Monday, September 12, 2011

Fadhilat Al Fatehah


Fadhilat Al Fatehah

Sabda Rasulullah s.a.w. :

Ertinya: "Sesiapa membaca fatihah nescaya mendapat pahala baginya seumpama pahala orang yang membaca tujuh kali At Taurat, Al Injil, Az Zabur, Al Quran dan Suhuf (Idris dan Ibrahim)"


Dan tiap-tiap satu huruf yang dibacanya itu dikurniakan kepadanya satu darjah didalam syurga yang luasnya seumpama perantaraan Bumi dengan Langit.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya: "Demi Allah bahawasanya Fatihah itu ialah 'Al Sab'ul masyaani ' dan Quran yang maha besar yang dikurniakan Allah SWT kepada aku dan tidak ada dalam At Taurat, Al Injil, Az-Zabur dan Al-Quran yang serupa denganya."

Fatihah sunat dibaca pada tiap-tiap kali hadir ke masjid dan sebelum keluar daripadanya, Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya: " Barang-barang yang dikeluarkan daripada harta perbendaharaan 'Arasy ialah empat perkara iaitu: Fatihah, Ayat Kursi, dua ayat yang penghabisan surah Al Baqarah (285-286) dan surah Al Kauthar."

Pahala orang yang membaca Fatihah sepadan dengan pahala orang yang membaca dua pertiga (2/3) Al- Quran.

Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya:
"Yang terlebih afdal dalam Al Quran ialah 'ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ'

Sesiapa membaca fatihah dan "قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ",

nescaya sejahteralah daripada sekelian bencana yang lain selain daripada mati.

Sunat melafazkan 'Amin' ketika selepas membaca fatihah samaada fatihah yang kita baca sendiri atau Fatihah yang iman baca.

Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya: " Apabila selesai iman daripada membaca Fatihah hendaklah kamu baca amin nescaya diperkenan permintaan kamu."

Hadith Rasulullah s.a.w.:

"Pada suatu masa sedang Rasulullah s.a.w. bersama dengan Abu Zaid berjalan pada suatu jalan di Madinah tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki sedang membaca Fatihah lalu Nabi s.a.w. bersabda: "Kita berhenti dengarkan Fatihah ini hingga sempurna bacaannya."

Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya: "Sesiapa membaca Fatihah maka mendapat pahala baginya seumpama pahala orang yang membaca Al Injil, Az-Zabur, At Taurat, Al-Quran dan tiap-tiap satu ayat yang dibacanya itu baginya pahala seumpama mensedekahkan beberapa banyak emas kerana fiisabilillah dan terpelihara tubuhnya daripada masuk kedalam api neraka dan kemudiannya daripada Nabi ialah orang yang terlebih kaya daripada orang-orang yang masuk kedalam syurga."

Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya: "Pada malam dibawaku daripada Baitullah ke Baitulmaqdis, ketika aku berhenti di'Arasy dan aku nampak Fatihah dan sekelian Quran tertulis pada Luh mutiara dan yaqut, kemudian aku pohon daripada Allah SWT akan dua perkara yang tersebut, supaya dikurniakan kepada umatku,

Firman Allah SWT:

"Dua perkara yang tersebut Aku berikanlah kepada engkau dan umat engkau."


Kemudian aku bertanya pulak:
"Apa pahala orang yang membaca Fatihah dan apa pahala orang yang membaca Quran."

Berfirman Allah SWT:
"Wahai Muhammad, Fatihah itu ada mengandungi tujuh ayat, maka aku haramkan-tutupkan atas orang yang membacanya tujuh pintu api neraka jahanam, dan orang yang membaca Al-Quran aku berikan kepadanya pahala dengan tiap-tiap satu huruf yang dibacanya itu, satu pohon kayu daripada tanaman syurga yang mempunyai beberapa banyak nikmat."

Sesiapa yang membaca Fatihah, nescaya adalah tiap-tiap satu ayat daripada Fatihah itu mendinding baginya daripada neraka jahanam.

Sesiapa yang didalam bilangan masuk neraka,
jika anaknya ada membaca " ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ'" nescaya diberhentikan azabnya selama 40 hari.

Sesiapa membaca sepuluh perkara yang disebut dibawah ini nescaya sejahtera daripada sepuluh perkara iaitu:

1. Surah Al-Fatihah-Menegahkan daripada kemurkaan Allah.
2. Surah Yaasin-Menegahkan dahaga pada hari kiamat.
3. Surah Ad Dhukhan-menegahkan huru-hara pada hari kiamat.
4. surah Al Waqi'ah-menegahkan daripada fakir.
5. Surah Al Mulk-Menegahkan daripada seksa kubur.
6. Surah Al Kauthar-menegahkan daripada perkelahian.
7. Surah Al-Kafirun-menegahkan daripada mati kafir.
8. Surah Al-Ikhlas-menegahkan daripada menjadi munafiq.
9. Surah Al-Falaq-menegahkan daripada kena penjara.
10.Surah An-nisaa'-menegahkan daripada was-was.

Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya: "sesiapa membaca Fatihah dan surah Al-ikhlas, ketika kembali kerumah, nescaya terjauh dari pada fakir-papa dan dapat kebajikan rumahnya beberapa banyak."
Jika dibaca Fatihah empat puluh satu kali (41) dengan mewasalkan (menyambungkan) ' بِسۡمِ ٱللهِ' dan dihembuskan kepada orang sakit nescaya sembuh penyakitnya itu.

Sesiapa sentiasa membaca Fatihah empat puluh satu kali (41) pada masa antara solat sunat subuh dengan solat subuh nescaya terlepas daripada hutang, sihat tubuhnya dan dikurniakan Allah SWT akan dia kekayaan dan kemuliaan.

Sesiapa sentiasa membaca Fatihah empat puluh satu kali (41) pada mata orang yang sakit ketika antara solat sunat subuh dengan solat subuh selama 40 hari berturut-turut akan sembuh sakit matanya itu.

Sesiapa membaca Fatihah tujuh kali (7) pada suatu penyakit dengan meletakkan tangan keatas tempat sakit itu dan berdoa: 7 Kali nescaya sembuh penyakitnya.


No comments:

Post a Comment