Khamis, 14 Julai 2011

Kewajipan Solat

Kewajipan Solat 5 Waktu




Download mp3 | 3.87 MB | 


" Jadikan sabar dan solat sebagai penolongmu, dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', ( iaitu ) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui TuhanNya, dan bahwa mereka kembali kepada-Nya ". ( Al - Baqarah: 45 - 46 )


Mohonlah kepada Allah dengan solat dan sabar
Solat itu umpama gelas yang cantik, yang kita buat dan kita persembahkan kepada Allah. yang kelak Allah akan menuangkan ke dalam gelas itu segala rahmat dan berkat, atau mengkhabulkan permintaan kita yang kelak kita gunakan, kita dapat mengambil manfaatnya dalam kehidupan kita seharian...

Jadi kalau tiada gelas (tidak bersolat) maka apa yang dituangkan oleh Allah itu bertaburan, berlimpahan dan kita tidak dapat apa-apa..tiada bermanfaat kepada kehidupan kita..


Berbeza dengan 4 perintah di dalam Rukun Islam, perintah solat Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam terima terus dari Allah SWT semasa peristiwa Israk dan Mikraj. Begitulah perintah mendirikan solat dalam rukun islam mempunyai   tempat yang  tinggi lagi mulia  sehingga Allah sendiri yang menyampaikanNya. 
Firman Allah SWT : "Katakanlah kepada hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka itu mendirikan solat." (Ibrahim:31)
Terdapat lebih 25 tempat ayat "agama" yang merujuk kepada makna perintah mendirikan solat di dalam Al-Quran. Selain itu, lebih 70 kali perkataan "as-solah" atau solat diulang dan disebut dalam Al-Quran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan