Ahad, 24 Julai 2022

TOKO RB (REZEKI BERKAH)

 Assalam semua 

Selamat datang ke Toko RB untuk membeli belah keperluan rumah tangga. Terdapat berbagai pilihan dari perkakasan dapur, peralatan automotive, gadget hp, pakaian dan lain-lain yang akan ditambahkan dari masa ke masa. 

Terima kasih atas kunjugan pembaca semua ke kedai Toko RB

TOKO RB 










Sila layari kedai RB


Khamis, 14 Julai 2022

PTT OUTDOOR BARANG KEPERLUAN AKTIVITI LUAR

PTT OUTDOOR - BARANG KEPERLUAN AKTIVITI LUAR

Keperluan aktiviti luar seperti berbasikal, camping, alat memasak, hammock, emergency kit semua terdapat di bawah satu bumbung PTT OUTDOOR

Pelbagai Gajet untuk Outdoor

SEMUANYA DI SINI

AL IHSAN SPORT BARANG KEPERLUAN SUKAN DAN KASUAL

AL-IHSAN SPORT

Sila dapatkan berbagai barangan Lelaki, Wanita, Kanak-kanak, Barangan sukan dan banyak lagi dari berbagai JENAMA dari AL-IHSAN SPORT

Antara barangan yang ditawarkan

Banyak lagi tawaran menarik serta discount / potongan harga

Terdapat juga 3 kali bayaran tanpa faedah 0% by Atome

Maklumat lanjut klik dibawah 

 Di Sini

UPGRADE AKAUN CANVA PRO & KELEBIHAN

 CANVA PRO MEREALISASIKAN sebarang design yang anda perlukan




Antara kelebihan kanva pro

1. FREE FLOW GAMBAR 

Kalau upgrade CanvaPro, kita dapat akses kepada gambar dan element premium! Nak buat akaun Canva ni free je, buat lah sebanyak mana akaun yang korang nak buat memang free melainkan kalau kita nak akaun yang premium lah yang tu memang kena bayar sikit yang bestnya Canva ni walaupun percuma kita akan dapat guna beratus, beribu atau mungkin berjuta gambar, shapes, dan icon yang percuma bila kita nak buat editing

2. ANIMATION

Siapa sini tak pandai buat animation? Jangan risau bila dah ada akaun Canva ni kita boleh animate dengan senang je. Daripada gambar biasa yang plain, dengan 1 klik sahaja kita boleh convert ia jadi animated video. Sesuai untuk IG Stories. Tapi ni kalau kita subscribe Canva Pro kita boleh guna feature animation ni. Paling bestnya sebab kita hanya perlu design yang macam kita nak dan tak perlu susun ikut masa supaya benda tu bergerak. Korang hanya perlu tekan jenis-jenis animation yang macam korang nak. 

3. FONT STYLISH 

Dengan CanvaPro, pilihan font akan lebih banyak. Walaupun kita tak guna Canva Pro, korang tetap akan dapat guna pelbagai font yang cantik, stylish dan fancy. Dekat situ korang boleh pilih nak jenis yang macam handwriting, serif, non serif dan banyak lagi tau. Bukan setakat dua je font yang dia bagi free tapi berpuluh-puluh.

Cara mudah hilangkan background dengan 1 klik

4. REMOVE BACKGROUND

Kadang-kadang gambar yang kita ambil tu kita nak tukar background dan jadikan poster yang menarik betul? Ya lah, nampak profesional dan versatile. Walaupun ada cara lain untuk remove background, tapi fungsi ‘remove background’ di Canva pada pandangan kami adalah lebih baik berbanding third-party app seperti website remove.bg.

5. CONTENT PLANNER / CALENDAR

Sekarang, anda boleh design, rancang, susun dan jadualkan setiap content media sosial guna Canva. Fungsi terbaru yang amat memudahkan para Social Media Manager di luar sana. Setiap design yang kita design di Canva kita boleh link-kan pada content planner ini dan boleh jadualkan waktu dan bila nak upload ke laman media sosial.

Kami amat mencadangkan anda upgrade kepada CanvaPro hari ini. Canva menawarkan free-trial selama 14 hari untuk anda godek-godek dan guna features yang terdapat dalam CanvaPro.

KOPI WONDA PELBAGAI VARIASI

Pelbagai jenis kopi Wonda boleh didapati di sini dengan vasriasi pelbagai harga

Wonda 3-in-1 Premium Coffee Kopi Tarik (15 x 25g)


Kopi Wonda


Ingin rasai sendiri kopi Wonda
Dapatkan di sini

Rabu, 13 Julai 2022

7 MANFAAT AIR CUCIAN BERAS UNTUK TANAMAN

MANFAAT AIR CUCIAN BERAS UNTUK TANAMAN

Manfaat air cucian beras untuk tanaman, boleh menyuburkan dan melindungi dari Serangga.Jangan buang air bekas cuci beras, kerana dapat menyuburkan tanaman.Hal yang mungkin tidak terpikirkan ketika kita mencuci beras adalah menyimpan airnya untuk keperluan tertentu. Padahal, manfaat air cucian beras untuk tanaman cukup banyak.

Foto dari Pexel Bay

Memelihara tanaman hiasan di rumah tentu memiliki banyak manfaat, kerana tanaman hiasan dapat meningkatkan kualiti udara di dalam ruangan dan memperindah halaman rumah.

Untuk menjaga kualitinya, tentu kita harus mengetahui bagaimana caranya agar tanaman di rumah tetap tumbuh subur dan sehat.

Merawat tanaman memang tidak mudah, diperlukankan ketelitian untuk membuatnya tetap tumbuh subur.

Beberapa cara yang umum dilakukan dalam perawatan tanaman adalah menyiramnya dengan air yang cukup dan memberikan baja secara rutin.

Tapi, pernahkah terpikirkan oleh kita untuk menyiram tanaman dengan air cucian beras?

Foto dari Freepik

Air Cucian Beras Dapat Menjadi Baja Organik untuk Tanaman

Mungkin kita akan berpikir jika air cucian beras itu kotor dan tidak elok untuk menyiram tanaman, padahal faktanya ada beberapa manfaat air cucian beras untuk tanaman.

Salah satu artikel ilmiah oleh Universiti Pasir Pengairan, menulis bahawa penggunaan baja organik adalah salah satu solusi dalam mengurangkan penggunaan baja anorganik (kimia atau sintetis).

Hal tersebut kerana baja organik mampu memperbaiki sifat fizik, kimia, dan biologi tanah, sehingga dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil menuai tanaman.

Salah satu baja organik yang dapat memperbaiki unsur tanah dan dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti tanaman iaitu hasil air cucian beras.

Terdapat banyak manfaat air cucian beras untuk tanaman. Selain itu air cucian beras mudah didapatkan, mesra lingkungan, serta memiliki harga yang murah sehingga dapat terjangkau.


Foto dari Freepik


Kandungan Air Cucian Beras untuk Tanaman

Dikutip dari Medical News Today, beras mengandung 75-80% pati, dan air cucian beras diduga mengandung banyak vitamin dan mineral, di antaranya:

    Asid amino

    Vitamin B dan E

    Mineral

    Antioksidan


Manfaat Air Cucian Beras untuk Tanaman

Berikut adalah beberapa manfaat air cucian beras untuk tanaman:

1. Menyuburkan Tanaman

Manfaat air cucian beras untuk tanaman yang pertama adalah untuk menyuburkan tanaman.

Kenapa air bekas cucian beras dapat menyuburkan tanaman?

Hal tersebut berkaitan dengan banyaknya senyawa organik yang terkandung dalam air cucian beras, misalnya berbagai mineral yang sangat berfungsi baik bagi kesuburan tanaman.

Dikutip dari kajian di jurnal Plant Nutrients and Abiotic Stress Tolerance, mineral memiliki pernananan mendasar untuk meningkatkan ketahanan tanaman di bawah suhu tinggi dan tekanan lingkungan lainnya untuk tanaman.

Mineral juga memiliki fungsi bagi banyak proses fisiologis seperti pemeliharaan, fotosintesis dan aktiviti enzim untuk kelangsungan hidup tanaman tersebut.


2. Meningkatkan Pertumbuhan Tanaman

Manfaat air cucian beras selanjutnya adalah air cucian beras terbukti dapat meningkatkan pertumbuhan tanaman.

