Sabtu, 26 Mac 2011

Renungan


Riwayat Renungan
Diriwayatkan, bila sesorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumian, berdiri seorang lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Ketika mayat dikafan, lelaki itu berada di antara kain kafan dan si mati.

Selepas pengebumian , semua orang pulang ke rumah, maka datanglah 2 malaikat Mungkar dan Nakir ke dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri dari hal ketaatanya kepada ALLAH. Tetapi lelaki kacak itu berkata :

"Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takan meninggalkannya seorang diri walau apapun. Jika kamu diperintah untuk menyoalnya, maka lakukanlah tugasmu. Aku tidak akan meninggalkansehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga"

Selepas itu ia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata : "Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbangselepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih."

Selepas soal siasat selepasi, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'La (malaikat dalam syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : "Di hari pengadilan, di hadapan ALLAH tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Al-Quran, mahupun dari nabi atau malaikat." 

"dan mereka berkata : "SEGALA PUJI BAGI ALLAH yang telah menunjukki kami kepada (Syurga) ini, dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau ALLAH tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul  Rabb kami, membawa kebenaran." dan diserukan kepada mereka : "Itulah syurga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan."

adaptasi dari buku : jangan takut mayat | ustazdin 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan