencatatnya bersama-sama para Malaikat pencatat, atas perintah Allah, Rabb sekalian alam?" "Tidak ...."
"Kalau begitu . . . , anda tidak berwuquf di Arafat, tidak mendaki Jabal Rahmah, tidak mengenal Wadi Namirah, dan tidak pula berdoa di tempat-tempat itu .. . !"
Dan Ali Zainal Abidin bertanya lagi:
"Apakah anda telah melewati kedua bukit al-Alamain, dan mengerjakan dua rakaat solat sebelumnya, dan setelah itu meneruskan perjalanan ke Muzdalifah; memungut batu-batu di sana, kemudian melewati Masy'arul'Haram. . . ?" "Ya. . ."
"Dan ketika solat dua rakaat, adakah anda meniatkannya sebagai solat syukur, pada malam menjelang tanggal sepuluh Dzul-Hijjah, dengan mengharapkan tersingkirnya segala kesulitan serta datangnya segala kemudahan?" "Tidak ..."
"Dan ketika lewat di antara kedua bukit itu dengan sikap lurus tanpa menoleh ke kanan atau ke kiri, adakah anda saat itu meneguhkan niat untuk tidak bergeser (menyeleweng) dari Agama Islam, agama yang haqq, baik ke arah kanan atau pun kiri….., tidak dengan hatimu, tidak pula dengan lidahmu, atau pun dengan semua gerak-geri anggota tubuhmu yang lain?"
"Tidak ..."
". . . Dan ketika menuju Muzdalifah, dan memungut batu-batu di sana, adakah anda berniat membuang jauh-jauh dari dirimu segala macam maksiat dan kejahilan terhadap Allah swt, dan sekaligus menguatkan hatimu untuk tetap mengejar ilmu dan amal yang diredhoi Allah ....?" "Tidak ... "
"Dan ketika melewati al-Masy'arul-Haram, adakah anda mengisyaratkan kepada diri anda sendiri, agar bersyi'ar seperti orang-orang yang penuh takwa dan takut kepada Allah Azza wa Jalla ...?" "Tidak .. ."
"Kalau begitu . . . , anda tidak melewati 'Alamain, tidak solat dua rakaat, tidak berjalan ke Muzdalifah, tidak memungut batu-batu di sana, dan tidak pula lewat di Masy'ar-ul-Haram…!'
Dan beliau melanjutkan:
"Wahai Syibli, apakah anda telah mencapai Mina, melempar Jumrah, mencukur rambut, menyembelih kurban, bersolat di masjid Khaif; kemudian kembali ke Makkah dan mengerjakan tawaf Ifadhah (Ifadhah adalah berangkat dan berpecah dan sesuatu tempat ke tempat lainnya. Yang dimaksudkan di sini ialah thawaf yang dikerjakan setelah berangkat pulang dari 'Arafat).? "Ya .., benar..."
"Ketika sampai di Mina, dan melempar Jumrah, adakah anda berketetapan hati bahwa anda kini telah sampai ke tujuan, dan bahwa Rabbmu telah memenuhi untukmu segala hajatmu...?" "Tidak..."
"Dan pada saat melempar Jumrah, adakah anda meniatkan dalam hati, bahwa dengan itu anda melempar musuh keturunanmu, iaitu Iblis, serta memeranginya dengan telah disempurnakannya ibadah hajimu yang amat mulia itu?" "Tidak..."
"Dan pada saat mencukur rambut, adakah anda menetapkan hati bahwa dengan itu anda telah mencukur dari dirimu segala kenistaan; dan bahwa anda telah keluar dari segala dosa-dosa seperti ketika baru lahir dari perut ibumu ... ?" "Tidak ..."
"Dan ketika solat di masjid Khaif, adakah anda berniat untuk tidak memiliki perasaan khauf (takut) kecuali kepada Allah swt. serta dosa-dosamu sendiri? Dan bahwa anda tiada mengharapkan sesuatu kecuali rahmat Allah ... ?" "Tidak...."
"Dan pada saat menyembelih haiwan kurban, adakah anda berniat memotong urat ketamakan dan kerakusan, dan berpegang pada sifat wara' yang sesungguhnya? Dan bahwa anda mengikuti jejak Nabi Ibrahim as. yang rela memotong leher putera kecintaannya, buah-hatinya dan penyegar jiwanya . . . , agar menjadi teladan bagi manusia sesudahnya . . . , semata-mata demi mengikuti perintah Allah swt... ?" "Tidak..."
"Dan ketika kembali ke Makkah, dan mengerjakan tawaf Ifadhah, adakah anda meniatkan berifadhah dari pusat rahmat Allah, kembali kepada ketaatan terhadapNya, berpegang teguh pada kecintaan kepadaNya, menunaikan segala perintahNya, serta bertaqarrub selalu kepadaNya ... ?"  "Tidak ..."
"Kalau begitu . . . , anda tidak mencapai Mina, tidak melempar Jumrah, tidak mencukur rambut, tidak menyembelih kurban, tidak mengerjakan manasik, tidak bersolat di masjid Khaif, tidak bertawaf thawaful-Ifadhah, dan tidak pula mendekat kepada Rabbmu . . .! Kembalilah . . . , kembalilah . . . , sebab anda sesungguhnya belum menunaikan haji anda!!"

diubahsuai dari Fatimah.org

Jumaat, 22 Oktober 2010

Solat Daimun

Solat Daimun atau solat yang berkekalan

1. Makna solat 

Dari segi bahasa solat bermaksud ad dua' iaitu doa iaitu permintaan dari hamba kepada Allah 

manakala dari segi istilah ahli feqah solat bermaksud satu perbuatan yang di mulai dengan takbir dan di akhiri dengan salam

2. Tujuan solat

Seperti mana yang termaktub dalam al kitab tujuan dan roh solat itu adalah untuk mengingati Allah seperti mana firman Allah yang bermaksud dirikanlah solat bagi mengingati Ku

Namun apa yang dikesalkan berapa ramai orang yang mengingati Allah dalam solat selalunya mereka yang bersolat adalah dalam keadaan lalai kerana masih mengingati hal hal keduniaan dalam solat

Untuk manusia yang seperti ini Allah telah menyediakan balasan dengan maksud firman allah dalam Al Quran sesungguhnya neraka wail disiapkan bagi mereka yang solat dalam keadaan lalai

Bayangkan jika bersolat pun dalam keadaan lalai telah di siapkan neraka wail apa lagi jika tak solat jadi marilah kita sama sama memikirkannya

Terlalu banyak kekeliruan yang berlaku dengan perkataan daimun atau berkekalan solat daimun bukanlah bererti kita duduk manjang kat tikar sembahyang atau sentiasa bersolat 24 jam 

Untuk menyelesaikan kekeliruan ini kita perlulah memahami dahulu tujuan dan roh solat iaitu mengingat Allah atau zikrullah

Tegasnya disini diandaikan seseorang itu telah berjaya mengingati Allah dalam setiap hal contohnya sewaktu makan minum berjalan baring dan setiap masa berisi dengan ingatan kepada Allah iaitu zilkrullah ini bermakna mereka telah berjaya melaksanakan tujuan dan roh solat kerana tujuan dan roh solat itu adalah mengingati Allah atau zikrullah

Seperti mana sabda nabi yang bermaksud lebih kurang berbunyi jangan sangka ketika mataku tidur aku tidur kerana hati ku tetap jaga 

Yang di maksudkan hati beliau baginda nabi itu jaga iaitu hati beliau terus menerus berhubung dengan Allah dalam hal berkepanjangan mengingati Allah dan nabi telah melaksanakan solat yang berkekalan iaitu solat daimun

Imam Al Ghazali melalui kitab Ihya Ulumuddin yang telah diterjemahkan dalam kitab Sirrussalikin pernah menulis, diantara manusia yang terpedaya dengan amal iaitu manusia yang terlalu memelihara bacaan solat zahir sehingga terlupa hak solat yang batin iaitu zikrullah

Cara yang di ajarkan nabi adalah rasai seolah olah kamu melihat Allah kalau tidak mampu memadai rasai Allah melihat kamu

Cara yang terbaik ialah berzikir kehadratullah perlu diingat zikir bermaksud ingat kepada Allah seperti mana yang di anjurkan oleh nabi
Imam Malik dalam Al Muatta' pernah berkata barang siapa bersyariat tidak berhaqiqat adalah fasik dan barang siapa berhaqiqat tanpa bersyariat adalah zindiq manakala yang menghimpunkan keduanya barulah benar benar beriman

Memang tidak dinafikan syariat itu kulit manakala hakikat itu isi namun isi tanpa kulit, nak tau apa dia tu yang di dalam lubang tandas itulah isi tanpa kulit inilah perbandingan mereka yang hanya melakukan solat daimun tapi meninggalkan solat lima waktu langsung tiada nilai di sisi Allah seperti tiada nilainya najis dalam lubang tandas bukan takat tak bernilai malah di benci lagi 

Sebenarnya ibadah solat ini adalah ibadah yang sangat istimewa kerana dalam solat terdapat takbir tahmid tahlil tasbih selawat senang cakap all in one package 


Isnin, 18 Oktober 2010

Mengenal Allah S.W.T

Mengenal Allah S.W.T.
1. Mengenal Allah s.w.t adalah fardhu Ain atas tiap-tiap mukallaf dengan mengetahui namaNya dan sifat-sifatNya yang bertepatan dengan syarak yang berlandaskan ajaran para Nabi dan Rasul.
2. Nama-nama Allah s.w.t (Al-Asma ‘ul-Husna) dan sifat-sifat yang Maha Besar dan Maha Tinggi. Nama Allah s.w.t yang lebih masyhur di antara segala nama-namaNya ialah Allah, disebut lafaz Al-Jalalah (Lafaz yang Maha Besar) dan yang lain daripada ini diketahui melalui Al-Quran dan Al-Hadith. Semuanya sentiasa menjadi sebutan umat Islam contohnya Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Quddus, As-Salam, Al-Mukmin.
3. Sifat-sifat yang diketahui oleh mukallaf terbahagi kepada dua bahagian :
a) Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan Ijmali (Ringkas) iaitu bahawa beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus (jazam) bahawa wajib bagi Allah s.w.t bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan yang layak dengan keadaan ketuhanan dan mustahil atasNya bersifat dengan apa-apa jua sifat kekurangan.
b) Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan jalan tafsili (satu persatu) iaitu bahawa beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli (dengan akal) dan dalil naqli (dengan Al-Quran dan Hadith) bahawa wajib dan beriktiqad dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli dan naqli. Maka mustahil atas Allah s.w.t bersifat dengan segala lawan sifat yang wajib tersebut.

4. Mengenal Allah s.w.t wajib melalui tiga perkara :
a) Iktiqad yang putus (jazam) iaitu tiada syak, dzan dan waham. Jika iktiqadnya ada salah satu daripada tiga tadi maka tidak dinamakan mengenal Allah s.w.t.
b) Muafakat (bersetuju) iktiqad itu dengan yang sebenar (bertepatan dengan iktiqad Ahli Sunnah Wal-Jamaah), maka tidak dinamakan mengenal jika iktiqad tidak bertepatan dengan yang sebenar (Ahli Sunnah Wal-Jamaah) seperti iktiqad orang Nasrani dan Yahudi.
c) Dengan dalil sekalipun dengan dalil ijmali, jika iktiqadnya putus (jazam) serta bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah tetapi jika tidak dengan dalil maka dinamakan taqlid.
5. Iktiqad yang tidak terputus atau tidak bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah, maka para ulama membuat persetujuan bahawa menghukum orang itu kafir. Dan bagi iktiqad orang bertaqlid itu timbul perselisihan ulama padanya. Mengikut qaul yang muktamad orang yang bertaqlid itu tidak dihukumkan kafir jika taqlidnya putus dengan dihukum mukmin yang menderhaka (jika ia belajar maka tidak dihukumkan mukmin yang derhaka).
6. Makna taqlid ialah menerima perkataan orang lain dengan tidak mengetahui dalil dan keterangan.
7. Taqlid terbahagi kepada dua bahagian:
a) Taqlid Jazam (Putus) Iktiqad yang teguh dan tidak akan berubah walaupun orang yang diikuti itu berubah. Maka taqlid ini di sisi Ahli Sunnah  Wal-Jamaah sah imannya kerana ada mempunyai iktiqad yang jazam (putus).
b) Taqlid yang tidak Jazam (Tidak Putus) Menerima perkataan orang lain dengan tidak teguh sekiranya orang yang diikuti seperti guru-gurunya, ibubapanya atau lainya. Iktiqad mereka berubah-ubah mangikut orang yang diikutinya. Maka taqlid ini dihukumkan tidak sah imannya kerana serupa imannya dengan syak, zhan atau waham (tiada putus).
8. Kesimpulannya iman orang yang bertaqlid sentiasa di dalam bahaya atau bimbang dan tergantung kebenarannya atas orang yang diikutinya. Jika benar perjalanan orang yang diikutinya seperti guru-gurunya maka mengikutnya selamat, tetapi jika sebaliknya binasalah mereka.
9. Hendaklah seseorang itu bersungguh-sungguh menuntut Ilmu Tauhid yang sahih supaya terlepas ia daripada syak dan waham dalam iman kerana di akhir zaman ini terdapat ramai ahli-ahli bida’ah.
10. Taqlid itu membawa mudharat kerana jalan membawa kepada sesat yang amat hina yang tiada layak pada seseorang manusia. 

