Sunday, March 20, 2011

Seruan Iktibar

Seruan Iktibar dari kematian


  1. Seruan Bumi kepada Manusia
Setiap hari bumi sentiasa menyeru kepada manusia, katanya:
1.1   Hai anak Adam ! ... ketahuilah kamu sekarang, berlari kesana kemari dibelakangku, tetapi kamu akan kembali ke dalam perutku?
1.2   Hai anak Adam ! ... ketahuilah kamu sekarang sewenang-wenangnya membuat derhaka kepada Rabbmu diatas belakangku, tetapi kamu akan diseksa diazab bila berada dalam perutku?
1.3   Hai anak Adam ! ... ketahuilah kamu sekarang bersukaria dibelakangku, tepapi kamu akan menangis bila berada dalam perutku?
1.4   Hai anak Adam ! ... ketahuilah kamu sekarang makan minum yang haram dibelakangku, tetapi kamu akan dimakan oleh ulat dan cacing bila berada dalam perutku?
1.5   Hai anak Adam ! ... ketahuilah kamu sekarang mengumpul harta yang haram dibelakangku, tetapi kamu akan hancur luluh bila berada dalm perutku?
1.6   Hai anak Adam ! ... ketahuilah kamu sekarang bangga dengan pangkat dan darjat dibelakangku, tetapi kamu akan hina dina bila berada dalam perutku?

  1. Seruan Kubur kepada Manusia
Patut diingat bahawa kubur setiap hari menyeru kepada manusia, katanya:
2.1   Hai anak Adam ! ... Akulah rumah tanpa teman, maka carilah dengan membaca Al Quran.
2.2   Hai anakAdam ! ... Akulah rumah gelap gelita, maka carilah penerang dengan solat malam.
2.3   Hai anak Adam ! ... Akulah rumah tanpa hamparan, maka carilah tikar dengan amalan soleh.
2.4   Hai anak Adam ! ... Akulah rumah tempat haiwan berbisa, maka carilah ubat dengan membaca Basmallah (Bismillahir Rohmanir Rohim) dan air mata taubat
2.5   Hai anak Adam ! ... Akulah rumah tempat kamu disoal Munkar Nankir, maka sediakanlah jawapan dengan membaca kalimah Thyoyyibah (Laa ilaha illal-lah Muhammadur Rasulullah; “Tiada Rabb yang layak disembah melainkan ALLAH, nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH”)

  1. Seruan ketika Roh Berpisah dari Badan
Diriwayatkan bahawa tatkala roh berpisah dari jasad itu dipanggil mayat. Lantas datanglah 3 seruan dari arah langit dengan laungan yang teramat kuat, katanya:

3.1   Hai anak Adam ! ... Hai mayat ! ... Adakah engkau tinggalkan dunia atau dunia meninggalkan engkau?
3.2   Hai anak Adam ! ... Hai mayat ! ... Adakah engkau menghimpunkan dunia atau dunia mengumpulkan engkau?
3.3   Hai anak Adam ! ... Hai mayat ... Adakah engkau mematikan dunia atau dunia membunuh engkau?

  1. Seruan ketika Mayat Dimandikan
Ketika mayat diletakkan di tempat permandiannya, maka diapun dipanggil dengan 3 seruan dari arah langit dengan laungan yang teramat kuat, katanya:

4.1   Wahai anak Adam ! ... dimanakah tubuhmu yang kuat? Bukankah sekarang kamu telah menjadi lemah?
4.2   Wahai anak Adam ! ... dimanakah mulutmu yang berkata-kata? Bukankah kamu sekarang telah menjadi bisu?
4.3   Wahai anak Adam ! ... dimanakah kekasih taulan kamu semua? Bukankah sekarang mereka menyisihmu?

dipetik dari buku :  tip petua jangan takut mayat | ustazdin |


No comments:

Post a Comment