Friday, October 22, 2010

Solat Daimun

Solat Daimun atau solat yang berkekalan

1. Makna solat 

Dari segi bahasa solat bermaksud ad dua' iaitu doa iaitu permintaan dari hamba kepada Allah 

manakala dari segi istilah ahli feqah solat bermaksud satu perbuatan yang di mulai dengan takbir dan di akhiri dengan salam

2. Tujuan solat

Seperti mana yang termaktub dalam al kitab tujuan dan roh solat itu adalah untuk mengingati Allah seperti mana firman Allah yang bermaksud dirikanlah solat bagi mengingati Ku

Namun apa yang dikesalkan berapa ramai orang yang mengingati Allah dalam solat selalunya mereka yang bersolat adalah dalam keadaan lalai kerana masih mengingati hal hal keduniaan dalam solat

Untuk manusia yang seperti ini Allah telah menyediakan balasan dengan maksud firman allah dalam Al Quran sesungguhnya neraka wail disiapkan bagi mereka yang solat dalam keadaan lalai

Bayangkan jika bersolat pun dalam keadaan lalai telah di siapkan neraka wail apa lagi jika tak solat jadi marilah kita sama sama memikirkannya

Terlalu banyak kekeliruan yang berlaku dengan perkataan daimun atau berkekalan solat daimun bukanlah bererti kita duduk manjang kat tikar sembahyang atau sentiasa bersolat 24 jam 

Untuk menyelesaikan kekeliruan ini kita perlulah memahami dahulu tujuan dan roh solat iaitu mengingat Allah atau zikrullah

Tegasnya disini diandaikan seseorang itu telah berjaya mengingati Allah dalam setiap hal contohnya sewaktu makan minum berjalan baring dan setiap masa berisi dengan ingatan kepada Allah iaitu zilkrullah ini bermakna mereka telah berjaya melaksanakan tujuan dan roh solat kerana tujuan dan roh solat itu adalah mengingati Allah atau zikrullah

Seperti mana sabda nabi yang bermaksud lebih kurang berbunyi jangan sangka ketika mataku tidur aku tidur kerana hati ku tetap jaga 

Yang di maksudkan hati beliau baginda nabi itu jaga iaitu hati beliau terus menerus berhubung dengan Allah dalam hal berkepanjangan mengingati Allah dan nabi telah melaksanakan solat yang berkekalan iaitu solat daimun

Imam Al Ghazali melalui kitab Ihya Ulumuddin yang telah diterjemahkan dalam kitab Sirrussalikin pernah menulis, diantara manusia yang terpedaya dengan amal iaitu manusia yang terlalu memelihara bacaan solat zahir sehingga terlupa hak solat yang batin iaitu zikrullah

Cara yang di ajarkan nabi adalah rasai seolah olah kamu melihat Allah kalau tidak mampu memadai rasai Allah melihat kamu

Cara yang terbaik ialah berzikir kehadratullah perlu diingat zikir bermaksud ingat kepada Allah seperti mana yang di anjurkan oleh nabi
Imam Malik dalam Al Muatta' pernah berkata barang siapa bersyariat tidak berhaqiqat adalah fasik dan barang siapa berhaqiqat tanpa bersyariat adalah zindiq manakala yang menghimpunkan keduanya barulah benar benar beriman

Memang tidak dinafikan syariat itu kulit manakala hakikat itu isi namun isi tanpa kulit, nak tau apa dia tu yang di dalam lubang tandas itulah isi tanpa kulit inilah perbandingan mereka yang hanya melakukan solat daimun tapi meninggalkan solat lima waktu langsung tiada nilai di sisi Allah seperti tiada nilainya najis dalam lubang tandas bukan takat tak bernilai malah di benci lagi 

Sebenarnya ibadah solat ini adalah ibadah yang sangat istimewa kerana dalam solat terdapat takbir tahmid tahlil tasbih selawat senang cakap all in one package 


No comments:

Post a Comment