Khamis, 14 Oktober 2010

Umat Islam hanya perlu Yakin



Umat Isam tidak perlu diatur, mereka hanya perlu YAKIN


klik imej untuk besarkan
"Dalam satu program yang bertajuk ONE FAMILY dari channel online Islamik – MAJD. Speakernya ialah Dr.Yahya Alyahya (Ketua CALL to Islam Committee, Amerika Syarikat) Dia mengatakan bahawa umat Islam tidak pernah perlu diatur, mereka hanya perlu YAKIN.
Dia menceritakan kisah berkenaan seorang bukan Islam Amerika yang sedang berbincang dengannya mengenai Islam, sambil Dr Yahya menonton secara live , broadcast dari Kaabah, di kaca TV.
Orang Amerika sangat kagum tentang bagaimana sebegitu ramai orang di dalam Masjidil Haram, lebih dari 3 juta umat Islam berada di sana pada malam terakhir bulan suci Ramadhan, begitu sesak sehingga tidak teratur.
Dr Yahya bertanyakan Non-Muslim tersebut : Berapa lama anda fikir mereka akan turun untuk menyusun dalam baris dan mula solat?
Dia menjawab: sekurang-kurangnya 2-3 jam
Sheikh mengatakan: tapi masjid (HARAM) dari Kaabah ada mempunyai 4 tingkat
Orang itu berkata: Oh, ini akan memakan masa 12 jam untuk organize.
Sheikh mengatakan: Anda mesti ingat bahawa mereka berasal dari negara-negara di seluruh dunia dengan bahasa yang berbeza.
Orang Amerika berkata: Ini sangat mustahil untuk mereka menyusun barisan DENGAN APA CARA SEKALIPUN!
Kemudian tiba  waktu solat , dan Imam berdiri dan berkata ESTAWOO (tetapkan dirimu)
Dan dalam beberapa saat, seluruh pemandangan berubah dan kerumunan 3 juta umat Islam menetapkan diri sendiri dalam baris dengan teratur dengan baik dalam masa BEBERAPA SAAT sahaja!


Orang Amerika menatap kaca TV untuk beberapa saat, dan kemudian berkata:
ASH-HADU ALLAH ILAHA ILLA ALLAH WA ASH-HADU ANNA MOHAMMADAN RASULULLAH. (Aku bersaksi bahawa tidak ada yang patut disembah melainkan ALLAH, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah)

ubahsuai dari isuhangat

Mumkinun

Mumkinun (Baharu Alam)
Adapun yang wajib bagi ‘Alam mengandung empat perkara:
1.  Jirim, iaitu barang yang beku bersamaan luar dan dalam seperti, batu, kayu, besi dan tembaga
2.  Jisim, iaitu barang yang hidup memakai nyawa tiada bersamaan luar dalam seperti manusia dan binatang
3.  Jauhar Farad, barang yang tiada boleh dibelah-belah atau dibagi-bagi seperti asap, abu dan kuman yang halus-halus
4.  Jauhar Latief, iaitu Jisim yang halus seperti ruh, malaikat, jin, syaitan dan nur

Wajib bagi Jirim, Jisim, Jauhar Farad dan Jauhar Latief bersifat dengan empat sifat:
1.  Tempat, maka wajib baginya memakai tempat seperti kiri atau kanan, atas atau bawah, hadapan atau belakang
2.  Jihat (arah), maka wajib baginya memakai jihat seperti utara atau selatan, barat atau timur, jauh atau dekat
3.  Berhimpun atau bercerai
4.  Memakai ‘arad, yaitu gerak atau diam, besar atau kecil, panjang atau pendek dan memakai rasa seperti manis atau masam, masam atau tawar dan memakai warna-warna seperti hitam atau putih, merah atau hijau dan memakai bau-bauan seperti harum atau busuk.

Sesungguhnya apabila seseorang itu berfikir dan meneliti kejadian alam ini maka ia dapat petunjuk bahawa Allah s.w.t yang telah menjadikannya.
1. Melihat sesuatu kejadian yang ada disekeliling kita seperti kerusi atau meja dan sebagainya maka kita dapati kerusi atau meja tersebut tidak boleh ada dengan sendirinya melainkan ada yang membuatnya dan yang mengadakannya. Maka dengan itu kita beri’tiqad dan percaya alam ini tidak boleh ada dengan sendirinya melainkan ada yang menjadikan dan menciptakannya tentulah Allah s.w.t yang Maha Pencipta.

2. Kita meneliti dan mengkaji dengan lebih jauh lagi akan perbuatan-perbuatan orang yang membuat kerusi atau meja ada yang berbagai bentuk dan rupa, yang mana mereka sentiasa membuat dan mengukir kerusi atau meja tadi dengan lebih baik dan lebih halus lagi ukirannya tetapi tidak pernah lengkap dan sempurna. Maka itu kelemahan dan kekurangan manusia yang mengikut kadar dan ilmu serta kekuatan yang dianugerahkan oleh Allah Ta'ala. Maka kita menyedari bahawa Allah Ta’ala adalah Maha Sempurna di dalam mencipta kejadian alam ini.

3. Kita melihat akan kejadian langit dan bumi ini dan alam cekerawala ini daripada manusia, bulan, matahari, haiwan, tumbuh-tumbuhan yang mana setiap jenis dijadikan dengan cukup lengkap dan sempurna. Contohnya manusia yang dijadikan adalah sebaik-baik kejadian iaitu: berakal, bertutur, mendengar dan lain-lain sifat lagi.

Dan apabila kita perhatikan alam cekerawala seperti bumi, langit, bulan, matahari dan lain-lain yang mana semuanya dicipta untuk manafaat dan keperluan semua makhluk yang mana semua itu melemahkan akal para cerdik pandai memikirkan segala kejadian tersebut yang tiada tolok bandingnya. Maka nyatalah di sini bahawa penciptanya mempunyai kuasa yang Maha Sempurna, Ilmu yang Maha luas dan bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang Maha Suci dari segala sifat kekurangan.

Sesungguhnya dari Kaedah Syar’iyyah dan berita para Nabi bahawa yang menjadikan alam ini ialah Allah s.w.t kerana segala perbuatanNya menunjukkan bekas bagi segala sifat yang Maha Suci dan tidaklah makhluk dapat mengetahui hakikatnya kerana segala makhluk ciptaanNya sentiasa bersifat lemah dan mempunyai segala kekurangan.

Ilmu Tauhid

Ilmu Tauhid
Adapun  pendahuluan masuk pada menjalankan ilmu tauhid itu berhimpun atas 3 perkara:
1. Khawas yang lima iaitu Pendengaran, Penglihatan, Pencium, Perasa lidah dan Sentuhan
2. Khabar Mutawatir iaitu khabar yang turun menurun. Adapun khabar mutawatir itu dua bahagi:
    a. Khabar Mutawatir yang datang daripada lidah orang ramai
    b. Khabar Mutawatir yang datang daripada lidah rasul-rasul
3. Kandungannya yaitu mengandung pengetahuan dari hal membahas ketetapan pegangan kepercayaan kepada Allah dan kepada rasul-rasulNya, daripada beberapa simpulan atau ikatan kepercayaan dengan segala dalil-dalil supaya diperoleh I’tikad yang yakin (kepercayaan yang putus/ Jazam sekira-kira menaikkan perasaan/ Zauk untuk beramal menurut bagaimana kepercayaan itu.

Aqal
Adapun ‘Aqal itu dua bahagian :
1. ‘Aqal Nazori, iaitu aqal yang berkehendak kepada fikir dan keterangan.
2. ‘Aqal Doruri, iaitu aqal yang tiada berkehendak kepada fikir dan keterangan.

Adapun Hukum ‘Aqal itu tiga bahagian:
1.  Wajib ‘Aqal iaitu barang yang tiada diterima oleh aqal akan tiadanya maka wajib adanya (Zat, Sifat dan Af’al Allah)
2.  Mustahil ‘Aqal  iaitu barang yang tiada diterima oleh aqal akan adanya maka mustahil adanya (Segala lawan daripada sifat yang wajib, sekutu)
3.  Harus ‘Aqal  iaitu barang yang diterima oleh akal akan adanya atau tiadanya (Alam dan segala isinya yang baharu / diciptakan)
Sesungguhnya setiap orang yang hendak mengenal Allah s.w.t. dan mengetahui sifat-sifatnya , maka wajiblah lebih dahulu ia mengetahui akan hukum 'aqal dan bahagiannya.

Pengertian Hukum 'Aqal :
Hukum ialah menetapkan suatu perkara kepada suatu perkara yang lain atau menafikan suatu perkara daripada perkara yang lain dengan tidak berkehendak kepada dicuba pada menetapkan sesuatu perkara itu ( Adat ) dan tidak tergantung kepada sesuatu perbuatan yang diperbuat oleh mukallaf ( bersalahan dengan hukum Syari'e ).

Pengertian 'Aqal :
Adalah 'Aqal itu satu sifat yang dijadikan Allah s.w.t. pada manusia sehingga dengan itu manusia berbeza dengan haiwan. Maka dengannya boleh menerima ilmu Nazhariyyah ( Ilmu yang berkehendakkan berfikir ) dan boleh mentadbirkan segala pekerjaan dengan fikiran yang halus dan daripadanya tempat lahirnya berbagai-bagai manafaat dan kebahagiaan kepada manusia.
Dan aqal itu berhajat kepada undang-undang Syarak dan undang-undang Syarak juga tidak boleh berjalan mengikut yang dikehendaki melainkan berhajat kepada 'aqal. Dan di antara keduanya berhajat antara satu dengan yang lain ( ' Aqal berhajat kepada Syarak dan Syara' berhajat kepada 'Aqal )

Bahagian Hukum 'Aqal :
Adalah hukum 'aqal itu terbahagi kepada tiga :
1) Wajib 'Aqli  iaitu perkara yang tiada diterima 'aqal akan tiadanya, hakikatnya mesti menerima ada.Yang demikian wajib bagi Allah s.w.t. bersifat qidam maka maksudnya ialah mesti ada Allah s.w.t bersifat qidam.
2) Mustahil 'Aqli  iaitu perkara yang tidak diterima 'aqal akan adanya , hakikatnya mesti tiada . Yang demikian mustahil Allah s.w.t. bersifat baharu maka maksudnya tidak sekali-kali Allah s.w.t. itu bersifat baharu.
3) Harus 'Aqli  iaitu perkara yang diterima 'aqal adanya dan tiadanya, maka hakikatnya boleh menerima ada dan tiada seperti keadaan seseorang itu adakalanya boleh bergerak atau diam.

Bahagian Wajib 'Aqli :
Adalah wajib 'aqli terbahagi dua :
1) Wajib 'aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan sesuatu itu tetap adanya dengan tiada berkehendak kepada bahasan dan kenyataan seperti menghukumkan satu itu tetap separuh daripada dua .
2) Wajib 'aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap adanya dengan berkehendak kepada fikiran dan bahasan serta mendatangkan dalil-dalil atas ketetapan hukumnya itu seperti menghukumkan wajib adanya Allah s.w.t. yang menjadikan alam ini berserta dengan bahasan dan dalil-dalilnya.

