Tuesday, August 17, 2010

Sunat Berbuka dengan

Kelebihan Kurma
Kandungan gula di dalam kurma  telah ditukar menjadi Glukosa secara semulajadi, maka apabila kita memakan kurma, tenaga dapat diserap oleh tubuh dengan serta-merta. 

Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan lain, dikenali sebagai Fraktosa dan Gula Tebu atau Gula Pasir yang biasa mengandungi Sukrosa. Gula jenis ini tidak boleh menyerap terus ke dalam tubuh.Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi Glukosa.Glukosa inilah yang diserap oleh tubuh sebagai tenaga.
Kerana itu kita sangat-sangat disunatkan untuk berbuka dengan kurma. Kurma dapat memberikan tenaga tenaga segera kepada si pemakan. Ini membolehkan kita beribadat dan menunaikan solat maghrib atau tarawih dengan lebih bertenaga walaupun kita telah berpuasa di siang harinya. Adalah sangat digalakkan untuk kita makan buah kurma tanpa buang kulitnya. Ini kerana buah kurma kaya dengan serat. Serat ini melawaskan makanan dan dapat mencegah barah usus.



Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t. dalam surah al-Mukminah ayat 19, "Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak, dan sebahagiaannya kamu makan."
Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan." Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. di bawah pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran Nabi Isa a.s. 



No comments:

Post a Comment