Manfaat air cucian beras untuk tanaman ini bertindak sebagai baja yang ringan. Senyawa tersebut juga dapat meningkatkan kualiti tanaman untuk kegunaan manusia, sekaligus dapat menekan penyakit pada tanaman bila diterapkan dalam jumlah yang sesuai.


3. Memperkuat Tanaman

Banyak yang tidak mengira bahwa manfaat air cucian beras untuk tanaman dapat memperkuat tanaman.

Hal ini kerana terdapat kandungan vitamin B dan E, serta mineral yang terkandung dalam air cucian beras.

Vitamin B dan E berpernan dalam terjadinya biosintesis pada tanaman dan berfungsi sebagai antioksidan, sedangkan mineral memiliki pernanan mendasar untuk meningkatkan ketahanan tanaman di bawah suhu tinggi dan tekanan lingkungan lainnya bagi tanaman.


4. Mempercepat Proses Fotosintesis

Manfaat air cucian beras selanjutnya adalah mampu membantu tanaman untuk mempercepat proses fotosintesis.

Kerana air cucian beras mengandung antioksidan yang berfungsi sebagai penyangga, yang dapat berinteraksi dengan berbagai komponen dan mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan tanaman.


5. Melindungi Tanaman Dari Serangga

Air cucian beras anti serangga secara alami. Air cucian beras mengandung protein yang memiliki berbagai peranan enzimatik, struktural, dan fungsional, serta berguna dalam proses fotosintesis, biosintesis, transportasi zat hara, dan kekebalan terhadap mikroba patogen, seperti serangga.

Protein juga bertindak sebagai media penyimpanan untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan zat benih yang sedang berkembang.


6. Membantu Tumbuh Bunga Tanaman

Selain mengandung banyak vitamin dan mineral, air cucian beras juga memiliki banyak sekali komponen atau senyawa dengan nilai zat yang bermanfaat bagi reproduksi serta pertumbuhan tanaman.

Beberapa komponen atau senyawa organik dengan nilai zat yang bermanfaat, antara lain:

Trigliserida Sebesar 10%

Trigliserida merupakan senyawa penyimpanan utama yang digunakan sebagai makanan bagi tumbuhan.

Dalam jaringan vegetatif, metabolisme trigliserida terlibat dalam pembelahan dan pengembangan sel, pembukaan stomata, dan pembentukan kembali membran lipid.

Lipid Sebesar 10%

Lipid atau lemak berfungsi sebagai komponen struktural membran sel tanaman, yang berfungsi sebagai penghalang dinding sel terhadap lingkungan luar sel.

Pada tumbuhan, lipid memiliki pernanan yang sangat penting sebagai senyawa pensinyalan dan penyimpanan energi.

Pati Sebesar 9%

Pati memiliki fungsi utama untuk sel tumbuhan menyimpan energi dalam bentuk glukosa.

Karbohidrat

Pada tumbuhan, karbohidrat yang dihasilkan oleh fotosintesis dan sangat berpernanan bagi tumbuhan kerana peranan esensial mereka sebagai sumber tenaga vital dan sebagai komponen penyimpanan.

Inositol

Inositol penting untuk penyimpanan fosfat, biosintesis dinding sel, produksi molekul yang berhubungan dengan stres pada tumbuhan, komunikasi sel-ke-sel, penyimpanan dan pengangkutan hormon tumbuhan.

Asid Fitat

Asid fitat, ditemukan dalam biji tanaman. Senyawa ini berfungsi sebagai bentuk penyimpanan utama fosfor di dalam biji.

Ketika biji mula tumbuh, fitat terdegradasi dan fosfor dilepaskan untuk digunakan oleh tanaman muda.

7. Menghilangkan Bau Tanah Akibat Kompos

Dipetik dari Easy Succulent Care, air cucian beras dapat mendorong pertumbuhan bakteria menguntungkan bila digunakan dalam jumlah yang terkawal.

Bakteria baik tersebut selanjutnya dapat membantu memecah bahan organik di dalam tanah dan akan menghilangkan bau tanah yang dihasilkan oleh kompos.

Foto dari Pexel Bay

Cara Membuat Air Cucian Beras

Oleh kerana makanan pokok sebagian besar kita adalah nasi, mendapatkan air cucian beras sangatlah mudah.

Kita boleh menggunakan air beras ini untuk menyiram tanaman.

Tetapi, untuk mendapatkan manfaat air cucian beras secara optima, jom lihat cara membuatnya!

Cara paling sederhana untuk membuat air beras adalah dengan merendam beras di dalam air selama beberapa jam, berikut langkahnya:

1. Siapkan beras yang biasanya digunakan.

2. Bilas beras dengan air untuk menghilangkan segala jenis kotoran yang ada, cukup satu kali     saja. Langkah ini juga boleh diabaikan.

3. Tambahkan 3 cawan air dan campur semuanya dalam bekas berisi beras yang sudah             dibersihkan. Biarkan selama 1 jam.

4. Kita akan melihat beras mengendap di bagian bawah.

5. Perlahan-lahan kumpulkan air beras di bekas terpisah, agar hasil lebih maksima biarkan air endapan ini selama semalam.

Jika kita hendak membaja tanaman setidaknya setahun sekali, gunakan siraman air cucian beras sekali dalam seminggu atau sebulan dua kali sudah memadai.

Air cucian beras tidak akan secara segera meningkatkan kesuburan tanah dan tanaman tidak akan berubah dalam jangka pendek.

Namun, gunakan air cucian beras secara rutin dan manfaatnya untuk jangka panjang akan terlihat.


Ubahsuai dari tulisan

Artikel oleh Orami

Home & Living


5. KHASIAT TEMPE PADA KESIHATAN

KHASIAT TEMPE PADA KESIHATAN

Harganya yang murah, mudah didapati, dan rasanya yang enak membuat tempe tidak asing dari menu makanan sehari-hari bagi sebagian kalangan.

Tempe makanan rakyat


Protein sayuran pada tempe juga didukung kandungan zat lain, seperti vitamin dan mineral untuk menjaga kesehatan tubuh. Berikut adalah beberapa manfaat dan khasiat tempe yang dapat Anda perolehi.


1. Membangun dan memperbaiki sel tubuh yang rusak

dalam pengambilan protein untuk tubuh sehat 


Kandungan protein pada tempe berdasarkan sejumlah penelitian setara dengan yang terdapat dalam daging. Protein sayuran atau yang berasal dari tumbuh-tumbuhan juga dianggap dapat menurunkan risiko terkena diabetes, penyakit jantung, dan menjaga berat badan Anda.


Secara umum, protein diperlukan oleh tubuh untuk membangun dan memperbaiki jaringan atau sel tubuh yang rusak agar dapat bekerja dengan baik. Kandungan zat pada tempe terbukti kualitinya lebih baik dari kacang soya, kerana kadar protein yang larut dalam air akan meningkatkan aktiviti enzim proteolitik.


Enzim proteolitik atau protease dapat memecahkan rantai panjang protein menjadi zat yang dapat dicerna oleh tubuh. Dikutip dari jurnal Biomolecules, enzim ini juga membantu fungsi pembelahan sel, pembekuan darah, sistem kekebalan tubuh, dan fungsi vital lainnya.


Selain itu, tempe mengandung lemak yang lebih sedikit, karbohidrat, serat, kalsium, fosfor, besi, tiamin, riboflavin, niasin, asam pantotenat, piridoksin, biotin, vitamin B12, dan retinol yang jauh lebih banyak dibandingkan dengan daging.

Tempe dibungkus dengan daun pisang


2. Menurunkan risiko osteoporosis

Manfaat kandungan kalsium dan fosfor pada tempe utamanya penting bagi pertumbuhan tulang dan gigi, terutama pada anak-anak. Pengambilan 100 gram tempe mampu memenuhi 15 persen keperluan kalsium dan 65 persen keperluan fosfor harian pada anak-anak usia 7-9 tahun, sesuai angka kecukupan gizi (AKG) pada Permenkes No. 28 tahun 2019.


Di samping itu, pengambilan kalsium dan fosfor juga dapat mencegah osteoporosis pada wanita menopos. Peneliti asal Kuala Lumpur, Malaysia dalam International Journal of Food Sciences and Nutrition, mengemukakan hal yang menakjubkan dari kandungan kalsium pada tempe.


