Kalau Perbuatan Itu Baik, Nescaya Rasulullah saw Mencontohkan Lebih Dulu
Ada sekelompok golongan yang suka membid’ah-bid’ahkan (sesat) berbagai kegiatan yang baik di dalam masyarakat, seperti peringatan maulid, israk mikraj, bacaan yasin mingguan, tahlil dll. Kadang-kadang mereka berdalil dengan dalih,
Menghukum bid’ah sesat suatu amal perbuatan (baru) dengan argumen di atas adalah lemah sekali.Ini kerana alasan itu sebenarnya adalah perkataan yang keluar dari perasaan ego takabbur dan sombong orang kafir, sebab kalau diperhatikan perkataan itu sebenarnya telah diucapkan oleh orang -orang kafir yang bersikap membangga diri dan merasakan kebaikan (Islam) itu adalah mikiknya sahaja seperti firmanNya bermaksud " dan berkatalah orang kafir itu (dengan bongkaknya) kalaulah (beriman dengan Quran itu) suatu kebaikan tentulah mereka (umat Islam) tidak akan dapat mendahului kita kepadanya" al Jasiah ayat 14 malah ada berbagai amalan baik yang Baginda Rasul saw tidak mencontohkan ataupun memerintahkannya. Teriwayatkan dalam berbagai hadis dan dalam fakta sejarah.
1. Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad dari Abu Hurairah bahawa Nabi saw. berkata kepada Bilal ketika solat fajar (subuh),
“Hai Bilal, ceritakan kepadaku amalan apa yang paling engkau harap pahalanya yang pernah engkau amalkan dalam masa Islam, sebab aku mendengar suara terompahmu di surga. Bilal berkata, “Aku tidak mengamalkan amalan yang paling aku harapkan lebih dari setiap kali aku berssuci, baik di malam maupun siang hari kecuali aku solat untuk bersuciku itu”.
Dalam riwayat at Turmudzi yang ia ssahihkan, Nabi saw. berkata kepada Bilal,
‘Dengan apa engkau mendahuluiku masuk surga? ” Bilal berkata, “Aku tidak mengumandangkan azan melainkan aku solat dua rakaat, dan aku tidak berhadas melaikan aku bersuci dan aku mewajibkan atas diriku untuk solat (sunnah).” Maka Nabi saw. bersabda “dengan keduanya ini (engkau mendahuluiku masuk surga).
Hadis di atas juga diriwayatkan oleh Al Hakim dan ia berkata, “Hadis sahih berdasarkan syarat keduanya (Bukhari & Muslim).” Dan adz Dzahabi mengakuinya.
Hadis di atas menerangkan secara mutlak bahawa sahabat ini (Bilal) melakukan sesuatu dengan maksud ibadah yang sebelumnya tidak pernah dilakukan atau ada perintah dari Nabi saw.
2. Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan para muhaddis lain pada kitab Solat, bab Rabbanâ laka al Hamdu,
dari riwayat Rifa’ah ibn Râfi’, ia berkata, “Kami solat di belakang Nabi saw., maka ketika beliau mengangkat kepala beliau dari ruku’ beliau membaca, sami’allahu liman hamidah (Allah maha mendengar orang yang memuji-Nya), lalu ada seorang di belakang beliau membaca, “Rabbanâ laka al hamdu hamdan katsiran thayyiban mubarakan fîhi (Rabb kami, hanya untuk-Mu segala pujian dengan pujian yang banyak yang indah serta diberkati).
Setelah selesai solat, Nabi saw. bersabda, “Siapakah orang yang membaca kalimat-kalimat tadi?” Ia berkata, “Aku.” Nabi bersabda, “Aku menyaksikan tiga puluh lebih malaikat berebut mencatat pahala bacaaan itu.”
Ibnu Hajar berkomentar, “Hadis itu dijadikan hujjah/dalil dibolehannya berkreasi dalam zikir dalam solat selain apa yang diajarkan (khusus oleh Nabi saw.) jika ia tidak bertentang dengan yang diajarkan. Kedua dibolehkannya mengeraskan suara dalam berzikir selama tidak menggangu.”
3. Imam Muslim dan Abdur Razzaq ash Shan’ani meriwayatkan dari Ibnu Umar, ia berkata,
Ada seorang lali-laki datang sementara orang-orang sedang menunaikan solat, lalu ketika sampai saf, ia berkata:
اللهُ أكبرُ كبيرًا، و الحمدُ للهِ كثيرًا و سبحانَ اللهِ بكْرَةً و أصِيْلاً.
Setelah selesai solat, Nabi saw. bersabda, “Siapakah yang mengucapkan kalimat-kalimat tadi?
Orang itu berkata, “Aku wahai Rasulullah saw., aku tidak mengucapkannya melainkan menginginkan kebaikan.”
Rasulullah saw. bersabda, “Aku benar-benar menyaksikan pintu-pintu langit terbuka untuk menyambutnya.”
Ibnu Umar berkata, “Semenjak aku mendengarnya, aku tidak pernah meninggalkannya.”
Dalam riwayat an Nasa’i dalam bab ucapan pembuka solat, hanya saja pengarang yang ia riwayatkan: “Kalimat-kalimat itu direbut oleh dua belas malaikat.”
Dalam riwayat lain, Ibnu Umar berkata: “Aku tidak pernah meninggalkannya semenjak aku mendengar Rasulullah saw. bersabda demikian.”
Di sini diterangkan secara jelas bahawa seorang sahabat menambahkan kalimat zikir dalam i’tidâl dan dalam pembukaan solat yang tidak/ belum pernah dicontohkan atau diperintahkan oleh Rasulullah saw. Dan reaksi Rasul saw pun membenarkannya dengan pembenaran dan kerelaan yang luar biasa.
Al hasil, Rasulullah saw telah men-taqrîr-kan (membenarkan) sikap sahabat yang menambah bacaan zikir dalam solat yang tidak pernah beliau ajarkan.
4. Imam Bukhari meriwayatkan dalam kitab Sahihnya, pada bab menggabungkan antara dua surah dalam satu raka’at dari Anas, ia berkata,
“Ada seorang dari suku Ansar memimpin solat di masjid Quba’, setiap kali ia solat mengawali bacaannya dengan membaca surah Qul Huwa Allahu Ahad sampai selesai kemudian membaca surah lain bersamanya. Demikian pada setiap raka’atnya ia berbuat. Teman-temannya menegurnya, mereka berkata, “Engkau selalu mengawali bacaan dengan surah itu lalu engkau tambah dengan surah lain, jadi sekarang engkau pilih, apakah membaca surah itu saja atau membaca surah lainnya saja.” Ia menjawab, “Aku tidak akan meninggalkan apa yang biasa aku kerjakan. Kalau kalian tidak keberatan aku mau mengimami kalian, kalau tidak carilah orang lain untuk menjadi imam.” Sementara mereka menyakini bahawa orang ini paling layak menjadi imam solat, akan tetapi mereka keberatan dengan apa yang dilakukan.
Ketika mereka mendatangi Nabi saw. mereka melaporkannya. Nabi menegur orang itu seraya bersabda, “hai fulan, apa yang mencegahmu melakukan apa yang diperintahkan teman-temanmu? Apa yang mendorongmu untuk selalu membaca surah itu (Al Ikhlash) pada setiap raka’at? Ia menjawab, “Aku mencintainya.”
Maka Nabi saw. bersabda, “Kecintaanmu kepadanya memasukkanmu ke dalam surga.”
Demikianlah sunnah dan jalan Nabi saw. dalam menyikapi kebaikan dan amal ketaatan walaupun tidak diajarkan secara khusus oleh beliau, akan tetapi selama amalan itu sejalan dengan ajaran kebaikan umum yang beliau bawa maka beliau selalu merestuinya. Jawaban orang tersebut membuktikan motivasi yang mendorongnya melakukan apa yang baik walaupun tidak ada perintah khusus dalam masalah itu, akan tetapi ia menyimpulkannya dari dalil umum dianjurkannya berbanyak-banyak berbuat kebajikan selama tidak bertentangan dengan dasar tuntunan khusus dalam syari’at Islam.
Walaupun demikian, tidak seorangpun dari ulama Islam yang mengatakan bahawa mengawali bacaan dalam solat dengan surah al Ikhlash kemudian membaca surah lain adalah sunnah yang tetap! Sebab apa yang berterusan diklakukan Nabi saw. adalah yang seharusnya dipelihara, akan tetapi ia memberikan kaidah umum dan bukti nyata bahawa praktik-praktik seperti itu dalam ragamnya yang bermacam-macam walaupun seakan secara lahiriyah berbeda dengan yang dilakukan Nabi saw. tidak bererti ia bid’ah (sesat).
5. Imam Bukhari meriwayatkan dalam kitab at Tauhid,
dari Ummul Mukminin Aisyah ra. bahawa Nabi sa. Mengutus seorang memimpin sebuah pasukan, selama perjalanan orang itu apabila memimpin solat membaca surah tertentu kemudian ia menutupnya dengn surah al Ikhlash (Qulhu). Ketika pulang, mereka melaporkannya kepada nabi saw., maka beliau bersabda, “Tanyakan kepadanya, mengapa ia melakukannya?” Ketika mereka bertanya kepadanya, ia menjawab “Sebab surah itu (memuat) sifat ar Rahman (Allah), dan aku suka membacanya.” Lalu Nabi saw. bersabda, “Beritahukan kepadanya bahawa Allah mencintainya.” (Hadis Muttafaqun Alaihi).
Apa yang dilakukan oleh sahabat itu tidak pernah dilakukan oleh Nabi saw., namun demikian beliau membolehkannya dan mendukung pelakunya dengan mengatakan bahawa Allah mencintainya.
Setelah baginda Nabi saw wafat pun amal-amal perbuatan baik yang baru tetap dilakukan. Umat islam mengakuinya berdasar dalil-dalil yang sahih. Semak berbagai contoh berikut,
1. Pembukuan al Qur’an. Sejarah pengumpulan ayat-ayat Al-Qur’an. Bagaimana sejarah penulisan ayat-ayat al Qur’an. Hal ini terjadi sejak era sahabat Abu Bbakar, Umar bin Khattab dan Zaid bin Tsabit ra. Kemudian oleh sahabat Usman bin ‘Affan ra. Jauh setelah itu kemudian penomboran ayat / surat, harakat tanda bacaan, dll.
2. Solat Terawih seperti saat ini. Khalifah Umar bin Khattab ra yang mengumpulkan kaum muslimin dalam solat terawih bermakmum pada seorang imam. Pada perjalanan berikutnya dapat ditelusuri perkembangan solat terawih di masjid Nabawi dari masa ke masa.
3. Modifikasi yang dilakukan oleh sahabat Usman Bin Affan ra dalam pelaksanaan solat Jum’at. Beliau memberi tambahan azan sebelum khutbah Jum’at.
4. Pembukuan Hadis. Bagaimana sejarah pengumpulan dari hadis satu ke hadis lainnya. Bahkan Rasul saw pernah melarang menuliskan hadis-hadis beliau karena takut bercampur dengan Al Qur’an. Penulisan hadis baru digalakkan sejak era Umar ibn Abdul Aziz, sekitar tahun 100 H.
5. Penulisan Sirah Nabawi. Penulisan berbagai kitab nahwu saraf, tata bahasa Arab, dll. Penulisan kitab Maulid. Kitab zikir, dll
6. Saat ini melaksanakan ibadah haji sudah tidak sama dengan zaman Rasul saw atau para sahabat dan tabi’in. Jamaah haji tidur di hotel berbintang penuh kemudahan kemewahan, khemah juga dipasang pendingin hawa untuk yang haji plus, menaikki kereta saat menuju ke Arafah, atau kembali ke Mina dari Arafah dan lainnya.
Masih banyak contoh-contoh lain. Ini kerana sahabat amat faham dengan panduan agama yang terkandung dalam firmanNya bermaksud “apa yang dibawa oleh Rasulullah itu ambil dan amalkan dan apa yang dilarangnya maka jauhi dan tinggalkanlah” al Hasyr ayat 7
jadi perkara yang tidak dilarangnya dan tidak dibawanya malah didiamkan bukan kerana lupa itulah kema'afan dan kelonggaran serta rahmat Allah untuk hambaNya sesuai dengan hadis Rasulullah yang di bawa oleh Imam kita Nawawi ra. dalam kitab arba'innya
Wallahu a’lam.