Tuesday, October 11, 2011

Keagungan Al-Quran

Mari Kita Cuba....!


Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali kita membaca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Ganjaran paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 ganjaran, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)


Tip yang akan kongsikan ni adalah cara untuk menghafal / mencari  muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa: 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa: 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa: 23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan teman-teman. Sama-sama kita kongsikan kepada kawan-kawan kita, adik-adik kita, famili kita supaya kita sama-sama mendapat  manfaatnya..


No comments:

Post a Comment