Penelitian ini menyatakan bahwa penyerapan kalsium dari tempe tidak berbeza jauh dengan susu lembu. Untuk mendapatkan zat yang sama dengan segelas susu, Anda hanya perlu mengambil empat potong tempe. Hal ini tentu bermanfaat, terlebih pada kalangan yang memiliki kebiasaan Pengambilan susu rendah.


3. Mencegah anemia

Salah satu kandungan penting pada tempe yang bermanfaat mencegah anemia atau kurang darah adalah vitamin B12. Vitamin B12 berfungsi membantu tubuh dalam mengeluarkan sel darah merah. Secara alami, vitamin ini dapat Anda temukan pada daging, ikan, telur, dan susu, yang mana hal ini tentu tidak sesuai untuk para vegetarian, kan?


Namun, per 100 gram tempe mengandungi sekitar 1,7 mikrogram vitamin B12 yang menjadikan makanan sayuran ini satu-satunya sumber vitamin B12 yang berasal dari tumbuh-tumbuhan. Kandungan ini cukup untuk memenuhi 42 peratus keperluan vitamin B12 setiap hari.


Dengan begitu para vegetarian dan vegan tidak perlu takut untuk kehilangan vitamin B12 pada pengambilan makanan sehari-hari. Kekurangan vitamin B12 dalam tubuh dapat menimbulkan gejala, seperti pening, lemas, lelah, kulit pucat, keseimbangan tubuh menurun, dan mood labil.


4. Menangkal reaksi radikal bebas penuaan akibat radikal bebas


Tidak hanya memiliki kandungan zat yang dapat memenuhi keperluan tubuh sehari-hari, tempe mengandung zat antioksidan dalam bentuk isoflavon yang sangat diperlukan tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.


Salah satu efek radikal bebas adalah penuaan dini. Anda dapat menghambat keadaan ini dengan mengambil makanan yang mengandung antioksidan, salah satunya tempe. Dalam setiap porsi tempe, mengandung sekitar 10-38 miligram isoflavon yang memiliki beragam manfaat.


Penelitian yang dilakukan oleh University of North Carolina menunjukkan bahwa senyawa antioksidan pada tempe dapat membantu pencegahan kanser prostat dan payudara. Selain itu, kandungan ini juga dapat menurunkan risiko masalah kesehatan jantung.


5. Membantu menurunkan berat badan

Berbekal kandungan 20,8 gram protein setiap 100 gram penyajian, tempe tidak hanya bagi bermanfaat vegetarian dan vegan. Kandungan protein ini juga sesuai untuk Anda yang sedang dalam usaha menurunkan berat badan, terutama menjalani diet tinggi protein.


Satu kajian yang diterbitkan The American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan diet tinggi protein berasas kacang soya memiliki efektiviti yang sama seperti pada daging atau produk haiwan lainnya. Selain mampu mengurangi berat badan, diet ini juga dapat menurunkan rasa lapar dan meningkatkan rasa kenyang.


Penelitian lain juga menunjukkan diet kaya protein dapat merangsang thermogenesis, yang mampu membantu tubuh membakar lebih banyak kalori setelah makan. Selain untuk orang dewasa, tempe juga dapat diberikan kepada bayi sebagai makanan pendamping air susu ibu.

Tempe goreng penyediaan yang popular


Cara sehat dan terbaik dalam mengambil tempe

Tempe goreng adalah salah satu bentuk olahan tempe yang paling sering dalam penggunaan sehari-hari. Namun sayangnya, kandungan zat yang terdapat dalam tempe, seperti prebiotik yang didapatkan melalui proses fermentasi mungkin akan rusak selama digoreng.


Made Astawan, Ketua Forum Tempe Indonesia sekaligus Guru Besar Departemen Ilmu dan Teknologi Pangan Institut Pertanian Bogor, seperti diterbitkan dari Kompas.com menyarankan alternatif cara mengolah tempe, misalnya dikukus, dibakar, atau dipanggang tetap dapat menjaga manfaat kandungan zat baik di dalamnya.


Menurutnya juga, Pengambilan tempe mentah yang masih segar juga dapat dilakukan dengan cara dijus bersama dengan buah. Tempe juga secara alami mengandung MSG alami sehingga selama memasakan Anda tidak perlu menambah MSG buatan secara berlebihan.


Ubahsuai dari Hello sehat