Bahagian Mustahil 'Aqli :
Adalah Mustahil 'Aqli terbahagi dua :
1) Mustahil 'Aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap tiada Berkehendak kepada bahasan dan mendirikan dalil seperti contoh menghukumkan tiada terima ;aqal satu itu separuh daripada tiga.
2) Mustahil 'Aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap tiada Dengan berkehendak kepada fikiran dan bahasan serta mendatangkan dalil-dalil atas ketetapan hukumannya itu seperti menghukumkan tiada terima 'aqal ada yang mensyirik bagi Allah s.w.t. maka dengan itu 'aqal menghukumkan mustahil ada syirik bagi Allah s.w.t itu melainkan dengan diadakan bahasan dengan mendatangkan dalil.

Bahagian Harus 'Aqli :
Adalah Harus A'qli itu terbahagi dua :
1) Harus 'Aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan sesuatu boleh terima ada dan tiada dengan tidak berkehendakkan bahasan dan mendatangkan dalil seperti menghukumkan keadaan seseorang itu adakalanya ia bergerak atau diam .
2) Harus 'Aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan sesuatu boleh dijadikan atau tiada boleh dengan berkehendak kepada bahasan dan mendatangkan dalil-dalil seperti contoh memberikan ganjaran pahala kepada orang yang tidak beramal , maka 'aqal menghukumkan hal itu adalah harus melainkan dengan diadakan bahasan dan dalil-dalil yang menunjukkan harus pada Allah s.w.t. memberikan seperti itu .


Ahad, 10 Oktober 2010

Malaikatmu.. ...tersentuh hati....
Suatu hari seorang bayi sedia untuk dilahirkan ke dunia... 
Dia bertanya kepada Allah : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?" 
Dan Allah menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ." 
Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia." 
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia" 
"Dan bagaimana saya boleh memahami disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak memahami bahasa mereka ?" 
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara." 
"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?" 
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa" 
"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ? 
"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya" 
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi" 
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu boleh kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu" 

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan 
"Allah, jika saya harus pergi sekarang, bolehkah Engkau memberitahuku nama malaikat tersebut ?" 
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: "IBU " 
Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat.... 
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala anda hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu... 

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : 
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, 
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, 
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam 
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu." 
"Sampaikanlah walau satu ayat" 


Sejarah Ayat Kursi

SEJARAH AYAT KURSI
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya. 
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t. 
Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal  fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."
Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri.Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap solat Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap solat, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah-rumah di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap solat Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir solat Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Warta dari Sheikh Maulana Hj. Ibrahim Al-Affan…


Ahad, 3 Oktober 2010

3 Serangkai

3 Serangkai
Di dalam ajaran Islam, secara umum ilmu-ilmu yang penting itu boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu :  
1.  Usuluddin (aqidah)
2.  Feqah (syariat)
3.  Tasauf (akhlak)
Dalam pengamalannya setiap orang Islam mestilah melaksanakan secara serentak ketiga-tiga ilmu tadi. Sama ada dari segi teori mahupun praktikal, atau dari segi ilmiah dan amalinya.
Tiga ilmu ini merupakan tiga serangkai yang tidak boleh dipisah-pisahkan . Kalau dipisah-pisahkan salah satu daripada 3 serangkai itu, maka akibatnya rosaklah yang lain-lainnya. Ertinya amalan Islam itu menjadi sah apabila ketiga-tiga ilmu tersebut dilaksanakan sekaligus dan serentak. Ia tidak boleh diamalkan satu-satu sahaja tanpa yang lain. Berfeqah sahaja atau berusuluddin sahaja atau berakhlak sahaja, tentu akan merosakkan keislaman seseorang. Jadi 3 serangkai ilmu ini tidak boleh dipisah-pisahkan dalam seluruh tindakan hidup. Kalau dipisah-pisahkan dalam pengamalan seharian, paling tidak seseorang itu akan jadi fasiq. Bahkan berkemungkinan ia akan jatuh kafir tanpa sedar.
Dari ketiga-tiga ilmu ini, tapak atau asasnya adalah ilmu usuluddin. Di atas tapak ilmu yang menjadi pegangan dan keyakinan setiap orang Islam itu, maka ditegakkan syariat (feqah) dan akhlak (tasawuf). Kalau diibaratkan kepada sebuah bangunan, usuluddin itu adalah asasnya. Bangunan rumah serta peralatan-peralatannya itulah syariat dan akhlak. Kalau begitu rumah dan peralatan rumah tersebut tidak dapat ditegakkan sekiranya asas rumah tersebut tidak ada atau tidak kukuh dan tidak kuat. Justeru itu dalam ajaran Islam :
1.  Usuluddin itu adalah asas Islam atau tapak Islam
2.  Syariat dan tasawuf ialah furudan cabang-cabangnya .
Kalau begitu, ilmu usuluddin dalam ajaran Islam amat penting dan utama. Kerana ia mengesahkan syariat dan akhlak. Syariat dan akhlak tidak ada nilai disisi Allah kalau aqidah atau usuluddin telah rosak. Perkara-perkara yang berkaitan dengan ilmu usuluddin adalah yang terkandung di dalam rukun iman yang meliputi 6 perkara tersebut.
Maka ilmu usuluddin yang menjadi asas kepada ajaran Islam merupakan ilmu yang paling penting. Ia menjadi perkara utama dan pertama untuk setiap individu Islam yang mukallaf mempelajarinya. Belajar ilmu usuluddin ini adalah fardhu ain yakni wajib bagi setiap individu yang mukallaf . Jatuh berdosa besar bagi orang yang tidak mempelajarinya. Hatta boleh jatuh kufur secar tidak sedar kalau jahil tentang ilmu ini.
Ilmu usuluddin yang berkait dengan ALLAH dan sifat-sifatNya kalau tidak dipelajari paling mudah untuk menyebabkan jatuh kepada kufur. Sebab itu dihukumkan wajib bagi setiap mukallaf mempelajarinya terlebih dahulu mendahului ilmu-ilmu lain. Dalam hadis Rasulullah SAW ada menyebut (terjemahannya) : Awal-awal agama ialah mengenal Allah. Oleh itu ilmu usuluddin ini tidak boleh dicuaikan daripada mempelajarinya. Supaya ia dapat dijadikan pegangan dan keyakinan yang mantap dan teguh dihati. Tanpa dicelahi oleh syak, zan dan waham. Sekiranya dicelahi oleh syak, zan dan waham atau salah satu darinya maka seluruh amal ibadah itu tidak sah atau tertolak. Ertinya tidak ada apa-apa disisi Allah. Amalan itu hanya sia-sia sahaja. Walau bagaimana baik dan kemas sekalipun ibadah yang dipersembahkan pada Allahs ekiranya dicelahi oleh salah satu daripadanya, maka ibadah itu akan dicampak semula kemuka pengamalnya. 
Mengikut kebiasaan, walaupun cantik amalan syariat atau akhlak, ia masih tetap bergantung kepada aqidah. Sekiranya aqidahnya baik, maka baiklah syariat dan akhlaknya. Tetapi kalau aqidahnya rosak, maka rosaklah syariat dan akhlaknya. Ibaratnya seperti sebatang pokok. Kalau pokoknya subur, itu adalah kesan dari akar tunjangnya yang kuat tadi. Yang menjadikan ianya berdaun, menghijau, menghasilkan bunga yang cantik dan harum mewangi serta buah yang banyak lagi sedap dan manis rasanya. Sehingga mejadikan kepingin semua makhluk terutama manusia untuk mendekatinya dan bernaung di bawahnya serta mengambil manfaat darinya. 
Begitulah juga bagi mereka yang akidahnya baik tentulah syariatnya jadi sempurna dan akhlaknya cantik. Semua hukum hakam yang lima yakni yang wajib dan sunat dapat ditegakkan, yang haram dan makruh dapat dijauhi, dan yang harus (mubah) terpulang, hingga ia mencorak hidup individu dan masyarakat. Alhasil kalau sudah ramai yang aqidahnya tepat dan kuat maka akan lahirlah negara yang aman dan makmur yang mendapat keampunan Allah.