Ahad, 31 Julai 2011

Apa kahabar puasaku?


Apa khabar puasaku? Merah atau Hijau

Salam untuk semua, tinggal beberapa jam umat islam disini bakal ditemukan dengan satu bulan yang mulia dan penuh dengan keberkatan. Penulis mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Marhaban Ya Ramadhan" dan selamat berpuasa kepada pengunjung blog ini. Penulis mendoakan agar kita semua memperoleh Ramadhan yang terbaik pada tahun ini. Amin, InsyaAllah.

Lumrahnya kita manusia mahukan sesuatu yang lengkap, cukup, baik, tidak cacat dan cantik atau dengan bahasa mudahnya dipanggil sempurna.  Pembaca mungkin bersetuju dengan saya dalam kes membeli baju contohnya. Baju yang koyak, jahitan tidak rapi dan nilai yang kita anggap tidak sempurna tentu kita akan tolak tepi dari senarai pilihan. Begitu juga jika surirumah kepasar untuk membeli ikan, pilihan pertama tentu mencari ikan yang segar "fresh" insang yang merah jika boleh yang masih hidup- tidak pada ikan yang mempunyai sifat-sitat berikut - bermata merah, daging yang tidak pejal, kepala ikan yang telah digigit sesuatu dan seterusnya.

Sebagai pengguna atau peniaga sudah tentu sudah tentu faktor untung dan rugi menjadi perkiraan utama. Pilihan ditangan kita mau untung atau rugi. Kita telah diberitahu mana jalan yang membawa keuntungan atau sebaliknya. Jika begitu sebelum bertindak atau melalukan sesuatu tanyalah pada diri kita untung ruginya.

Bagaimana pula dengan puasa yang kita lakukan selama hidup ini. Pernahkah kita bertanya bagaimana? apa khabar puasa kita yang lepas-lepas apakah ia telah melepasi dan menepati ciri-ciri puasa yang dianggap sempurna? atau hanya dapat lapar dan dahaga? Hanya kita yang mampu menjawabnya. Sempena dengan kedatangan bulan Ramadahan Al Bubarak ini marilah kita panjatkan doa semoga Allah memberikan kekuatan, melorongkan, membimbing kita kearah ciri-ciri puasa yang sempurna zahir dan batin. InsyaAllah jika kita pilih, jaga dan mepati ciri-ciri di awal di tengah dan di akhirnya Allah kurniakan kesempurnaan atau hampir sempurna pada apa yang kita lakukan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan