Tuesday, November 30, 2010

4 Halangan



4 godaan bersifat tetap


4 Halangan
Dari keempat-empat perkara di atas, memerangi dan mengendalikan hawa nafsu adalah yang paling sukar sebab kita tidak dapat mengikisnya sampai habis, sehingga terpisah dari nafsu.  Ini kerana, nafsu juga mempunyai manfaat selagi mana nafsu tersebut tidak mengalahkan dan menguasai akal kita.
Kita tidak mungkin dapat mematikan hawa nafsu, tetapi jangan membiarkannya hingga ia menguasainya.  Sebab, manusia tidak mungkin hidup tanpa hawa nafsu!
lain halnya dengan syaitan. Syaitan dapat kita kuasai secara mutlak. Ini terbukti apabila Nabi Muhammad s.a.w. berjaya menguasai syaitan yang menggodanya sehingga syaitan itu akhirnya memeluk islam.
Walaupun kita mampu mengalahkan syaitan dengan mutlak, namun kita tidak mungkin mengalahkan hawa nafsu hingga mematikannya, melainkan menguasainya.  Ini kerana, hawa nafsu tidak akan memimpin kita kearah kebaikan, sebaliknya membawa kita ke jalan kesesatan.
Hawa nafsu sangat sukar diajak kompromi untuk membulatkan hati hanya beribadat kepada Allah, sebab hawa nafsu akan sentiasa menjauhkan kita dari Allah SWT.  Untuk itu, kita memerlukan sesuatu untuk mengendalikan hawa nafsu iaitu takwa.
Seumpama mengendalikan kuda liar / degil, kita juga harus mampu untuk mengendalikan hawa nafsu kearah kebaikan dan kebenaran, jangan sampai ke dalam perkara-perkara yang merosakkan dan menyesatkan.
Marilah kita kawal peringkat ini dengan memohon pertolongan Allah. Kemudian kita kembali menjalankan ibadat kepada Allah.


Monday, November 29, 2010

Profession Pengembala Kambing

Hikmah Allah jadikan para nabi sebagai pengembala Kambing

Allah mempersiapkan Rasulullah shollAllahu alaihi wa sallam menjadi pemimpin umat yang tidak berlepas tangan dan tidak bekerja, sehingga dapat menjadi contoh teladan umatnya. Demikian juga para Nabi.
Para Nabi Menggembala Kambing
Para nabi semuanya menggembalakan kambing sebagaimana sabda Rasulullah shollAllahu alaihi wa sallam:

"Tidaklah Allah mengutus seorang nabi kecuali telah menggembalakan kambing." (HR. Bukhori dan Muslim)

Syaikh Muhammad bin Sholih Al Utsaimin rohimahumAllah menyatakan, Tidak ada seorang nabi yang Allah utus kecuali menggembalakan kambing. Seluruh nabi yang Allah utus pertama kali menggembalakan kambing, agar mereka mengetahui dan berlatih mengurus dan mengatur dengan baik. Allah mengatur kambing sebagai haiwan gembala mereka, kerana penggembala kambing akan mendapatkan ketenangan, kelembutan dan kasih sayang. Hal ini kerana ia menggembalakan haiwan ternak yang lemah, berbeda dengan penggembala unta, kerana penggembala unta lebih banyak memiliki kekerasan dan kekasaran. Ini memang kerana unta sendiri kasar, kuat dan keras. (Dinukil dari kitab As Siroh An Nabawiyah min Kalami Abdurrahman Nashir Al Sa’di dan Muhammad bin Sholih Al Utsaimin, disusun oleh Muhammad Riyaadh Ali Ahmad, Maktabah Al Rusyd, Halaman 14).
Sebagian mereka dikisahkan Allah dalam Al Quran, seperti kisah nabi Musa dalam firman Allah:
Berkata Musa: “Ini adalah tongkatku, aku bertelekan padanya, dan aku pukul (daun) dengannya untuk kambingku, dan bagiku ada lagi keperluan yang lain padanya.” (QS. Thohaa: 18)
Jelas dalam ayat ini nabi Musa menggembalakan kambing. Demikian juga Rasulullah shollAllahu alaihi wa sallam menggembalakan kambing sejak kecil dalam pemeliharaan ibu susuannya di pedalaman bani Sa”ad.

Menggembalakan Kambing di Bani Saad
Nabi Muhammad shollAllahu alaihi wa sallam mulai menggembalakan kambing sejak masih berada di pedalaman Bani Sa’ad ketika diasuh Halimah Al Sa’diyah dan dalam usia yang dini sekali. Hal ini diakui beliau sendiri ketika menyatakan: Ibu Susuanku dari bani Sa’ad bin Bakar, lalu aku dan anak ibu susuanku tersebut berangkat menggembalakan ternak kami tanpa membawa bekal, lalu aku berkata, Wahai saudaraku, pulanglah mengambil bekal dari ibu kita. Lalu ia berangkat dan aku tinggal bersama ternak. Lalu terjadilah kisah pembelahan dada beliau. (Lihat Al Bidayah wa An Nihayah, Ibnu Katsir 2/299 dan Imam Adz Dzahabi menyatakan dalam Sirohnya hal 48: Ini shohih. Lihat kitab As Siroh An nabawiyah Fi Dhou’i Al Mashodir Al Ashliyah, karya DR. Mahdi Rizqullah Ahmad, halaman 116-117)

Menggembalakan Kambing di Kota Mekkah
Beliau walaupun berada dalam kasih sayang yang besar dari pamannya, namun hal itu tidak membuat beliau manja dan malas, bahkan segera menggunakan kemampuannya untuk mencari kerja dan menyusahkan dirinya membantu pamannya dalam mencukupi keperluan hidupnya dan keluarga pamannya. Hal ini menunjukkan pribadi dan tabiat yang luhur dan baiknya beliau dalam bergaul dan membantu orang lain. Demikianlah kita lihat beliau bersusah payah membantu perekonomian Abu Tholib yang memang dikategorikan tidak kaya tersebut dengan memelihara dan menggembalakan kambing, sebagaimana beliau sampaikan sendiri dalam sabdanya:

"Tidaklah Allah mengutus seorang nabi kecuali telah menggembalakan kambing. Lalu para sahabat beliau bertanya: Demikian juga engkau?" Beliau menjawab: "Ya, Aku dahulu menggembalakan kambing milik seorang penduduk Mekkah dengan imbalan beberapa qiraath." (HR. Bukhori dan Muslim)
Satu qiraath sama dengan seperduapuluh dinar.

Beberapa Pengajaran dari Peristiwa Ini
Para Ulama menjelaskan beberapa hikmah dan faedah nabi dibina dan dilatih dengan menggembalakan kambing. Di antaranya:
Pertama, melatih Nabi menjadi seorang yang tenang dan memiliki ketahanan dalam menghadapi kesulitan-kesulitan hidup. Demikian juga melatih beliau agar menjadi orang yang sabar, lemah lembut, penyayang, memperhatikan nasib yang lemah yang didapatkan dari bergaulnya beliau dengan binatang yang lemah seperti kambing.
Kedua, menggembala kambing dapat memberikan beberapa sifat baik, di antaranya:
1. Sabar, sebab penggembala dituntut menunggu dan menjaga serta mengawasi binatang gembalaannya sejak matahari terbit sampai tenggelam, sehingga dapat melatih kesabarannya. Hal ini dapat dilihat dari lambatnya kambing makan, sehingga penggembala memerlukankan kesabaran tinggi menghadapinya. Demikian juga dalam melatih manusia.
2. Sifat tawadhu (rendah hati).
3. Kasih sayang dan kelembutan terhadap yang lemah, sebab penggembala harus dapat membantu dan merawat kambing tersebut bila sakit atau patah tulang atau yang lainnya.
4. Cinta usaha dan mandiri.
5. Kekuatan tubuh, akibat tempaan alam tempat beliau menggembalakan kambingnya.
6. Keberanian.
7. Kecekapan mengatur dan mengendalikan urusan.
Ketiga, Al Hafidz Ibnu Hajar menyatakan, Para ulama menyatakan hikmah dari dibinanya para Nabi dengan menggembalakan kambing sebelum kenabian adalah agar mendapatkan dengan menggembala tersebut latihan menanggung amanat yang akan mereka pikul berupa melatih dan mengurusi umatnya dan juga kerana bercampur dengannya akan memberikan kepada mereka sifat sabar dan penyayang kerana mereka jika sabar menggembalakannya dan mengumpulkannya setelah bercerai berai di tempat penggembalaan dan menggiring mereka dari satu padang rumput ke padang rumput lainnya serta melindungi mereka dari serangan binatang buas dan yang lainnya. Mereka juga mengetahui keragaman tabiat mereka dan sangat mudahnya bercerai berai padahal mereka lemah dan perlu penjagaan akan menjadikan mereka sabar mengurus umatnya.


Penulis: Ustaz Kholid Syamhudi 

Monday, November 15, 2010

Sunday, November 14, 2010

Solat dan Sabar

petikan dari Minhajul Abidin: Imam Ghazali

Puasa Arafah / Puasa Wukuf

Kelebihan puasa Arafah

tarikh di Malaysia
Kelebihan berpuasa dalam bulan Zulhijjah? Apa pula kelebihan puasa hari Arafah? Jawapan; Dari Hafsah r.a. menceritakan;
“Empat amalan yang tidak ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu; puasa ‘Asyura, puasa al-‘ashyr (yakni hari-hari sepuluh awal Dzulhijjah), puasa tiga hari pada setiap bulan dan solat dua rakaat sebelum subuh”. (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, at-Thabrani dan an-Nasai) Maksud al-‘Ashyr dalam hadis di atas ialah hari pertama Dzulhijjah hingga hari ke sembilannya. Disunatkan puasa pada hari-hari tersebut terutamaya pada hari ke sembilan iaitu hari Arafah. Malah terdapat hadis lain yang menegaskan bahawa sepuluh hari awal Dzulhijjah adalah hari-hari paling baik untuk beramal dengan apa sahaja amal kebaikan, tidak tertumpu kepada puasa sahaja, iaitu sabda Rasulullah s.a.w.;
“Tidak ada hari-hari di mana mengerjakan amal soleh padanya paling disukai oleh Allah dari hari-hari ini; yakni hari-hari sepuluh awal Dzulhijjah”. (Riwayat Imam Bukhari dari Ibnu ‘Abbas r.a.)
Adapun fadhilat puasa hari ‘Arafah iaitu hari ke 9 Dzulhijjah, Abu Qatadah r.a. menceritakan;
“Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang”. (Riwayat Imam Muslim)
Hari ‘Arafah adalah hari yang paling afdhal dari segala hari. Ini kerana Rasulullah bersabda;
“Tidak ada satu hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari api neraka dari hari ‘Arafah”. (Riwayat Imam Muslim)
Namun demikian puasa pada hari ‘Arafah itu hanya disunatkan kepada yang bukan jamaah Haji. Adapun jemaah Haji, mereka tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut, akan tetapi disunatkan berbuka sebagai mengikuti Rasulullah s.a.w. dan untuk memperolehi kekuatan bagi memperbanyakkan berdoa pada hari tersebut. Abu Hurairah r.a. menceritakan;
“Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah”. (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim)
Maimunah isteri Rasulullah s.a.w. menceritakan; “Orang ramai ragu-ragu apakah Rasulullah s.a.w, berpuasa atau tidak pada hari ‘Arafah”. Lalu ia (yakni Maimunah) menghantar kepada baginda satu bekas berisi susu tatkala baginda sedang berwukuf di Padang ‘Arafah itu. Lalu baginda meminum susu tersebut dengan dilihat oleh orang ramai kepadanya. (Riwayat Imam Muslim).

Wallahu A’lam.

Wednesday, November 10, 2010

10 hari-hari Pertama

10 Hari-Hari Pertama Bulan Zulhijjah
Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah?
Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah.
Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).
Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

Amalan yang dianjurkan padanya (Bulan Zulhijjah)
1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.
2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasnya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”. Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.
3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.
4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.
5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).
6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.
7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.
8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban. Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya). Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada tuan pemilik haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.
9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.
10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.
Di sebalik bulan Zulhijjah yang terkenal dengan bulan haji, ia juga mencatatkan beberapa peristiwa di dalam diari sejarah pembinaan dan perjuangan umat Islam. Ia menjadi nadi dan titik-tolak kepada pengukuhan akidah dan pemantapan sahsiah serta kekuatan ukhwah ummat di dalam meneruskan perjuangan Baginda s.a.w.

Antara peristiwa peristiwa di bulan Zulhijjah  adalah:
1. Nabi Muhammad s.a.w membawa dagangan Khadijah ke negeri Syam, di sana baginda diberitahu tentang kenabiannya oleh pendita Nasthurah. Ia berlaku pada tahun kelima sebelum pelantikan baginda menjadi nabi.
2. Peristiwa Baiah Al-Aqabah (perjanjian setia Al Aqabah) pada tahun ke-13 selepas pelantikan baginda menjadi nabi. Ia disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari kaum Aus dan Khazraj.
3. Peperangan As Sawiq pada tahun kedua Hijrah,Nabi s.a.w keluar mengekori kumpulan Abu Sya’ban yang menceroboh dan memerangi penduduk pinggir kota Madinah. Semasa melarikan diri mereka mencampakkan guni-guni gandum yang dibawa bagi mempercepatkan perjalanan supaya tidak dapat diekori oleh baginda.
4. Pada 7 Zulhijjah tahun kelima Hijrah satu kumpulan tentera Islam dihantar ke perkampungan Bani Sulaim yang diketuai oleh Ibnu Abi Al ‘Arjak.
5. Kelahiran Ibrahim putera Nabi s.a.w pada tahun kelapan Hijrah, ibunya bernama Mariyah Al Qibtiyah.
6. Pada tahun ke-10 Hijrah, Nabi s.a.w mengerjakan ibadah Haji yang dikenali dengan Hajjatul Wada’. Di sana baginda menyampaikan amanat-amanatnya yang kesemuanya adalah peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam.
7. Abu Bakar As Siddiq mengerjakan ibadah Haji bersama umat Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w pada tahun 12 Hijrah.
8. Peperangan Dathin yang dipimpin oleh Umamah Al Bahiliy menentang tentera Rom, berakhir dengan kemenangan tentera Islam.
9. Kemenangan tentera Islam yang diketuai oleh Yazid bin Abi Sya’ban menentang tentera Rom yang dikepalai oleh Sarjius di dalam pertempuran Wadi ‘Arabah di Palestin.
10. Pada tahun 23 Hijrah, Khalifah Umar Al Khattab meninggal dunia dibunuh oleh Abu Lu’luah Al Majusi.
11. Pelantikan Uthman bin ‘Affan sebagai khalifah yang dipilih sebulat suara oleh sebuah majlis Syura yang ditubuhkan oleh Umar Al Khattab sebelum kematiannya.
12. Pelantikan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah menggantikan Uthman bin Affan pada tahun 35 Hijrah.
13. Kematian Yahya bin Aktham seorang ulama dan panglima tentera Islam pada tahun 242 Hijrah di Rabdah, sebuah kota di pinggir Madinah semasa berusia 82 tahun, pernah menjadi hakim kota Basrah, kadi besar dan penasihat kerajaan.
sumber: zhuliana.blogspot.com

Tuesday, November 9, 2010

Membaca Ta'awudz

'A'uudzubillaahiminasysyaithoonirrajiim'

Allah SWT berifman yang artinya, "Jika kamu membaca Alquran, maka hendaklah kamu minta perlindungan kepada Allah dari setan yang terkutuk. sesungguhnya setan itu tidak ada kekuasaan atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Rabbnya. Sesungguhnya kekuasaannya (setan) itu hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya menjadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah." (An-Nahl: 98 -- 100).
Yang masyhur menurut jumhurul ulama bahwa isti'adzah dilakukan sebelum membaca Alquran guna mengusir godaan setan. Menurut mereka, ayat yang berbunyi, (yang artinya) "Jika kamu hendak membaca Alquran, maka hendaklah kamu minta perlindungan kepada Allah dari setan yang terkutuk," artinya jika kamu hendak membaca. Sebagaimana firman-Nya, (yang artinya) "Jika kamu hendak mendirikan salat, maka basuhlah wajah dari kedua tangnmu." (Al-Maidah: 6), artinya jika kalian bermaksud mendirikan salat.
Di antara manfaat ta'awudz adalah untuk menyucikan dan mengharumkan mulut dari kata-kata yang tidak mengandung faedah dan buruk. Ta'awudz ini digunakan untuk membaca firman-firman Allah. Artinya, memohon pertolongan kepada Allah sekaligus memberikan pengakuan atas kekuasann-Nya, kelemahan kita sebagai hamba, dan ketidakberdayaannya dalam melawan musuh yang sesungguhnya (setan), yang bersifat batiniyah, yang tidak ada orang yang mampu menolak dan mengusirnya kecuali Allah yang telah menciptakannya.
A'udzubillahiminasysyaithonirrajim berarti, aku memohon perlindungan kepada Allah dari setan yang terkutuk agar ia tidak membahayakan diriku dalam urusan agama dan duniaku, atau menghalangiku untuk mengerjakan apa yang Dia perintahkan. Atau agar ia tidak menyuruhku mengerjakan apa yang Dia larang, karena setan itu tidak ada yang boleh mencegahnya untuk menggoda kecuali Allah.
Oleh karena itu, Allah SWT menyuruh manusia agar menarik dan memujuk hati setan jenis manusia dengan cara menghulurkan suatu yang baik kepadanya supaya dengan demikian dia berubah tabiatnya dari kebiasannya mengganggu orang lain. Selain itu, Allah juga memerintahkan untuk memohon perlindungan kepada-Nya dari setan jenis jin, karena dia tidak menerima pemberian dan tidak dapat dipengaruhi dengan kebaikan, sebab tabiatnya jahat dan tidak ada yang dapat mencegahnya dari dirimu kecuali Rabb yang menciptakannya.

Monday, November 8, 2010

Al Ikhlas

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya
sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
“Au zubillah himinashsyaitan nirrajim… bismillahirrahmannirrahim”
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan namaAllah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat tersebut, kemudian bacalah surah Al- Ikhlas sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang dirumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Kerjakanlah solat lima waktu tanpa henti kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w: “Barang siapa membaca Qul huwa”llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemerdekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka”.
Inilah yang dinamakan membaca Qulhua”llahuahad satu khatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Barangsiapa membaca surah Al- Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga”. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya “Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangkamasa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.
Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al- Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al- Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al- Ikhlas.”
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: “Wahai Allah kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan”.
Sabda Rasulullah SAW lagi: “Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu tertulis disayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s”.
Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq dan an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW “Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat”.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Thursday, November 4, 2010

Kewajipan Amalkan Tasawwuf

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF DAN BAHAYA MENINGGALKANNYA! 
1.0  MUQADDIMAH 
Berdasarkan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, menuntut Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf serta mengamalkannya adalah FARDHU AIN atas setiap mukallaf lelaki dan wanita. 
Ilmu Fiqh adalah berkaitan perlakuan serta ibadah serta muamalah zahir. Ilmu Tauhid adalah berkaitan keimanan dan kepercayaan kepada Allah dan segala yang Ghaib. Ilmu Tasawwuf adalah berkaitan penyucian hati, aqal dan ruh daripada segala kekotoran yang berunsur nafsu, dunia dan syaitan. 
Kebanyakan kita sedia maklum tentang ketiga-tiga Ilmu ini. Tetapi apa yang ingin kita paparkan didalam kesempatan ini adalah kelemahan Ummat Islam pada zaman ini yang kebanyakannya abaikan Ilmu Tasawwuf yang menjadi nadi kesucian dan kekuatan diri. Dalam ertikata penyempurnaan kepada kepada sifat2 Mu'min itu telah diabaikan. Mulai dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah dan akhirnya ke peringkat universiti kita diajar dengan berbagai bidang ibadah solat, puasa, zakat dll. Alhamdulillah. Tetapi malang sekali sangat sedikit atau tiada langsung diajar tentang Ilmu tentang sifat-sifat nafsu, kebinasaan yang dihasilkan oleh nafsu-nafu kejahatan, kaedah memerangi nafsu dan syaitan yang merosakkan jiwa. Sedangkan penyucian jiwa ini adalah yang paling penting didalam kehidupan seorang yang beriman kepada Allah Ta'ala berdasarkan Firman Allah Ta'ala : 
"Pada hari itu tiada berguna harta dan anak-pinak kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik)"; (Ash-Shuara 26; 89 ) 
Dan Sabda Nabi SAW : 
"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging apabila baik ia, nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan apabila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalb. (hati).(Riwayat Bukhari). 
Apa yang disebut didalam ayat-ayat diatas adalah berkenaan hati yang sejahtera, hati yang suci, hati yang bebas dari syirik dari semua bentuk mazmumah. Hanya hati yang suci ini selamat dunia dan akhirat. Hanya hati yang suci ini mampu menghadapi sakratul maut yang sangat dahsyat. Hanya hati yang sejahtera ini dapat ketenangan didalam kuburnya. Hanya hati yang tenang ini akan memperoleh keampunan dan Rahmat Ilahi di Perhimpunan Mahsyar nanti....!!! 
Untuk mendapat hati yang sejahtera daripada syirik khafi, bebas dari mazmumah - (sifat-sifat kekejian) dan memperoleh sifat-sifat mahmudah yang terpuji seseorang wajib menuntut Ilmu Tasawwuf dan mengamalkannya. 
2.0  PENTINGNYA TASAWWUF DIDALAM IBADAH DAN KEHIDUPAN 
Sebagaimana kita bicarakan sebelum ini bahawa menuntut Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf menjadi kewajipan ; Fardhu Ain atas setiap mukallaf lelaki dan wanita. Serta mengamalkannya didalam kehidupan tanpa memisah-misahkannya. Kerana semua hukum-hukum yang terkandung didalam Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf adalah bersumberkan Al-Qur’an Kitabullah dan Hadis Nabi 
Mari kita lihat satu contoh bagaimana hubungan ini berlaku. Iaitu Ibadah solat yang dikerjakan setiap hari. 
Apabila seseorang melakukan solat dengan mematuhi syarat-syarat dan rukun solat dengan sempurna sebagaimana terkandung didalam Ilmu Fiqh, maka sah solatnya dari sudut Fiqh dan terlepas dia dari taklif Syara’. Tetapi dia belum terlepas dari hukum-hukum yang menyentuh batinnya. Iaitu adakah dia khusyu’ didalam solatnya? Adakah dia riya’ ketika solatnya? Adakah dia ‘ujub selepas solatnya? Semua ini tidak diketahui oleh manusia lain, iaitu dari sudut fiqh dia selamat, tetapi pada pandangan Allah yang melihat pada hati dia belum selamat. 
Dalam ertikata lain seseorang wajib menyempurnakan syarat-syarat Fiqh dan pada yang sama wajib berusaha sedaya upaya memenuhi syarat-syarat batin. Mengapa kita kata “wajib berusaha sedaya upaya” ? Ini kerana kebanyakan kita akan menghadapi gangguan hati ketika solat. Gangguan ini adalah daripada nafsu dan syaitan. Maka wajib seseorang berusaha membenteras gangguan ini dengan berbagai cara yang diajarkan oleh Ulama-ulama Tasawwuf. Ini bermakna seseorang yang melakukan solat dengan sempurna pada fiqh tetapi pada masa yang sama riya’ ketika solatnya, iaitu perasaan riya’ yang dikekalkan didalam hati (ikhtiari) maka binasa solatnya. Kerana riya’ adalah syirik khafi (syirik yang tersembunyi) yang wajib disingkirkan / dibuang dari hati. 
Demikian juga seseorang yang mengerjakan solat wajib berusaha sedaya upaya khusyu didalam solatnya. Kerana khusyu didalam solat adalah isi kepada batin solat. Seseorang yang mengerjakan solat sedangkan hatinya lansung lalai dari awal sampai akhir, maka ini juga termasuk orang yang diancam dengan “neraka wail”. 
Sebagaimana kata Imam Hasan Basri “Orang yang mengerjakan solat dalam keadaan lalai adalah ia lebih dekat kepada neraka”. 
Maksudnya adalah seseorang wajib berusaha sungguh-sungguh agar tidak termasuk didalam golongan lalai didalam solat. Walaupun ia bukan perkara mudah, tetapi wajib berusaha sedaya upaya khusyu’ didalam solat. 
Disini kita lihat betapa pentingnya kita menuntut Ilmu Tasawwuf dan amalkannya disamping Ilmu Fiqh agar segala Ibadah kita tidak sia-sia. Jangan zahir kita nampak cantik sedangkan batin kita tercemar. Kerana Allah Ta’ala tidak memandang kepada kecantikan rupa paras zahir tetapi batin yang tersembunyi. Di sisi Allah tiada ertinya segala kecantikan rupa, tetapi kecantikan yang menjadi tempat jatuh pandangan Allah adalah hati mansusia. 
3.0  DALIL-DALIL  WAJIB AMALKAN TASAWWUF 
Kita dapati pada zaman ini kebanyakan Ummat Islam hanya mengambil Fiqh sedangkan Tasawwuf diabaikan. Apa puncanya? Sebahagian besar Ummat Islam masih keliru atau telah dikelirukan oleh fahaman bahawa Tasawwuf adalah untuk orang-orang tertentu. Ada juga yang mengatakan Tasawwuf adalah sebagai amalan sampingan untuk mendapat kelebihan bukan sebagai kewajipan. Berbagai pendapat ini dan banyak lagi pendapat lain adalah bertentangan sama sekali dengan apa yang dinyatakan oleh seluruh Ulama Mu'tabar. 
1) Kewajipan menyucikan hati dari berbagai penyakit syirik, nifaq dan sifat-sifat mazmumah serta menghiasinya dengan Iman, Taqwa dan sifat-sifat Mahmudah sebagaimana yang dihuraikan didalam Tasawwuf adalah berdasarkan banyak bukti didalam  Al-Qur'an dan Hadis Nabi. Diataranya : 
Firman Allah : 
"Pada hari itu tiada berguna harta dan anak-pinak kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik)"; (Ash-Shuara 26; 89 ) 
Dan Sabda Nabi SAW
"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging apabila baik ia, nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan apabila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalb. (hati).(Riwayat Bukhari). 
2) Ilmu Tasawwuf adalah sebahagian syariat Nabi yang dihimpunkan oleh Ulama-ulama berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah. Ianya mengandungi hukum-hukum haram dan halal yang menyentuh batin / kelakuan hati manusia. Contohnya : Hasad, jahat sangka, takabbur ujub, ria' adalah termasuk perkara yang diharamkan pada hati. Sesiapa yang ada sifat ini, WAJIB membuangnya segera.....bukan sebagai sunnat atau menuntut kelebihan. Hal ini didasarkan kepada perintah Allah dan Hadis Nabi yang soheh. Umpamanya TAKABBUR adalah antara sifat Iblis yang sangat tercela yang diharamkan. 
Rasulullah SAW bersabda: 
"Tidak akan masuk syurga barang siapa di dalam hatinya terdapat setitik kesombongan". (Muslim) 
Maka WAJIB setiap mukallaf menyucikan batinnya daripada sifat takabbur ini. Demikian halnya sifat kekejian yang lain wajiblah atas kita menyucikannya. Kerana semua sifat ini bukan saja merosakkan amal bahkan lebih buruk daripada itu menjadi sebab kemurkaan Allah Ta'ala serta menjadi sebab dicampakkan kedalam neraka. 
3) Seluruh Ulama-ulama Mu'tabar telah bersepakat bahawa menuntut dan mengamalkan Tasawwuf adalah Wajib Aini atas setiap mukallaf lelaki dan wanita. Di sini kita kemukakan beberapa keterangan Ulama-ulama Mu'tabar. 

Kata Imam Malik ra: 
" Fiqh tanpa Tasawwuf adalah Fasiq. Tasawwuf tanpa Fiqh adalah zindiq. Menghimpun antara keduanya itu yang haq"  Kata-kata ini telah disepakati oleh seluruh Ulama Arifin walaupun dengan makna yang berbeza-beza tetapi membawa kepada maksud yang sama. Iaitu wajib menghimpunkan kedua-dua Fiqh dan Tasawwuf. Mengamalkan Fiqh semata-mata tanpa disertai Tasawwuf membawa seseorang kepada menjadi Fasiq. Wal Iyazubillah. 
Berkata Imam Ghazali ra : 
“Sedangkan ilmu tentang qalbu dan mengenal penyakitnya, berupa iri dengki, ujub, dan riya’ serta semisalnya, “Adalah Fardlu ‘Ain”. 
Kata Ibnu Abidin dalam catatannya : 
“Mengenal Ikhlas, Ujub, Riya’, Dengki, adalah fardlu ‘ain, begitu juga mengenal penyakit-penyakit jiwa seperti sombong, dendam, menipu, marah, membuat permusuhan, dendam, tamak, bakhil, boros, pengkhianatan dan wah-wahan, sombong terhadap kebenaran, pengkhianatan, keras hati dan panjang angan-angan, dan sebagainya merupakan penyakit hati, yang dibedah dalam seperempat kitab bab perilaku yang menghancurkan, oleh Al-Ghazaly dalam kitab Al-Ihya’ disebutkan, “Sudah tidak ada alasan lagi untuk menolak, seharusnya siapa pun mempelajari penyakit-penyakit itu sebagai kewajipan.” (Hasyiyah Ibnu Abidin) 
Berkata Shaikh Abdul Wahab Asy-Sya'rani : 
"Telah diketahui bahwasanya tiap-tiap orang yang tidak mengambil daripada Shaikh ahli Sufi yang menunjukkan kepada jalan yang mengeluarkannya daripada segala sifat tercela, yakni segala maksiat yang batin seperti riya', ujub takbur, hasad, kasih kepada dunia, bakhil dan barang sebagainya, maka adalah dia melakukan ma'siat kepada Allah Ta'ala dan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam kerana dia tidak akan mendapat petunjuk bagi mengubati segala penyakit yang batin itu melainkan dengan Shaikh walaupun dia menghafaz kitab didalam ilmu yang lain daripada ilmu Tasawwuf itu sekalipun." (Masyariq Al-Anwar Al-Qudsiyyah) 
Banyak lagi kata-kata Ulama Mu'tabar yang semunya menunjukkan akan kewajipannya mengamalkan Tasawwuf dan larangan meninggalkannya, 
Wallahu A'lam
Susunan : Tok Kelana