Wednesday, September 7, 2011

Dunia dan seisinya terlaknat

Dunia dan seisinya .... terlaknat













Kini, ramai orang sibuk memperkatakan soal diet, makanan seimbang, sakit2 kronik pada sarung tubuh (diri zahir). Namun, bagaimana pula dengan roh dan jiwa?


Ketika sakaratulmaut tiba, tiada lagi bermanfaat segala kebendaan dunia.. anggota tubuh jasad, ilmu pengetahuan, harta, orang tersayang di sekeliling.. saat itu hanyalah roh yang akan bertarung untuk menghadap Rabbul Jalil.. begitulah juga saat berada di alam selepas dunia, iaitu alam barzakh. Seluruh jasad terkunci, hanya roh yang benar akan bersoal jawab dengan malaikat dengan tenang dan sejahtera.


Pastinya saat itulah baru akan hadirnya sesalan.. kenapalah tidak aku mempersiapkan diri untuk menghadapi hari yang dijanjikan.. barulah akan terasa betapa tiada harganya dunia yang hanya sementara ini hendak dibandingkan dengan kehidupan abadi selepasnya.

Umat Islam kini telah menjadi seperti sabda Baginda iaitu ibarat buih di lautan dijangkiti penyakit ‘waham’ (cintakan dunia dan takutkan mati). Itulah tanda-tanda orang yang sakit hati dan rohnya.. menitikberatkan sarung jasad berbanding hati yang dinilai Allah.

Menurut kata orang hakikat "ramai manusia kini tertipu pada zahirnya tidak kiralah siapa pun mereka, pemimpin terhormatkah, kasta terendahkah, malah ulamak termasyhur sekalipun. Pakaian hakikatnya adalah sekadar menjadi simbol semata yang menjadi alat perlindungan sarung jasad.. hati inilah yang sebenarnya menjadi nilaian darjat manusia di sisi Allah. Namun, ramai manusia yang mementingkan simbol lahiriyah agar dilihat gah dan hebat di sisi manusia walaupun hati mereka busuk dan kotor".

Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13:
“…Sungguh yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa, Sungguh Allah maha Mengetahui,maha Teliti”.

Kata orang hakikat lagi "lazimnya kita pada hari ini menjadikan ayat 1000 dinar sebagai zikir amalan untuk kemurahan rezeki. Namun, hanya sebilangan sahaja yang benar-benar menghayati dan meresapi firman Allah dalam ayat tersebut.. bagaimana Allah menjanjikan kepada orang yang bertaqwa akan diadakan baginya jalan keluar daripada setiap masalah dan diberikan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka.. kesimpulanya, ‘barangsiapa yang mengejar akhirat, maka dunia akan mengejarnya’.




No comments:

Post a Comment